My F.r.i.e.n.d.s

Khamis, 24 Mac 2011

Siapa yg berminat nak tambah kawan d samping menambah pndapatan? Jom Join #ChurpChurp harini N ajak semua kwn2 to the community!

Siapa yg berminat nak tambah kawan d samping menambah pndapatan? Jom Join #ChurpChurp harini N ajak semua kwn2 to the community!

Hah...kali ni aku nak ajak, sape2 yang blum lagi join CHURP2 ni,silakan lah klik kat link di atas..Agak2 rasa nak tambah duit skit2, kot nak beli KFC sepinggan ke,sebucket ke atau rezeki lebih, dapatla beli handphone sebijik ke...Jom cepat klik kat link ni...Cepat jgn terlambat..Sekali tgk pasti hati tertambat...Insyaallah..Apa kata cuba klik dulu N tgk siapa dia kartun comey ni sbnrnya...:)

Cara panaskan susu ibu yang beku.

Susu ibu yang beku leh terus panaskan direct ke? Eh..mana ada. Dulu, mak mertua aku (termasuk aku la skali), dia amik stok susu yang beku, terus panaskan dengan cara rendamkan terus ke dalam mangkuk air yang berisi air panas. Byk2 kali gak la, tukar2 air, sampaila susu tu jadi cair dan suam.

Aduila..ni semua gara2 aku tiada pengalaman handle susu ibu nih. Sebab baru beranak sulung la katakan. Tak tau apa2. Memang zero knowledge. Yang aku tahu, kalau nak panaskan susu ibu, tak boleh direct atas api, tak boleh cairkan dalam microvave. Tu je. Bila kita rajin bertanya dan cari maklumat, barulah kita akan dapat ilmu. Betul tak? Tapi, memang aku rasa tak sedap hati, time mak mertua aku amik stok EBM beku tu,terus masukkan dalam air panas. Sebab fikir logik, panas dgn sejuk bila bersatu kan, jadi berlawan. Erm faham tak apa yg aku cuba nak sampaikan. Simple cakap, kalau kita tuang air panas dalam gelas, pastu tuang air sejuk, gelas tu akan pecah kan? Bagi aku, susu tu,mesti dah rosak kot nutrien dia kalau kita terus je rendam yg beku ke dalam air panas. Rupanya memang betul pun apa yg ada dalam fikiran aku tu. Takpela,perkara dah lepas,dah 2 tahun berlalu dah.. Masing2 tak tahu. Tu semua gara2,mak mertua aku risau, aku dah nak naik ofis, tapi lum ajar anak aku menyusu guna botol. Selama ni direct feed aje. Yang aku ni tak tahu, semua stok susu ,terus simpan tempat beku. Takde pun tinggalkan yang cair untuk test pada anak aku. Ok,takpe, lupakan semua tu...

Cara panaskan susu ibu yang betul ialah (yg biasa aku buat):

1. Turunkan susu ibu yang beku dari tempat beku ke bahagian bawah. (Bahagian yang tak beku.) Contoh,peti ais aku 2 pintu. Bhgn atas tempat beku, so aku turunkan kat pintu bawah. Camana pun, rak peti ais bawah, ada banyak tingkat kan? Aku lebih suka letak kat rak paling atas. Rak paling atas antara yang paling sejuk, lepas tu, aku memang tak letak makanan2 berbau kat rak atas tu, supaya susu kita tak berbau makanan2 tu. Kalau tak bau lekat tau! Sian baby nak minum susu ada bau pelik pulak.

2. Turunkan hanya bila kita memang pasti nak guna sahaja. Sebab susu yang dah dicairkan dari tempat beku PERLU DIHABISKAN dalam masa 24 jam. Contoh kalau aku nak guna pada hari esok, antara jam 7 pagi hingga 6 petang (lebih kurang ikut time kerja pejabat aku). Aku akan start turunkan susu tu, jam 6 petang. Maknanya, susu tu boleh diguna dari jam 6 pagi sampai 6 petang esoknya. Biasanya balik ofis, sampai je rumah dalam kul 6 petang, aku dah start turunkan susu yang beku tu ke bahagian bawah peti ais. So, dalam 6 pagi esok,susu tu dah mula cair. N dah boleh kalau nak dipanaskan. Macam aku, simpan stok EBM dalam plastik aiskrim, so aku akan pindahkan susu yg dah cair tu ke dalam botol2 susu. Nanti pengasuh kita pun senang. Time baby nak nyusu, cuma panaskan je botol susu tu dalam mug atau mangkuk yang berisi air panas. Pastu, nanti tinggal bubuh aje puting susu kat botol tu. Ha..dah tersedia untuk diminum wahai anak...

ok, sekian dulu..jumpa lagi..:)

Pengendalian stok EBM@susu ibu yang salah!

Salam, wah dah setahun aku tak update blog..! Haha..dekat seminggu pun dah rasa macam setahun da..Bukan pe, sejak dah pasang streamyx kat umah ni (dekat sebulan), aku jadi cam pak pacak pulak depan laptop. Sampai rumah pun jadi cam tempat tikus beranak daa..Hehe..skrg aku kena adjust balik rutin hidup aku. Biar semua balance. Tak mau lah jadi ibarat yg dikejar tak dapat, yg dikendong berciciran.. : )

Nape tiba2 lak muncul..???Curious lak kan..Erm..aku bukan pe. Takleh tahan nak buat entri gak pasal ni, sebab ada terdengar2 la kat kawasan jiran tetangga berdekatan. Ada ke, pengasuh sorang ni leh pulak siap2 panaskan kesemua stok EBM tu, sebaik je ia tiba di rumahnya..Cantiknya muka akak tu, nak mudah punya pasal, dia panaskan semua stok EBM tu, kemudian simpan dalam thermos. Ada ke patut!!!..

Seperti yg kita semua sedia maklum, bukan ke EBM tu perlu dibuang setelah sejam dipanaskan. Tak kiralah, baby dah minum ke belum..Camana ek, dia leh tergamak wat gitu, sedangkan si ibu siap pesan dah awal2. Tak amanah sungguh ni! Dulu aku pun tak tahu. Nasib "pengasuh tak jadi" aku tu, reject anak aku sebab dia kata kuota nak jaga budak dah penuh. Dulu masa anak pertama, manala ada pengalaman pasal susu ibu nih...Dia suh aku beli thermos, aku turut perintah aje..Nasib tak jadi hantar kat akak tu. Dapat jumpa akak yg lebih baik..Syukurlah..

Ingat ye, susu ibu yang telah dipanaskan, hendaklah digunakan atau dihabiskan dalam masa sejam saja. Tak kiralah baby dah minum ke tak. Yang penting, TELAH DIPANASKAN!..Pastu, janganlah nak jimat2 gi masuk peti ais semula, konon nak guna balik. Buang aje. Aku tak pasti sebab apa tak boleh guna lagi. Cuma pada pandangan aku, maybe bila dah dipanaskan, segala bakteria baik dan nutrien semula jadi dah nyawa2 ikan kot pas sejam tu..So, tak gunalah korang beri anak2 minum lagi. Dah takde khasiat da..Basi tu aku rasa takla kot..Sebab aku pernah rasa susu aku..Tak basi ponn..hehe..Ok, sekian setakat ini..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...