My F.r.i.e.n.d.s

Ahad, 6 Februari 2011

Cabaran breastfeed

  1. Masa mula2 memang mencabar..Start daripada hari pertama. Ada antara kawan2 yg melawat di hospital, ”susu untuk wafiy dah beli..?” tanya somebody ni. ”Tak kak, atia nak breastfeed.” balasku. ”erm, takpela, mula2 time pantang memang banyak susu, pas naik ofis nanti akan ada masalah susu tak cukup, kena beli jugak, bagi anak cuba minum..” Dengan nada yg lemah, ”yelah..insya Allah kak. Tengoklah nanti.”

  1. Balik rumah, mak dan ayahku datang menjenguk. Nak jadi cerita, kebetulan pulak, time Wafiy terjaga, aku terus nyusukan wafiy. Elok2 je anak aku melalak...Aku suakan breast, dia hisap, pastu lepaskan, melalak lagi. Ish apa ni??? Terus je mak aku bersuara, ” Eh, ada ke susu kau tu? Laki ko ada belikan susu tak ? ”  Jawabku simple, «Takde ». Anakku tgh melalak lagi. Aduhai, buat hal plak, selama ni takde pun. 

Mak aku ni betul2 menambahkan panik situasi time tuh. ”Abg, cepat pergi belikan anak si tia ni susu. Kesian budak ni kelaparan. Takpun, saiful, pergilah beli, kesian budak tu. Eh, tia, kalau anak ko pendek umur aku tak tahu ye. Jangan kata aku tak nasihat...” bertalu2 mak aku bersuara.

Ya Allah, tergamak betul. Aku pun jawab, ”agaknya dia tak biasa lagi dok umah ni panas, Semalam dok hospital sedaplah, aircond.” Hmm..dan2 mak aku sibuk2 ajak ayah aku balik. ”Dahla bang, Peningla. Jom balikla, Tak sanggup tengok budak ni menangis kelaparan.”

Elok je mak aku balik, keadaan dah tenang sikit. Tapi, anakku masih menangis lagi. Tiba2 aku tergerak nak tgk diapers anak aku. Ek eleh...rupanya dah berak. Lahai, patutla dia nangis. Elok je aku dah bersihkan. Pastu, terus nyusu dia...Hah..lena dia tido.

Kesilapan ibuku satu. Sepatutnya, suhla aku cek diapers baby. Aku ni baru 1st time beranak. Mana la terfikir. Belum biasa lagi. Ni terus2 cakap aku takde susu...Memang down giler time tuh...At that time, syukurla aku punya suami yg support aku. Siap cakap lagi susu aku banyak. Dan sentiasa beri sokongan padaku...

  1. Kemudian, hari ke3, aku balik berpantang di rumah mak mertua aku kat Johor. Alhamdulillah kat situ, ramai yang support breastfeed. Jadi aku tak de masalah. Cumanya, ada satu hari time aku tgh mandi tu, aku tak perasan anak aku menangis nak susu. Aku mandi agak lama gakla. Kak ipar aku bagi air masak kat dia. Hm..aku agak frust sedikit, sebab, fully breastfeed tak perlukan air masak dan makanan tambahan lain. Susu ibu semata. Tapi, dia cakap kena bagi air masak gak sikit. Supaya tak panas. ( Mana ada, klu susu ibu fully, tak payah bagi air masak, kandungan air dalam susu tu, dah cukup untuk keperluan badan anak especially untuk usus dia yg time tu kecik giler, baru besar biji guli. Takkan nak kasi isi dgn air masak, rugila. Baik kita penuhkan dgn susu ibu yg kaya dgn khasiat)

  1. Mak cik aku sebelah suami aku pula, suh campur. Dia kata kena bagi susu tepung juga, sebab susu perah tak fresh. Dia kata dia pun breastfeed, tapi waktu ada kat umah je. Pastu kena bagi air masak, sebab badan kita perlukan 70% air. Hmm..ni pun satu, kurg ilmu ttg breasfeed, klu susu badan penuh tak perlukan semua tu ye kengkawan...Mak cik dia memang kena bagi air masak, sebab anak dia dah minum susu tepung. Kalau situasi ini, memang yer. Once kita dah bagi makan benda lain, kena beri air masak, kalau tak sembelit. Kandungan air dalam badan bayi tak cukup untuk hadamkan susu tepung yang penuh lemak tu.Hmm...lecehkan...Fully breastfeed gak yg senang dan mudah...

