My F.r.i.e.n.d.s

Rabu, 24 Ogos 2011

Taktik menghadapi serangan dari beberapa penjuru

Salam,
Salam ramadhan kepada mummy2 mithali N solehah yg sudi singgah ke blog yg tak seberapanya ini..... :)
Hari ni, kita citer tentang, bagaimana nak menghadapi situasi sekiranya terdapat serangan dari pelbagai penjuru. Tak kisahlah ada yg terkena serangan 3 penjuru, 5 penjuru atau berapa penjuru... Yang penting, kita sama2 share pengalaman bagaimana nak hadapi semua ni, supaya misi kita untuk 'breastfeed' hingga 2 tahun berjaya!

Ada beberapa serangan, dari pelbagai penjuru. Aku akan pecahkan satu-satu. Cuma pecahan ni, aku ikut turutan dari selepas kita bersalin...(Sebaik2 je baby sudah ada depan mata.) Ok, jom baca sampai habis...(pastu, kalau sudi, sebar2kan entri ni, supaya, mummy2 yg lain dapat gunakan ini sebagai perisai untuk menentang serangan dari pelbagai arah ok...:)

Breastfeed your loved ones <3 <3 <3


*Semua cerita di bawah adalah berdasarkan pengalaman penulis dan mummy2 yg lain.

1. Serangan dari kakitangan hospital (tempat kita bersalin) atau bidan (kalau yg masih bersalin kat rumah)...
- Hospital
~ terus berikan baby susu formula sebaik saja baby selamat dilahirkan. Biasanya, baby akan disusukan, selepas doktor buat 'check up' kat baby.( mummy awal2 kena pesan pada kakitangan hospital, SECARA TEGAS, saya mahu susukan anak saya. Jangan beri langsung anak saya minum apa2 selain dari susu saya! Jangan TAKUT, itu HAK kita. Anak kita, bukan anak dia.. :))
~nurse yg tak support breastfeeding, sentuh2 breast kita, terus cakap kita tak de susu. (padahal, memang susu belum dihasilkan lagi, yg ada cuma kolostrum.)
~bagi mummy yg tiada pengalaman menyusukan anak, pasti akan menghadapi masalah. (kalau bersalin di hospital rakan bayi, biasanya nurse akan ajar ibu cara menyusu yang betul. Kalau bukan rakan bayi, nurse akan cakap, " Puan, anak puan dah lapar, dia harus disusukan segera. Biar kami susukan dia." Sebabnya, dia tak kuasa nak ajar cara menyusu dengan betul...Makan masa nak belajar ni, diorg kan busy...) So, mummy WAJIB study tentang breastfeeding ni, di awal kehamilan lagi. Supaya minda sentiasa bersedia dgn apa jua cabaran yg mendatang...
-Bidan
~Ada sesetengah bidan yg sokong susu ibu, tapi mentaliti dia masih anggap susu ibu tak kenyang. Biasanya dia akan nasihat mummy supaya campur dengan susu formula atau bagi glukos, air nasi @ pisang lenyek. TAK PERLU!!!
( Perut bayi yg baru lahir, cukup sekadar diisi dengan kolostrum sahaja. Tapi, kalau anak melalak tak cukup susu, biasanya sebab kita yg ajar dia awal2 minum susu formula...So, terpaksala hadapi... Masih boleh kalau nak patah balik untuk menyusu sepenuhnya...Tapi, bukan mudah tau!
(Biasalah tu, baby baru lahir minum kerap. Susu ibu mudah dihadam dan diserap oleh perut baby. Sedangkan susu formula tu, ambil masa yg lama untuk perut baby berhempas-pulas proses susu tu...Sebab tu, lambat lapar. Bukan kenyang seperti yg org biasa maksudkan.

