My F.r.i.e.n.d.s

Jumaat, 15 April 2011

Kenali milk booster anda @ makanan yg boleh meningkatkan susu ibu.

Salam, setelah sekian lama tidak  meng’update blog,(maklumlah dah naik ofis, cuti 3 bulan dah habis) hari ni, aku nak gak curi masa untuk update blog.
Apa itu milk booster? Milk booster ialah penambah susu badan. Rangsangan yg terbaik untuk meningkatkan production susu ibu secara semulajadi, ialah bayi kita, iaitu dgn cara direct feed. Menyusu secara terus dan kerap. Selain drp direct feed ni, ada beberapa jenis makanan yg dipercayai boleh meningkatkan pengeluaran susu ibu dengan jayanya.
Kesan milk booster pada setiap individu berbeza –beza bergantung kpd tahap penerimaan badan seseorg pada makanan tersebut.
Ini antara makanan yg dipercayai boleh menambah susu ibu. Antaranya:-
1.      Segala produk tenusu
2.      Halba
3.      Kurma
4.      Vitamin
5.      Jus pegaga
6.      Jantung pisang
7.      Lobak putih
8.      Kurma
9.      Madu
10.  Sayuran hijau
11.  Longan
12.  Habbatus sauda
13.  Barli
14.  Daun kucai
15.  Air soya/ produk soya cth; taufu,taufufa
16.  Horlicks/Milo
17.  Kobis
18.  Pil ASI/ Air herba dan yg sewaktu dgnnya
19.  Oats
20.  Dan segala yg apabila korg makan,kemudian susu tiba2 banyak dari biasa…

Jauhkan makanan seperti :-
1.      Minuman yg mengandungi Kafein
2.      Macaroni/pasta/ makanan2  fast food (dikhuatiri mengandungi  serbuk2 / perasa yg boleh mengurangkan susu ibu.
3.      Ais
4.      Air gas
Ok, sekarang  apa yg korang nampak dekat list tu,ialah makanan2 yg biasa kita dengar untuk tambahkan susu atau banyakkan susu. TETAPI,aku nak korang  faham, setiap manusia berbeza2, rambut sama hitam,tapi hati warna-warni. Hehe..faham tak? Kalau tak faham,buat2 faham, sebab aku saje je berkias tu…Ok2, balik pada kisah kita tadi, apa yg kita makan, daya serapan kita tak sama ngan org2 lain. Jadi, jgn lah rasa gusar,menggelabah ke atau susah hati bila korang nampak takde apa2 perubahan pada production susu korg atau susu meningkat,tapi ala…sikittt je..(setelah makan semua2 tu) Jangan susah hati..Tu la aku nak bitau nih..
Setiap drp kita berbeza,so kitalah yg kena cari n observe sendiri makanan yg mana leh boost up susu kita. Contoh cam aku ni,aku perasan, kalau aku makan sup kambing,punyalah melimpah ruah susu aku, meriah macam hari raya.hehe..best kan..! Ha..jadi korang cuba je semua benda2 yg leh “boost up” susu korg,yg korg rasa nak makan tu. Cuba je..tak salah. Lagipun, “milk booster” ni perlu bila time susu kita tgh merudum je.  Ataupun,time korg nak wat stok. Sebabnya, kebiasaannya susu setiap ibu, cukup untuk bayinya. Cuma,kdg2, gangguan hormon, stress,penat dan sbgnya tulah, yg leh effect pada pengeluaran susu kita. Tulah, pasni, harap2 korg cubalah alert sikit dgn apa yg korg makan. Mana2 yg korg rasa tiba2 wat susu korg bertambah, catatkan. So, next time leh cari makanan2 tu semula tuk tambahkan susu korg ok!
Sekian, wassalam.. ;)
Happy breastfeeding to all hot mummy out there!!! : )

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...