My F.r.i.e.n.d.s

Rabu, 24 Ogos 2011

Taktik menghadapi serangan dari beberapa penjuru

Salam,
Salam ramadhan kepada mummy2 mithali N solehah yg sudi singgah ke blog yg tak seberapanya ini..... :)
Hari ni, kita citer tentang, bagaimana nak menghadapi situasi sekiranya terdapat serangan dari pelbagai penjuru. Tak kisahlah ada yg terkena serangan 3 penjuru, 5 penjuru atau berapa penjuru... Yang penting, kita sama2 share pengalaman bagaimana nak hadapi semua ni, supaya misi kita untuk 'breastfeed' hingga 2 tahun berjaya!

Ada beberapa serangan, dari pelbagai penjuru. Aku akan pecahkan satu-satu. Cuma pecahan ni, aku ikut turutan dari selepas kita bersalin...(Sebaik2 je baby sudah ada depan mata.) Ok, jom baca sampai habis...(pastu, kalau sudi, sebar2kan entri ni, supaya, mummy2 yg lain dapat gunakan ini sebagai perisai untuk menentang serangan dari pelbagai arah ok...:)

Breastfeed your loved ones <3 <3 <3


*Semua cerita di bawah adalah berdasarkan pengalaman penulis dan mummy2 yg lain.

1. Serangan dari kakitangan hospital (tempat kita bersalin) atau bidan (kalau yg masih bersalin kat rumah)...
- Hospital
~ terus berikan baby susu formula sebaik saja baby selamat dilahirkan. Biasanya, baby akan disusukan, selepas doktor buat 'check up' kat baby.( mummy awal2 kena pesan pada kakitangan hospital, SECARA TEGAS, saya mahu susukan anak saya. Jangan beri langsung anak saya minum apa2 selain dari susu saya! Jangan TAKUT, itu HAK kita. Anak kita, bukan anak dia.. :))
~nurse yg tak support breastfeeding, sentuh2 breast kita, terus cakap kita tak de susu. (padahal, memang susu belum dihasilkan lagi, yg ada cuma kolostrum.)
~bagi mummy yg tiada pengalaman menyusukan anak, pasti akan menghadapi masalah. (kalau bersalin di hospital rakan bayi, biasanya nurse akan ajar ibu cara menyusu yang betul. Kalau bukan rakan bayi, nurse akan cakap, " Puan, anak puan dah lapar, dia harus disusukan segera. Biar kami susukan dia." Sebabnya, dia tak kuasa nak ajar cara menyusu dengan betul...Makan masa nak belajar ni, diorg kan busy...) So, mummy WAJIB study tentang breastfeeding ni, di awal kehamilan lagi. Supaya minda sentiasa bersedia dgn apa jua cabaran yg mendatang...
-Bidan
~Ada sesetengah bidan yg sokong susu ibu, tapi mentaliti dia masih anggap susu ibu tak kenyang. Biasanya dia akan nasihat mummy supaya campur dengan susu formula atau bagi glukos, air nasi @ pisang lenyek. TAK PERLU!!!
( Perut bayi yg baru lahir, cukup sekadar diisi dengan kolostrum sahaja. Tapi, kalau anak melalak tak cukup susu, biasanya sebab kita yg ajar dia awal2 minum susu formula...So, terpaksala hadapi... Masih boleh kalau nak patah balik untuk menyusu sepenuhnya...Tapi, bukan mudah tau!
(Biasalah tu, baby baru lahir minum kerap. Susu ibu mudah dihadam dan diserap oleh perut baby. Sedangkan susu formula tu, ambil masa yg lama untuk perut baby berhempas-pulas proses susu tu...Sebab tu, lambat lapar. Bukan kenyang seperti yg org biasa maksudkan.

