My F.r.i.e.n.d.s

Khamis, 15 November 2012

Breastfeeding what u've to do when u struggled alone


Salam sayang buat pembaca blog yg dikasihi... Semoga dirahmati Allah swt selalu...

Topik kali ini dikupas, kerana terkenangkan sesuatu atau seseorang mummy yang pernah mengalaminya...

Menyusu tak boleh bersedih, tak boleh stress, tak boleh kuarkan airmata, tak boleh kecewa, tak boleh terluka, tak boleh menangis, tak boleh down n macam-macam lagi tak boleh dan yang sewaktu dengannya... Kerana semua itu akan effect pada hasil penyusuan kita... Memang sangat-sangat effect kadang-kadang sampai terkesan pada baby pula, bila kita sedang bersedih, dia pun akan meragam seolah-olah dapat merasakan apa yang mummynya sedang lalui...


 Apa yang perlu dilakukan? Apa yang perlu korang buat sekiranya perjuangan penyusuan harus dilalui seorang diri, harus dihadapi dengan tabah tanpa sokongan sesiapun, hatta suami sendiri???

 Jangan lupa dan sepatutnya dari awal lagi, yang patut kita menaruh harapan yang tinggi dan berharap ialah padaNya. Itulah sepatutnya tindakan kita yang paling awal lagi. Allah tak berubah, Allah tetap begitu. Allah Maha Mendengar, Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha segala-galanya... Jangan berharap pada manusia yang tidak tetap dan boleh berubah sikap pada bila-bila masa. Pada ketika ini dia bersama kita, dia yang memberi sokongan padu pada kita, dia yang sentiasa berada di sisi kita... Tetapi akan datang, kita tak pasti lagi... Mungkin dia juga orang yang akan downkan kita, mungkin dia juga orang yang akan lukai hati kita, mungkin dialah orang yang akan khianati kita... Siapa tahu apa yang akan berlaku suatu hari nanti... Lebih baik kita sentiasa amalkan dan tetap istiqamah, mulakan sesuatu apapun dengan Allah terlebih dahulu, kemudian baru bersama orang disekeliling kita...

Bukan semua pasangan begitu, bukan semua mummy yang akan hadapi situasi di mana orang sekeliling, walaupun ibu sendiri pun tak support breastfeeding... Cuma sebahagiannya sahaja. Dan yang sebahagiannya inilah yang kita harapkan supaya mereka kuat, supaya mereka sentiasa tabah...

Mummy mesti kuat demi anak... Mummy mesti sihat demi anak.. Mummy tetap ketawa walaupun sedang berduka demi anak.. Kerana, setiap wanita yang berjiwa lembut memang lahiriahnya begitu.. Banyak berkorban jiwa dan raga demi orang-orang yang dikasihi...

Mari kita sama-sama doakan, kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang sedang dilanda cabaran, moga tabah menghadapi ujiannya... Moga mereka kuat dan berhati waja sentiasa... Moga apa yang mereka lalui, bersifat sementara... Malah semoga Allah akan gantikan pula dengan perkara-perkara yang lebih baik, yang lebih indah dan yang lebih bahagia….Insyaallah....
Menyusu itu Indah...
Biar pahit diawalnya, tetapi ganjarannya pada masa akan datang...hanya yang melaluinya sahaja yang tahu...
Sekian untuk kali ini...
Salam sayang,
~atia

Sabtu, 20 Oktober 2012

Mummy, Pls Don't u ever say "Susu saya tak ada!"

Salam sayang buat pembaca blog yang dikasihi.... Mummy2 and daddy2 dan juga bakal mummy2 dan daddy2 yang sudi singgah membaca di blog ini.....

Topik kali ini agak hangat sedikit, bukan sengaja di "create" tapi secara paksa rela di "create" juga, disebabkan masih lagi terdengar2 di telinga aku ayat2 panas ini... Bukan apa, aku agak "allergic" malah terasa panas saja telinga ini bila mendengar ayat2 seumpama... Contoh macam "susu saya tak ada", "keturunan saya jenis tak ada susu", "susu saya memang tak keluar lepas bersalin" dan sebagainya....

Maaf cakap, aku memang tak leh terima walau apa saja alasan ini (bagi aku alasan untuk menutup kemalasan atau ketidaksungguhan dalam penyusuan).

Apa yang u all expect selepas bersalin agaknya ya? Susu keluar secara tiba2? Sekali perah susu dapat sebotol susu? Breast membengkak secara sepontan? Susu penuh sampai melimpah2 baru dikira u all ada susu?...

Plsla...tolong study dulu and buat research demi anak yang dikasihi mengenai penyusuan ini. Jangan mudah2 membuat andaian sendiri atau terpengaruh dengan anasir2 negatif ini...(makcik2 sibuk, atau nenek2 yang kurang arif tentang penyusuan dan memberi pandangan berdasarkan cakap2 kosong sahaja...)

