My F.r.i.e.n.d.s

Sabtu, 12 Mac 2011

Mengandung masih boleh menyusukan anak..Betul ke ni?



Ni gambar aku tengah sarat mengandung 9 bulan..Siap leh gi bercuti jalan2 kat Port Dickson lagi.


Ni gambar aku dengan anak aku yg berumur 1 tahun 9 bulan.

Ok, skrg ni,aku nak share cite pegalaman aku menyusukan anak aku semasa mengandung. Kenapa aku buat keputusan ni? Sebab aku dah berjanji dengan diri aku, aku nak menyusukan anak aku hingga genap 2 tahun. Start dari aku positif hamil, aku masih teruskan penyusuan aku kepada Wafiy. Aku berani buat sebab aku pernah dengar istilah "tandem nursing @ penyusuan berganda". Tapi, penyusuan ni kita leh teruskan hanya jika kita;

1. Tiada masalah sejarah keguguran dan kelahiran bayi pramatang.
-Sebabnya semasa kita menyusukan anak,akan berlaku sedikit kontraksi.Kalau rahim tak kuat,berkemungkinan boleh berlaku keguguran dan bayi lahir awal dari yg sepatutnya.

2.Ibu dan bayi dalam keadaan sihat. Telah mendapat nasihat doktor.Doktor kata korg OK jika susukan anak ketika hamil.Kandungan korg juga OK. Maka teruskanlah..

3.Mendapatkan nasihat Kaunselor laktasi.Kaunselor laktasi juga kata OK…berdasarkan pertemuan korg dengannya ataupun berbual secara online ataupun ikut apa LC anda katakan la.

4.Bayi@anak korg itu memang masih hendak menyusu(sebab kalau hamil susu kita akan rasa lain sikit iaitu masin..…ini semua kerana perubahan hormon

** ada doktor atau gynea yang kurang friendly bab breastfeeding..maka dapatkanlah opinion kedua ketiga dan sebagainya daripada gynea yang lain. kadang kadang ada juga yang tak berapa nak berani nak kata OK…maka dapatkan pendapat 2-3 orang gynea yang lain. Sebab aku sendiri pernah mengalaminya. Doktor tu siap kata apa, "Mana boleh menyusu ketika mengandung? anak awak dlm kandungan perlukan zat. Nanti takut janin awak kurang zat". Lahh..patah semangat aku. Tu,doktor kat KKM sendiri tu..Tapi aku tak puas hati,gi klinik lain. Doktor tu kata,"Kalau puan masih nak meneruskan penyusuan setakat ini saya rasa takde masalah,sebab puan sihat,kandungan pun ok. Cuma bykkan makan pelbagai makanan berkhasiat" Aik...yg ni kata boleh pulak..So,kesimpulannya ialah, buatlah keputusan sendiri setelah kita buat routine check up mengandung kalau doktor kata kita N baby dalam kandungan sihat, pastu kita sendiri pun rasa diri kuat dan sihat, maka teruskanlah penyusuan kpd anak kita hingga sebaik2nya genap 2 tahun.



** pakar laktasi anda pasti ada banyak info tentang ini..maka kerapkan diri anda menghubungi mereka. Oh ya,yg lbih meyakinkan aku utk teruskan menyusu ketika mengandung ialah atas jasa baik Pn Kamariah, salah seorang pakar laktasi yg glamer d kalangan ibu2. Aku call dia,N dia memberikan pendapat yg positif. So,aku rasa lebih yakin.




* mitos menyatakan..kalau hamil dan menyusukan anak..nanti bayi di dalam perut tak cukup zat..salah..sebab apa??sebab zat susu dan zat janin perlukan adalah datang daripada tubuh badan ibu…maka badan ibu SAHAJA yang kena kerja kuat…kerana badan ibu kena ‘supply’ makanan kepada 3 orang…bayi di luar dan bayi di dalam rahim dan ibu itu sendiri.. penghasilan susu ibu tidak akan mencuri zat yang janin di dalam rahim perlukan…tetapi akan mengambilnya daripada tubuh badan ibu …besarkan pengorbanan ibu..maka jika korg hamil dan menyusukan anak..amalkan pemakanan seimbang kerana..korg kini terbahagi kepada 3….

