My F.r.i.e.n.d.s

Selasa, 19 November 2013

Banyakkan susu: Tips mudahkan setiap perkara


Salam sayang kepada semua pembaca blog yang dikasihi... Moga dirahmati Allah SWT sentiasa walau di mana jua kalian berada...

Ok, pada kali ni, saya nak kongsikan tips untuk banyakkan susu. Caranya, salah satu ialah kita memudahkan setiap perkara yang berkaitan dengannya.

Lagi satu, tentang perkogsian nih,walaupun cam bercampur2 sikit tips tu, takpe. Ni namanya 'all in one'....hehe... Semua yang dikongsikan, ialah berdasarkan pengalaman yang saya lalui dulu (masa anak first N zero knowledge pasal 'breastfeeding' nih..)

Kebiasaannya, terutama mummy2 yang pertama kali 'involved' dengan 'breastfeeding' nih, mesti akan terasa sangat kerenyahan 'breastfeed' nih. Walhal sebenarnya tidak begitu. Bila banyak sangat protokol nak dijaga, memang renyahla...kalau yang dah mula terasa rimas tu, mulalah nak 'give up'.

Please jangan sesekali 'give up' ya my dear. Didoakan kalian semoga tabah n kuat selalu dalam menghadapi cabaran penyusuan ni. Kemanisannya menanti di masa hadapan nanti. Insyaallah...

Ok, tibalah masa ke perkongsian tips simple ni. Mana2 mummy yang dah tahu, shhh...dok diam2 je naaa.... Ni saya nak share pada yang masih belum tahu... Mudahan selepas ini, mereka akan lebih bersemangat nak 'breastfeed' anak... Amin...

Tips mudah 'breastfeeding':
1. Susukan anak setiap kali tak perlu cuci 'nipple'
2. Menyusu boleh 'anytime' N banyak kali, ikut 'demand' anak
3. Baju boleh pakai apa saja, tak semestinya baju menyusu
4. Nak buat stok susu, pam susu setiap kali lepas menyusu
5. Makan dan minum apa saja (asalkan yang berkhasiat)
6. Tak semestinya perlu makan supplemen tambah susu
7. Flexible kan waktu pam anda
8. Menyusu atau pam di mana sahaja
9. Tak perlu cuci peralatan pam dalam masa 24 jam diguna
10. Mudahkan proses steril peralatan menyusu
11. Masa pam 5 minit pun dah cukup

Ok, yang di atas itu sahaja yang saya nak 'highlight' setakat nih. Penjelasannya di bawah ini ya.... Selamat membaca... :)

Tips mudah 'breastfeeding':
1. Susukan anak setiap kali tak perlu cuci 'nipple'
Masih ada lagi 'nurse' yang pesan n suruh kita cuci nipple setiap kali menyusu. Adoi..renyahla kalau gitu, kalau tengah nyusu kat tengah jalan, mana nak cari air nak cuci nipple tu.

Actually, susu ibu nih..Masya Allah...sangat sempurna.. Susu kita ni, dah ada antibakteria yang terkandung di dalamnya. Dari kita basuh nipple dengan air paip, baik kita cuci ngan air susu kita sendiri. Itupun, rasanya lepas tau pasal benda nih, tak pernah lak saya nak cuci nipple setiap kali nyusu. Pas nyusu, dahla...tutup jela..

Tapi, kalau rasa nak cuci gak...Caranya, picit keluar susu kita sikit, then ratakan di sekeliling nipple kita. Dah bersih lagi murni.. Pastu biarkan kering atau lap ngan kain bersih pun ok. Insyaallah... Tips ni juga, boleh digunakan untuk kalian bila nipple melecet. Dari kita guna cream macam2 tu, baik guna susu kita sahaja. Insyaallah cepat sembuh...

2. Menyusu boleh 'anytime' N banyak kali, ikut 'demand' anak
Ok, dulu2 masa anak first. Saya gap kan menyusu, 2-3 jam sekali. Sebab takut anak terlebih menyusu. Sebab susu memancut2 dengan banyaknya.. Sampai mencungap si anak nak minum.

Jumpa doktor, dia suh pam dulu sikit sebelum susu kan anak. Alahai..kalau kita tengah dalam kereta, mana lah pulak masa nak ngepamnya kan.. Lagipun, cam renyah je...Doktor nipun, kadang salah bagi ajaran.

