My F.r.i.e.n.d.s

Selasa, 10 Mei 2011

Persediaan untuk ibu2 yang bakal menyusukan bayi (ibu2 yg berniat untuk “fully breastfeed anak2 mereka).


            Dari segi minda:-

  1. Ilmu breastfeed. Banyakkan membaca ilmu2 tentang breastfeeding ni.
  2. Set dalam minda bahawa setiap ibu yang MAMPU MELAHIRKAN ANAK, INSYAALLAH PASTI BOLEH MENYUSUKAN ANAKNYA.
  3. Bersiap-sedia dgn apa jua bentuk cabaran yg mendatang. Sbg contoh:-

-Cabaran dari ibu @ ibu mertua/ makcik2/ sedara2/ kawan2 yg tiada ilmu tentang breastfeeding. Mesti akan suh korang top up susu formula gak. Padahal tak perlu walau setitis pun bendasing lain SELAIN DARI SUSU IBU.
            - Cabaran dari rakan taulan yg datang melawat ketika berpantang.
- Cerita2 ngeri @ negatif tentang penyusuan yg bermasalah. Padahal senang, mudah N happy je..menyusukan anak ni sebenarnya.
- Kata2 atau ugutan dari ibu2 atau orang tua kita tentang perkara2 yg selama ni mereka buat, (tapi sebenarnya salah.) Manusia tu biasalah, sukar menerima perubahan. Dalam konteks ni, kita harus kuat dan positif.
- Suami yg tak support isteri breastfeed, bila isteri diuji dengan soalan & nasihat bertubi2 dari sedara2 dia, suami tak back up. Kita yg kena tabah.
- 3 hari pertama susu memang kurang, tapi kita perlu rangsangan dari baby, perlu kerap menyusu. Memang agak penat pada mulanya, tapi selepas itu, semua perkara akan menjadi semakin mudah.
- Over confident, yakin sangat susu banyak dan anggap menyusu itu mudah. Tu yg senang gagal di tengah jalan. Dlm hal begini, kita kena dengar pengalaman2 susah senang dan cabaran2 ibu yg lain, supaya kita lebih bersiap sedia sekiranya menghadapi masalah yg sama.

  1. Yakin bahawa susu kita cukup untuk anak kita.
  2. Tahu dan faham bahawa SUSU IBU ADALAH YG TERBAIK SERTA TIADA TANDINGAN. Susu ibu dicipta memang khusus untuk anak kita, ciptaan yg sempurna dari Allah swt. Manusia masih tidak dapat meniru kualiti susu ibu yg mengandungi zat2 penting untuk tubuh dan otak bayi. Malah kandungan susu ibu berubah mengikut keperluan usia bayi.

Dari segi alatan:-

  1. Buku “Panduan Penyusuan Ibu Bagi Ibu Bekerjaya”
  2. Botol susu (cadangan aku beli je botol yg 5oz, klu beli yg 2oz tu rugi je. Sebab nanti bila dah naik ofis, korang nak simpan susu yg diperah tu, takkan dalam botol kecik2 banyak2 tu, semakkan “cooler bag” korang je nanti. Pastu, nanti dah 4 bulan kadang2 ada setengah bayi dah minum 3oz sekali minum. )
  3. Plastik beg untuk simpan susu. Plastic Linear @ bottle storage pun boleh. Ikut keselesaan dan kemampuan masing2. Tapi, kalau fikir nak buat stok, tolongla jangan beli botol susu banyak2, nanti buat semak almari je. Bila jatuh bergelimpangan, bunyi botol tu, bisingnya lahai...Sila rujuk post entri aku” Cara paling jimat ruang simpan stok susu ibu atau EBM.”
  4. Breastpump. Ini ikut keperluan, kalau tak mampu tak payah beli. Kalau mudah terkujat pun, tak yah beli. Nanti wat membazir je. Kang jadi tempat main nyorok2 anak lipas ngan cicak kat stor lak. Sebelum beli, test dulu semua breastpump yg ada ikut kesesuaian korang. Tapi, cadangan aku yg paling terbaik N simple ialah breastpump SPECTRA 3, sebab suction dia leh control ikut keselesaan kita. Ada setengah ibu suka breastpump manual. Sebab senang, dalam keta pun boleh pam. Sebenarnya, spectra 3 pun boleh. Cuma kena beli adapter yg ada untuk keta tu. Oh, lagi satu pam manual boleh di mana2, walaupun ketika soket elektrik tiada.
  5. Cooler bag. Untuk simpan susu, supaya kekal sejuk N fresh sehingga selamat sampai ke rumah.
  6. Warmer. Untuk panaskan susu. Warmer ni, suhu dia maintain 40 darjah. So, susu kita memang suam je. Kalau tak mampu beli warmer ni,janganla sedih,masih ada cara lain lagi. (aku beli pun, bila dah kuar anak yg kedua ni)Caranya, rendam je botol susu dalam air panas yg dimasukkan dalam mug.
  7. Deep Freezer. Kalau ada perancangan nak anak ramai N niat nak menyusukan setiap kali lepas melahirkan, bolehla mula kumpul duit sikit2 time tgh pregnant tu, supaya dapat beli sebuah deep freeze macam aku ni. Bila ada deep freezer ni, semangat lagi menjulang2 tinggi nak buat stok susu.