2. Serangan dari suami/ibubapa/ ibubapa mertua/ adik-beradik/ kakak ipar dll sedara mara terdekat yg tak support breastfeeding
~Biasanya terjadi, sebab diorang tak didedahkan dengan ilmu yang TEPAT berkenaan breastfeeding ni. Diorang akan suruh kita campur susu formula. Kadang niat diorang ikhlas, kesiankan kita yg baru bersalin ni, tak cukup tidor, kejenya asyik nyusukan anak je...Itu NORMAL. Dan biasanya di awal minggu pertama-minggu kedua kelahiran...
~Bila dikelilingi dgn org yg terdekat, TAK SUPPORT BREASTFEEDING pulak...Kita akan stress...Pastu effect production susu. Susu tak mau keluar. Atau susu ada, tapi LDR (Let Down Reflex), pancutan susu yg mengenyangkan baby tu tak de.LDR ni, pantang terganggu sikit je, terus tak mau bertugas. Mummy tak leh stress, tak leh rasa malu, tak leh sedih N macam2 lagi perasaan negatif.
(So, caranya, kalau tengah nyusukan anak, ada insan2 yg sebegini, elok mummy N daddy jauhkan diri sekejap. Agak2 kalau diorang tengah kerumun kita kat katil wad, mummy gi nyusu baby jap (minta excuse), dekat bilik TV ke, kat nursing room ke...Jauhkan dulu dari bunyi2 bising yg mengganggu (mulut2 yg membebel suh mummy kasi susu botol @ cakap mummy takde susu). Kita baru je bersalin, nak nyusukan anak bagi yg pertama kali, memang agak mencabar! Bukan mudah, dan ia adalah sesuatu yg perlu dipelajari.
~Sering jugak terjadi, akibat baby MELALAK macam ape da... Macam da lapar sangat gayanye!!! Buatkan mummy panik N tertekan. Mungkin flow susu agak lambat. Paling memburukkan keadaan, mummy tengah panik N stress, mulut2 bising dok bunyi2 tak henti, tambahkan stress mummy. INGAT, JANGAN STAY kat situ, bawa diri mummy N baby ke bilik lain (untuk menyusu). JAUHKAN DIRI DARI MEREKA2 ITU!
(NORMAL kalau mummy stress, susu tak keluar. Jangan panik! Cuba tenangkan diri, nyanyi atau selawat perlahan2, ala2 nak dodoikan baby tido. Insyaallah, bila hati mula tenang, susu akan lancar. )
~Kawan2 ofis call tanya kabar N tanya, "dah ajar anak minum susu botol tak? Nanti naik ofis ko susah. Takut anak tak pandai minum botol."
Hati mummy yg baru bersalin sulung akan goyang. Sebab takde pengalaman N belum ada keyakinan lagi, sama ada susu mummy cukup tak untuk baby.
(Insyaallah susu cukup. Mummy kena percaya pada diri. Yakin pada rezeki Allah. Mummy dah selamat mengandung N bersalin, insyaallah mesti boleh menyusu. Cuma kalau menyusu buat yg pertama kali, banyak perkara yg harus dipelajari. Jangan susah hati, tanya pada nurse yg boleh membantu atau tanya pada kawan2 yg breastfeed. JANGAN SILAP BERTANYA PADA ORG YG TAK BREASTFEED. Jawapannya, tak breastfeedlah jadinya nanti. )
Tips untuk yg ini, (jangan kita berlagak atau 'over confident' pulak pasal breastfeeding ni). Kalau ada yg menasihat suh top up susu formula. Senyum je...berikan maklumbalas yg bersopan... "Tak pe kak/ makcik/ nenek...sy cuba breastfeed dulu, tengok dulu macam mana...Setakat ni, alhamdulillah susu saya cukup untuk anak saya..."

3. Ketika berpantang dgn mak/ mak mertua/ penjaga dan yg sewaktu dengannya...
~Mereka suh mummy ajar anak minum susu formula, sama ada sebab takut baby tak kenyang, atau takut mummy tak cukup susu.
Biasanya, kalau mummy menolak susu formula, diorang akan jawab dulu kita masa kecik2 pun minum susu formula, tak de apa pun..Hidup je..
So, terdapat kekeliruan di sini. Takde siapa pun cakap, minum susu formula tu BAWA MAUT! Siapa yg cakap? Siapa yg kata baby minum susu formula tu BODOH! Tak de cakap pun. Tapi, kadang2, org2 yg tak berjaya fully breastfeed ni, macam melenting2 bila kita nak breastfeed anak. Seboleh2 nak kita ikut jugak rentak dia.

***Sebenarnya tujuan kita nak breastfeed anak, ialah kerana nak pertahankan hak menyusu untuk anak. Tambah lak memang sudah termaktub di dalam al-quran, penyusuan hingga genap 2 tahun. Malah setiap titis susu tu, terdapat pahala di dalamnya. Lagi pulak, mengeratkan hubungan ibu dan anak. Pastu, susu ibu ni, berubah kandungannya ikut usia anak. Lagi, susu ibu ni, memang KHUSUS untuk bayi kita. Tambah lak kalau premature, baby memang sangat2 memerlukan susu ibu ni kerana antibodi di dalamnya. Susu ibu, baby jarang sembelit, sebab kandungan dia sangat lengkap dan sempurna. Allah yg ciptakan, mana sama dgn ciptaan manusia. Air masak pun tak perlu beri, selagi anak menyusu sepenuhnya tanpa makan bendasing lain selain susu ibu, sebab susu ibu mengandungi 80% air. TAK WUJUD perkataan susu ibu PANAS! Kalau susu formula mungkin ye, kandungan susu buatan ni tak balance. Memang kena sulam dgn air masak. Tapi kalau terlebih air masak pun tak boleh. So, macamana, susu ibu jugak yg TERBAIK! Kan.... :) ***

