My F.r.i.e.n.d.s

Rabu, 9 Mac 2011

Susu badan kurang? Salah faham tentangnya...

Isu ni biasa kita dengar dari mulut2 kebanyakan ibu di luar sana. Even org2 yang berdekatan aku juga..Memang kadangkala susu kita tak seperti yang diharapkan. Tambah lak, time baby nak menyusu, flow susu tak berapa bagus, anak pun dah melalak sampai sekampung dengar, hanya menambahkan panik di dada.

Korang mesti ada yg kata, aku bolehla cakap sebab tak pernah kena. Harap maaf kawan2, semua tu aku dah lalui. Tapi, sekuat mana dan sebijak mana kita nak menanganinya, kita kena rajin bertanya pada yang pakar@ibu2 yang berjaya dan paling utama, mesti banyakkan berdoa kepada Allah swt,spy melimpahkan susu yang banyak serta cukup buat anak kita.

Ok, ni aku nak share pengalaman anak yg 1st dulu ye. Masa Wafiy kena tahan kat hospital Batu Pahat bcoz of jaundis. Ada satu malam tu, dia melalak kuat sangat tak semena2, walhal aku dah nyusukan dia dengan banyaknya (rasa akula kot). So,aku bertindak panggil nurse. Sbb time tu tengah malam,aku merayu2 pada nurse tu supaya benarkan suami aku masuk. Dialah sumber kekuatan aku masa tu. Tapi, nurse tu tak kasi, dia kata,klu aku wat camtu, org lain pun mesti nak jugak. Sebab dalam ward tu, hanya ibu2 sahaja. So,lelaki takleh teman. Tapi,aku memang panik sangat time tu n rasa tertekan gila. Sampaikan,aku cuba nak nyusukan dia semula (sebab nurse tu kata,maybe dia lapar). Anak aku leh tak mahu minum. Hisap lepas, hisap lepas pastu terlalak2..Aduii..nak wat cane ni. Aku pun cakap kat nurse tu,"tolg ajarkan saya perah susu kak,mgkin dia nak minum klu guna cawan" .

Nurse tupun ajarla. Sblum ajar, dia sentuh breast aku dulu. Dia kata,"Lembut je ni, tak bengkak pun, agaknya susu kurang tak?" Hah..terus merudum smgt aku time tuh. Tp, aku tak layan. Aku yakinkan diri sdiri, aku kata dlm hati, tak mgkin susu aku kurg, takkan Allah tu kejam, izinkan aku melahirkan ank ke dunia ni, tapi, susu tak cukup pulak utk anak. Ni mesti ada something wrong somewhere. So, aku dgn confidentnya ckp, "Taklah nurse,susu sy banyak, anak sy minum sampai tersedak2." Memang pun, klu tiap kali aku nyusu,dlm 5-10 minit kemudian,mesti tiba2 susu aku memancut2. Sampai anak aku minum pun tercungap2. (Ni,nanti aku akn cite dlm topik let down reflex)

Tapi,buktinya mana ada, sbb time tu (susu terpancut2) klu anak aku nyusu.Ni skrg dia tgh tanak pulak depan nurse tuh..Pastu, kbetulan pulak,nurse tu dah ajar aku cara perah, tapi awat la aku time tu cam lembap sangat. Tak faham2. Aku tak reti guna tangan. Sampai melecet2 breast aku,aku perah demi nak kuarkan susu. Adala dpt dlm sesudu.Punyala besar cawan nurse tu kasi. Wat malu aku je. Sebab yg lain2 tumpah meleleh2 kat kain batik. (Ooo..sekarang dah expert dah perah guna tangan..hehe..Practice makes perfect). Last2 aku minta tolg nurse tu kasi aku skit susu formula. Tapi,mujurla, dia try kasi yg susu aku pun anak aku tak nak. Nasibla ada nurse sorg lagi,amik anak aku,n try gosok perut dia ngan minyak panas.Pastu lena dia tido.Rupanya dia kembung masuk angin. Yela, dok bawah lampu biru tu mana leh pakai baju. Sedangkan aku yg berbaju ni sejuk, ni pulak kan baby.

