My F.r.i.e.n.d.s

Selasa, 13 Januari 2015

Petua banyakkan susu ibu

Bismillahirrahmanirrahim

Salam sayang kepada semua pembaca setia blog ini dan mummy jelita yang masih meneruskan perjuangan breastfeed. Semoga urusan kalian serta kita semua sentiasa dipermudahkanNya.

Maaf atas kelewatan update blog, kerana saya masih meneruskan perjuangan menjalankan sesi personal coach bersama beberapa mummy pada setiap hari. Jadual agak padat, disebabkan mummy pun, beri soalan berperingkat (tak hantar sekaligus). Tetapi memang saya benarkan, sebab maybe mereka nak shortlisted soalan penting sahaja yang patut ditanya. Manakala soalan lain, maybe mummy nak google sendiri kot. 

Untuk mummy yang bertanyakan soalan dan masih belum mendapat respon, saya masih berusaha membalasnya secara berperingkat. Ada yang email, PM di facebook, PM di page yang masih belum berbalas, harap bersabar ya. Saya sedang usahakan membalasnya. Insyaallah saya sedang usaha jawab satu2 (walaupun serius rasa cam nak nangis, kalau boleh taknak tidur n jawab terus on the spot soalan dari mummy semua  ... ). Saya memberi keutamaan kepada mummy yang join personal coach bersama saya. Jika mummy berminat, jangan lepaskan peluang untuk menyertainya, untuk maklumat lanjut boleh rujuk link ini. Insyaallah saya akan usaha memberikan maklumbalas terbaik.

Ok, entri kali ini, saya nak kupas tajuk PETUA BANYAKKAN SUSU IBU. Memandangkan soalan ini paling banyak ditanya. Jemput baca ya. Mudahan bermanfaat. :)

petua
Hasil pam susu di ofis (3 kali pam)

PETUA BANYAKKAN SUSU IBU
1. Kerapkan direct feeding + teknik lekapan bayi betul + payudara dikosongkan sepenuhnya
2. Pam susu secara konsisten untuk kekalkan demand
3. Makan makanan berkhasiat + air mencukupi dalam badan
4. Latih kemahiran mewujudkan kehadiran LDR + kerapkan kehadirannya pada setiap kali penyusuan/ pengepaman
5. Kerapkan penyusuan pada waktu malam
6. Elakkan stress dan gangguan emosi 
7. Bercuti jika ibu jatuh sakit/ tidak sihat

Ringkasannya seperti di atas dan di bawah ialah penjelasan lanjutnya. Oh ya, kenapa ek pada kali ini petua banyakkan susu ibu ni saya bukan berikan senarai pemakanan yang membantu meningkatkan susu ibu, Sebabnya, petua-petua tersebut mummy dah boleh google. Banyak dah page lain dah kongsikan senarai tersebut. Cumanya, saya nak highlight juga, bahawa bukan sahaja pemakanan yang membantu meningkatkan penghasilan susu ibu. Banyak lagi faktor lain yang perlu diambil kira dan dijalankan secara seiring.

Perlu diingatkan juga, bahawa setiap ibu adalah unik dan berbeza. Penerimaan dan tahap penyerapan badan kita semua tidak sama. Tahap metabolisma, jenis darah, cara pemakanan, amalan kehidupan setiap kita semua berbeza. Jadinya, mummy jangan sedih atau panik jika mummy makan makanan tertentu, tiada sebarang kesan peningkatan susu, sedangkan mummy lain ada terkesan. Cari lagi dan kenalpasti milk booster kita. Catatkan supaya tidak lupa n boleh juga tengok, top 5 milk booster kita, yang mana satu paling berkesan dan paling banyak menghasilkan susu. So, makanlah ia ketika saat diperlukan (time susu merudum, mummy jatuh sakit, period dan sebagainya).

Milk booster ni, namanya pun dah penggalak susu ibu. tidak perlu dimakan hari-hari sebenarnya. Sama macam kita minum kopi, lama-lama ia pun boleh jadi immune. Sebab jangan lupa, hasil susu kita juga berkait rapat dengan demand bayi atau kekerapan mengepam. Jika kita makan penggalak susu ibu, kitaran permintaan maintain, ia tetap juga akan hasilkan susu ikut permintaan.

Logikkah kita makan milk booster, hari-hari susu melimpah sampai basah baju semua, dah kelam-kabut pula asyik-asyik nak mengepam n simpan jadikan stok. Tu, bolehla kita jadi kilang susu sekali dah alang-alang boleh susukan anak-anak jiran sekali. Hehe...gurau je... :)

Kemudian, mummy juga harus kenalpasti, berapa jumlah hasil susu yang mummy nak sebenarnya. Jika hari-hari mummy mampu bekalkan susu yang mencukupi kepada bayi alhamdulillah. Cuma kadangkala merudum tu, perkara biasa. Kita bukan selalu happy, bukan selalu sihat. Pasti ada kitarannya. Cuma mummy jangan panik! Lagi panik, lagi tertekan emosi dan perasaan mummy. 

