My F.r.i.e.n.d.s

Sabtu, 2 April 2011

Warna susu ibu pada tiap2 ibu berbeza.

Salam, kali ni aku nak citer pasal warna susu pulak. Berapa ramai antara mummy2 yg menyusu ni tahu bahawa setiap ibu akan keluarkan susu yg berbeza warna atau tahap kepekatannya? (Pasni, jangan memandai korang nak compare susu korang ngan orang lain..) Bukan pe, aku takut nanti kang,mana2 ibu yg mudah give up, terus down bila kena comment ngan orang nanti.

Sbg contoh eh, kalau kat ofis, kita tumpang susu perah tu dalam peti ais yg sama ngan ibu2 lain yg juga perah susu. Kita pun dengan hati yg gumbira serta berbunga2 ros gitu,letakla susu kita dah perah tadi dalam peti dekat2 ngan geng yg dah perah dulu dari kita. Ada plak makcik bz, yg kebetulan nak amik air oren twister dalam peti ais yg sama. "excuse me, akak nak amik air akak jap..eh2, nape susu ko warna putih cair cam kapur kasut jek...si eton (bukan nama sebenar) tu punya susu warna pekat, tak cair cam ko. Nape ek..? Ok ke susu ko tu. Cair sangat aku tgk." Dahhh...smgt korg pun down seolah dah terkena pijak penyek oleh gajah besar gitu. Hah..tak ke down...wahai ibu2 sekalian...?

*psst..citer d atas tiada kena mengena dgn mana2 insan yg hidup atau mati. Jangan ada sape2 nak terperasan lak..Aku reka je citer ni.Mana tau,jadi lak cite benar. Tak ke haru..

Okay, untuk pengetahuan korang, susu yg kita hasilkan, bergantung jua pada pemakanan kita. Contoh cam abang ipar aku nyer wife, susu dia kuar warna ala2 hijau gitu..Nape tak percaya? Aku sendiri tgk da..Takkan nak tipu plak..Nanti,kalau ada rezeki, n dia bermurah hati nak share gambar susu dia,insyaallah aku akan upload k. Terkejut gak aku tgk warna susu dia. Amazing! Haha..Dgn itu,aku smkin confident skrg ni. Tak seperti dulu. Punyalah aku cuak dulu, susu aku (masa anak yg 1st), aku pam keluar warna oren..Apahal lak ni. Biasa putih ni oren pulak. Dah aku gi buang lak susu tu. Mana tak risau, tiba2 kaler lain. Baru aku ingat,kbetulan, aku suka sangat makan carrot. Agaknya,tu yg beri kesan warna susu tu. Yg, abg ipar aku nyer wife ni, makan sayur dkt semangkuk. Mana taknyer susu kuar warna hijau. Aku respect giler la ngn dia. Cane ek, leh makan sayur cam makan nasi. Alangkah bagusnya kalau aku leh jd cam dia.Mesti anak aku akan kuat cam popeye the sailorman tu.hehe...

Lagi satu, tahap kepekatan susu tu,memang bergantung sgt ngan apa yg kita makan. Ada satu hari tu, aku tak makan nasi langsung satu hari. Makan benda yg tah hape2 je..Punyalah cair susu aku. Cam air kapur ditambah air. Tapi korang jgn risau, camana pun susu kita tu tetap yg plg terbaik N tiada tandingan. Sebab camana pun susu tu tinggi ngan protein N segala macam khasiat ikut keperluan baby seiring ngan usia mereka. Taukan, susu kita sentiasa berubah komposisinya ikut usia anak. Kalau tak tau,ni sekarang aku beritau..Ingat tu. Kandungan khasiat susu formula, statik.....aje. Subhanallah, sesungguhnya ciptaan Allah itu Maha Sempurna !..Tiada siapa yg dpt menandinginya.

Tapi, sebaiknya,kita sebagai ibu yg prihatin,seharusnya,makan pelbagai makanan berkhasiat untuk anak. Supaya anak leh rasa semua makanan tu melalui susu kita N khasiat makanan tu menjadikan susu kita kaya dgn khasiat n pelbagai vitamin. Okay..sekian untuk kali ini.. :)

Ingat tagline nih, "susu kita khas untuk anak kita, apa yg ada, cukup untuk dia. Insyaallah..."

Jumaat, 1 April 2011

Cara paling jimat ruang simpan stok susu ibu atau EBM.

