My F.r.i.e.n.d.s

Jumaat, 27 Mei 2011

Bagaimana susu ibu terhasil?

Salam jumaat ibu2 sekalian...
Hari ni, aku nak share citer tentang bagaimana susu ibu terhasil. Berdasarkan pengalaman2 yg telah aku lalui dan cerita2 dari ibu2 lain yg telah berjaya, apa yg aku dapat nampak sekarang ialah, kebanyakan ibu2 belum kenal lagi breast masing2. N tak study secara detail bagaimana susu ibu terhasil. Aku rasa, kita kena kembali kepada perkara asas, iaitu kenali breast kita terlebih dahulu. Supaya bila kita dah kenal N faham tentang breast kita, insyaallah, perjalanan breastfeeding akan menjadi lebih mudah....

 Ok, jom kita tengok pada struktur gambarajah di bawah....


Apa yg aku leh rumuskan di sini, kita dapat lihat dengan jelas, bahawa susu ibu terhasil, apabila terdapatnya rangsangan dari bayi. Otak yg merangsang kilang2 susu supaya menghasilkan susu. Berbeza dengan susu tepung; air panas, air masak, susu tepung, botol susu dan yg sewaktu dengannya, telah terhidang di depan mata. Penat ke, stress ke, baby tetap leh disusukan. Walaupun ayahnya, yg takde susu pun leh tolong susukan baby. Hatta orang gaji indon pun leh tolong susukan anak korang, bagi yg minum susu formula.

Sebab tu, permulaan penyusuan terutama bagi ibu2 yang bersalin sulung (tiada pengalaman) seringkali gagal dalam proses breatfeeding ni.Sebabnya, susu tu bila dipicit baru keluar. Itupun, cam menitik aje. Kemudian bila perah kadang2 tak keluar. So, tak nampak hasilnya, ibu2 pun risau dan mudah terpengaruh dgn cakap org2 tua, bila diorg start buka mulut kata susu kita tak cukup. Ibu akan bertambah down, terus baby pun melalak! Sebabnya, si ibu tadi dah hantar signal yg salah kat otak bahawa susu dia tak cukup. So, macamana kilang dia nak proses susu.

Teknik yg betul ialah, FIRST SEKALI SET DALAM MINDA BAHAWA TIADA MAKANAN LAIN SELAIN SUSU IBU UNTUK ANAK KITA PADA 6 BULAN PERTAMA. (Cuba set dalam minda, kalau aku tak nyusukan anak aku ni, nanti dia akan sakit. Nanti dia tiada antibody, susu formula mengandungi bahan kimia yg berbahaya pada bayi, susu formula bukan susu semula jadi. ) Sebab tu, klinik kerajaan mengambil tindakan yg betul, sebab tidak membenarkan ibu2 membawa botol susu masuk ke dalam klinik @hospital. Supaya, ibu2 yg baru saja melahirkan, tidak sewenang2nya, set dalam fikiran, kalau tiada susu, susu tepung setin, dah ada kat tepi nih! Tak yah la aku nak risau. Dah.....nampakkan, korang dah hantar lagi sekali signal yg salah pada otak korang, bahawa, anak korang tak semestinya kena minum susu korang. So, kilang tu pun berehat seketika @berehat buat selama2nya, bila tiada rangsangan dari baby.

Korang ingat aku tak tahu eh, bila korang tengah nyusukan anak korang, dalam hati korang berkata2, ada ke susu aku nih? Aku tengok raut muka korang pun dah leh baca. Muka terkerut2 bagi susu kat anak. Tak sampai 5 minit terus cakap, "dahla bang, bancuh jela susu tu, susu tipah takde la bang. Tak mau keluar!"
Dah...kalau korang cakap gitu, walau kitorang nasihat banyak2 kali pun tak guna jugak. Sebab minda korang dah set begitu. So kilang susu korang tutup kedai la...Lainla, kalau otak korang leh bluetooth dengan aku ni, aku akan cakap, "susu aku banyak...Insyaallah, susu aku banyak...Insyaallah, Allah itu Maha Pemurah...Insyaallah, rezeki anak aku ada..." (Ini sebenarnya apa yg setiap ibu harus lakukan dalam minda korang)

Kemudian, bila korang dah berjaya beri kolostrum tu, kadang2 breast kita amik masa beberapa hari untuk membengkak, mengeluarkan susu yang matang. (Ibu baru kena faham, mula2 breast kita memang lembut, seolah2 macam tiada susu, bila perah pun adala dapat sesudu. Itu perkara normal dan biasa. Ok!)
Bila picit nipple pun, yg keluar cecair jernih kekuningan. Itulah kolostrum yg bernilai EMAS buat baby kita. Itu penting untuk antibodi si dia (si kecil tersayang).

