My F.r.i.e.n.d.s

Khamis, 24 Mac 2011

Pengendalian stok EBM@susu ibu yang salah!

Salam, wah dah setahun aku tak update blog..! Haha..dekat seminggu pun dah rasa macam setahun da..Bukan pe, sejak dah pasang streamyx kat umah ni (dekat sebulan), aku jadi cam pak pacak pulak depan laptop. Sampai rumah pun jadi cam tempat tikus beranak daa..Hehe..skrg aku kena adjust balik rutin hidup aku. Biar semua balance. Tak mau lah jadi ibarat yg dikejar tak dapat, yg dikendong berciciran.. : )

Nape tiba2 lak muncul..???Curious lak kan..Erm..aku bukan pe. Takleh tahan nak buat entri gak pasal ni, sebab ada terdengar2 la kat kawasan jiran tetangga berdekatan. Ada ke, pengasuh sorang ni leh pulak siap2 panaskan kesemua stok EBM tu, sebaik je ia tiba di rumahnya..Cantiknya muka akak tu, nak mudah punya pasal, dia panaskan semua stok EBM tu, kemudian simpan dalam thermos. Ada ke patut!!!..

Seperti yg kita semua sedia maklum, bukan ke EBM tu perlu dibuang setelah sejam dipanaskan. Tak kiralah, baby dah minum ke belum..Camana ek, dia leh tergamak wat gitu, sedangkan si ibu siap pesan dah awal2. Tak amanah sungguh ni! Dulu aku pun tak tahu. Nasib "pengasuh tak jadi" aku tu, reject anak aku sebab dia kata kuota nak jaga budak dah penuh. Dulu masa anak pertama, manala ada pengalaman pasal susu ibu nih...Dia suh aku beli thermos, aku turut perintah aje..Nasib tak jadi hantar kat akak tu. Dapat jumpa akak yg lebih baik..Syukurlah..

Ingat ye, susu ibu yang telah dipanaskan, hendaklah digunakan atau dihabiskan dalam masa sejam saja. Tak kiralah baby dah minum ke tak. Yang penting, TELAH DIPANASKAN!..Pastu, janganlah nak jimat2 gi masuk peti ais semula, konon nak guna balik. Buang aje. Aku tak pasti sebab apa tak boleh guna lagi. Cuma pada pandangan aku, maybe bila dah dipanaskan, segala bakteria baik dan nutrien semula jadi dah nyawa2 ikan kot pas sejam tu..So, tak gunalah korang beri anak2 minum lagi. Dah takde khasiat da..Basi tu aku rasa takla kot..Sebab aku pernah rasa susu aku..Tak basi ponn..hehe..Ok, sekian setakat ini..:)

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam pn. atia...how's wafiy n ilman? This is what I found out for you:)..mayb bkn sbb nutrien tinggal nyawa2 ikan tu...but...
Because bacteria from the baby's mouth can get into the milk, NEVER store and reuse a bottle of breast milk once your baby has been fed from that bottle. The bacteria can multiply and then make your baby sick.. wallahualam. Just sharing the info.

zahirah zainal berkata...

Anonymous~wslm..wafiy N ilman sihat..TQ..Oh yeke ada bakteria? Baru tahu. Bahaya jugak klu gitu..thank u very much 4 ur info..Sharing is caring..Mudahan mana2 ibu yang terbaca ttg ni,takkan ada rasa nak jimat susu yg dah diguna,demi utk kesihatan anak juga. Lgpun,bukan ke,lg byk kita pam susu, lg byk productionnyer.. :) Oh ya,lg satu, rajin2lah,bhgikan susu dlm stp botol tu, sekadar yg anak minum..(2-3oz) supaya tiada pembaziran yg berlaku..Wallahualam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...