Ada lagi, time aku tgh sakit, memg aku dpt rasa flow susu kurang N lambat.Tapi,aku still tak nak guna alternatif bagi susu formula. Mujurlah,hubby aku amik baby,n pujuk baby kejap,sementara aku minum n makan sikit n tenangkan diri dlm beberapa minit. Alhamdulillah, pastu flow susu ok.

Ok, biarlah aku beri gambaran ringkas sajalah tentang salah faham susu badan kurang nih. Sian lak korang nak baca banyak2. Antaranya;

1.Bila perah atau pam, susu keluar sikit sangat. - Kadang2 ini disebabkan pam tu tak sesuai dengan kita atau cara kita perah tu salah. Takpun, kita tak pandai stimulate diri kita, atau mind set kita yang kita sedang memerah susu. Kadang2 kita tak perasan,kot2 dalam hati tu tengah tak tenang ke. Tempat tu tak sesuai ke. Ni,kita kena pandai2 cari tempat yg sesuai,beli pam yg sesuai,tenangkan diri, tapi yg paling utama, sebelum pam@perah ada baiknya kita berdoa terlebih dahulu. Insyaallah pasti mudah segalanya. Lagi satu, kadang2 kalau kita perasan,bila anak menyusu direct, susu ada. Tapi bila pam macam tak nak keluar. Nipun ada kemungkinan pasal pam gak dll spt yg aku ckp tadi. Ha,ni nak ingatkan setiap individu berbeza amaun susunya. Sebab susu kita ikut kperluan anak2 masing2. So, tak perlu compare n jangan pernah nak compare. Kita je yg perlu yakinkan diri sdiri. Ok!

2. Breast masih lembut,macam tak de susu je.
Oh ya.Aku pun sama, hari ke4 baru ada susu. Susu aku lambat keluar. Tapi,aku tak putus asa. Aku kerapkan penyusuan aku. Bila anak aku asal nampak termuncung2 sikit (macam anak burung tuh..comel kan...) aku suakan je breast. Walaupun baru je pas nyusu 30 minit tadi. Sebab lagi banyak stimulation,lagi cepat susu keluar n lagi banyak susu.
*Padahal, nurse yg datang umah kita tu (masa hari dalam pantang), tengok najis anak aku masih hijau lagi, dia cakap aku ni macam kurang susu.Tapi,aku still tak nak kasi susu formula. Sebab bila kita dah mula campur. Insyaallah susu akan berkurang.Sekarang alhamdulillah susu aku banyak n cukup utk bayi aku.

Ada beberapa sebab lagi...later aku update ok..:)

5 ulasan:

Shaza Shamsuddin berkata...

ya betul! hehehe.. walau berjuta orang cakap susu kita tak cukup, jangan dok dengar, masuk telinga kanan keluar terus bedezup2 telinga kiri. yakin, yakin dan yakin setiap ibu cukup susunya untuk anaknya. ;)

zahirah zainal berkata...

Betul tu kak, tp kuat tak kuat kita nak tahan telinga dan tak luntur semangat, ialah terpulang pada kita sendiri. Kita yg tentukan..Peace...! :)

kedaicantikdanlawa berkata...

tahniah dgn blog anda..pemikiran yg same dgn sya..susu sy xpenah kuarng..sentiasa byk dan bykktahukah anda sy ibu yg bekerja juga totally BF anak sy..sume simpanan stok susu sy perah dr tgn sj..slame 8bln..xpnah pam..perah saje..alhamdulillah,melimpah2 susu nye..

zahirah zainal berkata...

~mrsmodziqa~ tahniah...tanpa pam, tapi masih fully breastfeed dan ibu yg bekerjaya pula tu....
Maknanya, tak semestinya org yg tak mampu beli pam @ breast dia tak leh terima pam (bila pam susu tak keluar), still boleh continue breastfeed walaupun dah naik ofis...Semoga anda menjadi idola pada ibu2 yg lain..Dan saya sgt kagum pada ibu yg fully "marmet" (perah guna tangan) ni..Sy masih dalam praktis make perfect lagi...huhu..

mamaizz berkata...

Hi mommies.. Cemburu sgt bila baca mommies bg full bf. My son bru 5 bln, full direct bf.. Xdpt nak pump buat stok sbb baby xnak minum guna botol. Syukur la tmpt keja ada nursery..so dpt bf baby anytime..tp time busy cian gk baby smpi tertido tgu nak bf..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...