My F.r.i.e.n.d.s

Memaparkan catatan dengan label Blog Oh Blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blog Oh Blog. Papar semua catatan

Selasa, 29 September 2015

Susu melimpah walau badan letih lesu!

Bismillahirrahmanirrahim

Salam sayang to all pretty breastfeeding mummy :)

Lama tak bersiaran di sini. (Jika saya tiada mohon jenguk di page saya ya atau boleh juga ADD friend FB saya. Saya rajin update di sana juga. :)

Didoakan semoga kalian semua sentiasa di dalam rahmat Allah SWT serta perjalanan penyusuan mudah hendaknya.

Bermulalah kisah kehidupan baru saya setelah melahirkan anak keempat dengan pembantu rumah yang berhenti kerja serta saya juga memutuskan untuk berhenti kerja demi menjaga keempat-empat anak dengan kudrat sendiri.

Wahhh bukan mudah rupanya. Selama ini kita bekerja, terutama saya yang ada maid semua telah disiapkan dan makanan pun telah terhidang. Oh, indahnya hidup saya selama ini.

Begitu juga sebelum ada maid, ketika anak dua semasa masih berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia. Anak hantar ke pengasuh, balik kerja sambung lakukan tugasan rumah demi meneruskan hari berikutnya. Memang penat, tetapiiiiiiiiiiii rupanya tidak sepenat 24 jam berada di rumah sambil BEKERJA dari rumah.

Bukan setakat tangan ja nak buat kerja. Ibaratnya kaki dua-dua ni pun nak buat kerja juga jika bolehla.

Anak empat yang masih usia 6, 4, 2 dan terkini 5 bulan memang membuatkan saya TERPAKSA bertukar menjadi PESILAT hebat.

Apalah sangat usia anak 6, 4 dan 2 tahun ini kita nak mereka duduk diam dan tidak melakukan riuh rendah, menumpahkan air serta makan sambil berlari. Malah bergaduh berhari-hari. Mainnya yang suka-suka cuma 5-15 minit. Selebihnya aktiviti sakat-menyakat dan bergaduh, berebut semua. Baby yang kecik memang payah sangat nak dapat tidur yang kualiti. Nak kata terperanjat, memang banyak2 kalilah. Walaupun dimasukkan di dalam buai.

3 anak lelaki yang sihat aktif memang sangatlah melasak. Sekejap sahaja terlepas pandang, habis buku kertas semua digunting dan mainan dibaling-baling. Itu baru kisah anak-anak sahaja. Belum lagi aktiviti mengemas rumah, memasak dan melayan pelanggan secara online. Dan tak termasuk juga sesi update sosial media untuk jualan online.

Sejak itu, tumit kaki saya mudah pecah dan semakin tebal berkematu kulitnya. Kuku tangan juga rapuh dan jari kering tebal. (Sebab kerap mengelap meja dan lantai mungkin). Dan hari-hari yang dilalui semakin memenatkan dan membuatkan saya lelah.

Sehinggalah saya bertemu dengan QASEH. Asalnya saya tercari-cari 'side income' untuk cover semula pendapatan saya yang lalu kerana kebetulan ada seorang rakan FB offer untuk jadi agen dropship (tanpa modal). Setelah sertai dropship QASEH, saya cuba promosikan setiap produknya langsung tiada jualan. Mungkin cara saya terangkan betul-betul ke arah menjual dan saya sendiri tak pernah cuba makan QASEH ni.

Demi nak pastikan apa yang saya tawarkan memang tepat dan terbaik, maka saya mula mencuba makan GOJES. Dari situ saya nampak banyak perubahan positif yang berlaku!

LDR (Let Down Reflex) lebih cepat hadir, kulit semakin anjal dan lembab. Kuku saya semakin teguh dan kulit saya semakin lembut serta tumit yang keras tebal tu dah GONE! Alhamdulillah...

Lepas tu saya tambah lagi makan ADINDA bersama dengan GOJES, stamina saya bertambah baik dan body saya 'reshape semula' kepada yang lebih menawan! Bila kita cergas, ceria n happy, pastinya susu semakin banyak. Dan sampai sekarang dok rumah pun masih terpaksa pam keluar susu sebab penuh sangat.

Memang saya sebelum ini tak ambil pun mana-mana supplemen. Saya hanya amalkan makanan berkhasiat sahaja. Untuk setiap sesi makan WAJIB ada buah sebelum makan berat tidak kiralah buah KURMA, DELIMA, EPAL atau OREN. Sebiji tu saya seorang yang makan.

Tetapi sejak anak dah masuk 4 ni. Semua tu saya dah tak mampu lakukan lagi. Sebiji buah terpaksa dikongsi berempat (anak-anak dan suami). Jadi saya mungkin dapat bakinya seulas atau dua ulas sahaja.

Tetapi dengan ADINDA dan GOJES khasiat buah KURMA, DELIMA, MADU, CERI, ARGAN dan banyak lagi bahan hebat di dalamnya semua telah disatukan sekali untuk sesudu.

Mudahkan mommies?

Oleh itu, mudahkanlah aktiviti pemakanan kita. Mana-mana yang nak cuba try set GOJES dan ADINDA boleh sms/ WhatsApp talian 011-353 99 629. InsyaAllah saya akan guide cara makan yang betul, tips penyusuan dan cara nak dapatkan berat ideal!

Alhamdulillah setakat ni ramai sahabat FB dah mencuba.

Semoga dengan izin Allah kita semua kekal kelihatan muda remaja walaupun anak dah sebelas! Amin...