So, itulah keperluan saya bawa napkin setiap kali ke mana. Time memancut tu (terutama time berpantang, susu banyak betul..), susu tu biarkan meleleh sikit kat napkin tu. Ala..kejap je pun.. Sebab time tu, tengah 'let down reflex' je.. Adala beberapa saat. Bila dah reda sikit, sambungla menyusu anak...

Pastu, kalau tadi dia dah nyusu, baby minta lagi, kalian jangan ingat dia nyusu tak kenyang pula. Sila ambil maklum bahawa susu ibu cepat N mudah dihadam. Baguslah tu. Maksudnya, usus dia sihat. Dia nak minum lagi, sebab nak bina daging kat badan dia. Bagi je. Tak perlu sekat2 permintaan dia. Dia tahu keperluan dia.

Kalau susu formula, minum lama sikit baby baru lapar, bukan bermakna dia kenyang ya. Sebab susu formula, memang mengambil sedikit masa untuk dihadam oleh baby.

3. Baju boleh pakai apa saja, tak semestinya baju menyusu
Pakai je baju apa pun. Takyahla disebabkan nyusu ni, kalian rasa susah. Tambah lak baju nyusu ni, agak mahal sikit.

Tips nak cover body kita ialah:
a) Pakai nursing bra (WAJIB). Lagipun untuk jaga breast kita dari jatuh. Yang bagus, beli buka dari atas. Supaya time nyusu, yang bawah tu still ada support.
b) Pakai 'tube' atau apa saja, 'girdle' ke...bengkung ke..untuk cover perut atau badan kita.
c) Standby napkin atau apa saja kain. Baby ni bukan leh caya.. Kadang2 tengah sedap nyusu, tangan dia pun meracau2 kang tau2 terselak je kang...
d) TERBAIK ialah tudung yang labuh... Insyaallah aurat kita terpelihara...

4. Nak buat stok susu, pam susu setiap kali lepas menyusu
Sebenarnya, production kilang susu kita ni berjalan dengan serentak kiri dan kanan. Lepas nyusu yang sebelah, pam terus yang sebelah lagi. Biar mula2 dapat sikit. Lama2 mesti meningkat. Sebab, bila ada demand akan ada supply.

Ada lak yang kata, lepas pam susu macam kurang. Nanti anak nak nyusu, susu tu tak banyak. Ok, selagi kalian berfikir gitu. Memang dia akan jadi begitu. Ingat ya, penyusuan susu ibu ni, sangat berkait rapat dengan minda dan keyakinan kita. (Lagipun, lagi kerap breast kosong, lagi banyak susu terhasil. Memang lepas nyusu, breast rasa cam kosong, tapi bila 'let down reflex' datang, susu tu tetiba akan memancut..akan mengalir dengan banyaknya..So, silalah kerapkan penyusuan atau waktu pam)

Kadang kita tak sengaja terlintas, sambil pegang2 breast, mentang tak bengkak, kata susu kurang. Maaf ya..Kalian sebenarnya silap. Sejak anak second n sampailah yang ketiga ni, breast saya tak pernah bengkak. Adakah patut saya merasakan susu saya kurang dari kalian?

Sebenarnya, membiarkan breast yang bengkak, adalah memberikan 'signal' kepada otak supaya berhentikan penghasilan susu atau kurangkan dia.

Sebab tu, walau bengkak camana pun, dia akan stop pada satu tahap. Kalau tak, mungkin breast kita leh meletup cam belon kot... Itulah kerja si protein FIL tu. (sila google kalau rajin). Membenarkan penghasilan FIL tu, ialah memberikan isyarat pada otak dan kilang supaya kurangkan penghasilan susu. So, berhati2 ya kawan...

5. Makan dan minum apa saja (asalkan yang berkhasiat)
Makanlah apa saja makanan yang berkhasiat dan sedap. Minumlah apa saja. Asalkan kalian suka. Ingat ya, yang berkhasiat saja. Yang tak berkhasiat tu boleh, tapi sila kurangkan.

Dah makan banyak tu, pam pun kenalah banyak kali. Barulah lemak tu pi kat si anak. Ni makan sedap, pastu nyusukan atau pam keluar susu tu kurang dari pemakanan, silap2 ibu yang sihat nanti...:)

6. Tak semestinya perlu makan supplemen tambah susu
Yang ni, lagi simple. Masa anak first je saya makan supplemen tambah susu ibu. Itupun masa mula2 je.. Macam2 teh herba dah minum. Sekarang tidak lagi...(Ceh..cam iklan lah pulak...hehe..)Tapi susu sekarang lagi banyak dari dulu.

