My F.r.i.e.n.d.s

Ahad, 25 Januari 2015

Breastfeeding is Natural But Not Always Easy

natural

Bismillahirrahmanirrahim

Salam sayang to all mummy yang sentiasa berjuang sehabis baik untuk memberikan yang terbaik buat bayi. Tahniah diucapkan!!! Semoga istiqamah serta tabah menghadapi ketika cabaran atau ujian mendatang dalam tempoh penyusuan. Semoga segala cabaran yang berjaya diatasi dapat memberikan kekuatan dan pelajaran pada kita untuk di masa akan datang serta memudahkan penyusuan seterusnya, insyaallah. :)

Tajuk entri je gempak in English. Tapi ulasan lanjut bahasa melayu kita. Hehe, sebab dah cuba adjust ayat sehabis baik untuk di melayukan macam kurang tepat and firm. Tapi kalau letak tajuk seperti di atas terus tepat, direct n jelas kan. :D

Entri kali ni memang ditujukan khas buat semua mummy yang breastfeed (tak kira fully atau campur dengan formula atau yang gagal breastfeed di pertengahan jalan). Hanya kita yang faham perasaan dan situasi mummy yang berusaha untuk breastfeed. Sebabnya, setiap mummy hadapi pelbagai cabaran berbeza tak kira secara fizikal (inverted nipple contohnya), kesihatan (jatuh sakit atau mempunyai penyakit tertentu yang menghalang kelancaran breastfeed), emosi (cabaran dari orang sekeliling), ilmu (cabaran kerana tiadanya ilmu tentang breastfeeding), tekanan (cabaran dari pelbagai keadaan) dan sebagainya.

Breastfeeding memang semulajadi. Memang Allah menjadikan seseorang ibu itu untuk melahirkan dan seterusnya menyusukan anak-anak mereka. Tetapi, ia tidaklah semudah yang disangka tambahan pula bagi ibu yang bekerjaya. Justeru (wahhh ayat!)...kepada mummy yang gagal breastfeed pada kelahiran pertama atau sebelumnya usah merasa kecewa dan putus asa, kerana masih ramai mummy di luar sana yang gagal breastfeed pada awalnya tetapi kemudian berjaya untuk penyusuan anak seterusnya. 

Antara sebahagian kecil cabaran yang boleh disenaraikan (sebenarnya banyak lagi):
1. Susu tiada
2. Susu kurang
3. Menyusu tetapi ibu rasa menyakitkan
4. Cabaran orang sekeliling yang tidak yakin dengan esklusif breastfeed (risau anak tidak kenyang)
5. Ibu yang sedang sakit/ stress
6. Ibu yang tiada langsung persediaan serta ilmu tentang penyusuan
7. Faktor lain (tanpa mengabaikan proses demand melalui penyusuan dan pengepaman) seperti uri terlekat, anemia, obesiti, masalah hormon tiroid dan sebagainya

Cara atasi secara ringkasnya:
1. Susu tiada = kenalpasti punca dan penyebab susu tiada (ibu tidak yakin diri, tiada rangsangan penyusuan dari bayi, cara lekapan penyusuan yang salah, masalah pemakanan ibu, tekanan, penyakit dan sebagainya)

2. Susu kurang = kenalpasti punca dan penyebab susu kurang (sama seperti di atas atau mungkin juga boleh dikenalpasti puncanya berapa banyak yang kurang atau ibu yang kurang keyakinan diri akibat bayi meragam yang pada hakikatnya bukan kerana susu berkurang, tetapi bayi mungkin sedang alami peralihan bulan, tidak sihat dan sebagainya).

Banyak berlaku, mummy sendiri yang rasa susunya kurang sedangkan susunya mencukupi. Penjelasan lanjut berbeza untuk setiap situasi. Tetapi yang paling banyak kes dihadapi ialah punca yang sama. Mummy salah faham dan digabung dengan bisikan sekeliling yang menambahkan tekanan mummy akhirnya membuatkan mummy keliru dan kurang keyakinan diri bahawa susunya mencukupi.

3. Menyusu tetapi ibu rasa menyakitkan (akibat cara lekapan penyusuan yang salah, ibu tidak bersedia atau tidak membuat persiapan untuk menyusu).

Untuk kes ini, proses latihan kemahiran penyusuan dan penyesuaian diri perlu dilakukan secara agresif ketika tempoh berpantang kerana hanya pada tempoh ini ibu mempunyai masa yang paling banyak dengan bayi.