  1. Time berpantang di rumah sendiri (2 minggu je dok johor, aku rindu hubby aku di putrajaya...ehehe..). Kawan2 pun mula datang menziarah.. Ada akak ni, tanya aku dah bagi susu tepung belum, ni dah nak naik ofis dah, susah nanti, kalau budak memilih susu. Aku cakap nak breastfeed gak. Dia kata memang breastfeed, tapi campurla. Nanti dah kerja, susu sikit. (Aku dah mula yakin pasal kebolehan ku utk breastfeed, jadi aku dgn yakinnya menjawab, TIDAK. Say NO to cow’s milk!)

  1. Lagi 2 minggu nak naik ofis, aku mulakan sesi memerah, dapat sikit je. Mula2 dapat adala 1 sudu. Sebab tak reti perah guna tangan, selebihya, tumpah kat atas kain batikku. Meleleh kat tangan. Pastu guna pump manual (atas ehsan my dear sis Shaza), dapatla dalam 1 oz. Hari esok adala 1.5oz, pastu, breast cam cepat penuh, n meningkat kepada 3oz. Bagi aku dah hepi tu.

Hmm..adala satu hari tu, makcik hubby aku call tanya kaba...lama punya sembang, terbuka citer pasal perah susu dapat berapa oz. Dia pun btau aku, dulu dia dapat sekali perah dalam 8oz, aku terus down, rasa cam kerdil jer.. Rasa cam susu tak cukup tuk anak klu balik ofis nanti. Dia yg dapat banyak itu pun campur, ini pulak aku yg setakat dapat paling banyak 3oz. ( Pls...jgn down kengkawan...Jangan lupa, setiap ibu, memang mampu menyusukan anak2nya. Susu kita cukup utk anak kita. La...Wafiy masa tu, baru umur 2 bulan. Memang dia minum banyak tu jer..Kadang2 kurang lagi. Susu akan meningkat ikut demand okay! Pls remember..Lagi banyak anak hisap, lagi banyak dia akan produce.)

  1. Naik ofis, aku mulakan aktiviti memerah. Buat permulaan, memang payah. Ada sorg akak ni, ”eh, berapa kali ko nak perah, perah siap2 kat umahla...” jawabku, ”mana boleh kak, kat ofis kena perah, time anak tak de dengan kita, memang kena perah, kalau tak susu berkurang.” balasnya, ”ah, merepek lah kau. Aku ada je susu.” (Memang ada, tapi banyak ke?? Lagi satu, kita tak sama, aku fully breastfeed, ulang lagi, FULLY BREASTFEED. Kalau campur tak kisah lah kot. Susu yg aku perah di ofis pada hari ni, akan kugunakan utk esoknya..Pls kengkawan, klu hadapi situasi yg sama jangan lemah, OK! Mesti fight utk hak anak dan kita. Kerajaan sokong breastfeed ni. Lagi pulak sekarang dah ada persatuan ibu2 menyusu.)

  1. Masa tengah stress n terlalu penat, susu kurang. Emosi terganggu pun susu kurang. Time sakit lagila, susu kurang, bukan takder, tapi kurang. Jangan sesekali fikir alternatif utk bagi susu tepung. Anggapkan tiada susu lain selain susu ibu. Tapi, yg penting kita mesti makan. Kesian pada anak, kalau tak makan, mana nak proses susu. Paling teruk pun, makanla roti kosong ke ngan minum milo, makan apa saja yg kita leh makan, janji jangan bagi perut kosong. Aritu demam, tak lalu nak makan, dahla muntah2. Makan je muntah. Bila susukan anak, dia menangis, mungkin flow susu lambat. Jadi para suami haruslah memainkan peranan, membantu isteri dalam keadaan begini. Cik abang kenala tolong buatkan air ke, sediakan makanan ke, pujuk anak jap, sementara cik adik tenangkan diri untuk proses susu. Kita dah banyak tolong pe, jimatkan poket hubby kita dalam RM200 lebih tuk beli susu tepung. Hehe.. ; )

  1. Arghh...stok susu tak cukup!!! Kalau alami situasi cani, jangan panik. Aku pun pernah mengalami perkara yang sama. Hmm..dalam keadaan cani, memang kena berpenat sikit, untuk capai target, fully breastfeed. Sebagai contoh, Wafiy perlukan dalam 15-16oz susu ketika di rumah pengasuh dari jam 8.00am-6.00pm. Time perah kat ofis, kebetulan tengah stress n penat, baru dapat dalam 10oz. Stok peti ais langsung takder. Jadi, caner nak buat? Balik rumah haruslah perah sampai dapat amaun yang mencukupi. Contohnya, pas anak dah nyusu, kalu perah kadang2 baru dapat 1oz, dua2 belah. Takper. Jangan give up. Bukan ke kalau 5 kali perah, dapat 5oz. Kan ke leh kumpul sikit2. Perahla sejam sekali ke...Kalau kita rajin perah, kuantiti susu gerenti meningkat.