Kalau makan supplemen, tapi waktu pam kalian skip atau tak sempat pam, sebenarnya lagi merbahaya. Silap2 susu makin kurang. Sebab mungkin kali pertama dia akan bengkak. N kalian tunggu time bengkak baru pam, sebab best tengok, sekali pam dapat banyak... Sebenarnya..tak yah tunggu bengkak. Jaga waktu pam tu je.. Yang penting total amaun kita nak bawak balik nanti, bukan sekali pam dapat berapa.

Dalam 3 kali pam di ofis (buat masa ini), kebiasaan hasil pam saya ialah begini:
Sesi pertama: 6-10 oz
Sesi kedua: 3-5 oz
Sesi ketiga: 6-10 oz

Jadi, adakah bila saya pam keluar dapat 3 oz saja, susu saya nak dianggap sikit...? Contoh ayat ifa, "Eh, sikitnya susu kak Tia..." hehe..(Dia tak tahu pagi tadi saya dah pam dapat berapa banyak..)

So, mesti WAJIB pam dan tak semestinya kena makan supplemen.

7. Flexible kan waktu pam anda
Waktu pam harus flexible. Contoh tadi terlepas pam sesi pertama jam 9 pagi. Anggapkan yang kalian pam waktu sekarang kul 11 pagi, ialah untuk sesi pertama tadi.

Means, sesi kedua, wajib pam jugak jam 12 tengahari (tak kisahla baru beberapa minit berselang), sebab itu ialah waktu sesi kedua. Supaya kita hantar signal kat otak, seolah2 begini..."by the time jam 12 tengahari, mesti sediakan 12 oz untuk aku.". Hah...gitulah lebih kurang...

8. Menyusu atau pam di mana sahaja
Mudahkan proses nak menyusu n pam.. Kalau takde power point untuk guna pam elektrik, perah guna tangan. Yang penting perlu maintain demand. Selagi kita maintain demand production susu kita, Insyaallah susu akan tetap maintain banyak atau akan jadi bertambah banyak. (Fahami konsep penyusuan, the more demand, the more will be the supply)

9. Tak perlu cuci peralatan pam dalam masa 24 jam diguna
Lepas pam je, terus masukkan dalam peti ais atau cooler bag, peralatan pam kita tadi (boleh digunapakai dalam masa 24 jam). Sebabnya, susu kita sendiri terkandung agen antibakteria di dalamnya. Bagaimanapun, wajib menjaga kebersihan semasa pengendalian pam susu dan yang sewaktu dengannya, bagi mengelakkan susu ibu yang berkhasiat ini, tercemar dengan kuman2 tak sepatutnya.

10. Mudahkan proses steril peralatan menyusu
Malam-malam tu, siap2lah cuci peralatan mengepam tadi (dan rendam air panas untuk matikan kuman). Kalau stail saya, siap session pertama tu, dah siap pasang corong pada botol susu, dan penutupnya masuk dalam plastik. Maksudnya, saya dah pasang siap2 corong pam tu pada botol susu, nanti sampai ofis, tinggal duduk kat pam, dan masukkan corong tu terus. Selalu fikir ke arah jimatkan (masa) proses nak start pam tu. Supaya, kita leh spend time mengepam dengan aman dan hati tenang. (Sebab tak pakai banyak masa..hehe..). Lagipun lebih mudahkan bila semua botol susu dah siap steril time kat ofis (tinggal pakai saja).

11. Masa pam 5 minit pun dah cukup
Sebenarnya, pam susu 5 minit pun dah cukup. Sejak anak ketiga, baru saya dapat nikmati sesi mengepam yang cepat dan praktikal ini. Sebabnya, dulu-dulu pun, saya pam sampai 10-15 minit baru berjaya dapat sebotol.*

Tapi, untuk yang ni perlukan latihan. Sebabnya, kita kena 'feel' betul2 time pam susu tu, N cuba 'track' saat ke berapa kalian punya 'let down reflex' tiba. Saya punya LDR datang ketika saat ke 28-37. (Barulah terasa, pam 'rumble tuff' ini sangat bermakna, sebab ada digital time kat display screen dia).