Di samping itu, pengetahuan asas tentang proses penyusuan hendaklah digali dengan lebih mendalam melalui pembacaan pada laman web berkaitan penyusuan dan mendengar kisah serta pengalaman ibu lain yang berjaya. (Jika boleh, cari kisah inspirasi yang sama dengan masalah yang dihadapi bagi meningkatkan keyakinan diri serta mengatasi cabaran tersebut dengan lebih efektif).

4. Cabaran orang sekeliling (kadang orang terdekat, suami atau ibu sendiri yang tidak yakin dengan penyusuan ibu. Secara tidak langsung memberikan tekanan kepada mummy).

Untuk kes ini, memang sangat mencabar dan memerlukan kekuatan dalaman mummy sendiri iaitu secara mental dan fizikal. Bagi mengatasi masalah ini, jika anda merasa berseorangan ingatlah Allah yang sentiasa di sisi kita pada setiap saat. Banyakkan memohon kekuatan dariNya. Kenangkan juga rakan seperjuangan kita (breastfeeding mummy) yang menghadapi situasi yang sama seperti kita di luar sana (means anda tidak berseorangan sebenarnya).

Tips ringkas ialah, elakkan anda cuba menerangkan apa sahaja pandangan anda kepada mereka. Iyakan sahaja. Fikir positif, mereka tiada pendedahan serta ilmu tentang breastfeeding, masakan boleh berfikiran dan berpandangan sama seperti kita. Dan kerana kasih dan concern mereka kepada bayi tersebut menyebabkan mereka bertindak demikian. Hormati pandangan mereka, cuba pujuk mereka dengan menyatakan "anda sedang usaha menyusukan bayi anda dengan susu anda selagi mencukupi, dan jika anda merasa anda tidak mampu, masakan seorang ibu sanggup membiarkan anaknya menangis kelaparan". (Ni ayat penenang untuk mereka sahaja. Sedangkan dalam hati u ols, WAJIB yakinkan diri bahawa anda mampu menyusukan bayi dengan izin Allah. Okeh! Chaiyokk!! ;)  )

5. Ibu yang sedang sakit/ stress (pada ketika ini perlukan rehat mencukupi, supplemen (jika perlu) dan makanan berkhasiat bagi menampung keperluan susu bayi serta membina keyakinan diri mummy).

Oleh itu, jika anda telah mula bekerja, sebaiknya ambil cuti. Sebab jika boleh saya tidak menggalakkan mummy yang sedang stress gunakan stok susu mereka (especially mummy yang mempunyai bekalan stok susu cukup-cukup makan atau ngam-ngam).

Seperti yang kita semua tahu, ketika stress, susu akan sedikit merudum (jika guna pam). Tetapi, rangsangan terus dari bayi insyaallah kurang terkesan, sebab memang bayi adalah rangsangan semulajadi terbaik untuk penghasilan susu ibu.

So, untuk tidak memberatkan lagi stress tersebut, ambillah cuti rehat dan menyusu bayi secara terus ketika anda sedang sakit. Dapat tengok muka anak lama-lama pun boleh menghilangkan stress, insyaallah. :)

6. Ibu yang tiada langsung persediaan serta ilmu penyusuan (ibu panik ketika anak menangis, tidak diberikan ketenangan dan keyakinan diri malah disalahkan pula bahawa susu tidak cukup atau anak tidak kenyang, sedangkan susu ibu tidak lancar akibat stress dengan tekanan orang sekeliling atau situasi yang tak support mummy).

Untuk kes ini, memang inilah antara faktor paling banyak sekali 'client' saya (rakan seperjuangan kita) gagal meneruskan penyusuan di pertengahan jalan. Yang ini memang sangat mencabar tahap gaban. Sebab bila tiada ilmu tentang breastfeeding, kekuatan dari mana lagi yang mereka boleh dapatkan melainkan dengan putus asa sahaja. Kecuali ada sebahagian mummy yang jenis proaktif, akan segera melakukan research atau at least melakukan pembacaan melalui internet, buku dan sebagainya bagi menjayakan breastfeeding nih!

7. Faktor lain (tanpa mengabaikan proses demand melalui penyusuan dan pengepaman) seperti uri terlekat, anemia, obesiti, masalah hormon tiroid dan sebagainya. Cara atasi, setelah penyelesaian masalah penyusuan masih gagal melalui kaedah urutan, permintaan melalui penyusuan dan pengepaman dikekalkan, pemakanan baik dan telah berjumpa doktor, selanjutnya WAJIB RUJUK PAKAR LAKTASI. Bukan doktor biasa. Insyaallah pakar laktasi akan berusaha menyemak dan mencari punca sebenar penyebab utama masalah penyusuan tadi. Sama juga seperti penyakit kanser, kita akan rujuk pada doktor pakar kanser tentang penyakit kanser, begitu jugalah dengan masalah penyusuan, rujuklah pada pakar laktasi.