Dan lagi satu, memang NORMAL dan BIASA bila baby, pada beberapa hari@ minggu pertama kerap menangis nak susu. Ada yg setiap 1 jam, malah setiap 30 minit (macam aku) pun ada. Ini mula2. Sekadar beberapa selang waktu, untuk ibu dan bayi menyesuaikan diri N penghantaran signal pada kilang susu supaya produce susu yang mencukupi untuk baby. (Jangan terpengaruh dengan mana2 mak bedah, cakap seolah2 susu korang tak cukup N baby tak kenyang. Itu gosip girl@ gosip makcik2 semata2. Berdasarkan fakta yg sebenar, susu ibu adalah makanan yg mudah dihadam oleh bayi. Sebab tu, baby cepat lapar. Sebab ia mengandungi gula ringkas dan zat2 lain yg mudah dicernakan oleh perut bayi. Compare dengan
susu formula, yg korang ingat baby tidur lama sebab kenyang...Maaf cakap, fakta yg sebenarnya, perut baby sedang bekerja keras pada ketika itu, demi untuk menghadamkan satu ramuan asing yg telah dimasukkan ke dalam perut dia.

Kemudian, untuk kes2 tertentu, bagi baby yg ada masalah sehingga memerlukan ibu untuk memerah susu di hospital. Mula2 memang hasilnya sesudu dua. Susu tu cukup untuk mengenyangkan baby. Amalkan setiap kali sebelum N selepas mengepam@menyusu minum air suam sekurang2nya segelas. Supaya flow susu berjalan lancar. Jangan simply mudah2 dengar cakap mak bedah, tak elok minum air banyak, nanti peranakan berair dan sebagainya. Percaya tak, mana2 ibu yang menyusukan badan anaknya (secara fully bukan campur dgn susu formula), walau dia berisi, gebu, gemuk atau kurus, badan dia tetap ada shape. Sebab, menyusu mempercepatkan proses rahim kembali mengecut.

K, sekian untuk kali ini. Maybe kalau ada masa aku akan sambung lagi lepas ni.

"Breastfeeding bukanlah semudah yang disangka, tetapi bila kita dah laluinya, ia adalah pengalaman yg paling indah dan pengurusannya lebih mudah dari menguruskan susu formula."

***Just follow blog aku, insyaallah semoga kita sama2 dapat manfaatnya...

Mengandung, melahirkan dan menyusu itu FITRAH seorang WANITA.

"Selamat menyusu" :)

Biasalah tu, susu ibu dapat sikit! Bukan alasan untuk tidak menyusu badan.(Pengakuan: aku perah hasilnya dapat tak sampai sesudu)

Salam,
Kelainan pada tajuk entri kali ini. Nampak aku macam sedikit garang, tapi tidak sebenarnya. Aku cuma nak menjadi sahabat yang lebih tegas kepada korang semua! Nak cuba menjadi sahabat yg sanggup bersusah payah menasihati dan berkongsi pengalaman dengan korang, sehingga korang berjaya menjadi ibu yang menyusu badan sepenuhnya (terutama pada ibu yg bekerjaya). Sebabnya, apa yg kita kongsikan bersama ini, menambahkan pahala kita di akhirat nanti. Insyaallah....(kerana apabila seseorang, menyampaikan sesuatu ilmu yg baik, lalu yg lain mengikutinya, sedikit bahagian pahala dari seseorang tersebut, kita jua mendapat manfaatnya. Begitulah jua sebaliknya. Wallahualam)

Pertama sekali, apa yg aku nak sampaikan pada kali ini, betul2 dari dalam hati aku. Seikhlas hati dan pengakuan yg sebenar2nya aku nak beritahu. So, aku harap korang baca elok2 N hayati betul2.

