My F.r.i.e.n.d.s

Rabu, 16 Mac 2011

P.E.R.H.A.T.I.A.N kpd moms to be, mummy2 yg sedang berpantang N ibu yang bekerja. Kata2 negatif peluntur semangat untuk breastfeeding !!!

Entri ni khas untuk bakal ibu2 (yg sedang pregnant), yg sedang berpantang serta yang bekerja. Ni antara peluntur semangat kita untuk BREASTFEED anak2 kita...Jauhkannya :-

1. Bukan semua ibu ada ada susu badan.
- Tak betul! Semua wanita dicipta mempunyai salur susu yg sama banyak dengan wanita2 lain. Malah ada yg  production susunya lebih dari keperluan baby. Kebanyakan baby2 yg tak naik sgt berat badan bukannya disebabkan si ibu tak cukup susu tetapi adalah disebabkan cara penyusuan yang salah. Sebab tu,ibu2 kena belajar teknik yg betul untuk menyusukan baby. Mintak tolong nurse ajar @ rakan2 yg breastfeed anak2 mereka.

2. Biasalah tu kalau menyusukan anak kita rasa sakit kat breast.
- Tak betul! Kalau kita menyusukan dengan cara yg betul,biasanya tak menyakitkan. Kalau setakat rasa nyeri2 sikit kat perut tu disebabkan rahim kita sedang mengecut. Menyusu baby mempercepatkan rahim kita mengecut. Lagi pulak,kalau melecet kat nipple tu, jangan stop susukan baby. Aku pernah kena jugak.Caranya pas nyusu, picit keluar susu kita sikit, sapu sekeliling nipple,biar kering udara. Nak sapu nipple cream pun boleh jugak. Biasa dalam 2-3 hari akan sembuh. Tapi tetap nyusukan cam biasa. Takut nanti bengkak susu pulak. Kalau tak ok lebih 3 hari, cuba consult dgn doktor atau lebih baik jumpa pakar laktasi.

3. Susu tak cukup lepas bersalin sampai hari keempat pun ada.
- Tak betul! Biasanya kalau cara baby hisap salah,macamana nak produce susu, sebab rangsangan tiada. Pastikan baby disusukan dengan cara yg betul. Lagi pulak, memang 1-3 hari pertama, breast kita hanya mengeluarkan kolostrum, sebab tu kena kerap beri baby hisap (on demand), supaya ada rangsangan n susu matang akan keluar cepat. Aku sendiri pun,hari keempat baru keluar susu matang. So, jangan putus asa kata korang takde susu,pastu terus decide nak bagi susu formula!
-Ada lagi,baby nampak macam tak puas nyusu,cuba tanya nurse dulu,suh diorg tgk,betul ke cara korang menyusukan baby? bukan pe,takut salah je cara latch on tu. Cuba dengar,masa baby hisap tu,ada dengar tak dia hisap, telan,hisap telan. Takpun,leh tengok pada leher dia.
-Ada lak,makcik2 yg banyak bunyik, cakap baby tu minum susu tak puas. Ni yg malas ni, ni yg wat korang terpengaruh nak bagi susu formula ni konon sebab kesian kat anak takut tak kenyang...Lagi kesian kalau tau,sebenarnya perut dia masa tu,kecik je, sebesar guli je baru, pastu,kita nak paksa minum susu formula..Ish..sampai hati korang...:(
-Pastu,ada lak yg suh perah@pam nak tengok berapa banyak susu korang ada. Ini kesian betul org ni,betul2 tak faham ilmu breastfeeding..Maaf ye,hasil susu yg diperah atau dipam bukan hasil sebenar pengeluaran susu kita. Jangan silap eh..Breast kita unik..Subhanallah..Percayalah pada ciptaan Allah yg Maha Sempurna ini..! Harap korg dapat bolayan karenah2 makcik bz ini dengan penuh adab sopan dan tatasusila..(Dengar saja, ikut jangan).Okeh! :)
-Kesimpulannya sebenarnya,susu yg kita ada pas bersalin tu,cukup utk mengenyangkan baby kita. Percayalah..