Mungkin kerana ramai mummy yang masih belum tahu tentang kewujudan pakar laktasi ini. (Jika tidak mampu merujuk kepada pakar laktasi yang berbayar, rujuklah pakar laktasi atau pihak kesihatan di klinik-klinik kerajaan yang sentiasa ternanti-nanti kehadiran mummy yang bermasalah dalam penyusuan).

Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Cuma nak remind sekali lagi, bahawa menyusu memang semulajadi dan fitrah keibuan, tetapi tidaklah semudah yang disangka.

Oleh itu, TAHNIAH kepada semua ibu yang berjaya breastfeed, tidak kira bagaimana cabaran yang anda telah hadapi! Kita semua tahu bahawa menyusu itu bukan mudah, tetapi detik terindah ketika menyusu memang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. ;)

Melihat anak membesar dengan hasil setiap titis susu kita sendiri, masya Allah sukar untuk digambarkan nikmatnya. Mengenang kembali kepayahan menentang cabaran penyusuan (terutama ibu yang bekerjaya, mempunyai masalah inverted nipple, menyusu anak kembar and so on...) setelah complete misi 2 tahun atau tidak kisah berapa lama target anda, alangkah manisnya. :)

TAHNIAH dan semoga terus bersemangat untuk menjayakan penyusuan bagi anak-anak tercinta berikutnya!!!

Kepada mummy yang tidak berjaya untuk penyusuan sebelumnya, yakinlah bahawa sebahagian dari anda, kadangkala lebih berjaya menyempurnakan penyusuan lebih baik dari kami untuk anak berikutnya. Insyaallah, jika ada niat pasti akan berjaya.

Saya sangat 'salute', tabik spring bertingkat-tingkat kepada seorang mummy ni, "MRS NORAINI", beliau masih mampu breastfeed anak beliau walaupun pernah menjalani pembedahan payudara suatu masa dahulu. Masya Allah, kuat semangat sungguh! Walaupun hasil perahan susu beliau mungkin tidak sebanyak ibu lain, tetapi semangat beliau meneruskan breastfeeding sehingga sekarang sangat saya kagumi.

Begitu juga dengan "MUMMY ELL" (masalah anak asyik melekap 24 jam), "MUMMY AYU" (terpaksa berhenti menyusu atas alasan yang tidak dapat dielakkan akibat jatuh sakit tetapi masih berusaha untuk melakukan relaktasi semula bagi menyambung penyusuan beliau).

Semoga urusan penyusuan mereka dipermudahkan Allah SWT dan semangat mereka dapat dijadikan inspirasi kepada kita semua. :D

Amin...

Sekian, sahaja coretan saya pada kali ini.

Haza min fadhli rabbi.

Jumpa lagi kita di lain masa, insyaallah.

Teruskan sokongan anda kepada saya! Dengan sokongan anda, menyuntik semangat saya untuk menulis dan berkongsi lebih lagi.

LIKE untuk info ringkas di: www.facebook.com/menyusuituindah

Salam sayang,

atia


*P/S: Dear all pretty breastfeeding mummy, saya mohon maaf sangat-sangat jika ada sebahagian banyak pertanyaan yang tidak terjawab di FB PAGE, Comment, email dan lain-lain sumber. (Sehari saya dapat lebih 30 soalan dari mummy n setiap hari ia bertambah) 

Insyaallah, pertanyaan anda akan saya jawab secara perkongsian umum menerusi blog sedikit demi sedikit, kerana saya sedang fokus kepada sesi Q n A"Personal Coach" bersama mummy yang terlibat. Jika berminat untuk sertai, boleh baca lanjut di sini.

Terima kasih kerana memahami. ;)

Hopefully tidak merajuk ya. Boleh search artikel sebelum ini, jika pertanyaan anda telah saya jawab menerusi blog post contoh "melatih anak menyusu melalui botol", "petua banyakkan susu" dan lain-lain...

Semoga urusan mummy dipermudahkan Allah SWT jua...Amin...










3 ulasan:

dorsett pink berkata...

Info yang sangat beharga utk diri saya. Btw, ade orang cari anak susuan, jom baca blog saya

Irni Yusof berkata...

memudahkan penyelengaraan peralatan menyusu adalah satu relief utk mummy yg menyusu...sterilizer!

IBU PUSPITA berkata...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...