Huh...BEST giler bila dapat tambah sebotol lagi 5oz kat umah. Ehem2, time ni, cik abang kenala bagi excuse isteri rehat sikit. Tak yah masak N wat keje2 umah buat beberapa waktu. Sementara nak cukupkan susu dalam seminggu dua. Belanja la makan best2 sikit. Bila cik adik makan banyak, susu pun banyak...hehe..Aritu pernah susu dapat hantar sebotol je (5oz) kat pengasuh. Disebabkan itu, aku terpaksa balik rumah waktu lunch utk hantar susu yg dah diperah pagi tadi. Waktu tgahri nyer perahan, terpaksa hantar kul 3 ptg. Memang penat giler. Waktu balik, balik cepat2, supaya dapat nyusukan dia. Adui, nak pengsan dibuatnya.

K, kalau situasi cani, confirm susu utk esok cuma dapat sebotol je kan. (5 oz perahan waktu kul 5 ptg). Buat sementara ni memang penat. Balik umah, wat lagi stok susu, cuba perah setiap sejam. Leh gak dapat dalam 5-8oz kalau rajin. Jadi rajin2kanlah diri demi anak. T bila dah expert, Walau tak cukup susu, Insya Allah akan cukup. Cuma nak dengan taknak jer..( Ingat tau, susu yang diperah dan dah disimpan dalam peti hanya boleh dicampur, bila kedua2nya dah sama2 sejuk. Supaya susu tak rosak.)

  1. Hmm..ni satu lagi, ada sorg akak n abg ni suh aku campur bagi susu tepung. Budak tak kenyang kalau minum susu ibu katanya. Aku cakap, ”Insya Allah kenyang”. Pastu dia balas, ”Mana tau budak kenyang?” Ish...time tu aku tak dapat nak balas. Sebab tak tau nak jawab caner. Ilmu breastfeed lum cukup lagi. Sekarang ni aku dah tau nak jawab caner, ” Mana abang ngan akak tahu budak tu lapar? Tau tak kelebihan susu ibu ni cane? Memang budak akan nyusu setiap 2 jam. Sebab susu ibu sangat mudah untuk dihadam, berbanding susu tepung, kesian perut budak. Jenuh nak hadam susu tepung, tu yang nampak cam kenyang lama. Padahal, perutnyer terseksa giler. Kadang2 kalau kurang minum air masak, sampai sembelit2 budak tu...”Hehe..bagus tak jawapan?

Time ’0’ knowledge tentang breastfeed....

Kalau ikut mak aku...hurm....”Alah, tak payah nyusu badan, tah ada tah idak susu kau tu..Ko sama jer ngan aku, ada susu, tapi sikit jer...melalak2 ko time kecik2 dulu sebab aku takde susu”

Ada akak kat kafe ofis ni lagi bagus, ”Kak, saya ingat nanti nak nyusu badan anak saya..Harap2 banyakla susu saya..” kataku, Akak tu sambil mata memandang kepada breast ku, ”Eh, ada ke susunya nanti...” balasnya, (Cis, kurg asam...menjatuhkan semangatku saja..)

Kawan2 kat ofis, ” Atia dah fikir ke esok nak bagi anak ko susu apa? Snow bagus gak...Enfalac pun ok...Bla..bla..bla”.Tah berapa banyak jenama susu tepung pun aku tak ingat dah...Tak lekat dalam kepala pun. ”Jgn tia, sok dalam pantang kena ajar gak anak minum susu tepung, nanti ko jugak yg susah...” ( wah, takut gak aku dgr...hurm..susah hati aku, camana ni, nak ikut cakap diorg ke tak eh, berkataku dalam hati, dek kerana ilmu yg masih kosg ttg breastfeed...)

AMARAN. Jangan terpengaruh dengan orang yang tak de ilmu tentang breasfeed!
PLS, PLS, PLS Kengakawan...Jangan sesekali terpengaruh k...! Memang kita agak cuak juga mendengarnya, disebabkan ilmu yg kosong ttg breastfeed. Tambah lak baru 1st pregnant. Pls bear in mind, tiada makanan lain utk anak selain susu ibu. Kalau kucing dan lembu leh menyusukan anak2 mereka, kenapa kita tidak...Mgkin agak kasar...Maafla klu ada yg terasa, minta maaf. Bukan niat dihati tuk melukakan atau menyinggung perasaan sesiapa, tapi ini kenyataan.

