My F.r.i.e.n.d.s

Jumaat, 9 September 2011

Susu berkurang, jangan panik! :)

Salam,
Salam AIDILFITRI buat mummy2 anggun yg sedang membaca entri ni... Syukur alhamdulillah...sekali lagi cukup sebulan daku berpuasa 'penuh' pada tahun ini. TAHNIAH kepada mummy2 yg BERJAYA berpuasa penuh! Pada mummy yg menyusu, tapi tak mampu berpuasa penuh, jangan la rasa sedih N bersalah pulak...Setiap mummy kekuatan dia lain2. Cuma pada mana2 mummy yg tak berjaya puasa penuh pada tahun ini, boleh cuba lagi pada lain kali. Sebabnya, kalau kita sudah bertekad N berniat nak berpuasa penuh, insyaallah pasti akan ada jalannya. (Bukan apa, bila puasa penuh, tak payah pening2 nak ganti lagi... N bila lagi dapat nak puasa penuh sebulan. Hanya ketika time mengandung dengan menyusu ni la...Bila dah period, takkan dapat merasa lagi...hehe.. :) ... )

SUSU KURANG ni, allergic aku nak dengar N sebut. Tapi terpaksa sebut gak. Sebab, akan ada situasi susu kita merudum atau kata lain, susu berkurang. Saja nak ingatkan mummy, supaya jangan panik, N tergesa2 kasi anak minum susu selain susu ibu (selagi anak belum 2 tahun).

Sebabnya, susu kita, takkan statik hasilnya. Biasa kita dapat 15 oz, lain kali, dapat 12 oz je, pastu esoknya, turun lagi pulak, dapat 9 oz je... Tu perkara biasa. N jangan panik! (Aku sendiri pun panik baru ni, pada hal dah ada pengalaman dulu2. Cuma panik aku masih dapat dikawal. Ni aku tuju khas untuk mummy2 yg pertama kali "breastfeeding".)

Masa hari raya baru ni, aku jatuh sakit teruk! Satu family sakit. N aku betul2 hilang selera makan. ( Wuaa...sampai sekarang aku terliur tengok rendang, sebab aritu tak selera makan langsung. :(...)Mana nak menyusu, dengan tak makan, itupun, paksa2 diri makan buah N minum air banyak. Kalau anak ada di sisi, memang aku tak pam. Aku pam cuma kat ofis, itupun untuk sediakan stok ketika dia dengan pengasuh N untuk recycle kitaran stok EBM aku yg dalam peti beku.. Cuma, kadang2, terpaksa gak perah susu sikit kat rumah, supaya dapat 'cover' balik, jumlah susu yang kurang.

So, time raya punyalah aku tak perasan susu aku dah merudum sebab aku direct feed saja. Yang aku perasan anak aku kuat makan (dah nak masuk 8 bulan, esok ni), N menyusu lebih kerap dari biasa. Bak kata org2 yg negatif, anak macam tak kenyang @ tak puas nyusu. (Sebenarnya, lagi bagus dia kerap nak menyusu, supaya hormon menyusu sentiasa dirangsang untuk menghasilkan susu.)

So, bila naik ofis, setiap kali pam, hasil susu aku, cuma dapat paling banyak sekali pam dalam 3 oz (biasa boleh dapat 5oz). Kalau pagi paling banyak dapat 4 oz (biasa boleh dapat 7-8 oz). Bayangkan, punyalah merudum susu aku. Lagi pulak dengan masalah cirit-birit N tak selera nak makan. Ada lagi, nak muntah2 pun ada. Kak Farah kat ofis ni, usik2 aku, mengandung lagi. Haii...panik aku. Mengandung memang nak, cuma bukan sekarang, aku nak mengandung tahun depan hujung tahun. Boleh tak plan gitu? Hehe...

So, apa lagi, dahla susu merudum. Kalau ikut pengalaman aku yg anak first, bila aku mengandung, 3 bulan lepas tu, susu berkurang. Bila cek semalam, nasib baik negatif. So, hati aku pun dah mula tenang.

