My F.r.i.e.n.d.s

Selasa, 27 Oktober 2015

Meroyan (kemurungan posnatum)

Berapa meluaskah kejadian meroyan atau kemurungan posnatum?

Meroyan atau kemurungan posnatum ialah satu masalah yang biasa. Dahulu, pendapat umum ialah bahawa satu dalam 10 orang ibu menghidapnya. Pendapat sekarang ialah seorang dalam empat ibu menghidap penyakit ini.

Meroyan kadangkala disalah tanggap sebagai murung bayi. Jika anda menghidapi murung bayi, pada hari-hari pertama selepas melahirkan anda akan menjadi muram, sering menangis, letih dan rasa tertekan. Ini dijangka adalah disebabkan perubahan-perubahan hormon secara mendadak dalam badan anda. Dengan bantuan yang sesuai, anda akan merasa lebih sihat dalam beberapa hari. Walau bagaimanapun, meroyan tidak seperti murung bayi, adalah satu penyakit. Ia tidak akan sembuh tanpa rawatan.

Bagaimana nak tahu yang saya menghidapi meroyan atau kemurungan posnatum?

Tanda dan simptom adalah berbeza bagi setiap ibu, tetapi anda akan merasa:
  • perasaan putus asa;
  • bersalah;
  • amat letih;
  • muram;
  • sering menangis;
  • sunyi;
  • gelisah;
  • terperangkap.
Semua ibu merasakan satu atau lebih dari perasaan ini pada masa-masa tertentu. Tapi, jika anda merasa tidak berdaya langsung dan perasaan ini tidak reda-reda walaupun masa terus berlalu, anda mungkin menghidap meroyan atau kemurungan posnatum.

Lazimnya, ia berlaku apabila umur bayi anda antara empat hingga enam minggu, tetapi ada kalanya ia bermula beberapa bulan selepas dia dilahirkan. Sebelum itu anda merasa amat gembira menjaga bayi anda, kemudian, menyedari kemurungan datang secara perlahan. Jika anda mengalami kemurungan semasa kehamilan, ketibaan bayi anda mungkin tidak dapat membantu meringankan beban anda.

Apa yang menyebabkan meroyan atau kemurungan posnatum?

Kami kurang mengetahui kenapa setengah wanita menjadi murung dan yang lain tidak. Ia mungkin disebabkan kimia otak atau reaksi anda kepada perubahan-perubahan hormon yang berlaku dalam badan anda. Ada kalanya, perkara-perkara harian biasa sahaja boleh terasa terlalu membebankan. Apatah lagi keadaan-keadaan yang lebih sukar untuk diatasi, seperti:

Anda boleh mendapat maklumat lanjut dalam artikel kami tentang penyebab-penyebab meroyan atau kemurungan posnatum.

Bagaimanakah meroyan atau kemurungan posnatum dirawat?

Yang penting untuk diingati tentang meroyan atau kemurungan posnatum ialah dengan bantuan yang sesuai, anda akan pulih. Ia boleh dirawat dengan:

Terapi berbual
Berbincang dengan suami atau seorang rakan mungkin membantu, tetapi kadangkala mungkin sukar bagi mereka memahami apa yang dilalui oleh anda. Doktor andalah orang utama yang boleh membantu.

Doktor anda boleh merujukkan anda kepada satu kumpulan sokongan, kaunselor atau ahli psikoterapi. Dia juga mungkin boleh mengaturkan terapi perlakuan kognitif (TPK). TPK boleh mengajar anda tentang strategi-strategi harian bagi mengatasi meroyan atau kemurungan. Jika meroyan atau kemurungan posnatum anda itu jenis yang teruk, anda mungkin dirujukkan kepada ahli psikologi atau psikiatri.

Antidepresi
Antidepresi bertindak dengan mengimbangkan kimia-kimia dalam otak anda. Ianya menambahkan jumlah hormon serotonin, bagi meringankan perasaan, menyenangkan tidur dan mengurangkan rasa nak marah. Antara lima hingga tujuh wanita dalam 10 yang mengambil antidepresi mendapati bahawa simptom meroyan atau kemurungan mereka menjadi reda dalam beberapa minggu selepas memulakan rawatan. Pada mula-mulanya pil-pil pertama itu tidak menunjukkan sebarang perbezaan, tetapi selepas 10 hari hingga dua minggu, anda akan merasa lebih sembuh.

Antidepresi yang paling biasa dipreskripsikan untuk meroyan atau kemurungan posnatum ialah:
  • fluoxetine (Prozac);
  • sertraline (Lustral);
  • paroxetine (Seroxat);
Ada kalanya antidepresi tidak membawa sebarang kesan. Ia mungkin mendatangkan kesan sampingan dan kadangkala bagi beberapa orang, ada berlaku dependensi, walaupun ini kurang berlaku dengan antidepresi yang terbaru.

Ia kadangkala memasuki susu ibu, walaupun jumlahnya amat sedikit.
Paroxetine dan sertraline lebih kerap digunakan daripada fluoxetine untuk ibu yang menyusu badan. Bagi ubat-ubat ini, lebih sedikit yang masuk ke dalam susu ibu. Jika bayi anda kelihatan meragam atau mengantuk selepas anda mengambil antidepresi, beritahulah doktor anda.

Ramai ibu yang mengambil antidepresi juga menyusu badan sebab ianya menambahkan keyakinan diri mereka dan memperkuatkan ikatan dengan bayi mereka. Perasaan rapat dengan bayi anda akan membantu anda mengatasi meroyan atau kemurungan posnatum.

Jika anda bercadang untuk mengambil antidepresi, bercakaplah dengan doktor anda untuk memahami dengan jelas risiko-risiko yang ada dan manfaat yang boleh diperolehi. Anda kemudian boleh membuat keputusan yang berasaskan maklumat tentang apakah pilihan yang paling selamat bagi anda dan bayi anda. Beritahu doktor anda jika anda mengalami sebarang kesan sampingan disebabkan antidepresi dan ikutilah nasihatnya sebelum anda berhenti mengambilnya.
Credit to:

http://www.babycenter.com.my/a1044775/meroyan-kemurungan-posnatum#ixzz3piiPKfGq

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...