Tapi, kenapa WARDINA pengacara TV tu leh fully breastfeed anak dia? Kenapa Pn Rita Rahayu businees woman berjaya leh juga wat perkara yg sama? Diorg bukan manusia ker? Robot ker? Kenapa kita tak nak jadi seperti itu? Breastfeed susah ke? Silap sebenarnya kepada sesiapa yg tak tahu pasal breastfeed ni...Pls kengkawan, klu sayangkan anak, klu ada naluri keibuan...banyakkan membaca pasal breastfeed ni...Tanya pada org2 yg berjaya..Jgn tanya pada mereka yg gagal...nanti dikhuatiri kita terpengaruh...Ikutlah mana yg baik, yg buruk jadikan sempadan...


Bukan ke Allah yang Maha Berkuasa..Allah telah menciptakan payudara yg indah pada setiap wanita utk breastfeed.(selain drp menawan hati suami) Utk menyusukan anak dgn penuh kasih sayang..Siapa kita tuk menafikannya.. Ingat, setiap titis susu ibu, adalah hak anak. Dah termaktub di dalam al-Quran, mengenai penyusuan badan. ”Susuilah anak kamu sehingga genap usianya 2 tahun.”  ( later i will update which surah)

Susu tepung tu, siapa yg ciptakan, bukan ke manusia yg ciptakan. Kenapa ramai yg terpengaruh, sebab ramai terpengaruh dgn iklan2 di TV tentang susu tepung kononnya ada DHA, ada apa lagi, tah dah tak ingat, semua kandungan tu ada dalam susu ibu, malah SUSU IBU TETAP TIADA TANDINGAN. Susu ibu, kaya dengan kalsium, protein, antibodi, sesuai dengan umur anak. Malah dekat tin susu tupun jelas2 dah tertera, SUSU IBU ADALAH YANG TERBAIK! Ke tak perasan???
Susu tepung, adalah berasal dari lembu yang hanya makan rumput sahaja. Susu ibu, ada ayam, ikan, daging, nasi, buah2an, N mcm2 lagi, ikut apa yang ibu makan. (Tunggu nanti anak dah pandai cakap, ”susu mama rasa oren lah...” Susu kita berubah rasa ikut pemakanan kita pada hari itu. Kan best, dari bayi lagi, anak dah dapat rasa makanan macam2. Takdela rasa rumput je...)

Kemudian, utk mencukupkan nutrien dalam susu tu, barulah susu tu melalui segala macam proses utk  menambahkan khasiat susu lembu tu supaya sama dengan khasiat susu ibu. Tapi, takkan sama beb..Mana leh ciptaan manusia mengatasi ciptaan Allah Taala...

Lagi satu, kandungan susu ibu berubah ikut usia anak...Time umur satu bulan protein ?%, kalsium?%,antibodi?%, N macam2 lagi, begitu juga bila baby beralih bulan kedua, ketiga dan seterusnya. Kalau susu tepung, statik je...Dalam tin tu memang dah siap...cam tu jeler...

Bila jatuh cinta pada BREASTFEED?


Dalam masa aku pregnant, aku memg plan nak menyusu badan...Cuma tak confident, sebab badan aku kecik..Dgn tgi 156cm, berat badan 45kg, dgn breast size cup A, ala2 budak sekolah...Memang tak confident lgsung aku ada susu...Biasala, masa tu aku masih tiada ilmu ttg breastfeed nih...Jadi, niat dalam hati jelah...Doa hari2 pada Allah supaya berikanku susu yang cukup utk anak...Dan time pregnant, selalu cakap ngan anak (dari dalam perut lagi), ”doakan mama banyak susu tau...Nanti mama leh la susukan anak mama kenyang2.....”Insya Allah, klu niat ikhlas, Allah akan tolong...(Hm...Lagipun apa kita nak takut, sebenarnya setiap ibu mampu menyusukan anak2nya...Kuat tak kuat semangat jer...)