Siang tadi aku tersentuh ngan citer kawan  lelaki aku pasal wife dia tak menyusu sepenuhnya. Tengah berpantang kat rumah lagi, dah mula campur susu formula. Sedih giler aku dengar tadi. Alasan yg diberi,"Susu wife aku tak cukup, sekarang ni pun dah nak kering!"...Dalam hati aku berkata, Astahgfirullah..sayangnya. Wife dia dahla amik cuti 3 bulan. Kalau aku memang manfaatkan sepenuhnya menyusu anak sebanyak N sekerap mungkin.

Sekarang aku nak buat pengakuan yg sebenar2nya, kalau itu alasan korang, sikit2 beri jawapan "SUSU AKU KURANG", "SUSU AKU TAK CUKUP", "ANAK AKU LELAKI,KUAT NYUSU", "AKU KERJA BUSY", boleh tak aku nak jawap, "ADAKAH KAMU SEDANG MENYUSUKAN ANAK SINGA YG LAPARNYA LUAR BIASA, SAMPAI SUSU YG ALLAH BERI PUN TAK MAMPU NAK SUSUKAN ANAK KAMU SEHINGGA KENYANG?."

Cuba kita kembali kepada fitrah kita diciptakan sebagai seorang wanita, yg mampu mengandung, melahirkan dan seterusnya menyusukan. Kenapa perkara menyusukan selalu tercicir dari list sebagai seorang ibu? Korang tak rasa perlu bangkit dari tidur ke, kalau korang tahu, orang2 yg bukan Islam, antara yg paling ramai menyusukan anak2 mereka? Amik contoh simple, orang yahudi, hampir kesemuanya menyusukan anak2 meraka. Kenapa kita yg sebagai orang Islam ni tak nak amik iktibar dari situ? Bangsa yang paling bijak dalam dunia ni siapa kalau tak orang2 yahudi?

Dekat oversea sana, sepupu hubby aku cakap, susu formula tu, diorang letak kat rak paling belakang sekali. Kalau tak jumpa cari, memang logikla. Tapi,kalau kat Malaysia ni, susu formula tu (kat Alamanda Putrajaya), elok je bersusun, kat pintu masuk depan sekali. Aku pun tak faham. Kadang2 yg tambah menyedihkan tu, aku nampak yg paling ramai q beli susu tu, orang Islam kita je.

Lagi satu, sebenarnya, aku tak berapa suka bila orang cakap, "Wah banyaknya susu ko! Kalau aku dulu masa mula2 perah dapat tak sampai 1@ 1/2oz. Kadang2 nasib2 adala dapat 2 oz, campur kiri kanan."

Ini, hasil yg korang tengok sekarang!!!!...Masa susah aku ada korang tahu? Ada aku citer, nurse suh aku perah susu masa anak aku kena tahan wad. Susu aku dapat tak sampai sesudu. Aku dok rumah batu pahat (berpantang), dekat 20 hari dapat gitu jugak. Sampai aku give up, aku tak perah susu pun. Cuma aku kerapkan bagi direct pada baby. Kat ofis, pernah aku tgh tension,perah susu,langsung tak keluar. Padahal breast rasa penuh je. Bayangkan, kawan yg tak support susu ibu nih (dulu...sekarang tidak lagi), nampak gitu je, terus cakap, "Camana tu, susu takde. Cukup ke anak nak minum susu nanti?" Sebab tu, bila aku dengar jawapan2 "susu kurang, susu tak ada", hati aku sayu je... : (

Aku bersusah payah mula2, korang tak nampak. Pastu terus compare kan susu korang dgn aku yg sekarang ni,umur anak aku dah masuk 4 bulan lebih. Makin bertambah usia anak, makin meningkatla keperluan dia, dan semakin meningkat jua hasil susu tu.

