Salam sayang buat pembaca blog yang dikasihi.... Mummy2 and daddy2 dan juga bakal mummy2 dan daddy2 yang sudi singgah membaca di blog ini.....
Topik kali ini agak hangat sedikit, bukan sengaja di "create" tapi secara paksa rela di "create" juga, disebabkan masih lagi terdengar2 di telinga aku ayat2 panas ini... Bukan apa, aku agak "allergic" malah terasa panas saja telinga ini bila mendengar ayat2 seumpama... Contoh macam "susu saya tak ada", "keturunan saya jenis tak ada susu", "susu saya memang tak keluar lepas bersalin" dan sebagainya....
Maaf cakap, aku memang tak leh terima walau apa saja alasan ini (bagi aku alasan untuk menutup kemalasan atau ketidaksungguhan dalam penyusuan).
Apa yang u all expect selepas bersalin agaknya ya? Susu keluar secara tiba2? Sekali perah susu dapat sebotol susu? Breast membengkak secara sepontan? Susu penuh sampai melimpah2 baru dikira u all ada susu?...
Plsla...tolong study dulu and buat research demi anak yang dikasihi mengenai penyusuan ini. Jangan mudah2 membuat andaian sendiri atau terpengaruh dengan anasir2 negatif ini...(makcik2 sibuk, atau nenek2 yang kurang arif tentang penyusuan dan memberi pandangan berdasarkan cakap2 kosong sahaja...)
Tapi, jangan juga tunjuk biadap atau berlagak pandai kepada golongan seperti ini, sekiranya korang diuji dengan situasi "Eh, cukup ke susu kau tu?", "keturunan kita memang takde susu nak...", "susu ibu saja mana cukup untuk baby, mati anak kau nanti", "anak minum susu ibu, kurang zat", "jangan berkira dengan anak nak beli susu tepung...", "eee...nampak sangat ko ni jenis pemalas kan, nak bancuh susu anak pun berkira", "baby kena bagi minum air masak, panas badan dia nanti", "susu belah kiri air yang kanan nasi" dan yang sewaktu dengannya...
Apa yang harus korang lakukan ialah sabar...sabar...dan sabar... Buat research, research dan research... Tanya pada yang pakar, even dengan doktor pun, bukan boleh tanya pada sebarang doktor, sebaiknya bertanya pada yang PAKAR TENTANG PENYUSUAN.... Dengan rakan2 seangkatan pun (ibu2), jangan tanya pada yang GAGAL breastfeeding, bertanyalah pada yang BERJAYA dalam dunia penyusuan..... Dalam dia BERJAYA tu, cuba dengar dulu cabaran2 mummy itu sebelum berjaya, mana tahu sama situasi dengan kita... At least boleh dijadikan pedoman untuk kita supaya berjaya juga....
Kalau korang sudi baca kisah aku dari mula dalam dunia penyusuan ini, baru tahu perit getir dunia penyusuan ini. Itu permulaan, malah sekarang jadi kenangan manis pula. Dan seolah2 aku ialah wirawati dalam perjalanan dunia penyusuan aku sendiri... (dengan rendah diri aku memuji diri sendiri, sebab segala kesusahan dulu masih segar dalam ingatan)... Dan aku pun tak nak terlepas ucapkan BILLION TAHNIAH kepada semua ibu2 yang berjaya dalam dunia penyusuan tidak kira bagaimana cabaran yang dilalui....
Sekurang2nya, dapatkan ilmu yang tepat. Jangan dengar cakap orang, terus setuju dengan pandangan tersebut. Study dulu...baru buat keputusan...
Apa yang mak aku pernah cakap suatu masa dulu, "keturunan kita jenis takde susu" n lain2 lagi benda negatif, serta kata2 makcik dan juga beberapa rakan2 ofis suatu masa dulu, masih terpahat diingatan. Dulu aku benci dengan kenangan itu, tetapi sekarang, aku nak ucapkan terima kasih kepada mereka, kerana disebabkan alasan2 tidak logik inilah yang membuatkan aku terus berusaha untuk perjuangkan dunia penyusuan dan share dengan korang pengalaman tersebut... Disebabkan mereka jugalah (asyik berikan alasan2 yang tak logik dek akal), aku jatuh cinta pada dunia breastfeeding... Sebab aku lebih rajin nak study dan buat research tentang penyusuan ini....