So, pada hari ini, susu aku sudah kembali normal. Syukur alhamdulillah. Sekali pam tadi dapat 9 oz. Yg kul 12 tghari punya sesi, belum lagi. Harap2 kembali pulih la...Nampak tak, ambil masa hampir seminggu juga untuk pulih. Kalau ikutkan, stok yg kurang tu, patut aku perah lagi kat rumah, supaya jumlah susu cukup seperti biasa. Cuma sebab aku tak sihat, aku tak larat nak perah lagi, nasib baik ada stok EBM dalam deep freezer. (Sebab tu, aku sangat tekankan mummy supaya buat stok. Susu ibu tak dijual dimana2. Dan susu kita khas untuk anak kita. Stok EBM tulah, ibarat rak kedai runcit kita, bila susu kurang.)

Kesimpulannya, aku nak pesan. Jangan panik! Susu kadang2 ambil masa untuk 'produce' semula kepada hasil susu yg asal. Bergantung kepada faktor KESIHATAN, PEMAKANAN, KETENANGAN HATI DAN FIKIRAN, serta stimulasi dari permintaan anak N pam atau perahan tangan. Jangan mudah putus asa, mesti YAKIN pada ALLAH serta diri sendiri. Sabar pada ujian yg mendatang.

Selamat menyusu...semoga sihat selalu... (Doa buat kami sekeluarga N semua mummy N family tersayang...)

Menyusu itu mudah, tapi setiap kemudahan itu, pasti ada terselit sedikit ujian, supaya kita sentiasa ingat padaNya, serta menghargai setiap keMANISAN NIKMAT yg diizinkanNya untuk kita kecapi... :)

Salam sayang,
~atia~
 a.k.a zahirahzainal

16 ulasan:

idamurni berkata...

Slm Atia,
lega hati saya lepas baca entry ni.. sbb minggu ni saya dok risau perahan susu agak merudum... Puncanya saya x cukup rehat sbb anak x sihat . Tido x cukup, makan pn x teratur... Panik jugak.. Tapi saya pam jugak buat stock, wlpn hasilnya kurang sket.
Tp lepas baca entri ni hilang rasa risau x cukup susu...

thanx atia. :)

zahirah zainal berkata...

idamurni~salam ida....
Atia pun lega hati dpt share secepat mgkin pglaman kurg susu ni...Bukan apa, risau, takut mana2 mummy yg cepat panik, terus hilang arah, beri baby susu formula...Padahal, semua tu akan kembali normal dalam masa beberapa hari...Harap kita semua berjaya menyusu sepenuhnya hingga 2 tahun...amin...
:)....

idamurni berkata...

amin.. :)

Misshikin berkata...

saya seronok baca entry dalam nie. Sya sedang BF 2nd baby. Masa anak pertama dalam BF seminggu aje pasal takde xperience and anak terpaksa masuk nursery jadi tak dapat nak produce susu. Anak kedua plak kononnya nak cuba fully Bf tapi disebabkan puting saya jenis terbelah anak suka hisap puting disebelah atas, khirnya sehingga puting luka. Saya cuba pam tapi biasanya kalau dapat hanya 2oz untuk lebih setengah jam pam.

Puting terbelah tidak seperti puting leper. ada info yagn boleh share?

Anna berkata...

Askum
Saya suka blog ini! sangat informatif dan 'cover' banyak isu. Saya nak refer pada post yg lepas "rotate stok ebm". Zahirah ada mention ttg 1/5 (satu ebm 5 fresh milk). Apa maksud fresh milk? Susu yg masuk peti ais sahaja ke? Atau susu yg tak masuk fridge lansung? Atau susu yg tidak dibekukan? Kalau sudah ada penjelasan pada post lain mohon beritahu sbb saya browse internet guna phone kadang termiss post yg dicari.

tini berkata...

salam atia..
saya da 6bln stengah BF baby saya..alhamdulillah..moga dapat diteruskan smpi umur baby 2 taun harapnye :)
saya ada solan nak tanye kat atia pasal susu berkurang ni..masalah ni timbul masa bulan puase baru ni..kisah nye mcm ni..biase sblm ni saya perah kat opis 2 kali shari..balik dr opis terus direct bg baby minum(anak saya mmg nak direct je klu saya ada)..so same la juga bila msk bulan ramadhan..tp bila saya buat mcm tu..bila ptg..nak bg baby minum direct tak bleh..susu tak brape nak kuar..lepas berbuka pun still lagi jd camtu..tunggu lame br pengeluran susu tu ok..maybe sbb tak mkn n minum kan..so saya ambik keputusan..perah 1 kali je kat opis..so ptg ngan mlm tu dpt la saya bg minum kat baby dengan puas ati (pengeluran susu ok time ptg n mlm)
bila habis puasa..masalah ni still lagi jd..skarang kat opis saya start balik perah 2 kali..bila balik umah..baby mmg nak direct terus..tp pengeluran still tak memberansangkan..
saya nak tanye..ada tak penyelesaian masalah saya ni?ada kena mkn pe2 ke ptg tuk nak bg susu bnyk keluar time ptg ngan mlm?
harap atia atau kawan2 yang membaca komen ni dapat memberi pendapat..mekasih~

zahirah zainal berkata...