2. Serangan dari suami/ibubapa/ ibubapa mertua/ adik-beradik/ kakak ipar dll sedara mara terdekat yg tak support breastfeeding
~Biasanya terjadi, sebab diorang tak didedahkan dengan ilmu yang TEPAT berkenaan breastfeeding ni. Diorang akan suruh kita campur susu formula. Kadang niat diorang ikhlas, kesiankan kita yg baru bersalin ni, tak cukup tidor, kejenya asyik nyusukan anak je...Itu NORMAL. Dan biasanya di awal minggu pertama-minggu kedua kelahiran...
~Bila dikelilingi dgn org yg terdekat, TAK SUPPORT BREASTFEEDING pulak...Kita akan stress...Pastu effect production susu. Susu tak mau keluar. Atau susu ada, tapi LDR (Let Down Reflex), pancutan susu yg mengenyangkan baby tu tak de.LDR ni, pantang terganggu sikit je, terus tak mau bertugas. Mummy tak leh stress, tak leh rasa malu, tak leh sedih N macam2 lagi perasaan negatif.
(So, caranya, kalau tengah nyusukan anak, ada insan2 yg sebegini, elok mummy N daddy jauhkan diri sekejap. Agak2 kalau diorang tengah kerumun kita kat katil wad, mummy gi nyusu baby jap (minta excuse), dekat bilik TV ke, kat nursing room ke...Jauhkan dulu dari bunyi2 bising yg mengganggu (mulut2 yg membebel suh mummy kasi susu botol @ cakap mummy takde susu). Kita baru je bersalin, nak nyusukan anak bagi yg pertama kali, memang agak mencabar! Bukan mudah, dan ia adalah sesuatu yg perlu dipelajari.
~Sering jugak terjadi, akibat baby MELALAK macam ape da... Macam da lapar sangat gayanye!!! Buatkan mummy panik N tertekan. Mungkin flow susu agak lambat. Paling memburukkan keadaan, mummy tengah panik N stress, mulut2 bising dok bunyi2 tak henti, tambahkan stress mummy. INGAT, JANGAN STAY kat situ, bawa diri mummy N baby ke bilik lain (untuk menyusu). JAUHKAN DIRI DARI MEREKA2 ITU!
(NORMAL kalau mummy stress, susu tak keluar. Jangan panik! Cuba tenangkan diri, nyanyi atau selawat perlahan2, ala2 nak dodoikan baby tido. Insyaallah, bila hati mula tenang, susu akan lancar. )
~Kawan2 ofis call tanya kabar N tanya, "dah ajar anak minum susu botol tak? Nanti naik ofis ko susah. Takut anak tak pandai minum botol."
Hati mummy yg baru bersalin sulung akan goyang. Sebab takde pengalaman N belum ada keyakinan lagi, sama ada susu mummy cukup tak untuk baby.
(Insyaallah susu cukup. Mummy kena percaya pada diri. Yakin pada rezeki Allah. Mummy dah selamat mengandung N bersalin, insyaallah mesti boleh menyusu. Cuma kalau menyusu buat yg pertama kali, banyak perkara yg harus dipelajari. Jangan susah hati, tanya pada nurse yg boleh membantu atau tanya pada kawan2 yg breastfeed. JANGAN SILAP BERTANYA PADA ORG YG TAK BREASTFEED. Jawapannya, tak breastfeedlah jadinya nanti. )
Tips untuk yg ini, (jangan kita berlagak atau 'over confident' pulak pasal breastfeeding ni). Kalau ada yg menasihat suh top up susu formula. Senyum je...berikan maklumbalas yg bersopan... "Tak pe kak/ makcik/ nenek...sy cuba breastfeed dulu, tengok dulu macam mana...Setakat ni, alhamdulillah susu saya cukup untuk anak saya..."

3. Ketika berpantang dgn mak/ mak mertua/ penjaga dan yg sewaktu dengannya...
~Mereka suh mummy ajar anak minum susu formula, sama ada sebab takut baby tak kenyang, atau takut mummy tak cukup susu.
Biasanya, kalau mummy menolak susu formula, diorang akan jawab dulu kita masa kecik2 pun minum susu formula, tak de apa pun..Hidup je..
So, terdapat kekeliruan di sini. Takde siapa pun cakap, minum susu formula tu BAWA MAUT! Siapa yg cakap? Siapa yg kata baby minum susu formula tu BODOH! Tak de cakap pun. Tapi, kadang2, org2 yg tak berjaya fully breastfeed ni, macam melenting2 bila kita nak breastfeed anak. Seboleh2 nak kita ikut jugak rentak dia.

***Sebenarnya tujuan kita nak breastfeed anak, ialah kerana nak pertahankan hak menyusu untuk anak. Tambah lak memang sudah termaktub di dalam al-quran, penyusuan hingga genap 2 tahun. Malah setiap titis susu tu, terdapat pahala di dalamnya. Lagi pulak, mengeratkan hubungan ibu dan anak. Pastu, susu ibu ni, berubah kandungannya ikut usia anak. Lagi, susu ibu ni, memang KHUSUS untuk bayi kita. Tambah lak kalau premature, baby memang sangat2 memerlukan susu ibu ni kerana antibodi di dalamnya. Susu ibu, baby jarang sembelit, sebab kandungan dia sangat lengkap dan sempurna. Allah yg ciptakan, mana sama dgn ciptaan manusia. Air masak pun tak perlu beri, selagi anak menyusu sepenuhnya tanpa makan bendasing lain selain susu ibu, sebab susu ibu mengandungi 80% air. TAK WUJUD perkataan susu ibu PANAS! Kalau susu formula mungkin ye, kandungan susu buatan ni tak balance. Memang kena sulam dgn air masak. Tapi kalau terlebih air masak pun tak boleh. So, macamana, susu ibu jugak yg TERBAIK! Kan.... :) ***

