My F.r.i.e.n.d.s

Khamis, 19 Mei 2011

Berapa kali perah susu ibu?

Salam,
Kali ni ada lak mummy yg nak tahu, berapa kali kita perlu perah susu ibu?

Jawapannya senang sahaja;-
1. kita MESTI PERAH SEKURANG2NYA 4 KALI ketika waktu kerja.
2. Pam setiap 3 jam. Sila gunakan prinsip sifir 3 aku, okeh!... :)
3. Pam juga bila terasa breast dah penuh @ bengkak.
4. Kalau berkursus, mesti dan WAJIB PERAH setiap 3 jam. Luangkan masa 10-15 minit untuk keluarkan susu. Ini untuk rangsangan susu yg berterusan, ketika ketiadaan baby di sisi kita. Dan juga supaya salur susu kita hantar signal ke otak untuk produce susu lagi.

Thermos EBM? Apa tu?


Salam,
Tajuk apa ni? Siapa yg bertanya soalan ni? Ibu mana yg bertanya? Relax...jgn peduli semua tu. Apa yg aku nak sampaikan di sini, mudahan bermanfaat kepada semua ibu2 di luar sana. Bagus juga ada ibu yg cari maklumat tentang ini.

Tapi, maafla, sebenarnya aku kurang jelas dengan keyword ni. Ada 2 kemungkinan yg aku nampak di sini.

Situasi 1:
Adakah ibu ini sedang mencari thermos untuk simpan EBM dalam masa sejam setelah dipanaskan? Tapi untuk apa, kalau dalam sejam, biasanya susu tu memang boleh habis. Kecuali kalau dia panaskan susu lebih dari amaun yg baby perlukan, so, berbaki lagi. Sebenarnya tak boleh uruskan EBM cara macam ni. Sebaiknya siap2 isikan susu dalam 2oz (lebih kurang=ikut amaun anak minum banyak mana) setiap botol. Supaya setiap kali minum, susu tu dah habis. Dan untuk next feeding, panaskan susu yg baru. Kalau tak, dikuatiri, susu yg dah diminum tu, kita simpan baki dia, sama ada bakteria dari mulut baby sudah membiak dalam botol susu tu atau pun susu tu kemungkinan dah hilang nutrien atau dah basi.

Situasi 2: (pernah terjadi kepada aku masa anak yg 1st)
Atau mungkinkah pengasuh si ibu tadi yg mintak thermos ni? Aku pernah kena situasi gini. Sebabnya, dia nak mudahkan kerja dia. Semua susu2 aku tu, yg 10oz tu dia nak panaskan sekaligus. Sebab dia kata, ibu2 lain pun buat gitu boleh je. Aku yg tak tahu apa2 pada ketika itu, bersetuju saja. Tapi, syukur alhamdulillah...aku tak sempat hantar anak aku pada dia. Sebab ada masalah lain yg tak dapat dielakkan. So, INGAT...jangan izinkan pengasuh PANASKAN SUSU SEKALIGUS dan MASUKKAN DALAM THERMOS!!!... Susu yang telah dipanaskan hanya bertahan lebih kurang sejam sahaja. Kemudian perlu dibuang ok!.

Sekian untuk kali ini. Harap jawapan ini membantu si ibu tadi.

Happy breastfeeding...! :)

Masa pam paling efektif, guna PRINSIP SIFIR 3 !

Salam,
Entri kali ni khas untuk semua ibu2, terutama yg pertama kali nak menceburkan diri di dalam bidang breastfeed ni. Kenapa aku sebut ingat sifir 3? Sebab sifir 3 ni, kita dah belajar sejak sekolah rendah lagi, N sentiasa terpahat dalam ingatan. Prinsip ni, aku yakin, aku ialah orang pertama yg memikirkannya. So, mana2 kalau korang jumpa, orang nasihatkan tentang prinsip ni, ia berasal dari aku, ok! :)


Prinsip sifir 3 ni, kita gunakan untuk "pumping session" iaitu waktu mengepam. Sebab aku guna prinsip sifir 3 ni, supaya korang mudah ingat N alert waktu mengepam korang. Idea aku gunakan sifir 3 ni disebabkan, jarak waktu mengepam yg paling maksimum ialah 3 jam. Ni untuk me'maintain' kan hasil susu korang supaya susu tidak berkurang. Selang masa ni, sama seperti jarak masa baby nak menyusu. Biasanya di awal2 kelahiran dalam 2 jam sekali baby menyusu, kemudian semakin meningkat umurnya, akan jarak 3 jam sekali (lebih kurangla...).