Masa tgh pregnant, aku sibuk ambil tahu pasal perkembangan baby dalam perut je..Maklumlah baby sulong, jadi excited giler nak tahu macam2. Selalu bercakap2 dgn baby, seawal dah tahu pregnant, balik umah, terus bercakap ngan baby dalam perut. Bangun pagi mesti tanya, ”Assalamualaikum anak mama, mama doa anak mama membesar dgn sihat dalam perut mama...Ni mama tgh siap2 nak gi kerja...Abah pun tgh siap2, doakan abah ngan mama selamat sampai ofis dan pulang ke rumah yer..Doakan mama abah mudah urusan yer...” Setiap hari, dan hampir setiap masa ada jer perkara nak dibualkan dengan anakku..Hmm..best giler pregnant nih!!!. Sentiasa ada teman walau di mana kita berada..

Aku pun tak sedar sejak bila aku nak breastfeed, rasanya sejak tahu dah pregnant kot... Sebab naluri aku sendiri yang nak menyusukan anak. Cuma kurg keyakinan diri saja lagi..Tapi, dah 6 bulan pregnant mak mertua aku dah pesan2 suh nyusu badan. Sebab mak mertua aku memang breasfeed kesemua anak2nya..Ketujuh2 anak. Hubby aku disusukan sampai umur 5 tahun...Bayangkan, tgh2 main guli ngan kengkawan, leh datang kat mak, selak baju mak, sambil mencangkung...Nyusu ler..Pe lagi..Ehehe..Sori bang...Kantoi lak kat sini...

Bayangkan..kakak2 ipar aku semua pun nyusu badan...Mungkin faktor itu turut menyumbang kepada proses jatuh cintaku pada breastfeed nih...

Siapa IDOLAKU?



Namanya shaza. Nama penuhnya aku dengar sekali harung je, Shazaliwati kot. Takpe klu dah tahu nanti, aku betulkan...Sori sis..Habis tu biasa aku panggil Kak Shaza jer...Nama anaknya Muhammad Afra Kiani...Nama suaminya Haris..Eceh..habis salasilah keluarganya aku nak citer...Skip...Opss...tambah skit lagi, aku sayangggg bangat Kak Shaza, seriously, dia sangat CARING dan BAIK HATI..Dia selalu bagi nasihat, kata2 semangat dan sokongan padaku...Aku doakan, semoga Allah membalas segala kebaikan yang ada pada dirinya...

Pengalaman pertama kali “breastfeeding”




Perasaan pertama kali breasfeed, sukar utk digambarkan…Ketika mula2 menatap wajah anak...Perasaan gembira bercampur baur dgn rasa tak percaya, eh...aku dah ada anak, hehe...dah jadi ibu dah..Lupa dan hilang segala kesakitan yg kutanggung sepanjang proses bersalin...

Muhammad Amir Wafiy selamat dilahirkan pada 12 Mac 2009, pada jam 3.06 pagi dengan berat 3.36kg di Hospital Putrajaya…

Selepas selamat proses bersalin, anakku diambil oleh nurse utk dimandikan..Sementara menunggu anakku dimandikan, doktor meneruskan kerjanya yg terakhir, iaitu mengeluarkan uri.

Kemudian, aku dikejutkan oleh nurse utk menyusukan wafiy…Tgk jam dah pukul 6.30 pagi…Ish..lamanya aku terlelap..mgkin terlalu penat masa neran tadi…Masa ni, baru aku berpeluang menyusukan anak buat pertama kali..Dah rugi masa sebenarnya...Tapi, masalahnya masa tu aku tak tahu sangat pasal breastfeed ni N masih jahil sangat. Kalaulah aku tahu pasal menyusukan anak seharusnya dalam masa sejam selepas bersalin, mesti aku akan buat. Takpe, kita belajar dari kesilapan. Insya Allah, anak kedua nanti aku akan pastikan saat penting tu tidak terlepas.. ( Kat sini, klu nak tau..sepatutnya kita harus menyusukan bayi sebaik melahirkan atau selepas satu jam melahirkan. Kerana KOLOSTRUM yg baik dan sangat penting utk bayi tersayang sudah tersedia untuk diminum..Dan paling UTAMA masa ni, hormone prolaktin berada pada tahap yg sangat tinggi. Jadi pada ibu2 yg dah plan nak wat stok susu banyak2 sebelum start keje, seawal inilah sepatutnya kita dah kena mulakan..)

Menyusukan anak buat pertama kali, terasa satu perasaan syahdu atau terharu campur gembira terbit dari dalam hati ni..Tgk anak tercari2 dan baru nak belajar sesuatu yg baru, iaitu memulakan pemakanan melalui mulut, seronok sangat..Hurm...susah nak gambarkan perasaan ni, hanya ibu2 yang dah melaluinya tahu pe yg aku cuba nak gambarkan. Ish..best sesgt!!!... ; )

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...