Salam..arini kita nak cite pasal cara simpan stok susu ibu yg leh jimatkan ruang peti ais. Ini dah kali kedua aku citer N ulang tayang. Tapi takpe. Kali ni citer lagi sbb peti ais aku dah pun penuh ngan stok susu. Tak muat dah. Yela..bukan pe. Aku bukak cite pasal ni pun,sebab bukan semua ibu yang mampu beli botol susu banyak2. (macam aku ni..hehe..) Ingat murah ke botol susu tu.Lagi plak,wat nyemak rumah je. Wat penuh almari je nanti klu dah tak pakai. Tara...ni dia stok susu yg aku simpan skit demi sdikit..




Malu ler lahai nak tunjuk kat korg sebenarnya ni... Sebab tak byk mana pun. Tp,improve skit la, dari anak yg pertama dulu. (sbnrnya leh buat byk dari ini. Tp,aku agak malasla kebelakangan ni. Sebab,aku dah mula menyusukan anak aku yg umur 2 tahun 1 bulan tu semula. Takdela sepenuhnya. Cuma, leh jadi pembantu stimulation semulajadi. Senang,takyah bangun  siap sedia pam.Kalau terasa penuh,bg je kat si abangnyer minum..Ni salah satu cara gak untuk tingkatkan production susu. Ingat ye teori ni,"lagi kerap kosong breast,lagi banyak kilang susu akan produce."

Kalau,dikira2 ada lebih kurang 100 batang aiskrim tuh. Setiap satu mengandungi minima 2oz. Maksimum, 4oz yg aku isi. Sebab tu batang aiskrim tu ada panjang pendek.Nampak tak betapa jimatnya space kat situ. Sebenarnya, plastik aiskrim ni, kak shaza (idola aku) tu yg kasi. Tak tau dia beli brapa harga. Dia kata murah jee..(Alah dia memang gitu, baik sangat N tak berkira ngan aku). Kalau nak compare harga botol susu. Aku tak mampu nak beli banyak2, N rasa cam nyemak je banyak2 tu. Ni yg ada pun,kalau jatuh bergelimpangan kat lantai,punyala bising. Macam org tgh gaduh laki bini, baling2 benda...haha..

Rasionalnya guna plastik aiskrim/ breastmilk storage linear dll yg sewaktu dgnnya:

1. Leh jimatkan space yg byk kat dlm peti. Sebab semua stok tu leh ditindan2 bila masing2 dah beku. (dulu pernah guna bekas dadih tu, itupun takleh simpan banyak gini) Sebab dia takleh tindan rapat2 cam batang aiskrim ni. Kena susun ala2 susun tupperware gitu..)
2. Leh bahagikan siap2 brapa oz yg secukupnya anak kita minum. Takdela membazir nanti.Biar anak minum sikit2, tapi kerap. Yg ptig tak membazir setiap titis susu tu. (Klu boleh biarlah setiap titis tu masuk ke dalam perut anak kita ok! :)...  ) Standardnya, biasa baby minum 2oz atau 3oz sekali minum. Baby kan minum setiap 2-3jam kan. Bila dah 6 bulan ke atas, dalam 4oz ke 5oz gitu.lbih kurang la..)
3. Tak payah nak strealize. Pakai buang aje. Senang kan.
4. Tak perlu kuar duit banyak beli botol. Sebab, setiap 3/6 bulan sekali,botol yg kita guna tu,kena tukar kan. (buang ek??aku pun tak sure..)
5. Bila botol tu dah tak pakai, takdela semak ruang almari atau laci kita nak simpan botol2 segala tu. (hubby aku pun cam tak suka je tgk botol susu tu byk2, semak dia kata).

Disebalik itu, ada gak kekurangannya..Tapi,kekurangan ni,bagi aku enteng je. Drp nak kuar duit beli botol susu banyak2 tu.

Kekurangannya ialah, bila susu tu dah mencair pada awal pagi esok (sblm korg gi keje). Kenalah tuang masing2 aiskrim susu cair tu ke dalam botol masing2. Kalau tak,minta tolong pengasuh yg baik hati itu,tuangkan ke dalam botol susu,kmudian baru panaskan. Jangan lupa pesan lak!!! Kang korang main bagi je,apa2 jadi pada anak korg kang aku lak yg dipersalahkan. Plastik tu,takleh dipanaskan tau! Nanti kuar bahan kimia berbahaya lak. MESTI tuang dalam botol susu dulu, pastu baru panaskan.

Okay...selamat mencuba! Happy Breastfeeding dear...!!! ;)

Selasa, 29 Mac 2011

Iklan MENYUSUKAN BAYI dengan SUSU IBU masuk TV3

Salam,
ada sesiapa ternampak iklan pasal breastfeeding ni tak? Macam tak percaya, akhirnya iklan tentang penyusuan badan ni dah mula masuk TV. Baru je kejap tadi iklan ni keluar. Tgh tggu slot citer MARIMAR, keluar pulak iklan dari MOH. TAHNIAH MOH!!!