Salam sayang,
atia
Menyusu itu indah



Rabu, 20 Ogos 2014

I'm back


Bismillahirrahmanirrahim...

Salam sayang buat all mummy's, bloggers n semua yang sudi singgah ke blog ini. Lama dah tak 'update' blog, rasa macam janggal pula nak menaip. Tapi rindunya...masya Allah pada kalian...

Bagaimanapun, kerinduan pada blog ini menjadi2 sejak ada hamba Allah  (Mrs. AA a.k.a Aina Angel) yang tak putus2 suh aku update blog. Syukur alhamdulillah, jika mummy2 yang singgah sini semuanya ada niat nak breastfeed, on the way nak breastfeed, sedang breastfeed dan yang sewaktu dengannya... Didoakan semoga kalian berjaya. Doaku tidak putus agar semua ibu yang menyusu di luar sana berjaya menyusukan anak sehingga 2 tahun dan kuat menepis cabaran yang mendatang...Amin...

Pada kali ni aku nak share, cabaran ketika hasil susu berkurang. Since, susu aku sendiri pun sedang mengalami production merudum. Bukan sikit ya...Sangat... Huhu...sedih... :,(

Tetapi mungkin aku tak tertekan sangat since susu beku (stok perahan), masih banyak lagi dan dapatlah cover mana yang kurang. Lagi pula, kalau dah habis sangat pun nanti, rumah aku dengan tempat kerja dekat giler...So, aku leh berulang-alik untuk direct feed anak aku. Ni semua rezeki aku sebab bersusah payah sejak time pantang n awal2 start kerja memang pulun buat stok...(Mentanglah belajar dari kesilapan yang lepas, stok susu tak cukup. So, memang sengaja ambil langkah berhati-hati)

Bagaimana pula dengan kalian yang mengalami situasi ini, tetapi masalah lagi berat bilamana, usia baby kurang 6 bulan (lagilah sayang nak beri susu formula), stok susu perahan 'back up' langsung tiada, rumah atau tempat nursery baby jauh. Mummy yang tergolong di sini ujiannya lebih berat. Harap kalian bertabah hati. Jangan sedih. pasti semua ni ada hikmah disebaliknya. Kadang Allah uji sekarang sebab nak berikan peringatan buat kita, supaya akan datang rancang lebih awal... atau Allah rindukan kita, dan sengaja kita diuji supaya semakin tunduk, tawaduk dan berserah padaNya. Sebabnya, kita hanya mampu merancang dan berusaha tetapi Allah jua yang menentukan. (Ha..mendalam tak maksudnya...Actually note to myself...)

Untuk cabaran yang berat seperti di atas, cadangan aku ialah jangan stress kan lagi keadaan korang. Cuba detect apa yang menyebabkan hasil susu kalian berkurang, contohnya stress kerja, penat, badan tak sihat, expectation tinggi, makan kurang, kurang minum air, baby direct feed kurang, skip pam berkali-kali dan sebagainya. Detect dulu n cuba atasi hasil 'detection problem' yang kalian dah kesan tadi. Contoh kalau sebab stress, cuba ambil cuti atau atasi stress tu dari memakan diri. Kalau sebab sebab skip pam berkali2, yang ni kenalah cuba gak curi masa nak pam, walaupun 5 minit saja. (cuba refer post aku yang lepas2. Ada tips yang aku share, lepas pam takyah cuci corong tu, terus simpan dalam cooler bag atau peti ais, so dah banyak jimatkan masa). *Kes skip pam ni maaf cakaplah, aku pun takleh nak tolong sebab, yang ni memang antara PUNCA UTAMA (ha..amik ko siap caps lock lagi) hasil pam berkurang. Ulang lagi sekali ya...PUNCA UTAMA.... So, cuba curi jugak time tu. Next time kalau aku sempat aku share lagi...Cara aku menyelitkan diri untuk pam susu.

Untuk hasil post arini, aku rasa sekian di sini dahulu. Sebab aku baru je nak bersiap ke ofis ni ha... Harap aku konsistenla nak update blog ni pasni...Since inilah minat aku sejak jatuh cinta dalam dunia 'breastfeeding' nih...

Sekian. Miss u all....See u again...

Menyusu itu indah

Salam sayang,

atia



Khamis, 24 Mac 2011

Siapa yg berminat nak tambah kawan d samping menambah pndapatan? Jom Join #ChurpChurp harini N ajak semua kwn2 to the community!

Siapa yg berminat nak tambah kawan d samping menambah pndapatan? Jom Join #ChurpChurp harini N ajak semua kwn2 to the community!

Hah...kali ni aku nak ajak, sape2 yang blum lagi join CHURP2 ni,silakan lah klik kat link di atas..Agak2 rasa nak tambah duit skit2, kot nak beli KFC sepinggan ke,sebucket ke atau rezeki lebih, dapatla beli handphone sebijik ke...Jom cepat klik kat link ni...Cepat jgn terlambat..Sekali tgk pasti hati tertambat...Insyaallah..Apa kata cuba klik dulu N tgk siapa dia kartun comey ni sbnrnya...:)

Sabtu, 5 Mac 2011

Blog Oh Blog!...

Alahai..susah gak nak create blog ni eh...Punyalah sehari smlm aku berusaha keras utk siapkan blog ni, wpun tak seberapa. Aduih,nak terbuntang biji mata. Tp,demi perjuangan aku utk mbantu n mberi smgt pd rakan2 yg "breastfeed" anak2 mereka..Maka,inilah hasilnya..Berjaya juga aku mnyiapkan sbuah blog setelah skian lama.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...