Paling simple, cuba setkan sesi mengepam korang pada waktu ini. (aku ulang lagi...padahal dah cite dah sebenarnya dalam entri yg lalu...tak pe, anggap as a reminder je...ok!) . Kita kan ada masa 24 jam. Tengok jam bulat tu, kalau kita bahagikan kepada 4 bahagian, kita akan nampak angka 3, 6, 9 dan 12 kan.



So, apa kata, setkan sesi mengepam korang pada jam ini;-
Sesi pertama:  9 pagi
Sesi kedua:    12 tengahari
Sesi ketiga:     3 petang
Sesi keempat: 6 petang

***Penting:
1. breast bengkak ke atau tak bengkak, memang kena perah..!!!.Sebab itu adalah cara kita merangsang kilang susu kita supaya sentiasa aktif. Sebab, walaupun breast tak bengkak susu akan keluar juga. Tak kira walaupun sedikit, janji, habis semua sesi mengepam, hasilnya tu, tetap cukup untuk anak kita.

2. Hasil susu setiap kali mengepam memang berbeza, takkan sama. Maksudnya hasil pam tu tak statik. Contoh hasil pam aku;-


- sesi pertama : 6-7 oz
-sesi kedua : 4-5 oz
-sesi ketiga : 4-5 oz
-sesi keempat: 2-3 oz

Ni hasil pengeluaran susu aku untuk 4 sesi (biasanya berubah2, kadang2 dapat antara 13oz hingga 18oz). Kita masing2 lain hasilnya, ada ibu yg banyak, ada ibu yg sikit. Sebab keperluan setiap anak berbeza. Jadi, jangan terpengaruh, ngan orang2 yg tengok hasil susu kita, pastu tegur, "cukup ke susu tu? " Jawab je, "insyaallah cukup...memang anak saya minum banyak ni."

3. Kalau ter'skip' waktu mengepam disebabkan hal2 lain yg menghalang, korang pam je antara masa tu. Contoh kalau waktu pam jam 9 pagi, tapi tgk jam dah kul 10.15 pagi, (masa pam, tetap perlu pam), so, hasil susu tu, anggap hasil untuk sesi pertama. Kalau, sesi jam 12 tengahari, terpaksa pam 1 petang (waktu lunch), anggap sesi yg kedua...dan begitulah seterusnya...

Rasionalnya sebab, kalau kita nak agak2 jarak 2/3 jam sekali perah. Contoh korang perah jam 10.15 pagi, nanti sesi yg kedua korang adjust masa pas 3 jam kemudian, maksudnya time perah jam 1.15 petang. Kan macam susah kan. Kadang2 terlupa, tu yg ter'skip' waktu pam susu tu!...Betul tak... :)



~ Perkara ni boleh dipraktikkan, kalau dah start kerja. Kalau untuk ibu2 berpantang pun boleh (untuk kumpul stok). Sebenarnya,sebaik2 waktu pam bagi ibu yg sedang berpantang ialah, pam sebaik sahaja lepas menyusukan baby. Masa tu tahap hormon prolaktin tinggi. Tapi, kadang2 korang tak sempat atau penat. Guna je prinsip sifir 3 ni. Baby menyusu bila2 sukati dia. Timing baby nyusu tak effect, (time baby nak susu, kasi je direct feed dari breast, jangan kasi yg perah lak..tu untuk wat stok!) Cuma kalau korang nak wat stok, pamla ikut prinsip sifir 3 aku ni. Insyaallah,korang takkan ter'skip' masa tuk mengepam, malah susu korang semakin lama akan semakin meningkat hasilnya...Insyaallah...

Oklah..sekian utk kali ini. Mudahan bermanfaat...Insyaallah...

Selamat menyusu, Happy2 selalu...N jangan lupa, sambil menyusu, sambil berzikir serta berdoa... :)

Wassalam...

Selasa, 17 Mei 2011

Menyusu tidak SEMUDAH yg disangka dan tidak SESUKAR yg disangka!

Bismillahirrahmanirrahim....

Salam, kepada semua hot mummy yg solehah serta mithali (mudah2an)...