Tapi, jangan juga tunjuk biadap atau berlagak pandai kepada golongan seperti ini, sekiranya korang diuji dengan situasi "Eh, cukup ke susu kau tu?", "keturunan kita memang takde susu nak...", "susu ibu saja mana cukup untuk baby, mati anak kau nanti", "anak minum susu ibu, kurang zat", "jangan berkira dengan anak nak beli susu tepung...", "eee...nampak sangat ko ni jenis pemalas kan, nak bancuh susu anak pun berkira", "baby kena bagi minum air masak, panas badan dia nanti", "susu belah kiri air yang kanan nasi" dan yang sewaktu dengannya...



Apa yang harus korang lakukan ialah sabar...sabar...dan sabar... Buat research, research dan research... Tanya pada yang pakar, even dengan doktor pun, bukan boleh tanya pada sebarang doktor, sebaiknya bertanya pada yang PAKAR TENTANG PENYUSUAN.... Dengan rakan2 seangkatan pun (ibu2), jangan tanya pada yang GAGAL breastfeeding, bertanyalah pada yang BERJAYA dalam dunia penyusuan..... Dalam dia BERJAYA tu, cuba dengar dulu cabaran2 mummy itu sebelum berjaya, mana tahu sama situasi dengan kita... At least boleh dijadikan pedoman untuk kita supaya berjaya juga....

Kalau korang sudi baca kisah aku dari mula dalam dunia penyusuan ini, baru tahu perit getir dunia penyusuan ini. Itu permulaan, malah sekarang jadi kenangan manis pula. Dan seolah2 aku ialah wirawati dalam perjalanan dunia penyusuan aku sendiri... (dengan rendah diri aku memuji diri sendiri, sebab segala kesusahan dulu masih segar dalam ingatan)... Dan aku pun tak nak terlepas ucapkan BILLION TAHNIAH kepada semua ibu2 yang berjaya dalam dunia penyusuan tidak kira bagaimana cabaran yang dilalui....

Sekurang2nya, dapatkan ilmu yang tepat. Jangan dengar cakap orang, terus setuju dengan pandangan tersebut. Study dulu...baru buat keputusan...

Apa yang mak aku pernah cakap suatu masa dulu, "keturunan kita jenis takde susu" n lain2 lagi benda negatif, serta kata2 makcik dan juga beberapa rakan2 ofis suatu masa dulu, masih terpahat diingatan. Dulu aku benci dengan kenangan itu, tetapi sekarang, aku nak ucapkan terima kasih kepada mereka, kerana disebabkan alasan2 tidak logik inilah yang membuatkan aku terus berusaha untuk perjuangkan dunia penyusuan dan share dengan korang pengalaman tersebut... Disebabkan mereka jugalah (asyik berikan alasan2 yang tak logik dek akal), aku jatuh cinta pada dunia breastfeeding... Sebab aku lebih rajin nak study dan buat research tentang penyusuan ini....

Reminder ringkas di sini, aku harap sangat2, mummy2 n daddy2 mesti saling kuat n memberi sokongan di antara satu sama lain. Kemudian, berkenaan penyusuan bayi ketika lahir, pada peringkat permulaan, SUSU MEMANG TIADA, kolustrum yang akan keluar dulu (apa yang Allah beri sangat sempurna, malah cukup untuk bayi yang baru lahir pada ketika itu, perutnya hanya sebesar guli). Dan susu kolustrum yang ada pada ibu, kalau kita cuba perah masa lepas bersalin (adalah dapat sesudu kot atau mungkin tak keluar) disebabkan ibu2 baru 1st time bersalin. Itu bukan bermakna korang tiada susu, kadang2 bila ilmu tiada, cara perahan pun salah, memang dia taknak keluar, melainkan dengan cara anak yang menghisap. Kerapkan penyusuan, insyaallah susu akan keluar malah cukup untuk bayi. Lagi banyak rangsangan lagi banyak susu yang keluar... Tolong study dulu "bagaimana susu ibu terhasil". Segan bertanya, "google" saja. Jangan lupa, mohon pada Allah agar dimudahkan perjalanan penyusuan. Insyaallah pasti ada jalannya...

Lagi satu aku nak ulang, "jangan sekali2 cakap korang takde susu" dan yang sewaktu dengannya... Sedangkan mummy2 yang menghadapi masalah "nipple tenggelam", "anak tak nak menyusu direct", ibu yang "exclusive pumping" pun boleh berjaya menyusu hingga dua tahun...Inikan pula kita yang tiada masalah ini. So, pls study dulu ya....

Sekian sahaja untuk kali ini. Semoga kalian berjaya dalam dunia breastfeeding. Anggap setiap perkara yang terjadi berhikmah... Insyaallah kita tidak akan mudah mengalah....

"Menyusu itu indah...."

salam sayang,
~atia~

Ahad, 7 Oktober 2012

Tips Memilih Breastpump

Salam sayang buat pembaca blog yang dikasihi...Semoga kalian sentiasa di bawah lindunganNya...

