My F.r.i.e.n.d.s

Selasa, 27 Oktober 2015

Gagal menyusu badan akhirnya terjun bangunan!

tiada susu


==== FITNAH AKHIR ZAMAN ====

Sebaik bangun pagi saya TERKEJUT lihat PM sehingga 73 secara tiba-tiba. Satu-satu saya baca (maaf tak sempat balas setiap satu). MasyaAllah berita tidak sepatutnya disensasikan, sengaja diperBESARkan demi mengaut keuntungan dunia.

Biasanya saya tidak MELAYAN perkara 'lagha' begini, tetapi memandangkan masih ramai ibu HEBAT yang memerlukan bantuan dan sokongan saya untuk berikan semangat semula kepada mereka maka inilah respon saya.

**************** FAKTA *************************

Apa yang menyebabkan meroyan atau kemurungan posnatum?

Kami kurang mengetahui kenapa setengah wanita menjadi murung dan yang lain tidak. Ia mungkin disebabkan kimia otak atau reaksi anda kepada perubahan-perubahan hormon yang berlaku dalam badan anda. Ada kalanya, perkara-perkara harian biasa sahaja boleh terasa terlalu membebankan. Apatah lagi keadaan-keadaan yang lebih sukar untuk diatasi, seperti:

> Kemurungan atau masalah sakit mental terdahulu, atau kemurungan semasa kehamilan.

> Suami yang kurang menyokong, atau tidak mempunyai keluarga atau rakan-rakan yang tinggal berdekatan.

> Masalah kewangan, perumahan, kerja atau perhubungan anda.

> Kelahiran yang rumit dan masalah kesihatan yang menyusul selepas itu.

> Mendapat bayi yang dilahirkan pramatang atau tidak sihat.

> Mendapati sukar untuk menyusu badan.***

> Ingatan-ingatan sedih yang melanda, seperti kematian salah seorang daripada ibubapa anda semasa anda masih kecil.

NOTA:
*** saya ulang sekali lagi MENDAPATI SUKAR UNTUK MENYUSU BADAN
*** saya ulang sekali lagi MENDAPATI SUKAR UNTUK MENYUSU BADAN
*** saya ulang sekali lagi MENDAPATI SUKAR UNTUK MENYUSU BADAN

Sebaiknya orang2 BIJAK PANDAI highlight MENDAPATI SUKAR UNTUK MENYUSU BADAN bukan GAGAL MENYUSU BADAN.

Simple comparison yang boleh saya berikan ialah dalam perniagaan, kita selalu sebut SUKAR untuk menJAYAkan perniagaan tetapi keSUKARAN itu menjadikan kita lebih HEBAT di masa depan.

Perbandingan seterusnya yang saya boleh berikan ialah dalam pelajaran, SUKAR untuk cemerlang di dalam pelajaran tetapi CABARAN itu menjadikan kita lebih BIJAK mencipta FORMULA baru.

Ini PRINSIP yang saya pegang dalam hidup saya! Dan saya harap anak didik saya juga begitu.

Tak pasti pula pada orang2 yang lain. Saya bukan tidak kisah pegangan hidup orang lain tetapi sebab mereka BERHAK memilih. Pilihan di tangan masing2. Jadi buatlah PILIHAN yang BIJAK!

Diakui MENYUSU bayi dengan SUSU IBU bukanlah MUDAH seperti yang DISANGKA dan TIDAK SEMUA BERJAYA mengharunginya!

Sebab itu, KAMI perlu berikan SOKONGAN kepada ibu yang masih ingin BERJUANG. Yang TIDAK MAMPU tidak mengapa.

Jangan SESEKALI maklumkan SUSU ANDA tiada, selagi anda BELUM dirujuk oleh PAKAR LAKTASI dan DOKTOR BERTAULIAH yang menentukan anda BENAR2 TIDAK MAMPU MENYUSUKAN.