Rangsangan tu penting! Korang kena faham dan  bezakan, bahawa susu ibu nih, bukan macam susu tepung yg korang nak kena sukat2 auns dia. Susu ibu, mengandungi khasiat nasi,sayuran, buah2an dan lain2 sumber makanan yg kita makan. Nak compare ngan susu tepung, susu tepung tu, tah campur dgn apa2, termasuk bahan pengawet bagi susu tu tahan lama. Ingat ye, susu ibu tak perlu nak disukat2 berapa auns. Sebab tu, susu ibu selagi baby minta nyusu kita leh bagi sekerap mana dia mahu. Sebab mudah dihadam dan MEMANG KHAS UNTUK BAYI. Sebaliknya SUSU FORMULA yg korang anggap mengenyangkan budak tu, yang sebenarnya,perut budak tu,berusaha keras nak menghadam susu tu. Sebab tu korang nampak dia tido lama. Kesian...

Masa mula2 baby keluar, alahai, ukuran perut dia baru sebesar biji guli. Susu yg ada pada breast korang tu, cukup untuk anak korang. Insyaallah...

Ada sorang nurse ni, dia leh cakap dgn aku, "kenapa u tak nak campur susu anak u,dengan sedikit susu formula? Mana u tahu susu u cukup untuk anak u?" Memandangkan dia bukan Islam, aku sabar je...Hish...Kalau tidak...

Jawapannya ada. "Mana u tahu pulak, my baby tak kenyang minum susu I? Kenapa dia boleh tido lena N membesar dgn baik? Kenapa sebelum u tahu i fully breastfeed, u pun puji anak i very active N ceria? Bila sudah tahu i fully breastfeed, terus cadangkan tambah susu formula. Sebabnya, dia kata,"dulu pun, dia top up susu formula pada anak dia, alasannya, susu dia tak cukup." Kalau tak kuat aku time tu, dah goyang dah. (Nasib aku ada motivator, iaitu idola aku SHAZA SHAMSUDDIN). Confirm ibu2 mana yg tak kuat, dengar je nurse cakap gini, dah top up susu formula.Alangkah ruginya..

Sebab tu aku cakap, kena dengar pengalaman ibu2 yg berjaya. Pls jangan, Jangan dan JANGAN dengar citer dari mulut ibu2 yang tak berjaya. Bila anything happen, korang seolah2 mengiyakan pendapat diorang yang salah tu...Dan akhirnya....SUSU FORMULA lah jawabnya.....SAYANGGGG...SUNGGUH!

Sekian, terima kasih.

Dari aku, insan yg lemah lagi hina,
sekadar ingin menasihat dan mengingatkan diri sendiri dan jua teman2 yg dikasihi

Tiada kata yg dapat digambarkan apabila anak membesar dengan susu kita sendiri. Indahnya perasaan itu, hanya yg mengalaminya saja yg tahu..... :)

"Happy breastfeeding"

Selasa, 24 Mei 2011

Susu ibu yang bengkak BASI, harus dibuang N tak boleh beri pada baby....!!! Betul ke?

Salam,
Pernah dengar tak statement ni?..Aku tiba2 teringat kisah ni, sebab ada sorang mummy pagi tadi, citer pasal isu ni lah. Breast dia bengkak, dia perah, buang semuanya, sebab ada orang tua2 pesan kat dia, susu tu dah basi N tak boleh beri pada baby.

Maafla, aku kalau teringatkan statement ni, seriously aku rasa bengang je dalam hati ni. Bukan pe, terkenangkan dulu2, aku tertipu dengan statement ni, percaya lak tu bulat2. Kalau tak, sure la, masa pantang, stok susu aku banyak, sampai beratus2 botol.

Citernya bermula gini, time aku berpantang, aku berurut. N makcik urut tu, nampak breast aku bengkak, terus pesan kat aku supaya perah N buang susu tu. Sebab susu tu dah basi katanya. Kalau beri pada anak, nanti kembung N sakit perut jadinya. Sedih aku, dekat 2 botol aku perah, aku terus buang kat sinki. Padahal, anak aku, dah melalak2 nak menyusu. Tapi, takut basi N anak sakit perut, aku buang dulu. Pastu, aku minum air suam segelas, baru nyusukan baby. Sayang giler...banyak susu aku terbuang. Setiap kali bengkak, aku kosongkan, buang terus. Tapi, lama2 aku jadi sangsi juga, so aku siasat, tanya pada mak(mertua), dia jawab, "mana boleh susu dalam badan ni, basi nak." Aku fikir, betul juga, kalau semua dalam badan ni boleh basi, apa citer? Hari2 kena tukar darah, buang darah lama, tukar darah baru.