Pada kali ini, aku nak share tips untuk memilih "breastpump". Tips ini mungkin sangat diperlukan oleh ibu2 yang 1st time pregnant (1st time mommies) atau yang baru nak berjinak2 dengan dunia penyusuan. Perlu dan wajib kita ambil tahu bagi mengelakkan pembaziran dan penyesalan di kemudian hari kerana "terbeli" breastpump yang tidak diingini atau sekadar sebagai hiasan semata2. It's a No, no, no....ok dear

Tips memilih:
1. Keberkesanan mengepam
Pastikan pam yang ingin dibeli "suction" nya seperti bayi yang sedang menyusu. Kebiasannya kita biasa dengar antara yang TOP ialah pam jenama "spectra 3" dan "avent". Boleh juga google untuk dapatkan senarai pam yang teknik sedutannya ibarat bayi yang sedang menyusu. Insyaallah, ketika sesi pengepaman nanti, susu akan keluar dengan lebih lancar dan rangsangan mudah terjadi, serta sangat selesa N tidak menyakitkan.

2. Ketahanan pam
Dicadangkan, cari pam yang tahan lasak serta motornya tahan untuk sesi pengepaman yang kerap. Biasalah ibu menyusu yang bekerjaya sudah pastinya akan lebih kerap mengepam berbanding dengan ibu yang tidak bekerja. Kerana stok susu sangat2 diperlukan bagi ibu yang bekerja serta kerap keluar berkursus. Boleh rujuk pada jurujual dan tanya betul2 pam mana yang jarang mengalami kerosakan motor dan sebagainya.

3. Jenis pengepaman
Ikut keselesaan masing2 serta kemampuan. Terdapat dua pilihan, samada untuk memilih "single pump" atau "double pump". Kelebihan "double pump" ni, sekiranya kita hanya mempunyai masa yang agak "limited" untuk memerah, sebagai contoh, hanya 15 minit sahaja dapat diperuntukkan untuk memerah, maka "double pump" adalah pilihan yang terbaik. Sebabnya, kita akan memerah keluar susu dalam masa yang serentak. Bukan bergilir2 seperti "single pump".

4. Keselesaan
Pastikan, corong pam yang akan dilekapkan ke atas breast kita, mempunyai alas getah yang lembut serta selesa. Lebih baik, corong pam yang mempunyai pelbagai saiz. Disebabkan, kita semua ni unik, ada pelbagai saiz. Tetapi kebiasaannya, corong sedia ada dijual telah pun direka dalam saiz yang standard (atau kata lain, FREE SAIZ).

5. Pam manual atau elektrik
Terpulang kepada keselesaan masing2 samada nak memilih pam yang manual atau letrik. Pada pandangan aku, manual agak letih dan cepat lenguh. Ia mungkin sesuai digunakan bagi ibu2 yang jarang mengepam. Bagi aku yang sangat komited ini (setiap 3 jam), sudah pastinya, pam letrik adalah yang terbaik untuk aku. Jimat masa dan cepat. Cuma kekurangannya, ialah, taklah se"flexible" pam manual, kita boleh pam walau di mana, sebab tak memerlukan plug point. Tapi, untuk breastpump sekarang, plug point untuk kereta pun ada. So, mudah sangat kan. (Apa2 hal, klu emergency, korang guna teknik marmet okeh...! Memerah keluar susu guna tangan. Yang ni wajib belajar!....)

6. Cara pam beroperasi
Ada banyak juga, antaranya:
a) Battery operated
b) Electric operated
c) Battery & electric operated
d) Manual

Pilihan di tangan anda ya...

7. Suction
Pilihlah yang menyerupai bayi menyusu dan yang boleh dilaras kuasa sedutannya. Setiap orang lain2 keperluannya, ada yang perlukan suction yang kuat, ada yang suction slow pun ok...

8. Parts
Kalau boleh, cari yang mudah ditanggal dan dipasang semula ketika sesi membersihkan pam. Macam aku, still nak promote "spectra 3" gak. Sebabnya, spare part dia mudah nak cari, murah, n tak banyak yang perlu ditanggalkan untuk dicuci. Cuma cuci corongnya saja. Bestkan....

*gambar ihsan google. 

9. Sounds
Ok..yang ni memanglah antara yang wajib untuk dipertimbangkan. Ada sejenis pam nih, aku tak sampai hati nak sebutkannya namanya (P bukan nama sebenar), antara breastpump yang bunyinya punyalah kuat. Satu kampung leh dengar N tahu kita tengah ngepam. So, berhati2lah dalam memilih pam ya. Cari yang sound dia, senyap je...Lagi tak bunyi lagi bagus. Bukan apa, setiap kali nak ngepam, kang jadi perhatian pula...

10. Mobility
Pilihla pam yang korang rasa selesa n flexible untuk dibawa ke sana ke mari. Yelah, sesi ngepam paling kurang 2 kali kan. Ni kalau beli set pam yang terlampau banyaklak compartment nyer...cam lecehlak kan... Penat kat kita yang nak usung dia ke sana ke mari. Kalau kita memang stay di ofis takpe. Buatnya kena keluar contoh gi kursus ke apa, dah kena bawak beg besar2.