4. Tekanan ketika nak buat persediaan kumpul stok susu
~ Hasil susu perahan dapat sikit. Mummy risau susu tak cukup.
Ini perkara NORMAL N biasa je tu. Mula2 memang dapat sikit. Lama2 kalau kita berlatih N kerap pam, hasil perahan akan meningkat sedikit demi sedikit.
Perasan tak, kalau kita menyusu anak, rasa macam banyak sangat susu, atau kalau kita tak perasan susu kita banyak, tapi mummy perasan tak, lepas nyusu baby lena tido. Tu tandanya susu mummy cukup, ok! Sebab tu, hasil perahan yg sikit sebenarnya, bukan hasil sebenar susu kita. Setiap mummy berbeza tahap penerimaan dia dgn pam atau kaedah memerah guna tangan. Cuba sesuaikan diri. Dan berlatih banyak kali.
~Kalau ada manusia yg tegur, kenapa susu mummy sikit. Jawap jelah..."Biasalah ni, mula2. Lama2 nanti ok la..."
(Kalau boleh, kalau ada manusia ini di tepi kalian ketika nak memerah susu. Bawa diri kat dalam bilik, kunci pintu, pam susu sorg2, relaks N tenangkan diri...Insyaallah lancar. Jangan dok bertahan telinga biarkan bunyik2 tak sedap tu, macam radio rosak dok bising2 tepi telinga kita. Kita tak de masa utk itu. Banyak lagi perkara yg nak difikirkan.)
Kalau dah cuba jugak, tapi susu malu2 keluar. Maknanya, confirm mummy tgh stress walaupun mummy tak perasan. Berhentikan aktiviti memerah. Baik tido je. Nanti, bila dah tenang, relakskan diri...pam semula...Insyaallah ok. Jangan paksa diri ketika hati tengah tak tenteram. Lagi memburukkan keadaan.

5. Kena paksa latih beri anak minum formula sebelum naik ofis
~ Mummy perasan tak, kalau kita pertahankan anak kita untuk fully breastfeed biasanya org2 tua akan melenting, cakap kita budak baru belajar, diorang dah lebih dulu makan garam.
Biasanya, org2 tua, memang takkan mahu mengalah kepada org muda. Lagipun, mereka memang tak salah. Mereka cuma pertahankan sesuatu perkara setakat yg mereka tahu selama mereka hidup.
Mummy jangan risau. Tak payah penat2 bertegang urat dgn mak/ mak mertua/ husband N lain2 yg tak support susu ibu ni.
Kalau boleh, cuba print artikel yg berdasarkan fakta berkaitan penyusuan susu ibu. Kelebihan susu ibu, bahaya air masak dan susu formula kepada bayi, N lain2. (Sebab, kadang2 kalau kita cakap, tak masuk telinga diorang pun). Kalau boleh suh diorang baca sendiri.
Kalau tak berjaya (sebab aku pernah di 'gelar' seorang yg DEGIL dan tak mendengar kata), cakap elok2 ngan mereka, "tak pe, beri saya peluang untuk mencuba dulu. Kalau berat baby tak naik, atau ada masalah lain, tengoklah macamana nanti..."
Insyaallah, jawapan ini, adalah sebagai "full stop" kepada bebelan mereka...hehe...

Akan update lagi selepas ini...insyaallah...

Isnin, 22 Ogos 2011

Punca KeGAGALAN "BREASTFEEDING"!

Salam,
Salam ramadhan buat mummy2 jelita di luar sana yg sudi singgah kat sini. Hari ni, kita citer pasal punca kegagalan mummy2 yg nak menyusukan anak ok...Semoga apa yg dikongsikan bermanfaat, dan harapan aku, supaya mana2 mummy yg ada cabaran dalam dunia breastfeeding ni, sudi2lah tinggalkan "pengalaman sedih @ ngeri" yg pernah dialami sepanjang menyusukan anak serta cara mummy mengatasinya. Supaya, mummy2 lain, yg baru nak berjinak2 dalam dunia breastfeeding ni, dapat jadikan pedoman untuk mereka di masa hadapan.