Teknik memerah @ mengepam:-

  1. Breastpump elektrik
  2. Manual breastpump
  3. Teknik marmet. (Memerah guna tangan)
-          Kaedah ni paling jimat kos, paling terbaik untuk kosongkan breast N lancarkan pengeluaran susu. Kakak ipar aku yg sulung memang terer guna kaedah ni. Sekarang aku pun dah semakin mahir. Syukur alhamdulillah, rupanya bila kita perah guna tangan, breast rasa lebih ringan N kita dapat rasa dia betul2 kosong, compare dgn pam guna breastpump. Susu pun lebih banyak sikit dari biasa. So, camanapun kena belajar juga teknik ni. Sebab pas pam guna breastpump, yg hujung2 baki susu tu (yg pekat & lemak manis), aku perah guna tangan. Biasa dapat dalam 1/2oz atau 1-2oz. Padahal kalau pam, dah kuar angin je tu..Tula, korg belajar k cara perah guna tangan ni.

K, sekian untuk kali ini. Sayang korang semua. Semoga berjaya!
Happy breastfeeding!!!....
Wassalam... J

10 ulasan:

AIN NAZRI berkata...

seronok baca entry akak.. cureently ain ngandung 6 bulan.. mmg sebelom ngandung dah niat nak BF anak until 2 tahun.. skrg nie tgh cari buku2 yang bersesuai tuk tambah ilmu.. terima kasih ye kak.. share ilmu kat sini..

zahirah zainal berkata...

terima kasih..tahniah...n syukur alhamdulillah ain dah pasang niat utk bfeed anak awal2 pregnant ni..Semoga cabaran2 n pengalaman akak yg lalu leh jadi kekuatan untuk ain menyusukan anak..Semoga berjaya...amin.. :)

zahirah zainal berkata...

ain~ salam ain...tahniah n akak doakan semoga ain selamat bersalin...Bagusnya ain, awal2 pregnant dah pasang niat nak breastfeed...Insyaallah niat yg murni, mudah2an Allah makbulkan...Semoga berjaya dear...Jangan mudah putus asa jika berlaku ujian dan dugaan...Jangan lupa cari maklumat yg tepat dulu, sebelum buat sesuatu keputusan , ok!...:)

Yu Aiza berkata...

N- memang betul Bf baby ni kene kuat mental skit.Kat off ni pun mcm tu yg bersalin nyer ader lah 3 org tapi yang kelek breastpump diri ku sorang huhuhuhu...what ever pun dengan BF baby actually kita boleh maintain berat badan kita walaupun kita kuat makan seperti saya. TAHNIAH sebab berjaya FULLY BF baby. NAT tgh berusaha keras kearah itu. Since lahir RAYYAN tak ada masalah MAJOR prob cume skit2 tu adalah..so mari kita katakan TIDAK pada FM buat masa ini.

zahirah zainal berkata...