11. Budget
Belilah pam yang sesuai ikut kemampuan. Tak semestinya beli pam beribu, susu dapat banyak. Sama je. Mana2 pam sama sahaja. Cuma pastikan, ia selesa, tak menyakitkan, suction macam baby yang sedang menghisap n senang nak bawa ke mana2. Kalau boleh, beli time promosi ok! Beli masa jualan murah. N survey dulu harga pam. Jangan main beli je. At least kita dah tahu harga, senang nak nego nanti. hehe...Apa susah, google je. Teknologi di hujung jari kan.... :)




Kesimpulannya, pastikan "breastpump" yang ingin dibeli kualitinya bagus dan tahan lasak + tahan lama. Sebaiknya google atau bertanya dengan rakan2 lain pendapat serta pengalaman masing2 dengan pam sedia ada. Boleh juga google pam yang sedang dipromosikan dengan harga yang menarik. Kemudian baru decide nak beli yang mana. Lagi bagus kalau ada yang boleh "test drive". Hehe... (ingat kete je ada test drive, breastpump pun ada tau!)

Ok, sekian saja untuk kali ini...

All the best....

Selamat maju jaya dalam penyusuan...

* Lagi 2 bulan lebih Ilman genap 2 tahun disusukan...Insyaallah
 (Wpun sedang pregnant anak ke 3 sekarang ini, usia baby baru 9 minggu)
Doakan kami selamat dan sihat sejahtera hendaknya....Amin...

salam sayang,
~atia~

Khamis, 27 September 2012

Kaedah Penyusuan sebagai Perancang Kehamilan

Salam sayang buat pembaca yang dikasihi,

OK, memandangkan aku dipanggil untuk ke tv3, bagi membincangkan tajuk "Menjarakkan Kehamilan", aku tertarik sangat untuk mengupas isu lanjut di sini... Memandang aku yang suka bercakap ini, tidak diberikan peluang untuk bercakap sepuasnya, maka di sini aku akan coretkan isi hati aku sepuasnya.... :)

Seperti semua sedia maklum, kaedah merancang terdapat pelbagai cara juga pilihan. Terpulang kepada setiap individu untuk menggunakan kaedah yang mana, yang penting ianya selamat, mudah dan dijamin peratusan kejayaannya. Antara kaedah perancang sediaada ialah:

1 – Pil perancang keluargaTerdapat 2 jenis pil perancang kelaurga iaitu sejenis pil yang mengandungi 2 jenis hormon iaitu estrogen dan progesteron manakala sejenis lagi mengandungi 1 jenis hormon sahaja iaitu progesteron. Pil yang mengandungi sejenis hormon selamat digunakan sewaktu ibu tersebut menyusukan anaknya.

Pil perancang berkesan sekiranya dimakan sewaktu haid bermula setiap hari selama 21 hari, kemudian berhenti untuk 7 hari di mana haid akan keluar pada masa tersebut. Pengambilan ubat perlulah setiap hari serta pada masa yang sama agar paras hormon tersebut di dalam badan adalah konsisten bagi mengelakkan risiko mengandung. Sekiranya pengambilan ubat adalah betul, risiko hamil adalah serendah 0.3%. Pengguna kaedah ini akan kembali subur apabila seseorang wanita itu berhenti mengambil pil perancang keluarga.

KOMEN :
Pil perancang jenama Mercillon adalah antara produk yang bagus pada pengujung tahun 90an, tetapi menurut sesetengah individu setelah pengambilan pil, mereka mendapati berat badan tidak konsisten, mood tidak menentu dan kurang bernafsu terhadap hubungan intim. Walau bagaimanapun, kedatangan haid akan menjadi tepat setiap bulan. Harganya pula dalam lingkungan kurang RM20.00 sekotak.

Pil perancang jenama Diane 35 amat terkenal untuk kesihatan kulit. Pengguna akan mendapati kulit muka akan kurang berminyak atau tiada minyak langsung, bintik-bintik hitam atau jeragat dan jerawat (juga jerawat teruk) di muka juga boleh pudar dan menghilang. Sesetengah individu mendapati pil ini tidak menyebabkan berat badan bertambah, tiada kesan mual, pening atau loya akibat pengambilannya.Boleh juga diambil oleh wanita yang mengalami hirsutism (muka ada misai dan berbulu banyak). Kedatangan haid akan menjadi tepat setiap bulan. Harganya pula dalam lingkungan RM35-40.00 sekotak.

Pil perancang jenama Yasmin paling bagus untuk sesetengah individu kerana dikatakan pengguna pil ini tidak mempunyai masalah berat badan, tidak mengganggu mood dan pengguna ‘berselera’ terhadap hubungan seksual (tiada masalah kurang libido). Kedatangan haid adalah tepat pada setiap bulan. Namun harganya sedikit tinggi daripada dua pil yang disebutkan di atas iaitu dalam lingkungan RM40-55.00 sekotak.

Apapun jenama yang menjadi pilihan anda, perlu diingatkan kesan sampingan daripada mengambil pil ini bergantung pada individu. Ini bermakna lain orang, lain kesan sampingan yang akan diterima. Badan juga akan mengambil masa sebulan dua untuk membuat penyesuaian terhadap pil yang diambil, jadi dua bulan selepas pengambilan pil, barulah pengguna akan dapat rasakan sama ada pil yang diambil sesuai atau tidak dengan badan masing-masing.

Sekiranya pengambilan sudah lebih daripada 3 bulan tetapi pengguna masih mengalami muntah yang teruk atau pening, besar kemungkinan besar pil itu tidak bersesuaian dengan badan. Cuba tukar kepada jenama lain jika masih mahu terus mengambil pil perancang.

