My F.r.i.e.n.d.s

Jumaat, 22 Ogos 2014

Tips ketika susu kurang

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam sayang to all mommies n my beloved readers... Post kali ni, aku cuma nak share tips ringkas, ketika susu sedang merudum. Sila rujuk imej di bawah. Penerangan selanjutnya, di bawah imej.
**(Mohon abaikan picture yang kurang kualiti, n design tah pape tu yer. Baru study 5 minit wat infografik.)


Ok, ingat 5 perkara sebelum 5 perkara ya. Senang je kan. Objektif aku ialah nak pastikan semua ibu2 dapat teruskan penyusuan dengan jayanya sehingga 2 tahun. So, bukan ke arah 'pertandingan, siapa susu terbanyak'.

Hehe...bear in mind, kumpul stok yang banyak pun actually tak menjamin kita berjaya menyusu anak sehingga 2 tahun tau. So, please jangan over confident ya all dear mommies.

Tips ketika susu kurang atau merudum:

1. Pam 5 minit sahaja/ 1 jam sekali
Ok, kenapa aku maklumkan sejam sekali, bukan guna konsep sifir 3 seperti post sebelum ini. Hasil kajian dan penelitian aku menyimpulkan bahawa susu kita tidak tertakluk kepada rasa kosong n ringannya breast kita walaupun baru sebentar tadi kita dah nyusukan anak. Mr. LDR atau Let Down Reflex lah actually hero kita yang paling penting dan bermakna sekali. (betapa uniknya breast yang Allah anugerahkan ini kan...Subhanallah...).

1 jam = 1 oz
8 jam = 8 oz *dari dapat sebotol, dapat juga extra sebotol (pastikan terdapatnya LDR ketika pam)

So, ketika susu merudum ini, aku taknak kalian susah payah bawa balik pam ke rumah untuk wat power pumping lagi dah (wat waktu kerja sahaja n mohon rehat di rumah + kerapkan direct feeding). Apa yang perlu dilakukan ialah ambil masa 5 minit untuk pam. Sediakan digital time ya mommies sekalian. Supaya tak terlebih time n selain tu membantu korang detect saat ke berapa LDR korang datang. Setiap mommies berbeza ok... :)

"Saya takde masa!" What did u say? Takde masa??? Ok, cuba kaji semula time kalian seharian di ofis arini, atau kalau ada diari kerja, mohon semak semula. Adakah perbualan anda bersama persatuan mak jemah tadi memakan masa hanya 5 minit? Tidak bukan. Waktu bergosip biasanya lebih dari itu. Atau adakah waktu anda keluar minum pagi, berkeliar cari makanan n yang sewaktu dengannya...Hanya memakan masa 5 minit? Tidak bukan... So, inilah gantinya. Kurangkan bercakap, elakkan bergosip, gantikan dengan perkara yang lebih bermanfaat n berfaedah. Yang paling best ialah korbankan masa untuk anakanda tersayang. Moga setiap titisan susu ibu yang diperah dengan penuh kasih sayang serta doa, menjadikan anak kita mujahid n mujahidah di masa akan datang. Mana tahu usaha kecil ini membawa manfaat besar di akan datang. Insyaallah...Amin...

Bos atau rakan lelaki ada menegur? "Ko nih asyik mengepam je..." Kalau nak positif, kalian hanya perlu senyum n tabahkan hati. Sebab kita tahu diri kita kan. Kalau kita buat kerja dengan jujur dan amanah dan sangat menghargai setiap detik ketika waktu bekerja (kadang sebab dah risau kot dah termakan waktu yang banyak, aku sanggup tahan buang air kecil, ganti semula waktu aku curi untuk pam/ lain2 tadi...Atau boleh juga, extra kan working hours tu, untuk ganti semula masa yang dah diguna tadi...Mudahan istiqamah...)

Kalau nak negatif, anda boleh menjawab"Sila lihat cermin, dan lihat diri anda, atau mohon list down perkara yang telah anda selesaikan hari ini". (Psst...diorang keluar merokok, tengok handphone, buka youtube, main game n macam2 lagi...dah berapa minit diorang hutang company punya masa...) So, lihat semula juga pada diri kita. Harap kita tidak tergolong dalam golongan ini. Tetapi, insyaallah, biasa mummy yang menyusu tak begitu. Sebagaimana kita menghargai orang tersayang, begitu juga komitmen kita kepada perkara sekeliling...Insyaallah...Amin...

2. Minum air sebelum dan selepas pam (Air masak/ susu/ horlicks)
Jangan minum air sekali banyak. Nanti penat asyik buang air. Biar minum sedikit2 tetapi kerap. Pastikan air dalam badan sentiasa mencukupi, kerana Let Down Reflex ni juga terhasil jika cecair mencukupi selain dari perasaan keibuan yang tercetus.

3. Makan kurma/ badam/ coklat sebagai snek
Dari kalian semua asyik meratah cekedis (note to myself), baik kunyah makanan2 sunnah ni...Di samping dijadikan 'milk booster' dapat juga pahala sunnah... :)

4. Elakkan pam ketika stress/ penat/ badmood
Tengah stress eh? Jangan pam. Better tunggu sat2 lagi, Sebab kalau pam waktu tengah bengang, tension, nangis, penat...Tengok susu kurang lagi kalian down. Walhal, susu tu taknak keluar sebab mood kalian tu...


