My F.r.i.e.n.d.s

Khamis, 19 Mei 2011

Berapa kali perah susu ibu?

Salam,
Kali ni ada lak mummy yg nak tahu, berapa kali kita perlu perah susu ibu?

Jawapannya senang sahaja;-
1. kita MESTI PERAH SEKURANG2NYA 4 KALI ketika waktu kerja.
2. Pam setiap 3 jam. Sila gunakan prinsip sifir 3 aku, okeh!... :)
3. Pam juga bila terasa breast dah penuh @ bengkak.
4. Kalau berkursus, mesti dan WAJIB PERAH setiap 3 jam. Luangkan masa 10-15 minit untuk keluarkan susu. Ini untuk rangsangan susu yg berterusan, ketika ketiadaan baby di sisi kita. Dan juga supaya salur susu kita hantar signal ke otak untuk produce susu lagi.

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam..saya nk tnya,mcm mana pula kalau guru,waktu free tak tentu tiap2 hari,kdg2 isnin free pkul 9,selasa pkul 9-12 ada klas,jd nk pam takde masa fix,ataupun masa free kna gnti klas pulak..mcm mn ye..tq...

zahirah zainal berkata...

hot mummy tanpa nama~
wslm...
tq sebab sudi bertanya, mudah2an kalau ada ibu2 yg mempunyai masalah yg sama, boleh share panduan ni.
Firstly, sy pun nak share citer sy, yg baru balik dari kursus ni. Sy berkursus dan time sy agak pack. Bayangkan, sampai malam sy ada kelas. Masa yg sy ada sepanjang berkursus cuma:-
-15 minit waktu minum pagi
-1jam untuk makan tengahari dan solat
-habis kelas dalam 6 petang, malam ada kelas lagi sampai kul 11 malam baru balik

** bayangkan, kalau saya tak perah langsung, dengan anak yg baru berusia 4 bulan, menyusu badan sepenuhnya pulak tu. Kalau saya tak curi masa memerah, gerenti susu makin berkurang. Lagi pulak, sebelum tinggalkan baby, stok yg saya tinggalkan untuk baby menyusu dalam lebih kurang 30 botol. So, saya kena ganti semula, stok yg saya dah guna tu, betul tak?

Sebelum tu, firstly, sy harap, kita semua kena set dalam mind, walau apa pun terjadi, walau kita kerja sebagai apa, kita tetap mampu menyusukan anak. Semua orang boleh. Cuma time management tu kena belajar.

Sy jadi Emcee untuk sesuatu function pun, saya tak nak anggap, masa yg pack tu, sebagai alasan untuk saya tidak mengepam susu. Saya tetap curi masa, walau apapun.

zahirah zainal berkata...

bersambung~
Syaratnya, kita kena siap2 steril dgn air panas, kesemua botol susu dan segala alat mengepam, malam2 sebelum tidur@ waktu pagi sebelum ke ofis. Tempoh steril tu, bertahan dalam masa 24 jam. So, dah takde masalah tentang steril kan.

Kemudian, pastikan, kita bawa pam, cooler bag, walau di mana kita berada. Kalau simpan kat meja ofis, pastu gi kelas,balik kelas baru nak pam, memangla tak sempat sayang...Beli beg sandang, atau beg besar yg cantik sikit, untuk bawa ke mana2, supaya bila ada kesempatan untuk mengepam, kita dapat mengepam walau di mana saja. Hatta dapat 5 minit pam pun, dah kira ok, dari tak pam langsung. Sebab, kadang2 dalam 2-3 pam tu, bila breast kita terangsang, let down reflex leh bantu pancutkan susu lebih banyak sikit. Kadang2 5 minit pun dah dapat separuh botol. Bergantung pada setiap ibu. Lain org, lain timing let down reflex dia.

So, tak kisahla, kita kerja sebagai guru ke, engineer ke, artis ke, semuanya ada masa untuk mengepam. Insyaallah...Time management tu yg penting.

So, sy harap sy dah menjawab soalan...Menyusu itu mudah. Terpulang pada kita, camana nak mengendalikannya..

Happy breastfeeding dear!!!... :)

wassalam.

Young Mummy berkata...

Salam..

Camne nak change dr breastfeed + formula milk ke fully breastfeed?..