Reminder ringkas di sini, aku harap sangat2, mummy2 n daddy2 mesti saling kuat n memberi sokongan di antara satu sama lain. Kemudian, berkenaan penyusuan bayi ketika lahir, pada peringkat permulaan, SUSU MEMANG TIADA, kolustrum yang akan keluar dulu (apa yang Allah beri sangat sempurna, malah cukup untuk bayi yang baru lahir pada ketika itu, perutnya hanya sebesar guli). Dan susu kolustrum yang ada pada ibu, kalau kita cuba perah masa lepas bersalin (adalah dapat sesudu kot atau mungkin tak keluar) disebabkan ibu2 baru 1st time bersalin. Itu bukan bermakna korang tiada susu, kadang2 bila ilmu tiada, cara perahan pun salah, memang dia taknak keluar, melainkan dengan cara anak yang menghisap. Kerapkan penyusuan, insyaallah susu akan keluar malah cukup untuk bayi. Lagi banyak rangsangan lagi banyak susu yang keluar... Tolong study dulu "bagaimana susu ibu terhasil". Segan bertanya, "google" saja. Jangan lupa, mohon pada Allah agar dimudahkan perjalanan penyusuan. Insyaallah pasti ada jalannya...
Lagi satu aku nak ulang, "jangan sekali2 cakap korang takde susu" dan yang sewaktu dengannya... Sedangkan mummy2 yang menghadapi masalah "nipple tenggelam", "anak tak nak menyusu direct", ibu yang "exclusive pumping" pun boleh berjaya menyusu hingga dua tahun...Inikan pula kita yang tiada masalah ini. So, pls study dulu ya....
Sekian sahaja untuk kali ini. Semoga kalian berjaya dalam dunia breastfeeding. Anggap setiap perkara yang terjadi berhikmah... Insyaallah kita tidak akan mudah mengalah....
"Menyusu itu indah...."
salam sayang,
~atia~
My F.r.i.e.n.d.s
Memaparkan catatan dengan label Persediaan untuk ibu2 yang bakal menyusu.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Persediaan untuk ibu2 yang bakal menyusu.. Papar semua catatan
Sabtu, 20 Oktober 2012
Selasa, 10 Mei 2011
Persediaan untuk ibu2 yang bakal menyusukan bayi (ibu2 yg berniat untuk “fully breastfeed anak2 mereka).
Dari segi minda:-
- Ilmu breastfeed. Banyakkan membaca ilmu2 tentang breastfeeding ni.
- Set dalam minda bahawa setiap ibu yang MAMPU MELAHIRKAN ANAK, INSYAALLAH PASTI BOLEH MENYUSUKAN ANAKNYA.
- Bersiap-sedia dgn apa jua bentuk cabaran yg mendatang. Sbg contoh:-
-Cabaran dari ibu @ ibu mertua/ makcik2/ sedara2/ kawan2 yg tiada ilmu tentang breastfeeding. Mesti akan suh korang top up susu formula gak. Padahal tak perlu walau setitis pun bendasing lain SELAIN DARI SUSU IBU.
- Cabaran dari rakan taulan yg datang melawat ketika berpantang.
- Cerita2 ngeri @ negatif tentang penyusuan yg bermasalah. Padahal senang, mudah N happy je..menyusukan anak ni sebenarnya.
- Kata2 atau ugutan dari ibu2 atau orang tua kita tentang perkara2 yg selama ni mereka buat, (tapi sebenarnya salah.) Manusia tu biasalah, sukar menerima perubahan. Dalam konteks ni, kita harus kuat dan positif.
- Suami yg tak support isteri breastfeed, bila isteri diuji dengan soalan & nasihat bertubi2 dari sedara2 dia, suami tak back up. Kita yg kena tabah.
- 3 hari pertama susu memang kurang, tapi kita perlu rangsangan dari baby, perlu kerap menyusu. Memang agak penat pada mulanya, tapi selepas itu, semua perkara akan menjadi semakin mudah.
- Over confident, yakin sangat susu banyak dan anggap menyusu itu mudah. Tu yg senang gagal di tengah jalan. Dlm hal begini, kita kena dengar pengalaman2 susah senang dan cabaran2 ibu yg lain, supaya kita lebih bersiap sedia sekiranya menghadapi masalah yg sama.