4. Tekanan ketika nak buat persediaan kumpul stok susu
~ Hasil susu perahan dapat sikit. Mummy risau susu tak cukup.
Ini perkara NORMAL N biasa je tu. Mula2 memang dapat sikit. Lama2 kalau kita berlatih N kerap pam, hasil perahan akan meningkat sedikit demi sedikit.
Perasan tak, kalau kita menyusu anak, rasa macam banyak sangat susu, atau kalau kita tak perasan susu kita banyak, tapi mummy perasan tak, lepas nyusu baby lena tido. Tu tandanya susu mummy cukup, ok! Sebab tu, hasil perahan yg sikit sebenarnya, bukan hasil sebenar susu kita. Setiap mummy berbeza tahap penerimaan dia dgn pam atau kaedah memerah guna tangan. Cuba sesuaikan diri. Dan berlatih banyak kali.
~Kalau ada manusia yg tegur, kenapa susu mummy sikit. Jawap jelah..."Biasalah ni, mula2. Lama2 nanti ok la..."
(Kalau boleh, kalau ada manusia ini di tepi kalian ketika nak memerah susu. Bawa diri kat dalam bilik, kunci pintu, pam susu sorg2, relaks N tenangkan diri...Insyaallah lancar. Jangan dok bertahan telinga biarkan bunyik2 tak sedap tu, macam radio rosak dok bising2 tepi telinga kita. Kita tak de masa utk itu. Banyak lagi perkara yg nak difikirkan.)
Kalau dah cuba jugak, tapi susu malu2 keluar. Maknanya, confirm mummy tgh stress walaupun mummy tak perasan. Berhentikan aktiviti memerah. Baik tido je. Nanti, bila dah tenang, relakskan diri...pam semula...Insyaallah ok. Jangan paksa diri ketika hati tengah tak tenteram. Lagi memburukkan keadaan.

5. Kena paksa latih beri anak minum formula sebelum naik ofis
~ Mummy perasan tak, kalau kita pertahankan anak kita untuk fully breastfeed biasanya org2 tua akan melenting, cakap kita budak baru belajar, diorang dah lebih dulu makan garam.
Biasanya, org2 tua, memang takkan mahu mengalah kepada org muda. Lagipun, mereka memang tak salah. Mereka cuma pertahankan sesuatu perkara setakat yg mereka tahu selama mereka hidup.
Mummy jangan risau. Tak payah penat2 bertegang urat dgn mak/ mak mertua/ husband N lain2 yg tak support susu ibu ni.
Kalau boleh, cuba print artikel yg berdasarkan fakta berkaitan penyusuan susu ibu. Kelebihan susu ibu, bahaya air masak dan susu formula kepada bayi, N lain2. (Sebab, kadang2 kalau kita cakap, tak masuk telinga diorang pun). Kalau boleh suh diorang baca sendiri.
Kalau tak berjaya (sebab aku pernah di 'gelar' seorang yg DEGIL dan tak mendengar kata), cakap elok2 ngan mereka, "tak pe, beri saya peluang untuk mencuba dulu. Kalau berat baby tak naik, atau ada masalah lain, tengoklah macamana nanti..."
Insyaallah, jawapan ini, adalah sebagai "full stop" kepada bebelan mereka...hehe...

Akan update lagi selepas ini...insyaallah...

12 ulasan:

Cinnamoroll berkata...

lagi satu atiyah...kebanyakan mummy yg 1st time nyusu juga kekadang tak tahan dengan puting susu yg pecah. Ada yg stop kerana itu juga...

Tanpa Nama berkata...