Yang buat botol susu cepat penuh tu, ialah bantuan MR LDR kita. So, kalau breast penuh camana pun, kalau LDR tak function, susu tak keluar sepenuhnya. Percaya tak, pada ketika saya dah pam tadi (contoh pam session pertama dah terlepas jam 9.00 pagi, saya baru start pam jam 10.45 pagi. Pada ketika jam 12.00 tengahari sudah tiba masa untuk sesi kedua. Jarak tu tak sampai 3 jam pun. Breast terasa masih kosong lagi. Saya pam juga, walau pada ketika tu tak banyak cam biasa, yang penting kita jaga demand tu, supaya demand susu tu tetap maintain).

*PENTING: Tak semestinya setiap kali pam perlu penuhkan sebotol. Amaun susu yang kita dapat tidak sekata. Adakalanya, sesi pertama dapat sikit (sebab pagi tadi baru lepas nyusu). Ada ketika tengahari lebih banyak, sebab baru lepas makan. Dan petang pula dapat biasa saja. Itu NORMAL. So, sila jaga waktu pam anda. Selagi mana anda menjaga waktu pam, Insyaallah susu takkan berkurang. Samaada ia maintain, atau makin banyak. (Tak perlu pun makan supplemen).

Tak guna makan supplemen andai waktu pam tidak dijaga. Sebab kalian harus ingat, konsep menyusu ini sangat mudah, JIKA ADA DEMAND = ADA SUPPLY. Itu sahaja.

Sekian,

Menyusu itu indah

Salam sayang,

atia




57 ulasan:

Emy ilhamie berkata...

suka baca blog awak ni la.. byk info mengenai bf.. nice sharing..

Tanpa Nama berkata...

alhamdulilah syukur sgt2 jumpe blog ni..x penah lagi la saya bookmark blog yg saya jumpe kat google melainkan yang ni..mmg rase bersemangat nak truskan bf bila rase down.. puan x terlalu stress kan sgt tapi lebih pada santai..good job!!

diary_ciknaa berkata...

saya dalam pantang mkn milkbooster.tp bila dah naik keje,tak makan pun.susu alhamdulillah masih sama banyak mcm dulu..tips cuma kerap pam aje.. takde milkbooster pun oke.

1st time komen sini.. :)

sara berkata...

salam kenal.

lepas menyusu memang tak dapat pam. kosong..hu..hu

Unknown berkata...

nice sharing...hai salam perkenalan..jom singgah dan follow blog ayu http://qaysaasupplement.blogspot.com/

IbuHaikal berkata...

salam...suka la bace blog ni... baru semangat nk fully bf anak...skrg baby baru 3 bulan...niat nk fully bf sampai dia umur 2 tahun...

abang dia dulu dapat fully 21 bulan je...sbb terpeknen...hehe

anyway nice sharing...

Unknown berkata...

Salam..sis, nak email blh x?

ika berkata...

salam. kalau anak dah 11 bulan, susu pun dah makin kurang (sbb kurang pam), agak2 boleh meningkat balik tak susu kalo sy kerapkan pam semula?
thanks for the sharing

Tanpa Nama berkata...

Assalam. Best baca blog awak. Tahniah krn dpt bantu ibu2 muda utk start breastfeeding.

Sy br bersalin anak sulung. Hr ni dh 3 mgu. Dan sy bru start pam hr ni. Nk tau pengalaman awak masa mula2 start pam sebab sy cuma dpt 1oz je td. Baby mmg kerap menyusu. Sy rasa susu sy byk tp bile pam knp sikit ye..

ainulmarz berkata...

Salam.sy dijangka bersalin dalam hujung bulan Jan ni.ade org ckp untuk banyakkan susu lepas bersalin, dah boleh start massage breast gune breast pump dari skarang.betul ke?

ainulmarz berkata...

Salam.sy dijangka bersalin dalam hujung bulan Jan ni.ade org ckp untuk banyakkan susu lepas bersalin, dah boleh start massage breast gune breast pump dari skarang.betul ke?

Tanpa Nama berkata...

salam.. nk tanya.. lepas rendamkan peralatan pump n botol,cmna dgn sisa air yg trtgl? perlu utk keringkn dan lap ke? or blh terus guna altn pum n botol 2? sblm ni sya lap dgn kain bersih cz takut air tu blh merosakkn susu tp takut juga if trtgl bulu kain d dlm botol... tQ

nelly berkata...

thanks for sharing..bila baca ni, baru rasa calm and relax..betul awak cakap, kadang pam dapat 5oz, kadang dapat 3oz..tu semua tak penting, yang penting rutin kita..thanks again

ummi auni berkata...