Jap2..ada lagi..under construction..;)

Bayi allergic dengan susu ibu?

Entri kali ni,aku tiba2 berminat untuk cite tentang ni, walaupun aku tak pernah alaminya..Syukur pada Allah, kerana perkara seumpama ini tak pernah terjadi padaku..

Ini semua kerana aku tertarik pada satu post dalam Facebook yg menyebutkan tentang baby allergic susu ibu lalu doktor menasihatkannya untuk bertukar kepada susu khas untuk bayi yang allergic.

Sebelum aku meneruskan bebelan aku (sebab marah N bengang giler ngan doktor tuh!), aku nak kita semua renungkan semula tentang sifat kita sebagai manusia yg mudah sangat melupakan Allah. Tak kisahla dalam sedar atau tidak. Cuba korang bayangkan, kucing kalau anak dia allergic susu,adakah dia akan ke kedai N beli susu tin khas untuk baby kucing yg allergic susu. Adakah???...Atau orang2 miskin yg susah atau orang asli yang dok terperuk kat hutan tu, adakah dia akan keluar membeli susu khas itu dengan menaiki bas, teksi atau mendayung sampan? Adakah???...

Bukankah ciptaan Allah itu Maha Sempurna. Siapa kita sebagai manusia untuk menafikannya??? Siapa kita? Dengan rasa rendah diri, aku sebagai ibu yg sama je seperti korang, merasa sedih kalau ibu2 kat luar sana, sanggup berikan anak susu formula tanpa berusaha keras untuk memperjuangkannya. Aku tertarik dengan jawapan yg aku google sendiri kat google search tu. Ni omputih yg punya answer, bukan kita ye...Sila baca tengok...---->

It is not really possible for your baby to be allergic to your breastmilk. Sometime, however, babies can be sensitive to proteins in the mother's milk from foods she has ingested.
If a mother is allergic to any food the chances are her child may also be allergic to those foods. Many mothers don't realise that they are allergic as they display little or no symptoms. However, the allergic reaction can be much more pronounced in their suckling child. What mother eats; baby eats.

Nak baca detail sila klik sini---->http://www.buzzle.com/articles/baby-allergic-breastmilk-breastfeeding.html

Hah..tgk tu. Sebenarnya, baby tu allergic kadang2 atas apa yg kita makan. Untuk test tu, cuba kita test makan apa2 yg kita syak penyebab allergic, cuba test dalam 2-3 hari ..Klu ye, cuba stop,jgn makan dulu. Pastu tgk macamana. Jangan ambil ringan terus2 nak ikut cakap org @ doktor suh tukar susu. Berapa kali dah aku pesan..Jangan terus2 terima N dengar cakap orang tanpa dapat jawapan yg tepat..Plz la...Peluang menjadi  ibu dan dapat pula menyusukan anak serta lihat anak membesar dengan susu kita sendiri..sukar nak digambarkan bagaimana perasaannya..melainkan korang melaluinya..

Bukan semua cakap doktor kita leh terima, sebab tu kita kena ambil pendapat 2-3 org doktor, kalau kita tak pasti. N lebih baik,kalau sekiranya perkara ni berkaitan susu ibu, ada baiknya korang bertanya pada pakar laktasi. Bukan semua doktor tahu tentang ilmu breastfeeding nih...Pilihan di tangan korang...Aku hanya menjalankan tanggungjawab aku sebagai hamba Allah yang lemah lagi hina,menyebarkan sesuatu untuk kebaikan bersama..Wallahualam...

*Jangan amik hati ngan post aku kali ni,terlebih emo coz risau ada ibu2 yg tak kuat semangat terpengaruh ngn nasihat yg tak best camni..:(

Isnin, 14 Mac 2011

Panduan jimatkan ruang simpan stok susu ibu @ EBM (expressed breast milk) .

