Salam,
Setelah beberapa ari tak menulis, arini, aku rasa patut jua meninggalkan sedikit sepatah dua kata. Walaupun, time agak 'pack'.. Sebabnya, aku nak share pngalaman aku ketika berkursus di INTAN kiara baru2 ni...
Cerita yg aku nak share ni, ialah aku pergi berkursus di INTAN selama 5 hari (13-17 jun 2011) secara berterusan. Tak masuk ofis aku minggu lepas. Yg aku nak citer, bukan pasal kursus aku tu. Aku nak citer, pengalaman aku berada kat situ sebagai ibu yang bekerjaya tetapi masih menyusu "fully". So,maknanya, kita kena pam kat tempat kerja kan. Walau apa jua halangan yg mendatang.
So,nak dijadikan cerita, siapa yg pernah pergi INTAN KIARA tu, tahu keadaan dia camana kan? Dgn jauhnya,nak berhijrah dari satu tempat ke satu tempat. Mak aii...Menggigil lutut aku ni, dgn bawa barang2 aku yg banyak tu. Maka, bermulalah kisah...
ISNIN~13 Jun
Pagi tadi, sampai2 je dah kul 8 pagi. Dah mendaftar, start kelas jam 8.30. So,aku TERPAKSA SKIP waktu pam aku jam 9 pagi. Dgn, sabarnya, aku layankan saja kursus tu. Ada time minum, 15 minit, aku macam takut2, sebab baru 1st day, so aku tak perah. Aku tunggu jam 12.45 waktu rehat untuk mengepam.
Keluar je dari bilik seminar tu, aku pun cari port utk mengepam. Masa yg terhad, dgn transit jauh giler nak menapak, betul2 menguji kesabaran dan mencabar keimanan aku tadi. Sebab, perut dah lapar, fikir nak pam lagi (maklumlah tempat baru).
Syukurlah ada akak yg tgh pregnant sudi menumpangkan aku. Dan sambil2 menikmati pemandangan kiri dan kanan yg indah (dlm kereta ) menuju ke dewan makan, aku citer serba sedikit pasal breastfeed, alhamdulillah, dia memang ada niat nak breastfeed. Cuma,ramai orang sekeliling dia yg tak support, termasuk cik hubby. Pape pun, aku doakan semoga dia berjaya dan tabah menghadapi segala dugaan sepanjang breastfeed anak dia nanti. "Semoga berjaya kak niza...Orang doakan susu akak melimpah ruah utk anak akak yg ke 5 nih...amin.."
Dah sampai dewan makan, aku dah tak tahan, nak pam jugak. Tak kira!!! Breast aku dah mula rasa berat sangat. Aku nampak je satu sudut, terus aku duduk mengepam. Tapi, awat susu tak berapa nak keluar. Mengalir je...cam ada tak ada...Tapi, aku teruskan jugak beberapa minit. Dah 5 minit berlalu, macam tu jugak, aku pun dah mula badmood, perut dahla pedih lapar. Susu tak mo keluar pulak. Aku belek2 mesin tu. Rupanya pam tu yg problem. So,aku pun dah mula panik. Masa dah suntuk. Kul 1.30 ptg waktu makan tamat. Aku cabut semua2 tu. Aku perah guna tangan. Tapi, agaknya, jiwa aku dah tak tenteram. (bengang punya pasal, pam dah rosak). Susu yg keluar sikit jugak. Emosi kena jaga...tapi aku memang di luar kawalan. Argghh...tension!!! Ya Allah berilah daku kekuatan. Dengan hasil 3oz tu. (sepatutnya, dah skip jam 9 pagi N 12 tgahari waktu pam, aku patut dapat 8-10 oz. Tapi, 3oz je yg mampu keluar) Aku pun stop.Terus berlari kejar masa tuk makan pulak.
Dah tu,pas makan terus ke surau. Solat n try pam lagi. Alahai..ramai betul org kat dalam tu. Pastu, ada pulak yg menegur, " eh, sikit je susu..." (Hampeh tul, terus susu aku tak kuar!) G pun, org2 kat situ, asyik tgk2 je. Cam serabut lak aku. Sebab tmpt baru..Maklumlah..tak biasa lagi...Hmm.., aku pun cuba kuatkan smgt. Cuba perah guna tangan. Hish..dah dekat 20 minit, yg dpt 1.5 oz. Sabar jela..Tapi, aku tak lupa bersyukur, aku berkata dalam hati, "alhamdulillah..ada juga hasilnya (walaupun dapat 1.5oz)."
Huaaa..tak leh lupa kenangan ni, breast aku melecet, smpai berdarah2...Aku nak cepat, pastu masih belum mahir sangat guna tangan...Tapi, tetap kuteruskan jua proses memerah... :(
Pastu, total hasil perahan yg aku dapat bawa balik hanyalah 9 oz (biasa leh bawa balik dalam 16-19oz).Berbeza sangatkan..So, kalau korang hadapi situasi yg sama, harap jgnlah berputus asa ok! Anggap walau apa jua halangan, masa menyusu jangan diabaikan.
