My F.r.i.e.n.d.s

Khamis, 6 November 2014

Berapa banyak susu ketika berpantang ?

kosmo berpantang
gambar ihsan kosmo

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam to all mummies n rakan seperjuangan penyusuan. Semoga kalian sentiasa dirahmati Allah serta perjalanan penyusuan kalian berjalan dengan lancar hendaknya.

Lately, banyak pula keyword mummy dok google berapa banyak susu boleh dapat time berpantang. Surely, mestilah kebanyakannya ialah mummy2 yang first time tak pun yang dah jadi mummy tapi baru nak berjinak2 dengan dunia penyusuan. It's ok. Bagus sebenarnya bila kita berusaha mencari ilmu. Gali sebanyak mungkin ilmu ni. Lebih banyak kita mencari, lebih luas pengetahuan dan pengalaman kita. Dan bila dah ada ilmu, jangan kedekut untuk share... Sebabnya, lagi banyak kita sharing ilmu kita, insyaallah lagi banyak juga Allah berikan ilmuNya kepada kita... Amin... Ingat ini je, "what u give, u get back"... :)

Ok, simple story, secara asasnya, mummy2 kena tahu dan jelas bahawa breastfeeding nih ialah naluri semulajadi seorang ibu. Susu akan mengalir apabila terdengar tangisan bayi tercinta. Tapi anda WAJIB tahu bahawa, breastfeeding ni, perlukan latihan juga. Kesilapan majoriti mummy di luar sana ialah apabila mereka tiada ilmu tentang breastfeeding dan lebih memburukkan keadaan, dikelilingi pula dengan "golongan2 (0 knowledge breastfeeding) " juga. Tak kuat semangat, memang kalahlah di pertengahan jalan. Mulalah kita top up baby dengan susu formula.

Secara ringkasnya, kita perlu tahu asas berikut:

  1. Cara pelekapan mulut bayi yang betul
  2. Teknik penyusuan
  3. 'Hint' tangisan bayi (nangis tak semesti nak nyusu je manjang...kot pampers basah ke..kembung perut ke...)
  4. Masalah nipple tenggelam
  5. Emosi yang stabil
  6. Stamina dan tahap kesihatan ibu
  7. Puting yang tersumbat
  8. Bengkak susu

dan..banyak lagi...

So, kesimpulannya, masalah berapa auns susu mummy dapat sekali perah atau pam itu bukan 'main point' nyer...Target utama kita ialah, berapa kali kita 'create the demand'. Ingat ni, simple jer punn... MORE DEMAND = MORE SUPPLY okeh!

Time berpantanglah syurga menyusu mummy syg oi.... Kerapkan DIRECT FEEDING and pam pula selepas itu. Insyaallah, susu mencurah2...

Saya mula2 pam, adala sesudu dua...Takpun, rasanya kalau tak silap...Adala percik2 sikit kat dinding botol tu. Kalau ikutkan first timer + zero knowledge dulu2, lama dah down...Siap ada yang cakap..."Aik..takde susu tu...." Blrgghhh...terluka hati berdarah jantung dengar...Sentap tu... hee...:D

Nasib dah lalui semua tu dengan tabahnyer...(tabahlah sangat, siap nangis sorang diri malam2, siapalah tahu kan...)

So, friendly reminder sekali lagi....takyah dok sibuk tunggu susu tu penuh sebotol. Pam je...Rangsang je pengeluaran susu...Istiqamah pam...Insyaallah, ia akan meningkat dari sehari ke sehari dengan izinNya... Percayalah!!!....(nyanyi kang lagu Siti...pengsan plak u ollss kan...) hee.... :D

Ok, all the best!

Semoga dipermudahkan...Kuatkan semangat...dan kerapkan menyusu 'direct' + pumping...

~ Menyusu itu indah~

atia



Rabu, 5 November 2014

BLOG BARU SAYA www.zahirahzainal2.blogspot.com

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam sayang kepada semua rakan seperjuangan menyusu!!! :)

Syukur alhamdulillah, pada hari ini berjaya juga saya mewujudkan blog baru (www.zahirahzainal2.blogspot.com). Harapnya istiqamahlah pasni update blog. Jemput singgah dan 'follow' blog saya ya. Tq all for ur support!

Menyusu itu indah! :)

Salam sayang,

atia


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...