* mitos juga menyatakan..kalau hamil dan menyusu anak nanti akan berlaku keguguran..Jangan sesekali lupa minta bantuan Allah..berdoa dan pohon supaya dipermudahkan segalanya,dari segi penyusuan dan pembesaran janin di dalam perut...Jika benarlah hamil dan menyusukan akan memudaratkan janin di dalam rahim pasti ada disebut hukumnya dengan jelas..haram atau harus atau makruh …Tiada disebut..hanya disebut PENDAPAT orang itu dan orang ini..maka semua itu mitos dan tanggapan semata mata…



* mitos juga menyatakan..jika hamil dan menyusukan..si abang/kakak minum hak adik..janin di dalam rahim tak perlukan pun susu..dia ada cara dia untuk hidup di dalam rahim..alam dunia dan alam janin adalah alam yang berbeza.wallahualam..


kesimpulannya..

Kita BOLEH meneruskan penyusuan ketika hamil selagi TIDAK MEMUDARATKAN mana2 pihak..ibu atau anak yang disusukan ataupun bayi yang di dalam rahim ibu…Syukur alhamdulillah, aku berjaya menyusukan wafiy sehingga usianya 1 tahun 10 bulan, walaupun ketika itu aku sedang mengandung sehinggalah bersalin. (Cumanya, dia sendiri yg reject susu aku lepas bersalin, sebab maybe kolostrum tu rasa pelik kot. Kalau tak, mungkin aku akan teruskan lagi sehingga dia genap 2 tahun. 2 bulan je lagi..hajat tak kesampaian...:( )


Terdapat hadis di dalam soheh Muslim di mana Rasulullah s.a.w. bersabda; “Aku pada mulanya berhasrat menegah al-Ghilah hinggalah diberitahu kepadaku bahawa orang-orang Rom dan Parsi melakukannya dan tidak ada kesan mudarat pada anak-anak mereka (maka aku tidak jadi menegahnya)” (HR Imam Muslim dari Judamah binti Wahab al-Asadiyyah r.a.). Menurut ulamak, al-Gilah mempunyai dua maksud; (maksud pertama mensetubuhi isteri ketika ia sedang menyusukan anak (dibimbangi ia akan mengandung pula dan memudaratkan anak yang sedang disusui). (Maksud kedua seorang wanita menyusui anak ketika ia sedang hamil/mengandung. Hasrat Nabi s.a.w. menegah perbuatan tersebut ialah kerana dibimbangi perbuatan tersebut akan memudaratkan bayi yang sedang menyusu. Menurut tabib-tabib Arab di zaman Nabi; susu wanita hamil adalah penyakit dan orang-orang Arab tidak menyukainya dan mereka akan menjauhkan anak-anak mereka darinya. Kerana itu, Nabi berhasrat melarangnya. Namun apabila Nabi mendapati orang-orang Rom dan Parsi telah biasa melakukannya dan tidak ada sebarang kesan tidak elok pada anak-anak mereka, maka baginda menarik semula hasrat baginda. Imam an-Nawawi menegaskan; “Di dalam hadis ini terdapat keharusan al-Ghilah kerana Nabi tidak menegahnya dan baginda menjelaskan sebabnya” (Lihat; Syarah Soheh Muslim, juz. 10, kitab an-Nikah, bab Jawaz al-Ghilah…)

Renung2kan..Pilihan di tangan anda..:)

Breastpump yang paling best N terbaik...!



Ini ialah set breastpump kesayangan aku. Bg aku ini ialah breastpump yg paling terbaik, mudah, cepat, senang,praktikal dan yg sewaktu dgnnya. Bg aku,hanya pam inilah yg paling ok utk org2 biasa macam aku nih. Kira mampulah nak membelinya. Takla terlalu mahal berbanding breastpump lain..

Sebab aku pernah guna yg manual. Aku pam sebelah2,one by one. Tapi, bila dah ada spectra 3,kini tidak lagi! Cewah..cam iklan la plak..Kita leh pam kedua2 breast kita secara serentak. Jimat masa. Pastu, paling best suction dia adjustable. Kita leh adjust suction tu ikut keselesaan kita. Sebab stp ibu, lain2 keperluan suction dia. Dahla suction dia pun lembut je, ibarat baby yg sedang menghisap susu. Klu tak caya cubalah. Rasanya,klu guna pam ni,susu lebih byk sikit, sebab kita lebih relaks. Bila relaks,jiwa tenang,lgla menyumbang kpd banyak susu kan. Klu guna manual, tangan agak lenguh skit..Spectra 3 ni,kdg2 sambil2 pam tu, aku siap leh belek2 majalah lg..Best kan..Santai betul..:)