Salam ta'ruf...
Bagus perkongsian tentang penyusuan ibu. Moga diberkati dan pastinya awak akan dapat pahala berganda2 selagi pengunjung maya memanfaat segala ilmu yg dikongsi....
Saya suka baca semua entry dlm blog ni.

anumuchan berkata...

thx ye sharing.baru jmpa blog ni..

Tanpa Nama berkata...

Thanx sharing..dn sgt bergune..tpi sy myusu bdan xenah pam lgsg ssu sy..tp lpas bce info ni insyaallh..dn yg pling pting set mind tu kn...

fatimah berkata...

Perkongsian yang sangat menarik. Sekarang ni, ramai ibu-ibu yang suka ambik jalan mudah. Baby tak nak menyusu badan, cepat je suakan dengan susu formula.. Kesian baby.

Saya pun ada berkongsi mengenai penyusuan ibu di http://umminiena.wordpress.com. Jemputlah menjenguk yer. Mana tahu boleh berkongsi pendapat, sebab saya suka penyusuan bayi ni. 😊

Syue Wana berkata...

Saya pun dah selamat menyusukan anak pertama selama 2 tahun..saya masih belum putuskan penyusuan walaupun sedang hamil 7 bulan..saya ada bertanya pada doktor, doktor pun sarankan jika tiada masalah kesihatan, ibu mampu, tiada salahnya..nak tahu rahsia saya boleh klik nama saya :-)

Arinie Ghazali berkata...

setuju sangat. breastfeeding ni yg penting supply & demand. lagi kerap direct feeding & pam, lg banyak susu. insyaallah

Unknown berkata...

Info yang menarik. susu ibu adalah susu yang terbaik dan tiada tandingannya. Susu yang baik selepas susu ibu adalah susu kambing. Berikan hak anak anda yang patut anda berikan. Alhamdulillah saya sendiri masih menyusukan anak saya setahun 6 bulan. Doakan yang terbaik untuk perjalanan penyusuan saya. Amin

Unknown berkata...

good sharing!

follow blog i juga yer.. ;-)

http://allaboutafina.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

Puan,saya sgt kagum dgn puan.puan layak jadik lactation consultant and bleh buat talk supaya mummy baru motivated utk menyusukan anak.Ya Allah byk tu pahala puan klu byk ibu bersemangat menyusu anak mereka.Saya sgt salute puan.Plsssss update blog puan selalu.

Thanks

Unknown berkata...

salam. sis. nk tnya. kalo baby isap sebelah da knyag. yg sebelah lg biar je. dikirab more demand more supply tuk kedua2 breast tu??or susu akn byk pd sebelah yg isap tu je???
tq ..

NORMASLINA berkata...

assalamualaikum,

Terima kasih puan, blok ni sangat membantu...

waktu tu saya ada taklimat 3 hari, sepanjang taklimat mcm ne nk pam kan, jd masa rehat sahaja yg sempat pam, itupon breast da bengkak...

hari ke 4 sy pam seperti biasa, dah nmpk susu kurang,

minggu selepasnya lagi kurang dan sy terpaksa menggunakan bekalan susu simpanan utk anak sy....

lepas baca blok ni baru saya tahu mcm ne nk banyakakn balik susu saya...

alhamdulillah, susu simpanan yg digunakan sudah boleh d cover balik, x kisah la dpt 3oz atau lebih, yg penting susu x putus2...

thanx again puan....

Unknown berkata...

Thanks for sharing the info! I memang selalu pikir, breast kosong mesti takde susu. Siap ambil supplement lagi. Risau bila takde supply susu kat anak.
InsyaAllah i will keep trying to pump selalu..

1st time mum! :)

Azian Elias berkata...

salam kenal..

good info. anak2 akak dah besar2 dah.. breastfeed memang bagus.. immune system mmg bagus.

rahimi berkata...

salam jumaat..
terimakasih atas info..sy nak copy dlm blog boleh,,terima kasih
www.kedaisuplemen.com.my
akan jadikan blog saudari sebgai rujukan. byk info!!tahniah!!