2 – Suntikan hormon

Suntikan juga mengandungi sejenis hormon dan ia juga boleh diberi pada wanita yang menyusukan anaknya. Suntikan perlu diambil setiap dua atau tiga bulan sekali, bergantung kepada jenis suntikan dipilih.

Keberkesanan kaedah ini bagi mengelakkan hamil adalah tinggi iaitu 99.7%. Kelebihan kaedah ini adalah wanita tidak perlu mengingati untuk mengambilnya setiap hari seperti pil dan amat berkesan bagi wanita yang berkerjaya serta sering outstation.

Tapi perlu diingatkan, penggunaan kaedah berhormon boleh menyebabkan sesetengah wanita mengalami kitaran haid yang tidak teratur untuk beberapa bulan pertama.

KOMEN :Suntikan hormon ‘Ðepo Provera’, boleh diambil 3 bulan sekali di klinik swasta. Kesan sampingan yang dilaporkan oleh pengguna selepas pengambilan suntikan ini termasuklah pening dan mood tidak menentu. Bagi sesetengah kes, kedatangan haid tiada langsung sepanjang suntikan diambil. Ia juga dilaporkan menyebabkan pengguna kurang bernafsu kepada hubungan seksual. Harga sekali suntikan dalam lingkungan RM35-40.00.

3 – Implan

Implan adalah kaedah yang mempunyai keberkesanan 99.9% bagi pencegahan kehamilan. Kaedah ini boleh digunakan sehingga 3 tahun dan kemudian perlu dikeluarkan. Kaedah ini juga menggunakan satu jenis hormon dan sesuai bagi ibu menyusukan anaknya.

Penggunaan kaedah ini boleh menyebabkan sesetengah wanita mengalami kitaran haid yang tidak teratur untuk beberapa bulan pertama.

KOMEN :
Hampir tiada komen yang negatif tentang impan yang saya dengari. Cuma ada yang meluahkan kebimbangan apabila tiba masanya untuk dikeluarkan kerana dikatakan perlu menjalani pembedahan kecil untuk mengeluarkan impan sebesar batang mancis.

4 – Kaedah kecemasan

Kaedah ini digunakan apabila kaedah lain tidak digunakan dan pasangan suami isteri tersebut tidak bersedia untuk mengandung, sedangkan hubungan seks tanpa perlindungan telah dilakukan. Ðengan ini, pil perancang keluarga kecemasan ini bolehlah diambil selepas bersama dalam masa 72 jam pertama.

KOMEN :
Pil yang biasa dijual adalah jenama Postinor 2. Ia juga popular dengan nama ‘emergency contraceptive’ atau ‘morning after pil’. Bagi sesetengah kes rogol, mangsa akan dinasihatkan mengambil pil ini kerana ia mampu mengelakkan mangsa daripada hamil akibat dirogol.

Ðalam tiap kotak ada 2 biji dan dikatakan boleh diambil sebanyak 4 biji sahaja dalam masa sebulan. Adalah penting pil pertama diambil dalamasa 48 jam selepas bersama dan pil kedua perlu diambil dalamasa 12 jam selepas pil pertama diambil (kena lengkapkan pengambilan pil dalamasa  72jam). Pil ini akan menyebabkan kedatangan haid sedikit ‘lari’ daripada biasa.

Kaedah tanpa hormon

Kaedah perancang keluarga yang tidak mengandungi hormon termasuklah alat dalam rahim (IUCÐ), kondom, diafragma dan kaedah kekal seperti bilateral tubal ligation (BTL) atau vasectomy.

1 – Alat dalam rahim (Multiload copper IUCÐ)

Adalah kaedah perancang keluarga yang boleh digunakan selama tiga tahun dan selepas tempoh tersebut ia perlu dikeluarkan. Alat ini selamat digunakan untuk ibu menyusukan badan disebabkan tiada hormon di dalamnya. Keberkesanan kaedah ini adalah 99.4%. selain itu, kitaran haid juga tidak terjejas disebabkan tiada penggunaan hormon.

2 – Kondom

Kaedah ini boleh didapati dengan mudah dan salah satu cara untuk mengelakkan kehamilan sewaktu melakukan hubungan seks. Ia juga boleh mengelakkan penyakit jangkitan kelamin. Sebelum menggunakannya, pemakai perlu memeriksa tarikh luput, meneliti sebarang kebocoran, serta Pemasangan yang betul perlu diambil kira untuk memastikan kaedah ini berkesan. Risiko kehamilah dengan kaedah ini adalah 2%.

3 – Ðiafragma

Sejenis kaedah halangan oleh golongan wanita di mana ia menutupi bahagian serviks. Kaedah ini kurang mendapat sambutan disebabkan kaedah penggunaannya. Wanita perlu memasukkan sendiri ke dalam faraj dan meletakkannya di tempat yang betul. Risiko kehamilan dengan kaedah ini juga adalah tinggi iaitu 5%.

INFO: Rancang kehamilan

* Merancang kehamilan membantu anda membesarkan anak dengan selesa.