Hakikatnya, KEJAYAAN di dalam penyusuan BUKAN MUDAH!
Hakikatnya, KEJAYAAN di dalam penyusuan BUKAN MUDAH!
Hakikatnya, KEJAYAAN di dalam penyusuan BUKAN MUDAH!

(maaf terulang pula)

Sebab itu saya tidak boleh terima ibu yang menyatakan mereka tiada susu. Susu anda ada. Dan saya ulang sekali lagi penyusuan susu ibu BUKANLAH MUDAH bagi sesetengah ibu. Terdapat BERIBU CABARAN yang perlu diharungi.

Sama seperti di dalam perniagaan. Ada yang berjaya ada yang GAGAL.

Sama seperti di dalam bidang kerjaya. Ada yang cemerlang ada yang biasa2.

Hakikatnya perjuangan SUSU IBU ini melibatkan wanita yang penuh dengan emosi dan juga warna-warni hati, begitu senang untuk dipermainkan oleh sesetengah pihak.

Jangan ambil kesempatan pada kelemahan wanita demi mengaut keuntungan dunia.

Lebih baik anda war2kan, CABARAN ibu yang BERJAYA menyusukan anak sebagai INSPIRASI kepada ibu2 baru.

> Kisah ibu yang kematian suami tiada sokongan moral, susu kurang bagaimana akhirnya berjaya menyusukan bayinya

> Kisah ibu yang gagal menyusukan kempat2 anaknya, akhirnya berjaya menyusukan anak KELIMA

> Kisah ibu yang mempunyai breast sebelah sahaja berfungsi, tetapi berjaya menyusukan anaknya dengan cukup.

> Kisah isteri kedua yang diabaikan suami, stress dan murung tetapi masih mampu meneruskan perjuangan penyusuan walaupun CAMPUR dengan susu formula

NOTA: Mereka ini asalnya ialah ibu yang TIADA SUSU kononnya.

Di sini saya senaraikan sebahagian kes yang saya kendalikan ya (sikit sahaja, kerana saya ini biasa2 sahaja) yang TELAH BERJAYA menyusukan anaknya sehingga kini dengan izin Allah:

Ibu yang tiada pengalaman menyusu dan keturunan tiada susu (motivate, give support n increase self confidence)

Ibu yang tiada puting dan puting tenggelam (bantuan alat dan sokongan moral)

Ibu yang anak tidak mahu menyusu 'direct' (exclusive pumping dan jadual rutin pam)

Ibu yang jatuh sakit susunya semakin kering (support & reset jadual pam)

Ada banyak lagi, tetapi ini bukan blog. Boleh google zahirahzainal. (blog pun lama tak update sebab sibuk dengan bisnes dan 'personal breastfeeding consultation')

Tetapi saya bukan nak iklankan diri saya. Dan saya tak ingin pun orang tahu siapa saya. Cukuplah sekadar anda ibu HEBAT yang LIKE page saya. Saya memang perlukan sokongan anda semua untuk terus memperjuangkan penyusuan susu ibu bersama2 anda.

Jangan lupa, saya juga pernah diuji dengan anak ketiga (TIADA SUSU). Tetapi Allah izin saya ketahui punca, rupanya serpihan plasenta masih terlekat di dalam rahim saya.

Kenalpasti PUNCA, insyaAllah anda berjaya!

NOTA: Kepada ibu yang tidak mampu, kami sesekali tidak pandang serong, sebagaimana di dalam al-quran turut menyatakan "jangan dibebani seseorang ibu itu untuk menyusu jika dia tidak mampu". Kerana bukan semua KUAT untuk harungi cabaran tidak tidur malam pam susu, dan CURI masa pam susu di pejabat walaupun 5 minit.

Disebabkan tidak semua mampu, jangan kita PAKSA. Dan disebabkan anda BERHENTI BERJUANG, cukuplah kegagalan sekadar di pihak anda. Usah diwar2kan sehingga menghantui ibu PERTAMA KALI untuk berjaya di dalam penyusuan.