Pastu, time aku ada check up kat klinik, aku pun tanya pada nurse. Nurse tu pun, gelakkan aku. Dia kata, siapa la, bagi ajaran yg salah ni. Hai...rugi je...Tapi, bila fikir hikmahnya, bila kita dah faham, so kita ada satu ilmu baru. Betul tak?

Pastu, PASAL SUSU KOLOSTRUM pun, (susu yg 3 hari pertama selepas melahirkan, yg berwarna kuning keemasan), ada kawan pesan suh perah dan buang. Sebab, tu susu basi katanya. Dah ada dalam breast, time kita mengandung. So, buang susu kuning tu, pastu, bila susu dah putih, baru beri pada anak. Oh..syukurlah, aku tidak sebodoh itu, untuk senang2 je membuang susu kolostrum yg bernilai emas itu. Susu tu, mengandungi antibodi penting untuk anak. Siapa2 yg dah buang tu. Ruginya...tapi takpe, kita belajar dari kesilapan. So, pengajarannya, jangan mendengar dari satu mulut sahaja, cari fakta dan maklumat yg tepat, kemudian baru buat keputusan. Ok!!!...

Kesimpulannya, fakta yg tepat ialah, TIADA ISTILAH SUSU BASI dalam badan ibu.

Selamat menyusu...:)

Wassalam

Isnin, 23 Mei 2011

Bayi BUKAN allergic dgn SUSU IBU tetapi dengan apa yg kita makan.

Salam,
Apa khabar ibu2 semua? Maafla, aku tak 'update' blog beberapa ari ni, sebab aku berkursus (kat Gambang Resort, Kuantan, Pahang). Time 'pack' sangat, jadi tak sempat. ( Tapi, perah susu, aku tetap SEMPATkan jugak!..hehe...). Mesti korang rindu kat aku kan...( Aku yg rindu kat korang ni...yg sebenarnya..hehe..)

Ok. Korang pernah dengar kan, tentang baby yg allergic susu? Sampaikan ada yg kata, anak dia memang allergic susu. Segala jenis susu memang anak dia tak boleh terima. Melainkan, susu soya. Aku tak salahkan mereka, sebab setiap ibu pasti sayangkan anak2nya, dan semua ibubapa, mesti nak yg terbaik. Siapa tak risau, bila anak minum susu, macam2 perkara tak kena berlaku kat anak dia. Samaada muntah2, ruam yg teruk, kulit menggelupas dsbnya...So, kita seharusnya bersyukur, sekiranya perkara ni (allergic susu) tak berlaku pada anak2 kita.

Tapi, selagi kita masih muda N masih mampu untuk mengandung lagi, kena ambil tahu juga hal2 ni, supaya kita lebih bersiap sedia sekiranya berlaku hal seumpama ni pada kita. (nyampah lak aku, mentang2 baru balik kursus, ayat cam skema jer...)

Ok, aku tertarik dgn kata2 professor nih. Cuba korang  baca 'quote' yg aku petik dari satu website nih:-

"There are 4,000 species of mammals, and they all make a different milk. Human milk is made for human infants, and it meets all their specific nutrient needs," says Ruth Lawrence, M.D., professor of pediatrics and obstetrics at the University of Rochester School of Medicine in Rochester, N.Y., and spokeswoman for the American Academy of Pediatrics.


Ni bukan aku yg cakap, tapi seorang professor, dari luar negara. Seorang hamba Allah juga walaupun beliau bukan seorang Islam. Maknanya, susu ibu memang diciptakan khas untuk anak kita kan. Ramuan dan kandungan susu ibu, semuanya khusus untuk anak kita. Siapa yg ciptakan? Bukankah Allah swt yg menciptanya???...Kita semua manusia biasa. Sebijak2 kita, mampu ke kita menandingi kebijaksanaan Allah Taala. Maaf, aku bukan nak bersyarah ke apa. Sedang aku masih lagi, hamba Allah yg hina lagi tidak sempurna.