**ni berapa agak2nya supplier nak byr aku nih..gila2 aku promote da ni..hehe..;)

Jumaat, 11 Mac 2011

Menyusu di mana-mana...Jangan malu,jangan segan..;)

Ok, hari ni aku nak cite pasal cara menyusu time kita berjalan2. Punyalah senang bila kita dah expert. Tak perlu berlari2 anak mencari tempat ibu menyusu bayi ketika anak telah pun terlalak2.Berhenti untuk menyusu d mana2 yang sempat aje..Hehe..Dengan syarat, korang kena pandai2 cover "aset penting" kita tu ekk..Jangan wat free show pulak..

Pengalaman lalu, kalau dikenang semula..sedihnyala..Time tu, aku masih berpantang lagi. Punyalah gatal kaki nak berjalan keluar rumah jugak. Hubby kerja. Aku keluar rumah berdua dengan wafiy (anak 1st aku). Konon confident, maklumlah, susu badan, jadi keluar rumah dengan senang hati tanpa perlu siap sedia (susu botol dan yg sewaktu dgnnya). Cuma bawak handbag aje. Jalan punya jalan kat alamanda tuh,leh pulak anak aku dah termuncung2 nak susu. Aku pun sibukla cari tmpt menyusu ibu. Ya Allah,punyalah kotor, busuk dan sebagainya (maklumlah,sebelah tandas n tempat tukar diapers baby). Tak sampai hati nak nyusukan anak aku dalam tuh..Aku sdiri pun rasa cam nak pitam, bau pelbagai benda bau tuh. Takut kang,anak aku lum kenyang nyusu, aku lak yg dah terpitam dulu.

Dgn hati yg berdebar2,malu2 dan segan2 miow..aku pun cari tempat duduk,mana2 yg sempat. Sebab time tu anak aku dah guna volume maksimum lak tune dia. Segan aku. Cam artis lak,org dok pandang2, jeling2. Aku pun doklah kat kerusi depan kedai baju cheetah tu. Berpeluh2 aku sebab panik nak cari tmpt tadi, n termalu2 alah..sebab yg dok sebelah pd ketika itu ialah cik abg yg tak dikenali namanya. Aku pun tgh gusar hati gak nih, cane stail la aku nak selak baju nih..Kang silap2 mau ada freeshow.Huii..klu lah anak aku tak melalak,mau je aku nyusu dalam kereta jap. Aku pun tension,cane la ni ek..Pastu,aku teringat lampin ada aku bwk td, so aku gunakan sbg cover time aku menyusukan bayi aku. Ha, igt ye kwn2,klu takde nursing cover,lampin pun boleh wat tutup2. (caranya,lampin tu aku sangkut kat bahu,klu takut terlucut time tgh sibuk2 adjust kepala anak, better pin ngn kerongsang. Pastu, lampin tu, tutupla bhgn muka anak,adjust2 la skit pandai2 korg,ok! ;)...)

Ni korang kena belajar dari pengalaman aku.Camana pun,korang kena biasakan diri, utk direct feeding di tempat awam..(klu boleh susu perah tu hanya digunakan ketika kita tiada bersama baby je tau)Senang je. Practice make perfect. Supaya kejadian tak diingini tak berlaku pula pada korang. Ingat, bukan semua tempat ada sediakan tmpt ibu2 menyusu. Dan tak semua yg bersih. Tobat aku tanak nyusu kat "tmpt nyusu" alamanda tuh..!


* Ni ialah cara menyusu ketika berdiri. Klu tak confident jgn buat ok! Kang terlepas pulak budak tu,aku lak yg kena bertanggungjawab nanti. Cara ni sesuai dipraktikkan ketika org rmi n tiada tmpt duduk plus anak dah keluarkan tune maximum volume.


* Ni ialah cara menyusu ketika makan bersama family. Supaya kita tak rasa ketinggalan,org dah habis makan,kita baru nak makan,sebab tadi tgh nyusu..Ahh,takde. Aku nyer stail memang gini. Org makan,aku pun makan..hehe..Takdela,lgpun jimatkan masa,n tak susahkan org nak tunggu kita.