tini~
Salam...
Syukur alhamdulillah...tahniah sebab berjaya menyusukan anak hingga kini...

Pasal isu susu berkurang tu, cuba cek tengok diri tini sendiri, kot2 badan penat sgt ke @ stress @ kurang makan @ kurang perah susu.

Pandangan sy, kalau rutin perah susu 2 kali ketika waktu bekerja tu, bagi sy kurang tu. Sebaiknya, perah susu minima 3 kali ketika waktu bekerja. Sebab nak hantar isyarat pada kilang susu, anak menyusu setiap 3 jam sekali.

Kalau tini, jarakkan lama sangat tempoh waktu memerah, akan menyebabkan, otak menerima isyarat yg salah. Iaitu, kurangkan penghasilan susu sehingga 4 jam contohnya.

Sebab, susu ibu mudah dihadam. Dan kebiasaannya, jarak anak menyusu 3 jam sekali.

Kalau permintaan susu kurang, walau tini makan milkbooster apa pun, tetap takkan membantu.

Cadangan penyelesaian dari sy:
1. Tambahkan satu lagi sesi memerah. Pastikan sesi perah susu sekurang2nya 3 kali dari jam 8 pagi hingga 6 petang.
Ataupun, kalau ada masa, perah setiap 3 jam. Jangan jarak lama sangat.

2. Makan apa saja yg tini suka selagi makanan tu ialah makanan yg berkhasiat, tinggi protein dan kaya dengan vitamin. Apa saja ok!
Supaya tini boleh tahu, makanan mana satu yg boleh jadi milkbooster tini. Setiap ibu, milkbooster dia berbeza. Sebagai contoh, ada setengah ibu, makan vitamin shaklee, susu bertambah...Tapi ada pula yg maintain je, takde peningkatan.

So, tini sendiri yg tahu, apa yg tini suka n meningkatkan hasil susu.

***Boleh cuba juga,segala milkbooster kat luar tu, kalau tini mampu beli. Mana yg sesuai boleh la guna. Tapi,jangan sesekali, jadikan itu amalan, guna bila perlu sahaja. Sebab penghasilan susu ibu ni unik. Ikut permintaan. Kalau asyik makan milkbooster hari2, nanti lama2 dia jadi 'immune'. Susu tetap akan dihasilkan IKUT PERMINTAAN.

3. Pastikan tini happy, badan cergas, tidak stress n minum air secukupnya.

4. Kurma jadikan amalan. Makanan sunnah ini, sangat baik untuk diamalkan disamping meningkatkan hasil susu.

Rasanya, ini saja setakat ini. Sila update ngan sy perkembangan terkini susu tini nanti ok! :)...

zahirah zainal berkata...

Anna~ salam..
maaf di atas kelewatan respon...
Maksud FRESH MILK yg sy maksudkan ialah, susu perahan segar yg kita perah di ofis n nak gunakan pada keesokan harinya.

Banyak ibu, dengan sengajanya, guna kesemua susu2 perahan yg baru tanpa menggunakan satu pun stok susu yg BEKU. Apabila susu di dalam tempat beku tak digerakkan, maka makin lama, semakin tua usia susu tersebut, N kadang2 sampai dah ter"expired". Habis tu, apa guna kita perah susu beriya2 masa tempoh berpantang tu.

Jangan jadikan perbuatan memerah tu, satu perbuatan yg sia2.

Kita tetap berikan yg terbaik untuk anak,
*sebagai contoh:untuk anak yg minum 5 botol susu.

kita sediakan 4 botol susu baru perah dengan 1 botol susu lama (beku).

(Susu ibu yg beku, tetap yang terbaik jika dibandingkan dengan susu formula.)