Entri kali ni, aku dapat ilham, coz tiba2 teringat kat beberapa sahabat tersayang yg beriya2 nak breastfeed anak2 mereka, tapi ter'brek' di tengah jalan. Frust tak dengar? Aku lagi frust sebab, diorg dapat ilmu breastfeed, dari sebelum bersalin lagi. Yg aku ni, dahla takde ilmu, cuma dapat nasihat dari idola aku (kak shaza) N nasihat serta pesan dari mak N kakak ipar aku time pregnant (tupun pesan gitu2 je). Totally "zero knowledge". Kata2 diorg yg aku ingat ni hah; "atia, sok bersalin nyusu badan tau!." Kalau nak tau citer lanjut, sila rujuk entri lama aku " BILA JATUH CINTA PADA BREASTFEED" dalam label IDOLA BREASTFEEDING.

Yg sahabat aku ni,punyalah beriya aku bagi nasihat macam2, n aku cakap kat dia, dia untung dari aku, sebab dapat ilmu pasal breastfeeding awal2 pregnant lagi. Yg aku ni, dah bersalin, baru terhegeh2 merangkak, cari ilmu sana-sini. (huh...cukup hebat cabaran aku, kalau tak kuat, susu formula la jawabnya). Syukur alhamdulillah...berjaya juga! :)...

KENAPA MENYUSU TIDAK SEMUDAH YG DISANGKA:
(berdasarkan pengalaman aku yg zero knowledge tentang breastfeeding, N baru bersalin sulung)

1. Susu aku ni, ada ke tidak? Dah bersalin breast tak bengkak pun. Tapi, bila picit nipple, adala kuar kuning2 tu. (kolostrum)
2. Mama & arwah babah datang hari ke2 pas bersalin, suh top up susu formula, sebab katanya budak tak kenyang. (Mama cakap,keturunan kita kurang susu. )
3. Kawan2 datang melawat kat hospital, suh ajar bagi anak susu formula. Sebab nanti dah naik ofis takut masalah, budak memilih susu. Lagipun, susu kita akan kurang bila naik ofis. (kata diorg)
4. Makcik2 N sedara husband (tak semua), suh top up gak susu formula, sebab takut budak tak kenyang. Memang puji niat aku nak breastfeed, tapi suh top up gak sikit. Sebab, citer,pengalaman diorg yg nyusu badan, tapi top up gak ngan susu formula sikit. Diorg kata biasalah tu.
5. Mula2 nak sesuaikan diri, adjust cara selak baju, macamana gaya nak nyusu anak (last2 aku jadi wanita yg paling seksi dalam bilik, setiap kali nak breastfeed, tanggalkan semua <baju & bra> ).
6. Bila ada org yg datang melawat suh top up susu formula, semangat jatuh. Down giler. Susu seolah2 macam tak nak keluar. Depan "org2 tu" lak tu. Lagila,mengiyakan pasal susu aku tak cukup. (Rupanya, kalau kita stress memang effect). Bila aku bawa diri, masuk dalam bilik, minta excuse nyusu anak jap, terus susu mencurah2.
7. Start keluar gi jalan2 kat shopping mall, punyalah menggelabah, cari tempat untuk menyusu. Sebab, tak pandai adjust cara selak baju depan orang ramai.
8. Mula naik ofis, start pam kat ofis, kena sound ngan beberapa org akak yg kurang senang tengok aku asyik ngepam je. (pada ketika tu, status "fully breastfeed" ni masih dianggap pelik.) Aku dilabel, orang yg paling degil kat ofis.
9. Kena sound kat ofis gak, pasal nape tak pam siap2 kat umah. Sebab, seolah2 aku ngepam kat ofis tu, macam mengganggu tugas aku.
10. Mula2 pam, kawan2 kerumun, susu terus stop. Sebab ada org tegur, nape susu cair? Padahal, susu ibu, mula2 keluar, memang air, kemudian baru susu yg pekat & lemak yg akan mengenyangkan baby.
11. Susu aku pam, kadang2 banyak, kadang2 sikit. (Rupanya itu perkara biasa. Tak semestinya, sekali pam dapat 5oz, setiap sesi kita akan dapat banyak tu. Yg penting, lagi kerap kita pam,lagi banyak susu akan "produce").
12. Stok susu tak cukup, time kena gi kursus. (Padan muka, siapa suruh tak kumpul stok banyak2 masa
berpantang).
13. Bila stress N sakit susu kurang.
14. Ada makcik husband pesan suh beri air masak pada baby, kononnya badan kita perlukan 70% air,(masa tu baby bawah 6 bulan), aku jawab tak perlu. Last2 kena marah ngan makcik tu sebab dia kata nurse tu tak betul! Masa tu, tak de ilmu lagi, cuma ikut nasihat nurse saja. Sekarang dah tahu jawapannya kenapa tak perlu, sebab susu ibu mengandungi 80% air.
15. Bila breast bengkak, biar je. Konon sayang susu nak buang, nak tunggu sampai rumah baru pam. Kebetulan ada function N terlupa bawak aksoseri pam. Rupanya, kalau dah terdesak, lebih baik perah keluar susu tu. Sebabnya, takut bila bengkak, akan menyebabkan demam, seterusnya jadi mastitis atau terkena jangkitan kuman. Lagipun, effect susu berkurang. Sebab,tiada permintaan pada kilang susu.
16. Nipple kena cuci setiap kali pas menyusu. Penatla weh kalau gitu, buatnya nyusu dalam keta, nipple lum cuci lagi, terpaksa kasi anak susu formula jap. Makcik nih, silap beri nasihat kat aku la...(nurse yg agak berusia di Hosp Batu Pahat, hish,nak kena babab nih!). Rupanya, nipple kita mempunyai sebum yg mengeluarkan agen antibakteria la..
16. Cabaran2 pertama kali breastfeed, kalau tak dengar masalah N cabaran ibu2 yg berjaya..mungkin agak susah laluan yg perlu kita tempuhi.
17. Kalau tersilap pilih kawan, bertanya pada ibu yang gagal breastfeed, kita akan gagal juga.
18. Dan lain2 lagi yg aku mungkin terlupa nak citer........