Tanpa Nama berkata...

Salam nk tny..mcm mana nk atasi masalah anak tak nk direct feeding

Tanpa Nama berkata...

As salam. Atia congrats & tq. Blog awak bnyk membantu...bsemangat jadinya..
Btw, kalau stok susu di peti ais atas@cooler bag (cair) boleh tak bekukan semula? Nurseri x abis guna (pakai 3 peket jer dr 4). Sayang sgt nk buang... TQ Tia.

Tanpa Nama berkata...

Salam blogger,

Halo halo..., kunjungan pertama niih.... Boleh perkenalkan diri dulu ya :D

Nama saya Vidia, penjual VCD pendidikan anak hehe. Produk yang saya jual adalah VCD pendidikan khusus untuk produk PT. Kastari Sentra Media. Koleksi VCD dibagi menjadi beberapa kategori yakni: Seri Ibadah Anak, Seri Pendidikan Awal, Seri Pendidikan Moral, Seri Pendidikan Karakter, Seri Pendidikan Anak, Seri Preschool.

VCD ini bisa banget buat hadiah ulang tahun anak, adik atau ponakan. Anak usia 2-5 tahun tentu senang melihat animasinya. Jika Anda tertarik dan ingin mendapatkan informasi lebih lengkap silakan berkunjung ke toko online saya. Makasih ya...

ummuhana berkata...

Assalamualaikum...info best...sangat bermanfaat...
saya dulu susu merundum...saya buat PP pun tak sebanyak org lain...badan memang sebelumkawen underweight la...tak selera makan..jadi saya perlukan milkbooster...alhamdulillah, hingga sekarang saya dapat BF anak saya, umur dia dah 1 thn 3 bulan..insyaAllah nak sampai 2 tahun....susu ibu memang POWER!...jom tinggalkan jejak ke blog saya pulak ;)

Nur Hani berkata...

Alhamdulillah, terima kasih diatas perkongsian. In sha Allah, perkara yang paling penting adalah mindset dan keazaman ibu-ibu untuk meneruskan penyusuan susu ibu. ke-2 adalah ilmu penyusuan itu sendiri.

selain sentiasa mematuhi konsep supply dan demand,in sha Allah susu adalah cukup untuk anak.

semoga lebih ramai ibu berusaha menyusukan anak-anak mereka. amin :)

bengkungmoden berkata...

Salam perkenalan..trima kasih sbb sudi berkongsi pengalaman dan tips dgn pembaca...

ummuhana berkata...

Nice info
Sy dlubpernah hadapi masalah susu sikit..
Alhamdulillah skang dh byk..
Masih nyusukan ank yg berumur 1 thn 5 bln..

Jom lihat sini www.hanasihat.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Tq bbyk...ilmu yg bermanfaat tuk bykkn susu...hrp susu sy mkin byk lps folow saranan awk ni...insyaallah

Unknown berkata...

terima kasih untuk info breasfeeding ni, jemput ke blog saya untuk tips penyusuan yang menarik
TIPS PENYUSUAN UNTUK MEMBANYAKKAN SUSU IBU.

http://nastashanordin.blogspot.com/2014/09/tips-membanyakkan-susu-ibu-membuatkan.html

Tanpa Nama berkata...

Tqsm..sy down sgt coz susu sy da xbyk..ank plak jauh ngan sy,smgu skali br jpe..tgk blog ni,smangat plak rasenye

atikabeauty berkata...

Setuju, tip-tips yang sangat membantu untuk mendapatkan susu yang banyak & berterusan. Antara lain, permakanan yang seimbang & emosi yang stabil sangat penting untuk si ibu.

diana berkata...

Very good sharing :)

Jemput ke blog saya juga & follow utk tips eksklusif penyusuan

www.ummiumaraleesya.blogspot.com

diana berkata...

Very good sharing :)

Jemput ke blog saya juga & follow utk tips eksklusif penyusuan

www.ummiumaraleesya.blogspot.com

mamayaya berkata...

em bagusnya sharing awak pasal nak merajinkan mengepam..saya pun mcm awak juga..sehari sekali steril aje.
n gadget2 mcm sterilizer tu mmg memudahkan kita..xperlu nk tunggu tutup api ke apa ke..hehe..sama juga pasang siap2 parts of corong pam sblm p keja..

zahirah zainal berkata...