Cuma, sebelum aku berleter panjang, aku nak kita semua set dalam mind, bahawa, sebaik melahirkan, TIADA SUSU LAIN SELAIN SUSU IBU (untuk 2 tahun je, bukan lama pun...). Sebab tu masa aku melahirkan anak pertama aku, langsung aku tak bawa botol susu (kat hospital), stok susu pun tak de (kat rumah). Aku tak pernah lintaskan dalam fikiran, bahawa aku takde susu. Sedangkan, aku betul2 diuji dgn macam2 perkara dan karenah yg kalau aku tak kuat dulu, memang CONFIRM anak aku minum susu formula. Takpelah, semua pahit getir tu dah aku tempuhi, dan alhamdulillah aku dah BERJAYA. That's why, aku nak share kan dgn korang semua cerita aku (insyaallah...), mudah2an, korang semua pun akan berjaya menyusukan anak sehingga 2 tahun, walaupun kita seorang ibu bekerjaya. Okeh. Chaiyok2!!! :)

Ok, sambung balik..
"The composition of infant formula is similar to breast milk, but it isn't a perfect match, because the exact chemical makeup of breast milk is still unknown.Human milk is very complex, and scientists are still trying to unravel and understand what makes it such a good source of nutrition for rapidly growing and developing infants"

While greater knowledge about human milk has helped scientists improve infant formula, it has become "increasingly apparent that infant formula can never duplicate human milk," wrote John D. Benson, Ph.D, and Mark L. Masor, Ph.D., in the March 1994 issue of Endocrine Regulations. "Human milk contains living cells, hormones, active enzymes, immunoglobulins and compounds with unique structures that cannot be replicated in infant formula."

The primary benefit of breast milk is nutritional. Human milk contains just the right amount of fatty acids, lactose, water, and amino acids for human digestion, brain development, and growth.

Baca tu. Ada faham tak? Kalau aku, risau je nak bagi susu formula disebabkan hal2 sebeginilah. Kandungan susu formula tu, dah ditepungkan, korang tak terfikir ke apa kandungan dalam susu tu. Kalau nak dibandingkan dengan susu ibu yang semulajadi.

Aku tau, mesti ada yg cakap, habis kita ni pun minum susu lembu gak kan. Memang kita minum, N aku akui, anak aku(2 tahun 2 bulan) sekarang pun minum susu dutch lady . Tapi, sebaik2nya, kalau nak kenalkan susu lain, biarlah selepas 2 tahun. Sebab, dalam usia 2 tahun, mungkin sistem dalaman perut anak kita sudah boleh berfungsi dengan baik dan cekap, serta dah boleh terima makanan lain.

Kalau nak baca detail, boleh buka laman ini:-
http://pregnancy.about.com/cs/breastfeedinginfo/l/blbreastorbottl.htm

Ok, kalau korang dah faham tentang susu ibu nih.Baru aku buka citer pasal baby yg allergic susu ibu. Kadang2 kita ni kalau makan, kita rasa kita tak alergic (sebab maybe kita tak perasan, sebab kadang2 kesannya sikit @ tak berapa nampak pada diri kita). Jadi, baby yg baru lahir ni, sensitif, kadang2 reaksi baby pada sesuatu makanan@minuman, habuk dsbnya, terus nampak.

Tetapi, kalau tak nak bagi susu ibu, nanti rasa rugi pulak. Cuba baca dan hayati 'statement' ni:-

"Breast-fed babies have fewer illnesses because human milk transfers to the infant a mother's antibodies to disease. About 80 percent of the cells in breast milk are macrophages, cells that kill bacteria, fungi and viruses. Breast-fed babies are protected, in varying degrees, from a number of illnesses, including pneumonia, botulism, bronchitis, staphylococcal infections, influenza, ear infections, and German measles. Furthermore, mothers produce antibodies to whatever disease is present in their environment, making their milk custom-designed to fight the diseases their babies are exposed to as well. "

A breast-fed baby's digestive tract contains large amounts of Lactobacillus bifidus, beneficial bacteria that prevent the growth of harmful organisms. Human milk straight from the breast is always sterile, never contaminated by polluted water or dirty bottles, which can also lead to diarrhea in the infant.