1. Tekanan dari iklan2 (TV, surat khabar, majalah)
Hah...yang ni bahaya tahap gaban. Buat mummy2 yg kurang dedahan tentang kebaikan susu ibu nih, memang mudah sangat terpengaruh. Padahal, dah jelas2 kat luar tin susu ada tertera perkataan "susu ibu adalah yang terbaik". Tetap diorang buat tak nampak. (Macam iklan rokok kat kotak rokok tu, perokok buat tak nampak je kan)
Sebabnya, para pengiklan susu formula, memaparkan produk susu mereka "mengandungi segala keperluan nutrien yang diperlukan oleh bayi anda". Biasanya diorang akan 'highlight' pulak, susu tu mengandungi protein, vitamin dan tambahan zat besi. (Sedangkan, ada beberapa nutrien yg terkandung dalam susu ibu, tidak terdapat dalam susu formula).
Bagi mummy2 yang ragu-ragu sama ada susunya cukup nutrien atau tidak untuk bayinya, pasti akan terpengaruh. (Naluri seorang ibu, sudah pasti mahukan yang terbaik untuk anaknya.)

Tapi, sayangnya, ramai mummy yg tak tahu, bahawa susu ibu tetap yang terbaik malah komposisinya sentiasa berubah ikut usia bayi!

2. Pihak kesihatan / pengamal perubatan
-Masih ada lagi kat hospital swasta yang sediakan sampel susu percuma sebagai hadiah kepada mummy yg baru lepas bersalin. (Biasanya, mummy yg dapat benda free ni, mesti sayang nak buang, pastu terus kasi kat baby...Sian baby...patutnya, perut baby tu dipenuhi dgn khasiat susu ibu semata2 dalam tempoh 6 bulan pertama. )
- Baby tak sebilik dengan mummy ketika di hospital. Baby ngan mummy diasingkan biliknya.
Camanalah kan...baby yg minum susu ibu kan minum setiap 2 jam sekali. Menyusu kerap. Kalau dah bilik lain2, ada ke nurse tu rajin nak tolong tolak tarik keluar masuk bilik. Sudahnya, nanti, diorang datang kat mummy, cakap, "anak puan kami dah susu kan ye..." (Aishh...suke2 je ko susukan anak orang...)
- Biasanya, baby yang baru lahir, kebanyakan hospital swasta @ hospital bukan rakan bayi akan terus susukan baby dengan susu formula. (Jadi, mana nak sempat mummy nak rangsang susu dia, kalau mula2 baby dah disuap ngan susu formula. Sepatutnya, perkara pertama sebaik je baby keluar ke dunia, makanan pertama baby ialah pada breast 'mummy'nya).
-Doktor N nurse, biasanya lebih 'prefer' beri susu formula (yang penyediaannya tak sampai 5 minit), berbanding nak mengajar mummy cara menyusukan anak (memakan masa beberapa minit hingga ke beberapa hari ).
3. Ibu bekerja
- Mummy risau kalau dah naik ofis nanti, macamana nak tinggalkan anak yang menyusu badan ni. ( Tu yang kena belajar memerah susu N cara menguruskan stok susu)
-Rasa susah nak memerah susu. ( Senang je sebenarnya kalau belajar)
4. Keyakinan diri.
- Kebanyakan mummy mudah 'give up' bila KEMAMPUAN diri untuk menyusukan anak dipertikai. (terutama mummy yg baru bersalin sulung).
Tambah lak, kalau ada makcik2 yg tegur, "cukup ke susu tu..."
- Tidak berpengetahuan dan berani pertahan hak sendiri.
Sepatutnya, mentaliti mummy2 semua kena macam ni:-
" TAKPE, SAYA YAKIN SUSU SAYA TAKKAN KERING. SAYA PERCAYA KUALITI SUSU IBU YANG PALING BAIK DAN SAYA MAHU MEMBERIKANNYA KEPADA BAYI SAYA SELAMA MANA YANG PERLU."
- Mummy risau sangat susu berkurang, walhal, selagi ada rangsangan dari anak untuk menyusu, selagi itulah susu tetap akan dihasilkan.

So, setakat ini saja dulu buat entri ini, sayang mummy2 semua...Take care N selamat menyusu... Selalu2lah berbincang dgn mummy2 yg positif breastfeeding, supaya arah tuju kita tak tersasar dari dunia breastfeeding.

Salam sayang....atia :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...