*Hah..ni ialah time hubby aku n cousin dia tgh sibuk bergambar,aku nyusukan anak dekat2 situ gak..Senangkan..Pas nyusu kejap,aku pun join amik gambar. Nyusukan baby kejap je. Klu tak nanti kang,kita dok sibuk2 terpusing2 cari tempat nyusu,org dah habis bgambar, tak ke kempunan kita nak bergambar..ngee..:)


*taraa..kan aku dah cakap tadi, wpun menyusu badan, tapi aku tetap tak mau ketinggalan apa2..hehe..;) Senangkan kalau "fully breastfeeding" nih
. Anytime anywhere..Wah,tetiba dpt idea nak guna ni sbg tagline aku..!


Lastly, this is a picture of my family sebelum kelahiran Muhammad Ilman bin Mohd Saiffuddin (10/1/2011).

Khamis, 10 Mac 2011

Pengalaman penyusuan utk si kembar secara eksklusif (susu badan penuh)

Ini wajah kembar kesayangan kami sekeluarga.. Mereka berusia 7 bulan setengah dan ini bermakna mereka juga telah menyusu susu ibu sepenuhnya selama 7 bulan setengah..



Nama kembar : Wan Elly Hakim & Wan Emmy Hakim
Pasangan kembar : Puan Uda dan Tuan Hakim
Tempoh penyusuan : 7 bulan setengah
Umur kembar : 7 bulan setengah



Wajah kesayangan yang membesar dengan setiap titis susu mama


Semasa disahkan mengandung saya telah menanam azam untuk menyusu badan sepenuhnya.. walaupun pada masa itu saya tidak mengetahui yang saya sedang kandungkan anak kembar.. Apabila ujian ultrasound dilakukan, doktor mengesahkan bahawa saya mengandung anak kembar.. pada masa itu saya rasakan bagai bermimpi.. selama ini perasaan untuk mendapatkan anak kembar hanyalah satu keinginan naluri saya sebagai seorang ibu .. tapi tiba-tiba ianya telah menjadi kenyataan berkat Rahmat dari Nya..

Maka pada masa itu keazaman saya untuk menyusu badan semakin membuak-buak.. dengan mencari pelbagai info mengenai susu ibu di pamplet, majalah, blog, forum dan sebagainya. Saya juga mengambil makanan yang berkhasiat kaya dengan protein dan kalsium serta makanan tambahan yang disarankan oleh doktor bagi menyumbang kepada pengeluaran susu ibu.

Saat yang dinantikan telah tiba.. genap saja minggu ke38 saya diberi ubat induce untuk bersalin dan tanggal 19 ogos 2009 saya selamat melahirkan sepasang kembar perempuan secara normal.. yang masing-masing seberat 1.69kg dan 1.88kg...

Hari kedua semasa dihospital Putrajaya.. saya telah diberi urutan buah dada untuk melancarkan pengaliran air susu oleh pihak rumah perbidanan yang bekerjasama dengan pihak hospital untuk menjayakan kempen susu ibu. Pada waktu itu susu tidak dapat keluar dan buah dada menjadi sangat tegang.. kesakitannya makin terasa..

Hari ketiga saya dan kembar dibenarkan pulang kerumah.. dan bermula episod airmata serta kegoyahan semangat untuk menyusu badan.. Sepanjang malam itu saya tidak dapat berbaring kerana perlu menyusu kedua-duanya.. Kakak dan adik asyik menanggis kerana terlalu lapar dan dahaga.. dan susu saya tidak keluar hanya ada air jernih sahaja.. dan kesakitan terus mencengkam.. Bila si adik menanggis saya terpaksa letakkan si kakak walaupun waktu itu dia sedang mengisap kemudian susukan si adik.. dan sebaliknya.

Tetapi bila kedua-duanya menanggis secara serentak.. kekuatan saya semakin goyah.. airmata mula berderai.. bukan lagi kerana sakit pada buah dada.. tapi tak sanggup melihat wajah kelaparan mereka.. bibir yang kering cuba menelan air susu.. tapi apakan daya.. susu belum mahu keluar.. Dengan keadaan badan yang masih terasa bisa-bisa senggal.. saya menggunakan seluruh kekuatan yang ada mengangkat satu persatu sebelah tangan untuk menyusu kiri dan kanan.. mujur mereka tidak berat dan tidak memberikan kesukaran untuk saya menyusu.. seksi??.. hehehe saya lah insan yang terseksi pada masa itu..