Anda turut menanggung DOSA jika anda berjaya cipta PEMIKIRAN SALAH kepada ibu baru untuk tidak memperjuangkan penyusuan.

Hakikatnya, KEJAYAAN di dalam penyusuan BUKAN MUDAH!
(maaf terulang lagi)

Saya doakan susu anda semua melimpah ruah serta cukup buat anak tersayang serta semoga anda KENTAL meneruskan perjuangan penyusuan ini.

Salam sayang,
Admin MII

LIKE:
www.facebook.com/menyusuituindah


***dalam ramai2 pm saya tertarik dengan PM dari UMI JOHARI. Tahniah kerana anda BERJAYA membuka pintu hati saya untuk respon hal sebegini. ;)

10 ulasan:

maz jamal berkata...

Ye, gagal menyusu mmg menyebabkan ibu stress. Pengalaman sndiri, mmg sgt sgt memerlukan orang terdekat faham keadaan & perasaan..

Perasaan Ibu Bila gagal Menyusu Anak Sulong

Putri berkata...

Setuju.. ibu memang memerlukan sokongan kuat dari sekeliling untuk berjaya melalui tempoh pantang..

Unknown berkata...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Aisyah Ghazi berkata...

Betul. mmg setuju. Ikutkan pengalaman, mmg stress kalau tkde susu. kadang2 kita ni mmg susu sikit. hmm.. thx admin for sharing. Anyway, free2 jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.

>>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<

Tanpa Nama berkata...

Saya di diagnos kekurangan kelenjar susu atau hypoplasia breast, tapi boleh menyusu anak 80% susu badan, susu formula 20%...
Mmg kena berusaha... Alhamdulillah baby dah 4bulan still lagi dapat merasa susu badan...

Unknown berkata...

susu sangat baik bagi pertumbuhan dan sangat dibutuhkan oleh manusia, tetapi jika penyimpannya tidak steril maka akan

menyebabkan tumbuhnya bakteri dan akan membahayakan organ tubuh manusia, gunakan milkcan untuk penyimpanan susu supaya

lebih terjaga keseterilannya, Koleksi

Milkcan stainless

Unknown berkata...

sy baby baru brusia 3 bulan, sis sy nk tanya kalau sy start pam skrg boleh ke lagi? sbb baby kurang bf lebih kpd nak susu botol.. sy pam masih lg 1oz je tu pun byk kali..mgkin sis blh bntu sy,,

Mama Cun berkata...

sy tensen skrg n selalu tensen.. bermula dgn stok susu semasa sy berpantang rosak semuanya kerana karen blackout.. ditambah baby xpandai menganga untuk hisap susu.. berkali sy cuba ajar dia buka mulut tapi dia lagi suka sedut puting susu sy menyebabkan hisapan xbetul.. bila susu laju keluar dia tolak.. lama2 susu berkurangan dan sekarang hanya tengah malam hingga ke pagi saja dia akan menyusu badan..tu pun cuba sebelah kiri saja..bila siang langsung dia xmahu susu badan..

lagi bertambah stress bila dia mahu hisap susu badan sy jadi tak releks..sy takut nk sentuh dia.. takut nak gerak.. takut bila sy salah betindak dia lepaskan hisapan dan langsung tak nk menyusu semula.. bertambah tensen bila anak sulung suka menganggu masa sy menyusu atau pam susu...

sedihnya... rasa nak givup je.. sekarang pum sepenuh masa.. tapi faham jela guna pam rangsanganya xsama dgn beri susu direct.. hanya meluah rasa

taag company berkata...

شركة مكافحة حشرات بالجبيل
شركة تنظيف منازل بالجبيل

pokervvip berkata...

agen poker
Game Online
Lapak Poker Online Terbaik
Bandar Poker PKv
bandar poker
Agen Poker Online Terpercaya
Bandar Poker Pkv
Agen poker online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...