Anak saya baru 2 minggu, tapi sgt kerap minum smpai 1 masa tu da xde susu yg kuar nak bg.. dia melalk sekuat ati.. tpakse saya berikan FM *dgn sedih hati. menangis juga la tgk anak minum FM*

Skg ni saya nekad nak tukar balik, nak bg fully BF.. help.. bg tips..

Ty.

zahirah zainal berkata...

young mummy~ salam...
Thanks sebab sudi bertanya kat sini. Mudahan dapat kita share sama2 pengalaman ni. Setiap ibu, cabaran breastfeed yang dilalui lain2 kan.. :)

Ok, berkenaan soalan Ty, camana cara nak fully breastfeed semula, sebab dah campur. Penyelesaiannya adalah bagaimana cara nak relaktasi, supaya susu sentiasa mencukupi untuk anak.

SEbenarnya, rangsangan yang terbaik ialah baby kita sendiri, (breastfeed on demand). Setiap kali baby minta nak menyusu tu, sebenarnya, nak membantu kita tingkatkan production susu. Tapi, takpe, since dah ter'campur' dgn susu formula. Sementara anak minum susu botol tu, mummy leh bawa diri ke tempat yg tenang sikit (masuk dalam bilik lain ke, duk kat ruang tamu ke). Cuba perah sementara dia minum susu botol tu. (sebelum nak perah, minum sedikit susu atau makan kurma ke, atau biskut sikit, supaya dpt lancarkan susu nak keluar nanti.)

Mummy jangan sedih2 tau... Allah tahu niat ikhlas kita tu. Cuma kadang2 bila kita 'down' (hati tak rela beri anak susu formula), sebenarnya sedikit sebanyak effect pada susu kita. Kita tak perasan, secara tak langsung sebenarnya, emosi kita sudah terganggu. Kalau boleh, masa anak menyusu botol tu, Jangan tengok. Jangan mummy yg beri sendiri. Biar org lain yg kasi. (supaya ibu sempat tenangkan diri dan rangsang otak supaya produce susu lagi). TAPI, JANGAN SESEKALI FIKIR susu tak cukup! MESTI YAKIN SUSU CUKUP UNTUK ANAK. (cuma anggap, oh, susu aku ni banyak, cuma lambat sikit flow dia nak keluar)

Sebenarnya, mummy kena faham, susu kita memang sentiasa ada, cuma, kdg2 ambil sedikit masa untuk refill semula. Sebab tu, kalau boleh, minum air, setiap kali sebelum dan selepas menyusu. Ibu menyusu perlu lebih banyak cecair, baru susu tu akan lancar keluar. Makan pun, kena makan makanan berkhasiat.

Cara nak relaktasi semula senang je...
Pertama> Setiap kali semasa baby menyusu botol (susu formula), dalam masa yang sama mummy kena perah keluar susu. Biar yg keluar tu sikit. Walaupun tak sampai 1 oz, yang penting, nak hantar signal pada otak supaya produce susu lagi.

Kedua> Jangan sesekali mummy yang beri susu botol tu. Biar org lain yg tolong kasi. Supaya, anak tahu, bila ada mummy dia, cara menyusu, hanya melalui breast mummy (direct feed). Lagipun, supaya otak mummy akan hantar signal yang betul, tiada cara lain nak menyusu, melainkan dengan cara menyusu badan.

Ketiga> Stok susu yang dah diperah tu, simpan, sebagai back up untuk mummy, bila flow susu lambat keluar, lebih baik beri susu perahan, daripada beri susu formula. Maknanya, kalau anak melalak pun, anak masih minum SUSU IBU, bukan SUSU FORMULA. (sebaiknya, perah waktu malam, pada ketika itu, hormon prolaktin sangat tinggi, dan hasil perahan biasanya lebih banyak.)

Keempat> Bila dah perah susu, dan ada stok, gunakan susu ibu yang dah diperah @ dipam sahaja, jangan beri langsung SUSU FORMULA! (Semakin hari, hasil susu akan meningkat)Mula2 perah dapat sikit, itu perkara biasa. NORMAL. Jangan risau dan stress. Hasil tu, akan meningkat sedikit demi sedikit.

Ikut saja cara ni, insyaallah, lepas ni takkan ada masalah lagi, malah susu terlebih2 pulak.