Apabila hampir subuh.. suara azan pun berkumandang.. sikembar sudah tidur.. tidur dalam kelaparan dan keletihan menanggis.. dan saya pun baru dapat berbaring.. rasa bagaikan sudah kematu.. Sambil baring saya merenung pada wajah sikembar.. mata mereka sudah bengkak kerana banyak menanggis dan bibir pula kering... Tak dapat saya bendung perasaan ketika tu.. airmata pun mula jatuh berjujuran.."maafkan mama sayang.. kerana tak terdaya menyusu dan kamu tidur dalam kelaparan"... Sepanjang subuh saya tidak dapat melelapkan mata dan sentiasa risaukan akan kelaparan mereka.. hanya airmata yang menjadi peneman sehingga saya pun terlelap akibat keletihan..


Wajah tanggisan yang tidur dalam kelaparan dahagakan susu mama


Keesokkan harinya saya dan suami terus bertolak dari Putrajaya ke Perlis untuk proses bepantang.. Alhamdullillah.. dalam perjalanan sikembar banyak tidur dan buah dada mula mengeluarkan susu secara perlahan-lahan... seperti mata air yang baru ditemui..

Ps..
Cerita pengalaman ini hanya berkisar pada perasaan saya pada masa itu dan sebenarnya suami serta mertua juga turut membantu.. tapi tidak dinyatakan.. Tanpa sokongan mereka tak mungkin saya dapat menempuh cubaan ini..
***************************************************************************
di copy n paste dari;
http://coretanuda.blogspot.com/2010/04/contest-pengalaman-menyusukan-anak.html

Aku tertarik dengan artikel n blog dia ni coz,ibu ni antara moms yg telah berjaya menyusu anak kembar secara eksklusif tanpa susu formula..Untuk para ibu yang ada baby kembar,leh refer blog dia. Byk info2 berharga dari pengalamannya untuk korg jadikan sbg pembakar smgt utk berjaya dalam fully@eksklusif breastfeed ni. Aku sdiri pun merasa kagum pada ibu2 yg mempunyai kembar,tetapi berjaya juga utk fully breastfeed.

Minta maaf tuan punya blog,sebab aku copy paste post ni. Mudahan post yg bermanfaat ni dpt mbantu ibu2 lain supaya berjaya. Kalau nak baca post2 lain yg menarik,nanti korg cuba lawati blog ni ok!

*ps, imej gambar tiada,nak tgk detail, sila ke blog tuan tanah ok. (Cam melampau la plak,copy paste siap ngn gmbr sekalikan.....;) )

Rabu, 9 Mac 2011

Susu badan kurang? Salah faham tentangnya...

Isu ni biasa kita dengar dari mulut2 kebanyakan ibu di luar sana. Even org2 yang berdekatan aku juga..Memang kadangkala susu kita tak seperti yang diharapkan. Tambah lak, time baby nak menyusu, flow susu tak berapa bagus, anak pun dah melalak sampai sekampung dengar, hanya menambahkan panik di dada.

Korang mesti ada yg kata, aku bolehla cakap sebab tak pernah kena. Harap maaf kawan2, semua tu aku dah lalui. Tapi, sekuat mana dan sebijak mana kita nak menanganinya, kita kena rajin bertanya pada yang pakar@ibu2 yang berjaya dan paling utama, mesti banyakkan berdoa kepada Allah swt,spy melimpahkan susu yang banyak serta cukup buat anak kita.

Ok, ni aku nak share pengalaman anak yg 1st dulu ye. Masa Wafiy kena tahan kat hospital Batu Pahat bcoz of jaundis. Ada satu malam tu, dia melalak kuat sangat tak semena2, walhal aku dah nyusukan dia dengan banyaknya (rasa akula kot). So,aku bertindak panggil nurse. Sbb time tu tengah malam,aku merayu2 pada nurse tu supaya benarkan suami aku masuk. Dialah sumber kekuatan aku masa tu. Tapi, nurse tu tak kasi, dia kata,klu aku wat camtu, org lain pun mesti nak jugak. Sebab dalam ward tu, hanya ibu2 sahaja. So,lelaki takleh teman. Tapi,aku memang panik sangat time tu n rasa tertekan gila. Sampaikan,aku cuba nak nyusukan dia semula (sebab nurse tu kata,maybe dia lapar). Anak aku leh tak mahu minum. Hisap lepas, hisap lepas pastu terlalak2..Aduii..nak wat cane ni. Aku pun cakap kat nurse tu,"tolg ajarkan saya perah susu kak,mgkin dia nak minum klu guna cawan" .