Salam alls, Thx for ur comment. Didoakan semoga urusan penyusuan anda dipermudahkan. Menyusu ni memang seronok, sebab anak membesar dengan susu kita sendiri. Tambahan, ikatan tu lebih erat, sebab kita akan lebih kerap memeluk dan merapati mereka time 'direct feeding'. Satu pengalaman indah yang sukar untuk diungkapkan dengan kata2! :D

Azreen Ahmed berkata...

Terima kasih..very good info..

Jemput singgah ke blog saya untuk tips2 penyusuan susu ibu..

www.mommyrafa.blogspot.com

Mak Jemah Jual Vitamin berkata...

memang sangat mudah kan menyusu badan ni..bagus utk anak, bagus utntuk ibu dan nak ke mana-mana pun tak perlu bawa satu beg utk bekalan susu anak..

Mak Jemah Jual Vitamin berkata...

seronok sebenarnya melalui pengalaman menyusukan anak ni..sebab tu MJ rasa semua wanita jangan lepaskan nikmat dan kenangan indah ni..

cplud miera berkata...

salam kenal sis. tips yg sangat3 berharga. tq for sharing sis. moga dipermudahkn segala urusan kite. amin

msraiza berkata...

Bagus info ni. From your own experience yer... Boleh jadikan guideline ni... ;-)

Susu ibu memang terbaik untuk bayi. Senangkan kalau breastfeed ni... Tak payah nak carik air panas bancuh susu. Sangat beruntung ibu yang mempunyai susu yang banyak. Apapun, ada tips untuk memperbanyakkan susu ibu. Mungkin ibu-ibu boleh cuba.

Happy breastfeeding.

Khadeejah Hasmad berkata...

Memang thorbaiklah blog awak. Penuh dengan informasi penyusuan. Banyak pahala insyaAllah. Terima kasih ya. :D

Lady in Mocha Scarf berkata...

Am a struggling mother trying to teach my newborn direct feed! Wish me luck 😊 love all the info here

fatimah berkata...

Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Susu Ibu

Unknown berkata...

Awak, tenkiu.., sy cuba praktik. Alhamdulilah. ? Susu awal2 drop..huhu

Unknown berkata...

Saya suka baca blog awak :)

Cetot berkata...

Salam Admin dan semua, tq for the info, sangat berguna.. cuma pendapat saya utk point no 3. Baju boleh pakai apa saja, tak semestinya baju menyusu. saya setuju dgn point tersebut cuma Saya percaya zaman yang mencabar sekarang ni ramai ibu2 yg berkerjaya, bz maknoii, so bila kat office tu nak pump susu agak leceh, klau ada baju menyusu confirm memudahkan pump, sambil tu boleh gunakan klau jenjalan tempat awam untuk susukan baby, sekarang mcm2 teknologi baju menyusu ada dah yang menggantikan nursing room dan nursing cover, harga yg murah2 pon dah byk dipasaran, cuma yang harga mahal sket tu kain die best la, direka khas utk penyusuan, sejuk, serap peluh, klau susu tu tertumpah die serap, tahan lama, so nanti anak yang next next tu.. bleh guna baju tu jugak.. hehe..

Ned berkata...

Saya setuju dengan entry ini. Nak menyusukan ni senang sahaja. Asalkan ibu dan baby selesa, teruskan saja.

Junaidah Marni berkata...

Alhamdulillah, Terima kasih atas perkongsian banyakkan susu badan..

Azriza berkata...

Perkongsian yang baik. Saya ada tips tambahan untuk banyakkan susu. Ni dari pengalaman sebenar. Amalkan makan yg cukup dan perbanyakkan makan sayur hijau. Minum susu dan banyakkan minum air masak. Kebanyakkan org perempuan ni suka ambil jamu yg panas utk badan. Jadi ia mungkin boleh dijadikan faktor susu badan cepat kering. Seeloknya dlm pantang lagi kita minum air byk tapi secara sikit-sikit dan kerap. Memang org tua tak bagi kita minum air byk time dlm pantang tapi kita terpaksa juga kan.. Sebab kalau dah mkn jamu panas badan kita akan rasa kekurangan air

Nur Hidayah Ariffin berkata...

terima kasih info mengenai breastfeeding saya pun memang support Bf mommy saya pun ada menulis juga post mengenai perjalanan menyusu badan anak perempuan saya...semoga kita dapat bersilaturrahim dan bertukar info ye..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...