Harap ty faham jawapan saya. Kalau tak faham, sila bertanya lagi. Saya berbesar hati membantu.

Wallahualam...Mudahan kita sama2 dapat manfaat...

Selamat menyusu, jangan sedih2 tau mummy!!! Cheer up!!!
(cabaran menyusu memang ada, tapi untuk permulaan sahaja, ia akan berlalu seiiring dgn masa yg berlalu. Percayalah, suatu masa nanti, pengalaman pahit ni, akan menjadi kenangan terindah buat kita! )

zahirah zainal berkata...

young mummy~ bersambung...
Lupa lak nak pesan, sementara kalau hasil perahan tu tak berapa banyak, nak tak nak terpaksa guna susu formula, masih boleh guna, tapi dalam masa yg sama, perah susu kita bila waktu malam, atau lepas baby menyusu. Bila dah ada stok susu ibu, jangan beri susu formula lagi. Kurangkan pengunaan susu formula sedikit demi sedikit.Ok, semoga berjaya... :)

Tanpa Nama berkata...

Really inspiring cos sy pun m'hadapi mslh yg sama. Campur sebab berat bby mse sebln x increase. Baru few weeks mix n sy limitkan kuantiti. Skrg dh bole control bg susu FM. Dan nk cuba fully BF. Bila bby hisap sehingga 2belah n kering (bila picit hanya keluar titis shj)n mslhnya dia xpuas n hendak lagi.pdhal B sy dh xkuar titis pun.apa yg bole sy buat? Susu perah pula 1 ari perah bru dpt 3oz.. If tgh mlm paling byk 1oz. N bby kerap terjaga. Hingga nk g toilet pun susah.. Terima kasih

Rien

zahirah zainal berkata...

Rien~ Salam...
Tahniah sebab walaupun menghadapi cabaran, tetapi tetap juga berniat nak fully BF semula!!!...
Semangat ibu yg begini, jarang ada, biasa kalau dah start campur, perlahan2, pasti akan kurangkan direct feed N semakin lama, akan stop breastfeeding.
Sebabnya, bila kita dah mula beri susu formula, automatik anak akan kenyang dgn susu formula, lalu akan menyebabkan juga berkurangnya permintaan dari baby tadi. Dan kalau ini dibiarkan berlaku, semakin hari susu akan semakin berkurang.

Cadangan sy, kalau rien tidak bekerja, N baby sentiasa ada dcc, cuba rien kerapkan penyusuan. Rangsangan dari bayi adalah rangsangan yg TERBAIK untuk meningkatkan hasil pengeluaran susu.

Memang selepas baby hisap susu, biasanya breast akan kosong. Tapi tidak kosong sepenuhnya. Susu kita akan ambil masa beberapa minit untuk "refill" semula. Kalau baby dah hisap kedua2 belah, dan dia "mahu lagi". Cuba berikan baby kepada husband atau org lain, buat sementara waktu (untuk pujuk baby/ bermain dgn baby/ lekakan baby).

Dalam masa yg sama, Rien cuba ambil masa untuk, minum milo/ susu/ horlicks, N makan sedikit roti/ biskut.

Lepas tu, rien cuba susukan baby semula, insyaallah, susu akan laju keluar. Tapi, ingat! Hati kena tenang dan yakin!. Kalau ada gangguan dari orang sekeliling, better jauhkan diri. Bawa diri ke dalam bilik yg tenang untuk susukan baby. Kadang2 fikiran kita tak leh nak fokus pada baby, bila kita tengah nyusukan anak, ada lak insan kat tepi tanya, "Ada susu tak? ... @ Susu keluar tak? ...@ susu cukup tak?..."

Yg ni, biasa akan effect emosi ibu secara tak langsung.

Cadangan sy, kalau rien masih berpantang, N masih dcc baby. TINGGALKAN SAJA SUSU FORMULA. Tak perlu guna langsung pun tak pe sebenarnya. Biasanya, kalau guna susu formula ni, ialah 'time terdesak". Sama ada ibu nak tinggalkan anak, sebab hal2 tertentu ke. Bila nak perah time tu, mana nak cukup amaun yg diperlukan. (Susu ibu bukan macam kilang susu lembu, sekali perah berbaldi2. Kan...hehe... :)

Kalau perah dapat 1oz pun tak pe. Biasalah tu, mula2. N ada kemungkinan rien stress N risau sangat. Kalau 5 kali perah kan dah dapat 5 oz. jangan mudah putus asa k!. Happy2 je...Mummy jangan stress2...