Nurse tupun ajarla. Sblum ajar, dia sentuh breast aku dulu. Dia kata,"Lembut je ni, tak bengkak pun, agaknya susu kurang tak?" Hah..terus merudum smgt aku time tuh. Tp, aku tak layan. Aku yakinkan diri sdiri, aku kata dlm hati, tak mgkin susu aku kurg, takkan Allah tu kejam, izinkan aku melahirkan ank ke dunia ni, tapi, susu tak cukup pulak utk anak. Ni mesti ada something wrong somewhere. So, aku dgn confidentnya ckp, "Taklah nurse,susu sy banyak, anak sy minum sampai tersedak2." Memang pun, klu tiap kali aku nyusu,dlm 5-10 minit kemudian,mesti tiba2 susu aku memancut2. Sampai anak aku minum pun tercungap2. (Ni,nanti aku akn cite dlm topik let down reflex)

Tapi,buktinya mana ada, sbb time tu (susu terpancut2) klu anak aku nyusu.Ni skrg dia tgh tanak pulak depan nurse tuh..Pastu, kbetulan pulak,nurse tu dah ajar aku cara perah, tapi awat la aku time tu cam lembap sangat. Tak faham2. Aku tak reti guna tangan. Sampai melecet2 breast aku,aku perah demi nak kuarkan susu. Adala dpt dlm sesudu.Punyala besar cawan nurse tu kasi. Wat malu aku je. Sebab yg lain2 tumpah meleleh2 kat kain batik. (Ooo..sekarang dah expert dah perah guna tangan..hehe..Practice makes perfect). Last2 aku minta tolg nurse tu kasi aku skit susu formula. Tapi,mujurla, dia try kasi yg susu aku pun anak aku tak nak. Nasibla ada nurse sorg lagi,amik anak aku,n try gosok perut dia ngan minyak panas.Pastu lena dia tido.Rupanya dia kembung masuk angin. Yela, dok bawah lampu biru tu mana leh pakai baju. Sedangkan aku yg berbaju ni sejuk, ni pulak kan baby.

Ada lagi, time aku tgh sakit, memg aku dpt rasa flow susu kurang N lambat.Tapi,aku still tak nak guna alternatif bagi susu formula. Mujurlah,hubby aku amik baby,n pujuk baby kejap,sementara aku minum n makan sikit n tenangkan diri dlm beberapa minit. Alhamdulillah, pastu flow susu ok.

Ok, biarlah aku beri gambaran ringkas sajalah tentang salah faham susu badan kurang nih. Sian lak korang nak baca banyak2. Antaranya;

1.Bila perah atau pam, susu keluar sikit sangat. - Kadang2 ini disebabkan pam tu tak sesuai dengan kita atau cara kita perah tu salah. Takpun, kita tak pandai stimulate diri kita, atau mind set kita yang kita sedang memerah susu. Kadang2 kita tak perasan,kot2 dalam hati tu tengah tak tenang ke. Tempat tu tak sesuai ke. Ni,kita kena pandai2 cari tempat yg sesuai,beli pam yg sesuai,tenangkan diri, tapi yg paling utama, sebelum pam@perah ada baiknya kita berdoa terlebih dahulu. Insyaallah pasti mudah segalanya. Lagi satu, kadang2 kalau kita perasan,bila anak menyusu direct, susu ada. Tapi bila pam macam tak nak keluar. Nipun ada kemungkinan pasal pam gak dll spt yg aku ckp tadi. Ha,ni nak ingatkan setiap individu berbeza amaun susunya. Sebab susu kita ikut kperluan anak2 masing2. So, tak perlu compare n jangan pernah nak compare. Kita je yg perlu yakinkan diri sdiri. Ok!

2. Breast masih lembut,macam tak de susu je.
Oh ya.Aku pun sama, hari ke4 baru ada susu. Susu aku lambat keluar. Tapi,aku tak putus asa. Aku kerapkan penyusuan aku. Bila anak aku asal nampak termuncung2 sikit (macam anak burung tuh..comel kan...) aku suakan je breast. Walaupun baru je pas nyusu 30 minit tadi. Sebab lagi banyak stimulation,lagi cepat susu keluar n lagi banyak susu.
*Padahal, nurse yg datang umah kita tu (masa hari dalam pantang), tengok najis anak aku masih hijau lagi, dia cakap aku ni macam kurang susu.Tapi,aku still tak nak kasi susu formula. Sebab bila kita dah mula campur. Insyaallah susu akan berkurang.Sekarang alhamdulillah susu aku banyak n cukup utk bayi aku.