Nampaknya, kerajaan benar2 menyokong susu badan. Sebenarnya memang dah lama pun kerajaan war2kan tentang isu susu badan nih. Semua klinik & hospital kerajaan dah memang jadi tempat rakan bayi yg support susu ibu.Tapi, tak glamer sebab takde iklan kat TV. Sekarang iklan dah mula keluar, mudah2an ramai ibu2 di luar sana akan sedar betapa pentingnya penyusuan badan untuk ibu dan bayi. Iklan tak keluar bukannya apa, sebab nak masuk TV kan kena bayar. Kalau ibu menyusu badan, mana ada pihak yg dpt UNTUNG??? Yg untung ialah si ibu dan si anak tadi. Kalau SUSU FORMULA, hah..bertimbun duit riban2 masuk sebab akan ada pembelinya...

So, harap2 lepas ni, makin ramailah ibu2 yg akn breastfeed anak2 mereka...Semoga berjaya, N selamat mengikat kasih sayang anda dengan setiap titis susu ibu yg mengenyangkan anak2 kita... :) Insyaallah..amin...

Isnin, 28 Mac 2011

Tidak ada ibu yang tiada susu. :)

Salam semua..Pernah dgr tak kata2 ni..Yea hot2 mummy sekelian. aku dpt tagline ni, dari Dr Zarin Ikmal. Sape ada tgk TV9 semalam, dlm nasi lemak kopi O. Dlm diorg bercerita ttg "bayi menyusu", byk yg dikupas, pasal susu ibu. Nampaknya, susu ibu memg yang terbaik dan tiada tandingan. Dr Zarin sdiri ckp, wpun byk susu rumusan atau susu formula khusus utk bayi diluar, tetapi komposisi kandungan yg terdapat dlm susu ibu masih tak boleh ditiru..Siapalah kita,nak menandingi apatah lagi meniru ciptaan Allah yg Maha Sempurna. Renung2kanlah....

Lagi pulak yg bestnya, bila dia cakap..sebenarnya, "tidak ada ibu yang tiada susu". Byk ibu yg salah faham N cepat give up, bila tgk, masa awal2 kelahiran bayi,susu tak byk..Bila pam keluar,hasil skit sangat..(Cth cam aku ni hah..sesudu je..Tak mengalah pun...:) ) Pastu,byk ibu2 yg tiada lgsug ilmu ttg breastfeed ni,N ada plak yg lgsug tak nak amik tahu. Tu yg awal2 dgr pasal breastfeed tak minat. Siap time nak dkt due dah fikir2 nak bagi susu formula apa yg tarbaekkk!!! (kononnya).  Lagi plak, ada yg terlebih confident, ada ilmu skit..tapi tak nak dgr pgalaman dari ibu2 lain..?Tu yg bila ada sikit ujian je, dah nak mengalah..Sedihkan..:(
Padahal, jgn2,klu si bu tu teruskan penyusuan, jgn2 lg hebat dari kita..n susu melimpah ruah..Tp, tula..stp ibu lain2..Yg peliknya, manusia ni,lebih suka dgr perkara2 negatif dari ikut perkara yg positif..Gi tanya pendapat pd ibu2 yg gagal atau tak menyusu badan..Ada ke patut!Memangla akhirnya korang akan end up mcm diorg..Org, tanyala pd yg pakar breastfeeding..Pakar laktasi kan ramai..Sbg cth tanyala kat mom lil ones, N susuibu.com. Ni gi tanya ngn mak2 yg memg tak minat N takde ilmu pasal susu badan nih. Memang negatiffff.... jela memanjang jwpn diorg..lgla siap leh bg senarai susu formula yg byk kat pasaran tu. Siap ada wat kajian,mana yg leh buat baby kuat sembelit ngn kurang sembelit..N mcm2 lg.

So, kesimpulannya, ingat tagline nih, letak baik2 n simpan dalam minda korang bahawa "TIDAK ADA IBU YANG TIADA SUSU". Klu ada sedikit kesukaran yg berlaku semasa penyusuan,jgn mudah putus asa, bertanyalah pada yang pakar. Mula2 sukar..lama2 korang yg rasa bahagia giler N excited menyusu anak nanti..!Percayalah... :)

*p/s dari aKu yg pRiHaTin> JANGAN BERTANYA PADA ORG YG TAKDE ILMU PASAL  BREASTFEED nih!!! Jauhkan diri korg dari kata2 yg bakal men 'down' kan semangat korang! Ingat nih!..

Semoga berjaya, wahai "hot mummy"2 sekalian..;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...