My F.r.i.e.n.d.s

Isnin, 30 Januari 2012

Ada ke istilah SUSU CAIR untuk susu ibu?

Salam sayang buat semua mummy2 cantik jelita + daddy2 macho yang sedang membaca blog ini. Semoga ianya bermanfaat dan dapat menyuntik semangat "breastfeeding" untuk anakanda tercinta.

Wah...terkejut giler buka blog ni,  rakan2 sudah meningkat serta komen yg banyak belum berjawab. Sabar ya...Insyaallah nanti atia akan jawab satu persatu.

Mesti ramai yg tertanya2, kenapa lama giler tak update pasal blog ni kan..Bukan apa, ada pelbagai masalah menduga datang secara bertimpa2 dalam masa terdekat. Proses menyesuaikan diri mengambil masa yg agak lama. Syukur alhamdulillah...berkat kesabaran pasrah je di atas apa yg berlaku, serta sokongan dan doa dari kawan2 tersayang, hidup atia sudah kembali ceria, malah banyak pula nikmat yang diberikanNya yang tak terfikir dek akal fikiran akan dapat merasa seawal ini. :)

Ok...kembali kepada topik kita pasal "SUSU CAIR". Kadang2 nak tergelak pun ada jugak, macam2 istilah yg didengari N disebarkan tanpa mendapatkan maklumat yang tepat. Hai..suka suki je manusia nikan... Tanyalah pada yg pakar terlebih dahulu sebelum berikan nasihat pada orang lain. Berdosa tau, kalau disebabkan kamu, mummy tu terus stop breastfeeding. Walhal ramai dah taukan, breastfeeding ni perlukan sokongan mental dan emosi yg kuat daripada orang sekeliling...Takpe2, harap2 mummy sekarang lebih bijak untuk membuat pilihan serta bertindak mengikut akal fikiran serta rujukan yg tepat.

SUSU CAIR seperti ideal, carnation dan yg sewaktu dengannya memang ada kat luar tu. Tapi untuk susu ibu, tiada istilah susu cair sebenarnya. Pandai2 je, nampak susu mummy tu cair, korang kata cair dan tak berkhasiat!!! Sekadar perkongsian je kepada mana2 mummy yg belum tahu, susu ibu ada 2 peringkat, di mana, susu yang pertama (yg mula2 keluar masa kita perah) dinamakan "foremilk" kelihatan agak cair dan yang terakhir ialah "hindmilk", dimana susu tersebut lebih pekat dan kaya dengan lemak.

Sudah lumrah manusia, sebelum makan, minum dulu kan. Macam tu jugak baby. Susu yang cair tu sebagai penghilang dahaga, dan yang terakhir tulah sebagai makanan berat baby untuk kenyangkan dia. Allah kan Maha sempurna. Kenapa masih ada lagi manusia yg suka2 nak pertikai ciptaan Allah yg Maha sempurna ni. Ada saja alasan nak bagi susu formula. Lagi pulak, yg bikin atia panas tu, bila ada yg menjawab, "alah.... kita pun dulu2 minum susu tepung je...Tak mati pun....Pandai je aku ni...Tak bodo cam lembu pun..."

Aduhai...lemah betul la dengar ni.. Ni bukan masalah boleh bawak mati ke atau isu bodoh. Sekarang ni, ialah, isunya kita nak berikan yang terbaik untuk anak2 kita. Betul tak! Terpulang pada kita untuk membuat pilihan. SUSU IBU adalah yang terbaik dan sempurna untuk anak kita. Allah yang ciptakan, tak layak nak dibandingkan dengan ciptaan manusia yang terbatas. Terpulangla... kepada setiap individu untuk menilai dan membuat pilihan. Anda yg menentukannya...

"Selamat menyusu. Semoga berjaya!!! "

Salam sayang..., :)
~atia~

12 ulasan:

nurul_luq_luq berkata...

aa nurul pun perasan kdg ade susu yg cair kdg ade yg pekat..tp apa2 pun ttp best kan...bf ni

Faz berkata...

sy bnyak blaja dr blog ni since sy peknen dlm 8bulan..time kasih bnyak2 kongsi ilmu....

Alhamdulillah baby dah nak masuk 5 bulan,,stok cukup dan selama sy kat opis keje,xpenah sy beri susu tepong smpai skrg..

Dulu Gadis, Kini Mama berkata...

lala pun masih breastfeed, kdg risau syaurah tak kenyang biler tengok susu agak cair. tapi sumbang gak!hehe

SuElly berkata...

Terima kasih krn blogs ni banyak membantu. Semoga ilmu yang bpanjangan ni mendapat pahala yang blipat ganda dr Allah. Sy ikuti perkembangan sejak sy dr awal mengandung lg. Skrg dlm pantang dan alhamdulillah bf baby sepenuhnya.TQ Atia

akma berkata...

salam...kwn sy pun penah komen ckp susu sy cair...mcm x cukup khasiat...sy senyum je ckp mayb sy byk minum air sbb tu lebih air (hindmilk)...hihi... biar jela org nk kta apa kn...janji kte usaha utk berikan anak kite yg terbaik...

Tanpa Nama berkata...

salam...nak tanya susu perahan yg pertama boleh dicampurkan dgn susu perahan kedua ka....cthnya...susu perahan pertama sya pam jam 7 gitu,lepas tu sa pam lgi jam 10....susu perahan pertama sya sdh sya msukkan ke dlm peti sejuk kat freezer ....bleh campur tak?

Dulu Gadis, Kini Mama berkata...

kena masukkan susu yg diperah dalam peti sejuk bhgn chiller dulu, biarkan sama suhu, baru campur.
dan susu yang diperah perlulah dalam 24 jam.

untung berkata...

Hidup atia!hidup smgt breastfeeder!hidup sihat,soleh,strong anak2 bf!!!

Tanpa Nama berkata...

Salam..
I nak tanye jadual pam utk my baby since my baby da setahun nxt month, and I da di sah kan pregnant.
Btol ke if pregnant, susu akan bkurang?
So far, I pam tgh malam je. Since baby kerap juga menyusu sblah siang and I pon nak wat keje2 rumah. Siang slalu x sempat nak pam. I nak wat stok utk Ramadhan and bila I da bersalin nnti.

TQ for your advice.
YoungMommy

Zuhaini berkata...

Wah.. tahniah kerana masih menyusukan anak hingga ke tahap ini...

Saya pun sedang sama macam puan, sedang meneruskan penyusuan ekslusif..

oh ya, susu cair tu memang kawan saya pernah kata :
eh, cairnya susu.

biasa la, susu badan mmg cair kalau compare to susu tepung..

Tapi hari tu saya ada cuba makan pil Shaklee Set B, memang berjaya memekatkan susu kita (dan menambah sikit kuantiti). dan baby pun nampak macam lagi suka dan lagi kenyang :)

Kalau puan berminat, u can contact me anytime ya!

Zuhaini
My-Alia.com

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah syukur kwn suggest baca blog ni..thanks kak tia byk ilmu baru ay dapat kat blog akak. ♡

Fatimah Bt Tony berkata...

Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Susu Ibu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...