Sgt2 setuju..ms sy 1st prgnt dulu..my MIL siap suh sy bg nestum lgi coz die kate bb xkenyg ( asyik nagis je)..plus lak die compare kan ms dulu die bg abg ipar sy nestum ms 2bln, ok jer..memng time tu, sy down sgt sampai finally sempt full bf sampi 4bln je.then sy mix till now..skrg dh dpt 2nd bb tekad nak buktikan kt diorg yg sy leh fully bf..insylh..~fyza~

zahirah zainal berkata...

cinnamorol~thnks 4 sharing...memang pun, ada yg stop kerana puting pecah...Atia pun pernah alami, ambil masa jugak nak sembuh...Memang sakit sgt..Setiap kali nyusu, time mula2 anak nak sedut tu, tarik nafas dalam2..!!!

zahirah zainal berkata...

fyza~ Takpe fyza, sekurang2nya, walaupun mix, tapi susu ibu tetap mengalir dalam perut anak...Daripada, mummy yg tak berusaha langsung...Sekurang2nya, apa yg berlaku pada kita hari ini, kita leh jadikan pengajaran untuk masa yg akan datang...
Niat dah ada, tapi mesti seiring dgn KEYAKINAN & KEMAMPUAN DIRI serta USAHA....
Semoga berjaya fully breastfeed untuk anak yg akan datang...:)

Unknown berkata...

salam...sy pun alami masalah yg sama...masa dlm pantang terpksa cmpur susu formula gk...sbb mak ckp baby lapar...sediy sgt time tu sbb niat mmg nk full BF...abih je pantang duduk rumah sendiri trus sy tekad BF je anak...xbg formula pn...and at last smpai skng full BF...alhamdulillah...baby dh 9 bulan 2mggu... harap dpt susukn dia smpai 2 thn..insyaAllah

Tanpa Nama berkata...

saya setuju betul dengan artikel awak nie,.. pengalaman saya anak pertama dek kerana stess ngan mak saya sendiri yang tidak menyokong susu ibu memang tak berjaya.. masa tu suami memang marah sbb saya tak susukan anak sedangkan saya demam susu tapi sbb mak kata takde susu saya pun tak susukan anak saya. Bila saya bersalin anak kedua suami saya larang org lain jaga so dia la ambik cuti tanpa gaji utk jaga saya semata-mata nak suh saya susukan anak... Alhamdulillah syukur sangat saya berjaya susukan anak saya sampai la nie anak keempat saya berjaya susukan anak-anak sampai 2 tahun.

Tanpa Nama berkata...

salam..baby saya dh nk msuk 4 bulan..tp dlm 2 minggu ni meragam xnk susu ibu dlm botol.bby meragam smpi direct feeding pun xnk..sy dh smpi stres tahap maksima sbb mmg dh niat nk bf smpi 2 thn.tp suami,mak mertua+fmly suami xhbs2 paksa nk bg susu formula.kononnyer bby dh mkin kurus la,susu cair la..aduh tensen smpi tahap semua melabel sy sbg org yg kurang ajar xnk dgr ckp org tua la,siap org luar melabel sy menantu xtau respek org,nk tunjuk ego nk bf sgt.aduh,menangis memanjang sy sbb surrounding cmni.smpi rasa susu pun cm kurang sbb stres sgt..saya tahan hati bg susu bf guna picagari.sy cubs gak bg bby susu formula sbb didesak,tp bby muntah..

Tanpa Nama berkata...

Salam. sayapun pernah alami situasi sama. mil dan ipar duai x abis2 promote susu formula. sebabnya anak buah yg sebaya ngan anak saya kus semangat klu nak banding anak saya yg kcil kerana bf. tp saya kuatkn hati. ini anak aku. aku nak susukan ngan susu ibu bukn susu lembu.

Tanpa Nama berkata...

bayi yang fully bf, perlu diberikan makanan tambahan masa umur berapa ye? ke 2 tahun susu badan sahaja?

SAYANG KAMU berkata...

Salam..
Np la sy br jumpa blog awk ni..kalo dr awl atau masa sy pregy dpt bc blog awk ni x la sy kecundang bg full bf..mmg cabaran sgt2 dasyat utk anak sulung..sy x tau lansung dunia bayi br lahir mcm mn n dunia bf mcm mn..kalo sy jumpa blog awk ni awl lg mesti sy da ad ilmu..mesti sy da set mind sy elok2...ooo tidakkk.. Skrg sy bg bf jg tp campur ngn susu formula..kes nya sm la...org2 sekeliling kata sy xda susu la..bb x kenyang la sbb asyik nangis jer..huhuhu

SAYANG KAMU berkata...

lupa...sy nk ty bole ke sy start bg full bf kat bb sy..skrg bb da nk masuk 2 bulan next week n sy pula da nk masuk keja awl mei ni..huhuhu...sgt terkilan sbb bb kecik lg da minum susu formula..sy rs bersalah sgt...

Vitamin Syaza (VS) berkata...

Thanks artikel-nya. Susah nak hadap orang tua2 ni. Tu belum part anak baru lahir dah nak di cium, di gomol. Warghh kesian anak kita. Ya Allah, sebab tu la penting ilmu bukan sekadar peng alaman sebagai orang tua semata. Kena belajar seni mempertahankan Diri

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...