Tahniah nat!!! Niat dan hasrat yg mulia, semoga dipermudahkan segalanya...Hmm..bagus tu, kalau perjalanan breastfeeding, takde masalah..Maybe, mental nat dah ada perisai besi kot. Hehe..tu yg kental tu, dek dugaan2 kecik...:)
Good luck yer...semoga berjaya harungi semua dan menjadi idola pula, pada ibu2 lain...:)
Yesss, say no tu FM!...(kita sama, sy pun kuat makan..hehe...)

ayuabubakar berkata...

Salam, Terima kasih, byk entry yang berguna untuk bf bg ibu2 bekerja. Saya akan back to work in 3 weeks time. Pengasuh dah jumpa cuma sekarang tgh memperbanyakkan stok EBM dan sediakan prosedur bertulis untuk pengasuh. Sebab baca dlm internet better buat arahan bertulis, takut engasuh lupa step2 sebelum beri susu pada bayi. Saya tengah buat tp risau juga tkt x complete. Ada idea tak untuk prosedur tu?

zahirah zainal berkata...

ayu~ terima kasih byk...maaf lmbt reply comment, sbb sy sibuk berkursus...Mesti ayu dah masuk kerja kan...Macamana dgn pengasuh, ok tak?
Biasa atia, tak buat arahan bertulis. Cakap mulut je. Sebab takut pengasuh rasa macam berat sangat tugas handle susu ibu nih. Kita tak nak mentaliti diorang masih fikir bahawa handle susu ibu ni leceh. Padahal sbnrnya senang sangat.
Cuma ingatkan diorang, mesti "highlight" perkara ni,
1."Jangan beri apa2 pun, selain drp SUSU IBU. Air masak ke, apa2 ke, jangan beri. HANYA SUSU IBU SAHAJA. (sebabnya, kandungan SUSU IBU dah ada 80% air, tak sama seperti susu tepung. Kandungan susu ibu dah lengkap sempurna untuk bayi bawah 6 bulan, sebab tu tak perlu beri apa2 selain susu ibu)
2. Berikan susu ibu stiap 2 jam, atau jarak maksimum 3 jam shja. (beri penerangan sebab apa. Mentaliti org2 yg tak tahu, ckp susu ibu tak kenyang, FAKTA SEBENARNYA, ialah SUSU IBU MUDAH DIHADAM. )
3. Cara panaskan susu yg mudah. Rendam botol susu dalam mug yg berisi air panas suam (40 darjah). ~Better belikan warmer, untuk mudahkan pengasuh panaskan susu.
`siap2 asingkan amaun susu yg baby minum. Biasanya mula2, 2oz. Nanti akan bertambah, sedikit demi sedikit. So, biasa asingkan 5 botol susu dengan 2oz setiap satu. Senangkan handle susu ibu ni...Tinggal bubuh puting N panaskan je.

So, tu jelah yg biasa atia beritahu pada pengasuh. Harap dpt membantu. Sebarang kemusykilan silalah bertanya lagi...Saya sedia membantu...Cewah..:)
Happy breastfeeding...semoga dapat diteruskan hingga 2 tahun...Amin...:)

Diary's Owner berkata...

Hai zahirah.. actually sy slalu jd silent reader je..sy mmg kuat nak fully BF..memandangkan anak 1st totally gagal sbb xde ilmu lgsg n nipple tenggelam..so ade suggestion x utk ibu2 yg bersemangat cm sy ni tapi nipple tenggelam...tlg plzzz

Diary's Owner berkata...

Hai zahirah.. actually sy slalu jd silent reader je..sy mmg kuat nak fully BF..memandangkan anak 1st totally gagal sbb xde ilmu lgsg n nipple tenggelam..so ade suggestion x utk ibu2 yg bersemangat cm sy ni tapi nipple tenggelam...tlg plzzz

NinaAz berkata...

singgah baca entry yg sgt berguna utk nina. tq sis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...