- Yakin bahawa susu kita cukup untuk anak kita.
- Tahu dan faham bahawa SUSU IBU ADALAH YG TERBAIK SERTA TIADA TANDINGAN. Susu ibu dicipta memang khusus untuk anak kita, ciptaan yg sempurna dari Allah swt. Manusia masih tidak dapat meniru kualiti susu ibu yg mengandungi zat2 penting untuk tubuh dan otak bayi. Malah kandungan susu ibu berubah mengikut keperluan usia bayi.
Dari segi alatan:-
- Buku “Panduan Penyusuan Ibu Bagi Ibu Bekerjaya”
- Botol susu (cadangan aku beli je botol yg 5oz, klu beli yg 2oz tu rugi je. Sebab nanti bila dah naik ofis, korang nak simpan susu yg diperah tu, takkan dalam botol kecik2 banyak2 tu, semakkan “cooler bag” korang je nanti. Pastu, nanti dah 4 bulan kadang2 ada setengah bayi dah minum 3oz sekali minum. )
- Plastik beg untuk simpan susu. Plastic Linear @ bottle storage pun boleh. Ikut keselesaan dan kemampuan masing2. Tapi, kalau fikir nak buat stok, tolongla jangan beli botol susu banyak2, nanti buat semak almari je. Bila jatuh bergelimpangan, bunyi botol tu, bisingnya lahai...Sila rujuk post entri aku” Cara paling jimat ruang simpan stok susu ibu atau EBM.”
- Breastpump. Ini ikut keperluan, kalau tak mampu tak payah beli. Kalau mudah terkujat pun, tak yah beli. Nanti wat membazir je. Kang jadi tempat main nyorok2 anak lipas ngan cicak kat stor lak. Sebelum beli, test dulu semua breastpump yg ada ikut kesesuaian korang. Tapi, cadangan aku yg paling terbaik N simple ialah breastpump SPECTRA 3, sebab suction dia leh control ikut keselesaan kita. Ada setengah ibu suka breastpump manual. Sebab senang, dalam keta pun boleh pam. Sebenarnya, spectra 3 pun boleh. Cuma kena beli adapter yg ada untuk keta tu. Oh, lagi satu pam manual boleh di mana2, walaupun ketika soket elektrik tiada.
- Cooler bag. Untuk simpan susu, supaya kekal sejuk N fresh sehingga selamat sampai ke rumah.
- Warmer. Untuk panaskan susu. Warmer ni, suhu dia maintain 40 darjah. So, susu kita memang suam je. Kalau tak mampu beli warmer ni,janganla sedih,masih ada cara lain lagi. (aku beli pun, bila dah kuar anak yg kedua ni)Caranya, rendam je botol susu dalam air panas yg dimasukkan dalam mug.
- Deep Freezer. Kalau ada perancangan nak anak ramai N niat nak menyusukan setiap kali lepas melahirkan, bolehla mula kumpul duit sikit2 time tgh pregnant tu, supaya dapat beli sebuah deep freeze macam aku ni. Bila ada deep freezer ni, semangat lagi menjulang2 tinggi nak buat stok susu.
Teknik memerah @ mengepam:-
- Breastpump elektrik
- Manual breastpump
- Teknik marmet. (Memerah guna tangan)
- Kaedah ni paling jimat kos, paling terbaik untuk kosongkan breast N lancarkan pengeluaran susu. Kakak ipar aku yg sulung memang terer guna kaedah ni. Sekarang aku pun dah semakin mahir. Syukur alhamdulillah, rupanya bila kita perah guna tangan, breast rasa lebih ringan N kita dapat rasa dia betul2 kosong, compare dgn pam guna breastpump. Susu pun lebih banyak sikit dari biasa. So, camanapun kena belajar juga teknik ni. Sebab pas pam guna breastpump, yg hujung2 baki susu tu (yg pekat & lemak manis), aku perah guna tangan. Biasa dapat dalam 1/2oz atau 1-2oz. Padahal kalau pam, dah kuar angin je tu..Tula, korg belajar k cara perah guna tangan ni.
K, sekian untuk kali ini. Sayang korang semua. Semoga berjaya!
Happy breastfeeding!!!....
Wassalam... J
Langgan:
Catatan (Atom)