Ada beberapa sebab lagi...later aku update ok..:)

Susu ibu yang sebelah kanan nasi, yang sebelah kiri air?

Hmm..ini isu apa pelik benar topik kali nih..Ya, aku rasa mungkin bukan aku saja yang pernah terdengar, terkena @ terlibat dengan isu nih. Maybe,korg pun pernah melaluinya atau dinasihati oleh org2 tua kita.

Ha..ni aku nak share satu citer..Masa aku lepas bersalin anak yg pertama dulu, kebetulan keluarga hubby aku buat majlis kenduri kahwin abg ipar aku. So,ramailah tetamu yg datang kenduri kahwin,n ada juga yg melawat aku kebetulan tgh berpantang kat sana. Ada satu makcik ni, dia cakap kat aku, "dada yang sebelah kanan tu nasi,yang kiri tu air" Aku yg takde pengalaman nih pun, dgn lurusnya percayalah kata2 makcik itu..Hari ke4 klu tak silap aku, anak aku kena jaundis. Bila kena timbang, berat dia turun. Dah lupa trun brapa byk..Trun skitla..Sbb dia keluar aritu 3.36kg. Bila dgr trun,aku pun risau..Bila teringat kata2 makcik tu,dgn penuh semangat aku terus tukar cara nyusu aku. Sblum ni,aku nyusu gilir2 tiap2 breast. Tp, kali ni,aku byk kasi yg belah kanan dari yg kiri..Konon nak kasi anak cepat berisi. Tak pasal2, breast aku besar sebelah..Dah kadang2 tu sampi bengkak2 yg kiri coz kasi sikit je,pastu terus tukar kanan. Tp, berat baby pun tak naik sgt..Tapi,tahla,aku sdiri rasa cam tak puas nyusu cara gitu, so aku kemudian nyusukan anak aku back to normal. Sama cam sebelum ni,gilir2. Barulah balance breast aku.

Dah smpi aku naik ofis, aku kebetulan baca satu post kat blog siapa aku dah lupa. Rupanya cara menyusu yang betul ialah kita kena kosongkan tiap2 breast. Dah habis menyusukan yg sebelah,kemudian bila next feeding barulah beri yang sebelah lagi..Hmm..patutla, masa aku kerap beri yg kanan, yg belah kiri, susu agak kurang sedikit..Rupa2nya salah cara.

Takpelah,manusiakan belajar dari kesilapan..Pengalaman yg lalu, benar2 mengajar aku. Alhamdulillah,bila anak yg kedua ni, aku banyak faham tentang susu ibu nih..

Tapi,bila teringat kat hospital putrajaya baru ni, ada akak sebelah katil aku nih,mak dia pun nasihatkan perkara yg serupa,suh banyak bagi yang kanan dari yg kiri. Lupa lak nak pesan akak tu, yg mak dia nasihatkan tu salah sebenarnya. Tak sempat nak cakap, sebab aku asyik bertangguh tunggu masa yg sesuai nak cakap, sebab tu mak dia. Hati org kan kena jaga. Hm..last2 tak tercakap lak. Takpela,mudahan akak tu akan tahu sendiri, bahawa teori yg mak dia ckp tu salah.

Tapi,aku betul2 hairan la,mana org2 tua ni dapat teori camni?...Maknanya bukan semua cakap org2 tua tu betul. Kita sendiri yg kena pandai2 cari maklumat yg tepat ok..

Isnin, 7 Mac 2011

Lagi kerap pam, lagi byk susu...



Ni antara hasil susu yg mula2 aku pam utk anak yg kedua ni..Tak berapa byk..Tp,kira byk juga,berbanding zmn anak 1st dulu dpt adala dlm sesudu..mybe sbb aku nyusukan anak yg 1st time prgnant, tu turut mbantu kot,liang2 susu aktif stiasa..Pastu hari berikutnya hasil susu smkin meningkat..Lg byk hasil susu kita,lg smgtkan..Hah..nilah yg aku nak share pd korg, spy korg cuba rajinkan diri utk pam susu, wpun hasilnya skit pd mula2 pam, tp bila mkin byk,mkin best kan? Cuba try tgk..


Aku nak,korg pun dpt hasil yg mcm ni..Aku doakan pd semua ibu2 kt luar sana,mudah2an stiasa kuat smgt n rajin kumpul stok susu demi anak tercinta..