Tips nak back up, jika hari ini kurang 3-5 oz hasil susu. Tidak mengapa, set target, gandakan sesi pam atau penyusuan pada waktu malam nanti untuk cover semula susu yang kurang. Elakkan bertangguh. Terus target dan bertindak pada hari yang sama. Kerana jika kita berusaha melakukan daily review, insyaallah sempat nak kejar atau cover semula mana yang kurang secara daily juga. Sebabnya, bila jumlah perbezaan yang kurang tu tak terlalu tinggi, insyaallah mummy tidak akan berasa terlalu tertekan n tak sengaja berasa lebih tenang. Dan biasanya akan lebih cepat cover semula. Walau apapun, nak pesan pada mummy, jangan sesekali panik. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.

Lagi satu nak pesan, jika hari esoknya pun masih kurang. Kalau stok susu ngam-ngam sangat, better ambil cuti. Itu lebih baik. Sebab mummy akan lebih tenang bila nampak stok susu depan mata masih berbaki lagi daripada kita guna stok susu tu, esok tak tahu apa cerita, mana nak tinggal anak dengan pengasuh, mana nak pi kerja lagi. Better ambil cuti dan direct feeding saja. 

Kes di atas, rata-ratanya dilalui oleh mummy yang first time breastfeed, nanti bila kalian dah expert, kalian lak yang gelak je baca entri ni. Percayalah! Sebab makin berpengalaman, makin kita expert nanti, insyaallah.

Ops! Terlebih cerita sudah. Padahal nak explain detail maklumat di bawah. Sori.. :) Camana saya menaip, camni jugaklah jika saya berbicara. So, siap sedialah mummy jika saya dah start buat personal coach face to face nanti. Hehe.. :D

PETUA BANYAKKAN SUSU IBU
1. Kerapkan direct feeding + teknik lekapan bayi betul + payudara dikosongkan sepenuhnya
Wajib menyusukan bayi secara kerap, n pastikan mulut baby melekap dengan betul (aerola dimasukkan sepenuhnya ke dalam mulut bayi) dan payudara kiri dan kanan dikosongkan sepenuhnya. Pastikan gilirannya ya, kalau tak mahu breast besar sebelah. Hihi.. :) Lebih bagus, masa akhir penyusuan atau pengepaman, urut-urut sikit setiap urat susu tu ke arah keluar, supaya segala lemak-lemak susu yang saki-baki tu pun keluar habis sehabis-habisnya.

2. Pam susu secara konsisten untuk kekalkan demand
Pam susu wajib konsisten. Ramai mummy menyatakan susu makin kurang, bila saya semak jadual pam, ada yang tak cukup sesi. Contoh tinggalkan anak 8 jam, pam susu cuma waktu rehat sahaja, dengan alasan tak sempat. Patutlah, susu beliau makin kurang, sebelum ni biasa dapat 15 oz (sebab pam 3-4 kali). Sekarang sempat 2 kali atau sekali sahaja. Cuba mummy cek balik sesi pam mummy ya.

Tentang alasan tak sempat, ada taktik dia. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Insyaallah. Untuk kes yang nilah perlukan nasihat peribadi. Sebabnya setiap situasi mummy berbeza, So, jom join my personal coach. :)

3. Makan makanan berkhasiat + air mencukupi dalam badan
Walaupun mummy sedang berpantang, makanlah makanan berkhasiat, elakkan juga makanan gatal dan yang sejuk-sejuk tu. Cuma buah-buahan, ayam, daging, ikan dan apa saja yang boleh dimakan, makan ja. Air pun pastikan diminum dengan mencukupi. Tak perlu juga minum secara berlebihan, sampai ada mummy kembung perut minum air terlampau banyak sangat, cuma bila signal tekak dah inform haus pada setiap kali tu, mummy wajib minum tau. Tak kisahlah air masak ke, jus buah, susu dan sebagainya. Lagipun cecair 
bagus untuk detox. :)

Jika nak try segala milk booster pun boleh. Cumanya, pastikan ia dimakan ketika diperlukan sahaja ya. Cuma makanan sunnah, memang bagus jika diamalkan secara harian (kurma, susu dll).

4. Latih kemahiran mewujudkan kehadiran LDR + kerapkan kehadirannya pada setiap kali penyusuan/ pengepaman
Seperti biasa, LDR (Let Down Reflex) ni sangat penting semasa aktiviti menyusu dan mengepam. Sebabnya, dengan kehadiran LDR atau pancutan susu ni, akan membantu menghasilkan atau memancutkan susu di antara 0.5 oz-2 oz atau lebih sekali pancut untuk beberapa saat. Dan hasil pancutan ini yang akan membantu mengenyangkan baby.

Selain daripada itu, dengan wujudnya LDR ini dan jika mummy faham tentang konsep LDR ini, sekaligus dapat menafikan kenyataan mummy yang sering mengatakan breast mereka kosong atau tidak bengkak n menyebabkan mereka tidak mahu mengepam sebab risau hasil susu keluar sikit. 