Human milk contains at least 100 ingredients not found in formula. No babies are allergic to their mother's milk, although they may have a reaction to something the mother eats. If she eliminates it from her diet, the problem resolves itself."
Nampak tak, tiada baby yg allergic pada susu ibu. Jangan salah faham. Fakta yg sebenarnya ialah, baby allergic dgn apa yg kita makan.

Macamana kita nak trace anak kita allergic apa? So, cadangan aku ialah, korang hanya makan nasi/ buah kurma/ sayur2an dalam masa 3 hari. Jangan amik apa2 ikan/ ayam/ itik/ kambing dan sebagainya dulu. Telur pun jangan. Susu pun jangan (semua produk tenusu spt keju, dadih dll). Sebabnya, apa yg kita makan, itu yg anak kita dapat. Cadangan aku suh korang buat begini ialah, kita nak trace apa yg anak kita allergic sekiranya kita makan. Hanya dengan cara ni saja, kita leh dapat tahu. Buat secara berperingkat. Kalau dah test idea pertama aku tadi, N baby tak apa2, cuba try makan ikan pulak selama 3 hari berturut2, kemudian ayam...dan begitulah seterusnya. Sampaila kita dapat trace, makanan apa yg anak kita tak boleh terima. Kemudian catatkan. Supaya next time kita leh elak makan makanan2 tu.

So, makanlah makanan yg berkhasiat.. Kalau bayi yg alergic susu (susu lembu) ni, akan disarankan supaya minum susu soya. Produk soya bukan produk tenusu.Sebabnya ada dijelaskan di sini:-

However, adverse reactions to the protein in cow's milk formula or symptoms of lactose intolerance (lactose is the carbohydrate in cow's milk) may require switching to another type of formula, he says.

Symptoms that may indicate an adverse reaction to cow's milk protein (SUSU LEMBU)  include vomiting, diarrhea, abdominal pain, and rash. With lactose intolerance, the most common symptoms are excessive gas, abdominal distension and pain, and diarrhea. Since some of the symptoms overlap, a stool test may be necessary to determine the culprit. Usually, lactose intolerance will produce acidic stools that contain glucose. If the protein is the problem, stools will be nonacidic and have flecks of blood.
The main alternative to cow's milk formula is soy formula. (nampak tak, dia tak cakap pun pasal susu ibu. Dia sebut apa, SUSU LEMBU kan!...So, alternatif ini, untuk susu lembu, bukan susu ibu. Susu ibu tetap yg terbaik!..)
The carbohydrates in most soy formulas are sucrose and corn syrup, which are easily digested and absorbed by infants. However, soy is not as good a protein source as cow's milk. Also, babies don't absorb some minerals, such as calcium, as efficiently from soy formulas. Therefore, according to the American Academy of Pediatrics, "Healthy full-term infants should be given soy formula only when medically necessary."

If you suspect that your child is suffering from food-allergy you should consult with your pediatrician. Unfortunately many pediatricians are reluctant to conclude that a child is allergic to food. Your may have to fight your corner. Also many are hesitant to tell a mother to drop things from her diet, because they're concerned about her nutrition. Stand your ground and if your pediatrician refuses to listen to your concerns, you can ask to be referred to an allergist. (Nampak tak kat sini, susu ibu bukan masalah. Yg sebenarnya kita kena kenal pasti makanan apa yg menyebabkan anak allergic. Kadang2 kalau kita silap bertanya pada org yg salah, kita akan dapat jawapan yg salah. Tanya dgn doktor biasa, memangla doktor akan bagi jawapan yg simple. Malas dia nak layan. ).

If a mother is allergic to any food the chances are her child may also be allergic to those foods. Many mothers don't realise that they are allergic as they display little or no symptoms. However, the allergic reaction can be much more pronounced in their suckling child. What mother eats; baby eats.

Ok, sekian untuk kali ini. Jumpa lagi... Happy breastfeeding to all my friends...! :)

Wassalam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...