Ahad, 6 Mac 2011

Eksklusif breastfeeding @ fully breastfeed tak perlu air masak?


Ahha..hari ni,aku nak cite plak psl air masak perlu ke tak kpd baby yg bfeed? Ok,jwpannya tak perlu. Setitik pun tak perlu ye kwn2. Sbb apa? Sbb susu ibu, mengandungi lbh kurg 88% air. Klu u all perasan,mula2 sekali time kita pam susu, susu yg kuar mula2 sgtlah cair,n agak jernih kebiru2an kan? Itu ialah air. Kmudian bila lama skit, kita akan nmpk susu yg kuar mula pekat,haa..itulah susu pekat eh bukan,itulah susu yg kaya dgn lemak..n susu itulah yg kenyangkan baby. Mcm tulah kita,mula2 sblum mkn kita minum air skit kan..Kang lekat lak mknan kita kat tekak..Lbh kurg la baby, bila dia ngis,kita suakan breast, sbnrnya kita hilngkan dahaga dia dulu,kmdian barulah kita kenyangkan dia dgn susu kita yg pekat tu.

Sbnrnya dalam satu penyusuan, susu ibu terbahagi kepada dua bahagian, iaitu susu awal (foremilk) dan susu akhir (hindmilk).

Apabila bayi mula menyusu, dia akan mendapat susu awal (foremilk) yang agak cair (mengandungi air yang banyak, kurang lemak dan tinggi karbohidrat) yang berperanan untuk menghilangkan dahaga bayi.

Manakala di akhir penyusuan bayi akan mendapat susu yang agak pekat (hindmilk) dan mengenyangkan kerana mengandungi kurang air (berbanding foremilk) dan lemak yang tinggi. Hindmilk mengandungi kalori yang tinggi dan ini penting untuk memberi tenaga serta penting untuk tumbesaran bayi.


So, aku hrp ibu2 kat luar sana fhm ye ttg kandungan susu ibu nih. Takde istilah baby panas ke,tersekat susu ke..so kita sibuk2 nak bg air masak pas baby minum susu,konon nak bilas tekak dia. Tak yah da..Tp,ini hya utk ibu yg "fully @ exclusively bfeed" anak2 diorg..Klu yg cmpur ngn susu tepung,tu klu tak silap aku,kenala bg skit kot..Sbb tu susu buatan manusia,tak sama ye..Tak sempurna n TAKKAN SEMPURNA spt susu ibu ciptaan Allah swt..Wallahualam..

Sbbnya tiba2 aku nak buka isu ni,coz teringat kes wafiy,pgasuh aku call minta izin nak bg baby aku air masak,sbb pas nyusu anak aku terbatuk2..Kbetulan mak pegasuh aku ada kt umah..Dia yg suh bg air masak skit sbb dia kata,agknya susu tu panas, kena bilas skit ngn air masak..Aii..panik aku tetiba. Aku time tu kat ofis lak. Ikut ati nak je bkejar kesana terus n bg artikel pd pgsuh aku psl air masak utk baby yg bwh 6 bulan akan mnyebabkan apa. (Lgpun air masak takde khasiat pun buat baby umur bwh 6 bulan. Time umur gitu,diorg sgt perlukan susu ibu yg penuh khasiat utk tumbesaran diorg.) Balik je rumah,aku terus pas artikel yg aku dh fotostat tu kpd pgasuh aku. Alhamdulillah,dia fhm..Artikel ni ada dlm buku "penyusuan bayi bg ibu yg bkerjaya".Korang leh beli kat mana2 kedai susuibu.com @momlilones. Harga dia RM10 shj. Bgus buku tu. Utk ibu2 yg nak fully bfeed,leh baca buku tu.Bg aku, wajib kot ada buku tu. Byk ilmu psediaan sblum naik ofis,apa yg kita ptut buat n prepare.

Psl pgasuh lama aku tu, aku memg suka sgt kat dia. Sbbnya dia sgt amanah n ikut je apa yg aku pesan. Susah nak dpt yg mcm tu lg. Sbbnya kbyakan pengasuh suh aku campur lak. Sbb diorg tak biasa. Tp,sbnrnya mudah je nak kendalikan susu ibu ni. Tp, alhamdulillah,anak aku smpt gak la dok ngn dia smpi umur 7 bulan. Pastu dpt pgasuh baru,mula2 dia suh cmpur gak. Tp bila aku dh explain,n bg dia baca buku tu.Dia fhm,n mudahla kerja kami.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...