KENAPA MENYUSU TIDAK SESUKAR YG DISANGKA:

1. Sebab, anak aku yg 1st dah berusia 2 tahun 2 bulan, dan dah diberi minum susu tepung dutch lady 123. Penatnya nak bawak air panas, ngan susu N segala perkakas menyusu botol nih.
2. Kalau dah expert menyusu badan nih, nyusu dimana2 pun takpe.
3. Tak payah bangun malam dari tempat tidur untuk bancuh susu. Cuma selak je baju.
4. Boleh menyusu dimana2, tak kira masa. Sebab susu sentiasa tersedia. Takde istilah tak cukup susu. Insyaallah...(Tak payah nak cuci2 botol susu, bancuh susu dsbnya.)
5. Kalau dah faham diri kita, kenali struktur breast kita, kita akan merasakan, tugas menyusu ni, adalah perkara yg paling MUDAH serta MEMBAHAGIAKAN kedua2 ibu dan bayi.

Dengan rendah hatinya aku nak share dengan korang bahawa aku telah menyusukan:-
1. Muhammad Amir Wafiy (12/3/2009)

- secara exclusive (hanya susu ibu semata2), tanpa sebarang bendasing lain (termasuk air masak) selama 6 bulan
-diteruskan menyusu secara penuh tanpa setitik pun susu formula, tetapi dengan makanan tambahan (spt bubur nasi dll) dari 6 bulan sehingga 1 tahun 3 bulan
-masih menyusu badan 1 tahun 4 bulan, tetapi campur dengan sedikit susu formula (sebab pregnant, susu masih ada, tapi aku tak mampu perah sebab nipple sakit, cuma direct feed shj), terus menyusu sehingga bersalin anak kedua.

2. Muhammad Ilman (10/1/2011)

-sedang menyusu secara eksklusif tanpa susu formula, air masak dan bendasing lain...

So, kesimpulannnya, berdasarkan apa yg aku lalui, takkan sama dgn apa yg korg bakal dan telah lalui, yg penting...rajin2kan diri mendengar serta berkawan dgn ibu2 yg BERJAYA menyusu ni. Semoga kita semua menjadi sumber inspirasi kepada anak2 keturunan kita untuk turut menyusukan badan. Dan paling utama, semoga setiap titis susu yg mengalir ke dalam perut anak kita, menjadikan anak2 kita anak2 yg soleh dan solehah serta mendengar kata kedua ibubapanya...amin....

Ingat, MENYUSU ITU FITRAH SEMULAJADI SEORANG IBU. Bagaimana kamu mampu mengandung seterusnya melahirkan, pastinya kamu mampu jua menyusukan...

Happy breastfeeding! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...