* Apabila anda mempunyai perancangan yang baik mengendalikan keluarga, anak boleh membesar dengan pendidikan dan perhatian yang cukup dari anda.

* Sebaik-baik jarak kehamilan adalah dua tahun untuk setiap anak.

Dipetik dari: http://laman-seri.blogspot.com/2011/07/rancang-jarak-kehamilan-dan-ketahui.html

#####################################################################

Ok, nampak tak, begitu banyak pilihan kaedah merancang keluarga ni, terpulang kepada masing2 untuk memilih yang mana satu.

Bagi aku, aku tetap dengan pendirian aku, iaitu merancang dengan KAEDAH PENYUSUAN. Kaedah ini, kurang glamer malah takde pun tersenarai kat atas kan... Sedih betul...

Beberapa tips perlu dipatuhi bagi menjayakan kaedah ini. Ini adalah antara kaedah yang paling selamat untuk ibu dan bayi serta tidak mengeluarkan belanja. Bagaimanapun, keberkesanannya bergantung kepada setiap individu serta tahap kerajinannya.

Pengetahuan asas:
1. Ibu perlu menjayakan penyusuan secara EKSKLUSIF selama 6 bulan (tanpa air masak/ makanan dan susu tambahan). Bayi hanya diberi susu ibu semata2.
2. Bayi berusia kurang 6 bulan.
3. Ibu belum didatangi period.

Ok, di atas ialah perkara asas dan diakui oleh bahagian perubatan keberkesanan hampir 98%. Yang tidak berjaya mungkin boleh semak jarak selang masa penyusuan serta teknik penyusuan adakah sempurna atau tidak serta tidak mengambil sebarang kaedah perancang lain dalam masa 6 bulan. Maksudnya kaedah penyusuan yang dinamakan juga sebagai teknik LAM (lactational Ammernorrhea Method) hanya bertahan sehingga 6 bulan sahaja.

Kemudian 6 bulan berikutnya (bayi dah start diberi makanan tambahan), pastikan selang masa penyusuan masih berjarak di antara 2-3 jam sahaja. Walaupun anak sudah kenyang dengan makanan tambahan, perah keluar susu tersebut (boleh dijadikan stok) dan simpan.

Penyusuan pada waktu malam juga sangat penting, kerana ramai ibu yang mengambil remeh penyusuan pada waktu malam, sedangkan hormon prolaktin sangat tinggi dalam tempoh tersebut. Memang ada sesetengah bayi, pada waktu malam, tidur lebih lena dan kurang menyusu. Ada baiknya, kerapkan penyusuan atau pastikan jarak penyusuan berselang hanya 2-3 jam sahaja (tidak lebih dari itu). Sekiranya anak tidur, sudi2kanlah diri untuk bangun malam memerah. Sebenarnya secara tidak langsung, kita sedang mengumpul stok susu untuk dijadikan bekalan buat anak tersayang ketika ditinggalkan.




Ini adalah kerana, semasa kita menyusu, hormon prolaktin akan terangsang. Hormon prolaktin ini, apabila terangsang, secara tidak langsung akan menghalang proses ovulasi daripada terjadi di dalam rahim.PENTING, pastikan penyusuan juga dijalankan dengan sempurna, iaitu dengan memastikan teknik lekapan yang betul serta penyusuan yang sempurna (breast betul2 dikosongkan sepenuhnya).

Insyaallah, jika korang mengamalkan langkah ini, peratus untuk mengandung sangatlah rendah. Yang penting rajin, dan jaga jarak penyusuan.

Berdasarkan pengalaman yang ada, wafiy dilahirkan pada tahun 2009 dan ilman pada tahun 2011 antara bukti kejayaan aku dalam menggunakan kaedah ini. Untuk mendapatkan ilman bukannya senang. 2-3 bulan sebelum mengandung, aku sengaja lebihkan jarak penyusuan lebih dari 3 jam (wafiy pun dah kenyang dengan makanan). Yang sebelumnya aku memastikan jarak penyusuan 2-3 jam. Sebabnya, aku memang mahukan anak lagi dan bersedia untuk menimang cahaya mata lagi. Alhamdulillah, kaedah yang dijalankan berjaya.

PENTING: Setiap kaedah perancang yang digunakan tak kira moden atau tradisional semuanya tidak dijamin 100% dan masing-masing terdapat risiko pelbagai. Bagaimanapun, bagi yang memilih untuk menggunakan kaedah semulajadi. Boleh cuba ikuti langkah aku tadi.

Banyak contoh lain yang boleh diikuti daripada ibu2 lain yang juga menggunakan kaedah penyusuan. Contoh pn syamimi (boleh search di facebook), masih menyusu secara eksklusif sehingga sekarang (11 bulan) dan masih tidak didatangi period. Anak beliau hanya diberikan susu ibu sahaja.

Begitu juga beberapa orang yang lain (ramai sebenarnya yang telah berjaya dengan kaedah ini). Boleh cari dan bertanya di dalam group KIM (Kumpulan IbuMenyusu) di facebook.