SELASA- 14 Jun
Hari ni, aku macam dah malas sikit nak pergi kursus, pasal teringatkan pam yg sudah rosak, N port nak mngepam jauh giler. Pastu, semalam bawa balik susu pun sikit. Sebab, tak dpt pam ikut time. Kalau silap2, mana2 ibu yg tiada pengalaman memcabar ni, bila tengok hasil susu sikit, sure diorang dah anggap, susu diorang dah berkurang. Sebenarnya, tidak sama sekali. Yg penting jangan putus asa dan mesti rajin. JANGAN cakap, "susu saya kurang aritu, tu yg terpaksa top up susu formula."
Sebab bila aku tanya, "pastu ada perah tak? Ganti balik susu yg short tu." Diorang biasa akan jawap, "alah...malaslah..tak kuasa aku...@ ahh..penat ah..leceh. Perah pun dapat sikit je, baik tak yah perah...Penat je...!"
So,nampak tak apa yg aku cuba nak sampaikan sekarang ni...Jawapan, ibu2 yg kata susu diorang kurang...aku tak leh terima. Sebab, semuaaa...tu aku dah lalui, dan aku cuba atasinya dgn penuh kepayahan dan kesakitan demi untuk anak aku. (mula2 je, N kadang2 je, pastu...insyallah..semuanya akan berjalan dgn lancar...)
Ok, sambung balik..tepat jam 9 pagi, kelas memang tengah berjalan. Macam biasa tengok angka 9 je, aku dah teringat time perah. Aku time kursus, memang pakai blazer. So, sebelum keluar bilik kuliah, aku masukkan 1 botol susu kosong yg dah siap2 steril dalam poket blazer aku. Cam biasa, aku keluar seolah2 gi toilet. Pastu, aku gi cari kelas yg kosong. Alhamdulillah, betul2 sebelah kelas aku ada kelas kosong. Gipun, mak cik jaga toilet lelaki tu yg tunjuk aku kelas kosong. Syukurlah..Allah mudahkan urusan.. (Haha..nak tau camana m.cik tu leh tunjuk kelas kosong tu? Aku nak gi toilet, memang nak gi toilet pun. Tapi, toilet perempuan kat bawah. Sambil2 aku nak gi toilet tu, cam biasalah, aku ni kan peramah orangnya, so aku senyum2 kat m.cik toilet tu. Sambil senyum2, aku pun cakaplah, "hmm..m.cik, kat sini semua tmpt jauh2kan, saya nak perah susu pun, tak tahulah kat mana ni ha...(sambil tunjuk botol susu aku).", Pastu, m.cik tu pun jawab,
"Dik...ni bilik ada yg kosong, masuklah, lepas tu jangan lupa dikunci pintunya. Takut ada yg masuk. Biasanya ada orang yg akan datang, cek bilik kosong.". Aku pun membalas, "tima kasih banyak2 m.cik....tima kasih..."(dgn nada yg terharu...)
Syukurlah, Allah mudahkan urusanku...Oh ya,lupa lak nak beritau, semalam hari isnin, ada hamba Allah yg berhati mulia (pegawai INTAN) sudi membantu, tunjukkan aku surau yg berdekatan dgn dewan makan untuk aku jadikan port untuk memerah. Aku dah lupa nama dia, yg aku tahu dia belum berkahwin lagi, aku doakan semoga dia bertemu jodoh dgn lelaki yg baik dan soleh...amin...
Tapi, aku tak guna pun surau tu. Sebab semua budak2 kursus tu, pas makan gi surau utama tu. So, aku takut ketinggalan kelas ke apa, kalau sorang2 nanti payah kan. So, aku ikut lah budak2 tu gi surau yg sama.
Hari kedua perah guna tangan pun masih dapat sikit lagi. Breast pun tetap luka2 melecet. Aku pelik la, nape sampai luka2, padahal aku tekan tak la kuat sgt. Bila aku kaji2 (cewah, macam pengkaji ilmu alam da..), rupanya setiap kali aku perah, susu tu meleleh kat tangan. Pastu, bila mengering, tangan jadi melekit dan kesat, tulah yg buatkan dia melecet tu.
Sekarang baru aku tahu. bahawa teknik memerah yg aku praktikkan selama ni salah. Betapa pentingnya belajar teknik marmet (memerah guna tangan) ni, bila kita mghadapi situasi begini. Pam rosak. Klu tak reti 'marmet', memang masalah besar!. So, belajar2lah dgn nurse, bila ada kesempatan.
Hari ke 3 hinggalah hari terakhir (jumaat), aku tetap terpaksa perah gunakan tangan, dan alhamdulillah, kejadian yg menimpa aku, memberikan impak yg besar pada aku. Iaitu, NAK TAK NAK, AKU TERPAKSA JUGA PERAH SUSU GUNA TANGAN. Dan, syukur pada Allah, aku dah semakin mahir...Kalau tak kerana kejadian ini, mungkin aku takkan praktikkan teknik marmet ni sampai bila2, dan anggap 'breastpump' tu, ialah benda yg paling PENTING. Rupanya, bila rosak, jalan terakhir, kita gunakan manual juga kan...Memerah guna tangan. Paling jimat dan semulajadi...