Jadi, kenapa perlu kita anggap susu yang beku tu, dah tak elok nak beri pada anak?...

Sekadar nasihat dan perkongsian ilmu.

Happy breastfeeding! :)...

zahirah zainal berkata...

misshikin~ salam...
Alhamdulillah...N tahniah coz masih menyusukan anak hingga kini..

Pasal puting terbelah, maaf, sy bukan pakar laktasi. Sy sekadar berkongsi ilmu, serta pengalaman yg pernah sy lalui saja...Ada baiknya, kalau misshikin bertanyakan soalan ini pada pakar laktasi.

Tapi, sy ada juga cuba mencari maklumat tentang hal ini. Apa yg dapat sy temukan ialah, ada ibu, mengalami masalah puting tenggelam dan berbelah. Mungkin sama dengan apa yg misshikin alami.

Ada ibu yg mengalami masalah yg sama seperti ini, masih boleh menyusukan anaknya seperti ibu2 lain.

Cadangan sy, cuba misshikin guna "nipple shield" ketika menyusukan anak. Cuba kaedah ini dalam lebih kurang seminggu. Puting ni, sangat membantu bagi ibu2 yg mempunyai masalah puting tenggelam. Mungkin untuk situasi anda ia membantu. (Sebab, anak menyusu pada puting yg atas saja kan)

Kemudian, kalau boleh, cuba amalkan pakai puting ni di dalam bra sentiasa di antara 6-8 jam. (Jangan lebih daripada ini, sebab puting pun perlukan pengudaraan segar)
Mudahan kaedah ini membantu, menarik puting keluar dan membentuk seperti puting normal.

Harap misshikin sudi update pada sy perkembangan terkini tentang pengalaman menyusukan anak. Sebab sy tiada pengalaman seperti ini, mana tahu misshikin dapat jadi contoh dan idola pada ibu2 lain yg mempunyai masalah seumpama ini.

TQ...

Selamat menyusu...!!!
sy doakan semoga berjaya diteruskan hingga 2 tahun. Amin..:)...

a.t.u.l.a.s.c.a. berkata...

Assalamua`laikum...

Subhanallah blog akk sangat3 bermanfaat! untuk pengetahuan akk, blog nilah yang menjadi rujukan sy sepanjang 2 minggu ni....dan alhamdulillah, harini (samada akk pcy or x) sy dah habis baca kesemua entry akk dalam blog ni....setiap patah kata akk sgt3 membantu sy yang sedang dalam usaha memperjuangkan fully BF untuk anak sulung saya (solahuddin namanya)

~saya harap akk dapat teruskan menulis sbb saya yakin dan percaya ramai ibu2 di luar sana termasuk sy tertunggu2 untuk membaca entry terkini akk...sbb blog akk mmg terbaik!

~saya doakan moga Allah merahmati akk, memudahkan urusan akk dan keluarga sebab akk dah tolong ramai ibu2 yang perlukan bantuan dan penerangan ttg bf ni....

Yusma Mustapha berkata...

salam atia..
baru terjumpa blog u ni..
tersgtlah bestnya sbb dapat byk info pasal breastfeeding dari u..
keep on posting.. :)

Noorly A Puad berkata...

Jemput ke blog saya.Inginkan tip2 tingkatkan penghasilan susu, kunjungi http://mamahazeeq.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

Questions On Critical Factors For applied applications for
sale

my blog post rebuilt engines
Feel free to visit my website : buy used car engine

ayu nazirah berkata...

salam.atia. nk tnya skit. knape tiap kali pump hsil susu seb kiri sikit sgt berbanding seb knan yg sampai kne tukar botol kedua bru rs mcm breast da kosong. hope dpt kongsikn skit pndapat ya. tw

Hairunissa Jopri berkata...

Assalamualaikum..saya suka membaca entri ini.Saya jg sgt menyokong penyusuan susu ibu ni..
Jom ikuti kisah n pengalaman sy menyusukan anak ke 3 ini..Sehingga kini sudah hampir setahun msh fully bfeed..Smg sy spt teruskan sehingga 2 thn

http://hairunissajopri.blogspot.com/2014/04/just-because-of-you.html

http://hairunissajopri.blogspot.com/2013/11/stok-susu-berkurang.html

Nissa
0193584312

ummu berkata...

Wah.. perkongsian yang sangat menarik sekali.. Tips Ibu Menyusu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...