Aku sarankan kaedah ini digunapakai oleh ibu2 yang berniat nak menyusukan anak sehingga 2 tahun serta tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya ditakdirkan mengandung juga. Saja cakap dulu, sebab taknak ibu yang memang berbahaya jika mengandung dalam jarak masa terdekat n bakal membahayakan nyawanya (ibu yang baru bersalin CEASER), mencuba kaedah ini dan tidak berjaya. Sebabnya setiap individu berbeza tahap penerimaannya. Baik rujuk pada yang pakar terlebih dahulu. Cuma aku, yakin dengan kaedah ini (sbb sgt yakin diri...hehe...takdelah). Aku yakin kepada ketentuan Allah.

Yang paling UTAMA, PERTAMA sekali, niatkan untuk menyusu sehingga 2 tahun. Insyaallah, Allah akan permudahkan jalannya. Rezeki semua Allah yang tentukan. Mesti yakin pada setiap ketentuan. Semua yang ada di dunia ini terbatas, dan Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Masa Wafiy, 9 bulan lepas tu aku period. Dan aku masih menjarakkan kehamilan dengan cara penyusuan. Ilman juga begitu, selepas 11 bulan aku period. Bila dah period risiko untuk hamil memang ada. Tetapi, seperti yang aku cakap tadi, pastikan jarak penyusuan masih kekal seperti ketika menyusu mereka semasa bayi iaitu berjarak setiap 2-3 jam sahaja.

Dan sekarang Ilman dengan bakal adik yang ketiga ini, insyaallah jarak 2 tahun juga, iaitu bakal dilahirkan pada tahun 2013. Insyaallah....

Aku sekadar berkongsi pengalaman, segala yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk adalah dari diriku sendiri hamba yang kerdil lagi lemah ini.

Semoga apa yang dikongsikan dapat memberikan kalian idea serta pilihan untuk menggunakan kaedah mana. Sebelum memilih, sila bertanya dan rujuk pada yang pakar juga sesuaikan dengan pengalaman2 ibu2 lain.

Wallahualam.

Sekian.

salam ikhlas dan penuh kasih sayang,
~atia







atiyah zahirah zainal abidin "live" d tv3





Salam sayang buat pembaca tersayang, mummy2 n daddy2 yg dirindui...
Memandangkan terdpt banyak permintaan untukku menulis lagi, maka bermulalah jari jemari menari lagi... insyaallah... :)

Untuk makluman semua, pada hari semalam 25.9.2012, selasa, aku telah bersiaran secara "live" d tv3 dlm program Wanita Hari Ini. Sebagai tetamu jemputan sahaja ya. :)

Bgmanapun aku rsa tersangatla hepi n excited d ats jemputan itu, n tak pernah menyangka akan ke udara, inikan pula ke tv3. Syukur sgt diberikan peluang sebegitu. N mesti ada yg nak tau sgt cane aku leh dipanggil ke tv3 tu.

So dgn niat yg suci aku bercerita.... ;)

Bermulalah kisah spt biasa aku semak email (email ofis, ada 5 akaun kesemuanya termasuk email peribadi) menerusi blackberry. Secara tak sengaja aku terbaca ayat ini "jemputan ke whi". Dan spt biasa juga, aku aggp email tersebut ats urusan ofis, n cam biasa aku terbayang wajah bos aku yg hensem itu akn bersiaran secara "live" (sebab kebiasaannya, orang atasanlah yang akan dijemput ke program2 spt itu).

Cam biasa, aku menjalankan tugas spt biasa (sbg pekerja yg berdedikasi kononnya...huhu)cuba membaca email hingga selesai spy dpt memberikan maklumbalas scpt mgkin kepada pelanggan.

Baca saja rangkap pertama, aku dgn tak sengaja trjerit (cam org yg msh siuman lagaknya),sehingga teman2 ofis yg lain pun tertarik utk berpaling) haha... malu weh... Tapi, argghh aku tak leh tahan reflex hepi itu... (respon semulajadi)

>>>>>>>>>>>>>>>>email yang diterima>>>>>>>>>>>>>>>

Salam Puan Zahirah..
Saya Rena dari program WHI TV3.. saya tertarik dengan blog puan yang menceritakan kaedah penyusuan membantu menjarakkan anakbertarikh Ogos 2011. Dalam erti kata lain Ia adalah satu kaedah untuk merancang keluarga. Kami di WHI akan berbincang mengenai topic ‘Merancang Keluarga; Kaedah Menjarakkan Anak’.
Saya ingin menjemput puan sebagai tetamu jemputan untuk berkongsi pengalaman dengan penonton WHI. Topik tersebut akan dibincangkan pada 25 sept 2012, selasa depan. Harap puan dapat memberi maklum balas as soon as possible.
Kerjasama puan amatlah dihargai. Terima kasih
Description: logo
HAZRENA MOHAMED KASSIM
EXECUTIVE BROADCAST JOURNALIST

Bagi mengelakkan teman sepejabat menganggap aku terlebih kerja sehingga menjadi "gila", maka aku pun tunjukkan kpd mereka email tersebut. Dan mereka pun seolah faham, tak silap aku yang ada ketika itu, Safwan, Asfareezul, Halim, Haniff n Fitry....dan diorg terusla menyakat aku  yg masih tersenyum2 sampai ke telinga itu...