Setelah belajar dari pengalaman lalu (anak first), aku banyak belajar perkara2 @ ilmu2 baru berkaitan breastfeed ni, termasuk cara jimat space atau ruang untuk simpan stok susu ibu. Memandangkan fridge aku tak berapa besar, n aku juga memasak hampir hari2, jadinya sudah tentu, ruang beku penuh dgn ikan, ayam, daging dan sebagainya.

Dengan itu, aku telah mendapat suatu idea untuk menyimpan stok EBM aku ke dalam sarung plastik aiskrim. Dahla murah, jimat space lak tu. Bahagianya..!Guna plastik ni, lebih jimat space drp guna bekas dadih dan botol susu (spt yg pernah aku buat sebelum ni). Oh ya, lg pulak..sarung aiskrim ni,leh simpan sampai 4oz susu.

Ini dia stok EBM aku..


Bagaimana cara nak dapatkan hasil susu yang balance atau sama banyak?




Entri kali ni,aku nak cerita pasal hasil susu yang kita pam@perah. Camana nak bagi sama banyak. Ini ialah berdasarkan pengalaman aku sendiri. Lain ibu,mungkin lain pengalamannya. Kalau ada sesiapa sudi nak share citer ngan ibu2 lain kat sini termasuk aku,amatlah dialu2kan…
Ok, sebelum ni,aku pernah citer pasal breast aku besar sebelah akibat, susu ibu yang sebelah kanan nasi, yang sebelah kiri air?. Nak tahu lebih lanjut, baca entri ni.

Memang setiap kali lepas menyusukan anak, bila kita pam susu selepas itu,susu kita takkan sama banyak. Yang mana anak dah minum, akan kurang sikit dari yang sebelah lagi. Tetapi, bila kali kedua kita pam, contohnya lebih kurang sejam kemudian, nampak tak hasilnya hampir sama banyak ataupun memang dah sama. Kalau tak sama, maknanya, mungkin cara korang rangsang susu atau cara penyusuan korang salah. Sebabnya,kalau kita lebihkan bagi yang sebelah je, contoh asyik bagi yang kanan je, nanti breast yang kanan akan besar tak sama ngan yang sebelah lagi. Sebab ada setengah ibu, dia senang bagi sebelah kanan je, sebelah kiri dia rasa cam susah. Hmm..kalau setiap kali nyusu buat gitu, memangla takkan balance.

Aku sendiri dah alami, bila aku banyak concentrate beri yang belah kanan, yang belah kiri production susunya kurang sikit. Kalau breast kanan dah mula membengkak penuh susu, yang kiri lembut je lagi. Pastu, bila aku dah tukar rutin aku,gilir2 menyusu kiri dan kanan,barulah tak lama lepas tu, dia jadi balance. Tapi,apa yang penting, korang kena pastikan, setiap breast betul2 kosong dan ringan atau lembut, barulah korang tukar,beri yang sebelah lagi. Setiap ibu lain2. So,aku biasanya kali kedua feeding, yang ketiga, baru tukar yang sebelah lagi. Sebab, aku dapat rasa, breast aku masih berat skit lagi..Ada sesetengah ibu,setiap kali menyusu memang dah kosong habis, pastu next feeding leh terus tukar yang sebelah.

Apa yang penting,cuma pastikan breast korang betul2 dikosongkan sepenuhnya ya! (Susu memang sentiasa ada,kalau kita picit nipple, still keluar susu lagi. Cuma pastikan breast betul2 ringan. ) Kalau nak senang, setiap kali after feeding,perah jela susu tu. Lagi senang nak nampak, dah kosong belum ye tak..N lagi meningkatkan production susu tu..Jadi, silalah rajin2kan diri ye wahai ibu2 mithali sekalian…:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...