5. Zikir "Ya Matin" sepanjang waktu pam
Maksud Ya Matin (Maha Sempurna Kekuatannya). Banyakkan baca zikir ini. Sesungguhnya kita hanya mampu berusaha tetapi Allah jualah sebaik2 tempat kita mengadu, memohon dan penentu segalaNya...


Opps...Terlebih sudah...Ok, sekarang ialah hari jumaat n waktu rehat... Nak bersiap untuk memulakan kerja pula...

All the best to all of u...

Moga dipermudahkan urusan...

Menyusu itu indah :)

Ikhlas,

atia

*Mohon share jika rasa ia bermanfaat. Nak copy n paste pun boleh, yang penting mohon sertakan link sekali ya. Moga usaha yang baik dirahmatiNya...Amin.. :)

Rabu, 20 Ogos 2014

I'm back


Bismillahirrahmanirrahim...

Salam sayang buat all mummy's, bloggers n semua yang sudi singgah ke blog ini. Lama dah tak 'update' blog, rasa macam janggal pula nak menaip. Tapi rindunya...masya Allah pada kalian...

Bagaimanapun, kerinduan pada blog ini menjadi2 sejak ada hamba Allah  (Mrs. AA a.k.a Aina Angel) yang tak putus2 suh aku update blog. Syukur alhamdulillah, jika mummy2 yang singgah sini semuanya ada niat nak breastfeed, on the way nak breastfeed, sedang breastfeed dan yang sewaktu dengannya... Didoakan semoga kalian berjaya. Doaku tidak putus agar semua ibu yang menyusu di luar sana berjaya menyusukan anak sehingga 2 tahun dan kuat menepis cabaran yang mendatang...Amin...

Pada kali ni aku nak share, cabaran ketika hasil susu berkurang. Since, susu aku sendiri pun sedang mengalami production merudum. Bukan sikit ya...Sangat... Huhu...sedih... :,(

Tetapi mungkin aku tak tertekan sangat since susu beku (stok perahan), masih banyak lagi dan dapatlah cover mana yang kurang. Lagi pula, kalau dah habis sangat pun nanti, rumah aku dengan tempat kerja dekat giler...So, aku leh berulang-alik untuk direct feed anak aku. Ni semua rezeki aku sebab bersusah payah sejak time pantang n awal2 start kerja memang pulun buat stok...(Mentanglah belajar dari kesilapan yang lepas, stok susu tak cukup. So, memang sengaja ambil langkah berhati-hati)

Bagaimana pula dengan kalian yang mengalami situasi ini, tetapi masalah lagi berat bilamana, usia baby kurang 6 bulan (lagilah sayang nak beri susu formula), stok susu perahan 'back up' langsung tiada, rumah atau tempat nursery baby jauh. Mummy yang tergolong di sini ujiannya lebih berat. Harap kalian bertabah hati. Jangan sedih. pasti semua ni ada hikmah disebaliknya. Kadang Allah uji sekarang sebab nak berikan peringatan buat kita, supaya akan datang rancang lebih awal... atau Allah rindukan kita, dan sengaja kita diuji supaya semakin tunduk, tawaduk dan berserah padaNya. Sebabnya, kita hanya mampu merancang dan berusaha tetapi Allah jua yang menentukan. (Ha..mendalam tak maksudnya...Actually note to myself...)

Untuk cabaran yang berat seperti di atas, cadangan aku ialah jangan stress kan lagi keadaan korang. Cuba detect apa yang menyebabkan hasil susu kalian berkurang, contohnya stress kerja, penat, badan tak sihat, expectation tinggi, makan kurang, kurang minum air, baby direct feed kurang, skip pam berkali-kali dan sebagainya. Detect dulu n cuba atasi hasil 'detection problem' yang kalian dah kesan tadi. Contoh kalau sebab stress, cuba ambil cuti atau atasi stress tu dari memakan diri. Kalau sebab sebab skip pam berkali2, yang ni kenalah cuba gak curi masa nak pam, walaupun 5 minit saja. (cuba refer post aku yang lepas2. Ada tips yang aku share, lepas pam takyah cuci corong tu, terus simpan dalam cooler bag atau peti ais, so dah banyak jimatkan masa). *Kes skip pam ni maaf cakaplah, aku pun takleh nak tolong sebab, yang ni memang antara PUNCA UTAMA (ha..amik ko siap caps lock lagi) hasil pam berkurang. Ulang lagi sekali ya...PUNCA UTAMA.... So, cuba curi jugak time tu. Next time kalau aku sempat aku share lagi...Cara aku menyelitkan diri untuk pam susu.

Untuk hasil post arini, aku rasa sekian di sini dahulu. Sebab aku baru je nak bersiap ke ofis ni ha... Harap aku konsistenla nak update blog ni pasni...Since inilah minat aku sejak jatuh cinta dalam dunia 'breastfeeding' nih...

Sekian. Miss u all....See u again...

Menyusu itu indah

Salam sayang,

atia



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...