Dan hikmah yg lain, kita boleh perah di mana2...Walau di mana saja dan tak kira masa. Janji adatempat tersembunyi sikit, perahlah...YANG PENTING, semua botol susu, siap2 steril dari rumah. Tempoh steril tu, biasanya bertahan dalam masa 24 jam...So, semoga berjaya wahai ibu2 sekalian...
Bersangka baiklah kepada Allah...kerana setiap yg berlaku, ada kemungkinan kita sangat membencinya, rupanya, kita tak tahu, perkara yg kita bencikan itu, ada kebaikan yg terselit di dalamnya...Begitu juga jika kita terlalu menyukai sesuatu, ada kemungkinan, perkara yg kita suka itu, akan menyakiti kita di kemudian hari...
Renung2kan...dan selamat beramal...
Dari aku, seorang hamba Allah yg kerdil lagi hina...sekadar berkongsi ilmu, mudahan dapat aku jadikan sebagai sedikit bekalan untuk aku di akhirat nanti...(sebab ilmu yg bermanfaat, apabila orang lain amalkan...Insya Allah, selama mana orang tersebut mengamalkannya)... kita turut mendapat sebahagian pahala darinya, tanpa menjejaskan sedikit pun pahala orang itu....
Ikhlas dan penuh kasih sayang....
~atiyah zahirah zainal abidin~
10 ulasan:
atiyah, kalau puan, beritahu penganjur(org intan) mereka akan membantu..ada pegawai di sana yg menyusuklan juga...
ummifatimahamani@gmail.com
Tq...tulah...aritu ada tanya puan sukhinder (pegawai INTAN) juga...tapi, tanya peti ais nak tumpang susu, tapi dia kata peti ais pun takde. So, saya automaticly dah terfikir, tmpt tu tak friendly user utk ibu2 yg breastfeed, tu yg segan nak bertanya lanjut...:)
Kursus kat Intan? memang nak berhijrah ke satu tempat ke tempat yang lain tu jauh.. saya pernah ke sana, memang tempatnye kurang friendly..tapi, apakan daya kan.. kena kursus.. layankan ajela..
farah~hmm..memang, macam tak user friendly bagi ibu2 yg breastfeed, TAPI, harap kita tak jadikan, sebarang masalah yg mendatang, sebagai alasan untuk kita breastfeed anak... :)
hmmm...saya ni pulak memang tak pandai pakai pam. Ada beli tapi pakainya x sampai 5x kali. Sudahnya terperuk dalam almari. Medela manual. Saya ni memang tak de buat stok susu. Tapi kalau dah bengkak sbb anak tido lama ker, atau terlebih makan ker, atau apa2lah yg menyebabkan susu banyak...dari biar melelah baik saya simpan walaupun saya tak pakai, saya perah guna tangan jer. Sekali perah dalam 50z tu dapatlah...tak taulah sikit ker banyak bagi orang2 yang selalu buat stok susu ni. Puas hati bila dah kosong:-)
cinnamorol~ 5oz tu, kira banyaklah kalau perah guna tangan bagi saya ni ha...Berapa minit perah guna tangan, leh share tak? Sebab, selama ni guna pam, 5-10 minit boleh dapat 5oz-8oz kalau sekali pam (sebab leh dapat let down reflex kadang2 sampai 2 kali). Tapi, guna tangan saya lama sikit baru dapat.
alamak Atiyah...saya takde petua lah,
cuma selalu kalo sebelum perah tu sy urut sikit2, bagi lembut sikit. Kalau dah bengkak tu memang agak sakit sikit masa mula2 nak perah. Tekan pun macam tak keluar. Tapi lepas 2 3 kali perah Insyaallah laju. Yang penting jangan tekan atau picit bahagian aerola (yg hitam) tu. Kalau cedera kat bahagian tu, tu yg nanti susu terblock tak keluar. Biasanya sy buat 4jari letak kat bahagian bawah breast tampung tolak naik ke atas sikit, gunakan ibu jari tekan atau lurutkan urat2 susu bahagian atas.
Memang dari zaman anak yg sulong lagi sy guna tangan, lagi cepat pada sy:-)
Lupa pulak nak catat masa, selalunya tak sampai 10minit pun. Kalo bengkak sy terus amik botol susu. Sukat jugak sbb nak tgk banyak mana dapat. Dan jgn lupa sebelum perah guna tangan, pastikan tangan dan puting anda bersih yer.
cinnamorol~thanx 4 sharing...! Memang hebatlah bagi saya kalau tak sampai 10 minit perah guna tangan dapat 5 oz. Aduh..kena praktis lagi nih..Harap2 berjaya lepas ni....
Tanye sket.ape maksud let down reflex? Dia turun memancut2 ke atau mengalir laju?
Catat Ulasan