Sedangkan susu sentiasa dihasilkan setiap saat. Jika kita biarkan dalam 10 minit, kalau mummy cuba test pam susu lagi sekali, dalam 5-10 minit, jika datang LDR mampu juga dapat 0.5 oz -2 oz (campur kiri dan kanan) untuk sekali pancutan. Bagaimanapun, untuk rangsang LDR ini, memang memerlukan latihan ya. Tidak semudah yang disangka, tetapi once dah dapat momentum tu, memang senanglah sesi menyusu n pam nanti. :D

Satu contoh mummy yang anda boleh ikuti atau jadikan idola, ialah salah seorang mummy yang Personal Coach dengan saya baru-baru ini. Saya sebutkan sebagai mummy IQA sahaja. Beliau sangat enjoy dengan breastfeeding session, sehinggakan mampu menghasilkan sehingga 3 kali LDR pada setiap sesi menyusu atau mengepam. Kagum jugak dengan mummy ni, since ini merupakan pengalaman pertama beliau, sedangkan saya pun pada awalnya dulu (anak first) hanya mampu merasakan sekali sahaja LDR walaupun dah pam sampai dekat 30 minit. Time tu masih zero knowledge, and masih tiada pengalaman lagi. Memang dia sangat enjoy dengan breastfeeding nih, n mampu menghasilkan susu yang lebih dari demand babynya. 

5. Kerapkan penyusuan pada waktu malam
Waktu malam ialah waktu terbaik untuk create demand kerana paras hormon prolaktin sangat tinggi pada waktu ini. Anggaran waktu dalam 12 malam dan ke atas. Jika malas nak bangun pam susu, kerapkan penyusuan direct. Tapi jika baby dah terlalu kenyang pun, kesian juga. Nanti muntah susu pula. Takpela kot, mummy bangun jap pam susu.

Tips mudahkan pengepaman waktu malam, sediakan cooler bag di sebelah katil n segala alatan pam. Jadi mummy tak perlu ke dapur untuk aktiviti mengepam. Cuma bangun sekejap, dan ambil masa pam 5 minit. Kemudian simpan semula corong n botol susu tadi terus ke dalam cooler bag yang mengandungi ice pack. Kalau rajin bangun dua-tiga kali pun ok juga. Kan pam n botol susu tu boleh diguna berkali-kali sehingga 24 jam (pastikan di simpan di tempat yang sejuk). Untuk permulaan, cuba buat sekali pada setiap hari n lihat hasilnya. 

Untuk aktiviti ini, jika mummy yang dah bekerja perlu ada ice pack sekurang-kurang 6 pack. Sebab jika 3 ice pack diguna untuk malam tadi, adalagi 3 ice pack yang beku untuk kegunaan hari bekerja esoknya.

6. Elakkan stress dan gangguan emosi 
Jika mummy sedang stress tentang kerja dan sebagainya, surely hasil susu akan effect sedikit. Sebab mummy secara tak sengaja mem'bz'kan otak mummy untuk memikirkan hal tersebut berbanding menghantar signal ke otak supaya menghasilkan susu lagi.

Lagi pula, jika sedang stress, paksa diri untuk pam nampak hasil susu berkurang lagi bertambah triple plus stressnya. Untuk kurangkan masalah ini, jika mummy sedang stress, cuba ambil masa untuk tenangkan diri kemudian baru pam susu. Lari sedikit waktu pam tidak mengapa, dari mummy melakukan sesi mengepam secara paksa, risau keadaan menjadi lebih teruk. Cuma pastikan, jika sesi pam terskip satu kali pada waktu siang, terus gantikan pada waktu malamnya untuk maintainkan demand.

7. Bercuti jika ibu jatuh sakit/ tidak sihat
Satu lagi, tidak dinafikan, jika mummy sedang sakit, hasil susu akan sedikit berkurang. Tetapi biasanya tidak lama dan akan kembali semula selepas beberapa hari.

Jika stok susu terlalu ngam-ngam, better ambil cuti dan lakukan direct feeding. Elakkan guna stok tersebut. Supaya mummy tidak terlalu tertekan untuk mengganti stok semula.


Oklah, sekian dulu untuk kali ini. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat.

Jumpa lagi kita di lain masa. Insyaallah. :)

~menyusu itu indah~

Salam sayang,

atia


*P/S: Dibenarkan untuk share link ini sebagai manfaat kepada rakan lain yang memerlukan. Semoga mereka juga berjaya dalam dunia breastfeeding nih! Insyaallah. Amin... :)


2 ulasan:

adindasurie berkata...

puan..saya tertarik dengan kerapkan wujudkan kehadiran LDR tu..terkadang sy pam susu langsung tak rasa LDR tapi susu keluar..sama jugak dengna keadaan sy df beby..tak rasa LDR pun..cmne nak wujudkan LDR tu yer?
tq.

Tanpa Nama berkata...

Salam sis..saya nak tanya..saya ada baca dalam posting sis,kalau pam dan botol susu boleh diguna semula dalam tempoh 24jam..maksudnya tak perlu dibasuh atau di sterilize ke pam dan botol selepas 1 sesi mengepam?kadang2 di ofis tak sempat nak sterilize selepas 1 sesi pumping..jadi kalau basuh guna air biasa,boleh atau tak..
#ibubaru #mohontunjukajar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...