Nampak bos aku wat lintas langsung depan meja (baru selesai meeting), aku yang masih excited terus tunjukkan juga email tersebut utk dibaca... Bos aku cam biasa tersenyum manis tak berkata apa2, cuma angguk2 n tunjuk "sign good" kat aku....

N aku tak henti2 mengucapkan syukur kepada Allah swt kerana peluang yang diberi merupakan suatu kenangan manis dan juga sebagai perangsang untukku meneruskan perjuangan dalam memperkembangkan ilmu penyusuan dengan cara perkongsian ilmu serta pengalaman yang dilalui...

Aku doakan semoga korang di luar sana BERJAYA n masih bersemangat untuk meneruskan perjuangan "breastfeeding" n tidak putus asa untuk menggali ilmu walau pelbagai cabaran perlu dilalui....

Walaupun ada beberapa perkara yang ingin ku sentuh, memandangkan masa yang teramatlah singkat dan terhad ketika program tersebut, insyaallah aku akn share kan sesuatu perkara yang aku rasa patut share bersama korang nanti....

Doakan aku rajin menulis dan my third baby sihat sejahtera hendaknya di dalam perut ini. Walaupun aku tak sengaja termakan sesuatu yang membahayakan baby, disebabkan penyakit yang sedang aku hadapi, aku tetap yakin bahawa kuasa Allah mengatasi segala...

"Menyusu itu sunnah"

Wallahualam.

Sekian...

~atia





Isnin, 30 Januari 2012

Ada ke istilah SUSU CAIR untuk susu ibu?

Salam sayang buat semua mummy2 cantik jelita + daddy2 macho yang sedang membaca blog ini. Semoga ianya bermanfaat dan dapat menyuntik semangat "breastfeeding" untuk anakanda tercinta.

Wah...terkejut giler buka blog ni,  rakan2 sudah meningkat serta komen yg banyak belum berjawab. Sabar ya...Insyaallah nanti atia akan jawab satu persatu.

Mesti ramai yg tertanya2, kenapa lama giler tak update pasal blog ni kan..Bukan apa, ada pelbagai masalah menduga datang secara bertimpa2 dalam masa terdekat. Proses menyesuaikan diri mengambil masa yg agak lama. Syukur alhamdulillah...berkat kesabaran pasrah je di atas apa yg berlaku, serta sokongan dan doa dari kawan2 tersayang, hidup atia sudah kembali ceria, malah banyak pula nikmat yang diberikanNya yang tak terfikir dek akal fikiran akan dapat merasa seawal ini. :)

Ok...kembali kepada topik kita pasal "SUSU CAIR". Kadang2 nak tergelak pun ada jugak, macam2 istilah yg didengari N disebarkan tanpa mendapatkan maklumat yang tepat. Hai..suka suki je manusia nikan... Tanyalah pada yg pakar terlebih dahulu sebelum berikan nasihat pada orang lain. Berdosa tau, kalau disebabkan kamu, mummy tu terus stop breastfeeding. Walhal ramai dah taukan, breastfeeding ni perlukan sokongan mental dan emosi yg kuat daripada orang sekeliling...Takpe2, harap2 mummy sekarang lebih bijak untuk membuat pilihan serta bertindak mengikut akal fikiran serta rujukan yg tepat.

SUSU CAIR seperti ideal, carnation dan yg sewaktu dengannya memang ada kat luar tu. Tapi untuk susu ibu, tiada istilah susu cair sebenarnya. Pandai2 je, nampak susu mummy tu cair, korang kata cair dan tak berkhasiat!!! Sekadar perkongsian je kepada mana2 mummy yg belum tahu, susu ibu ada 2 peringkat, di mana, susu yang pertama (yg mula2 keluar masa kita perah) dinamakan "foremilk" kelihatan agak cair dan yang terakhir ialah "hindmilk", dimana susu tersebut lebih pekat dan kaya dengan lemak.

Sudah lumrah manusia, sebelum makan, minum dulu kan. Macam tu jugak baby. Susu yang cair tu sebagai penghilang dahaga, dan yang terakhir tulah sebagai makanan berat baby untuk kenyangkan dia. Allah kan Maha sempurna. Kenapa masih ada lagi manusia yg suka2 nak pertikai ciptaan Allah yg Maha sempurna ni. Ada saja alasan nak bagi susu formula. Lagi pulak, yg bikin atia panas tu, bila ada yg menjawab, "alah.... kita pun dulu2 minum susu tepung je...Tak mati pun....Pandai je aku ni...Tak bodo cam lembu pun..."

Aduhai...lemah betul la dengar ni.. Ni bukan masalah boleh bawak mati ke atau isu bodoh. Sekarang ni, ialah, isunya kita nak berikan yang terbaik untuk anak2 kita. Betul tak! Terpulang pada kita untuk membuat pilihan. SUSU IBU adalah yang terbaik dan sempurna untuk anak kita. Allah yang ciptakan, tak layak nak dibandingkan dengan ciptaan manusia yang terbatas. Terpulangla... kepada setiap individu untuk menilai dan membuat pilihan. Anda yg menentukannya...

"Selamat menyusu. Semoga berjaya!!! "

Salam sayang..., :)
~atia~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...