Selamat menyusu...
Semoga berjaya!!!... ;)

zahirah zainal berkata...

Rien~ tak perasan lak yg pasal anak kerap nyusu sampai gi toilet pun susah...
Yg ni, ada kemungkinan baby rien minum susu tak kenyang. Ada kemungkinan, rien bagi susu tak balance, kiri dan kanan. Mungkin, rien bagi anak minum, belum betul2 kosong, sampai dapat hindmilk tu. Biasanya, kalau dah kosong, anak akan lepaskan sendiri dari mulut dia. Kemudian baru tukar yg sebelah lagi.

Ataupun, rien ber'diet ke? Maybe corak pemakanan rien yg salah ke? Kalau baby berat tak naik biasanya, baby tak dapat 'hindmilk' tu. Susu yg paling akhir sekali..Kalau rien ada baca comment ni, sila update ye. TQ...

Ibu Dahlia berkata...

Salam Pn. Zahirah,

Terima kasih kerana berkongsi pengetahuan tentang breastfeeding. Banyak ilmu yang berguna. Saya pun menghadapi masalah seperti Young Mommy dan ibu Rien (campur formula).

Pada mulanya sebab kurang ilmu. Dia kerap menangis walaupun selepas menyusu kedua-dua belah breast berulang kali. Pada waktu itu, saya bersetuju dengan ibu saya bahawa dia lapar. Lebih-lebih lagi bila bayi menjadi tenang selepas minum susu formula.

Sekarang, saya faham yang bayi menangis tak semestinya lapar. Jadi di hujung minggu, saya cuba cekalkan hati. Direct feed sahaja. Bila dia menangis saya cuba pujuk atau direct feed lagi. Masalahnya ialah dia tak kencing dan tak berak pada hari-hari yang saya tak beri susu formula. Saya risau dia tak mendapat khasiat yang cukup.

Anak saya akan masuk 4 bulan minggu ini dan selama 4 bulanlah saya bergelut untuk breastfeed sepenuhnya. Waktu di pejabat, saya dapat pam 3-5 kali, dapat 1.5-2oz setiap kali. Waktu malam dan awal pagi bergantung pada keadaan. Kalau baby tenang, dapatlah saya pam (2-3 kali termasuk awal pagi, dapat beberapa titik atau 0.5oz setiap kali) tapi tetap tak cukup untuk bekalan ke rumah pengasuh sebab dia minum 5x4oz. Kalau dia meragam, terpaksalah saya layan dia. Biasanya suami pulang lewat, dia tak dapat membantu, jadi tak dapatlah saya pam.

Saya juga telah cuba power pumping dengan mengorbankan waktu rehat tengahari saya. Setakat ni saya dah buat seminggu tapi masih belum menampakkan kesan. InsyaAllah, saya akan cekalkan hati untuk teruskan usaha saya.

Sekian,
Ibu Dahlia.

Sab berkata...

zahirah nak tanya..selalunya kena pump setiap 3 jam kan? (ni citer pump kt opis ) so kalau centu kalau mula jam 1000pg next pump pd jam 1.00tgh n last jam 4.00ptg, tp soalan saya adakah cara mudah untuk saya bersihkan pump spectra tu setiap kali lps pakai.. macam masa anak yg ke-2 dulu..setiap kali lepas saya pump saya akan rendam breastshield ngan membrane tu ngan air panas..rasa cam leceh plak..kut2 la ada cara lain ke? bolehlah share ngan saya..

Cik Limau Nipis berkata...

Salam lepas dah pam saya simpan dalam peti sejuk bahagian pembeku bila panaskan susu jadi kale kuning bahagian atas itu elok lagi ke?

ilasofi berkata...

pn. zahirah..
assalamualaikum..sy ada tanya perunding BF dia cakap lepas pam simpan ja pam dalam cooler bag tak perlu di basuh untuk guna kali ke 2..blh ke macama tu??
terima kasih

Tanpa Nama berkata...

hi...saya nak tanya klu bayi dah tak menyusu badan...n bila pam cuma 1 oz ja keluar kadang2 cuma setitik jer...masi berkhasiat ker susu ibu tu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...