My F.r.i.e.n.d.s

Jumaat, 5 Disember 2014

Persediaan penyusuan ketika kursus, travel atau outstation :)

Bismillahirrahmanirrahim....

Salam all beloved mummy. Bagaimana anda hari ini? Harap ceria-ceria saja. Jika tengah down, sabar ya. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. U r a strong woman! Mummy-mummy yang menyusu ni biasanya HEBAT-HEBAT belaka! Survival team orang kata... Yer...yerr...je...Eh, betul lah tu kann. Insyaallah... :)

Ok, kali ni nak throwback sikit. (Mentanglah tadi rajin nak ngemas isi dalam 'laptop', last2 terjumpa lak gambar2 lama). Nak kenangkan kembali zaman-zaman kerja kerajaan dulu. Amboi...kerap sangat berkursusnya. Setahun adalah 14 kali, Tapi yang bestnya, bila kerap berkursus ni sebenarnya meningkatkan produktiviti kerja kita. Sebab setiap kali berkursus banyak ilmu baru yang dijana. (Hee...tapi ada gak yang amik kesempatan asyik nak berkursus sebab nak ngelat buat kerja...Jeng..jeng..jeng.. :D . Tapi tak semua...Segelintir saja ya...)

K lah. Apa kelengkapan yang perlu mummy bawa time kursus? Sebagai contoh, aritu saya berkursus di Bukit Gambang, Pahang. 3 hari 2 malam kalau tak silap.

Antaranya ialah:

1. Milk storage bag. Anggaran 20-50 pcs (WAJIB: Taknak galakkan u all bawak botol susu lebih daripada 5 pcs. Lecehla plak nak mencucinya nanti. Oh ya, jangan lupa 'rubber band' untuk ikat plastik, jika perlu.).
2. Berus botol susu. (Bawaklah yang kecik je.)
3. Marker pen. (Untuk tanda tarikh pam susu).
4. Coleman box. (Beli yang kecik aje. Ala yang biasa orang buat isi ikan/ air tin bagai tu kan...Ni untuk persediaan bawa bekalan stok susu yang banyak nanti.)
5. Ice pack. (Bagus bawak lebih dalam 3-6 pcs. Icepack tahan cair lebih lama dari ais batu biasa. Beli yang murah2 dalam 3 pcs RM15 pun ada kot).
6. Botol susu. (Biasa botol 5 oz. Sebab lebih pendek, praktikal untuk disembunyikan dalam poket jika keadaan memerlukan. Lagipun jimat space kalau nak simpan dalam peti ais hotel yang biasanya 'mini bar' je)
7. Pam susu. (WAJIB. kecuali kalau dah expert perah guna tangan. Takde hal!. :) )
8. Cooler bag. (WAJIB bawa bersama. Sebab lawakla pulak, kalau nak usung tong 'coleman' tu kulu kilir dalam kelas nanti).
9. Milk booster. (Segala minuman 3 in 1 atau makanan yang sedap2 yang time kita makan leh wat kita happy n secara tak langsung stimulate hormon prolaktin yang leh pancutkan susu banyakkk skit..)

breastfeeding
Gambar sumber: www.etsy.com
breastfeeding
Gambar sumber: www.babyumishop.com

Ok, sedikit penerangan ringkas untuk kemudahan u ols ialah kenapa saya suh bawa coleman box tu? Sebabnya, saya nak u ols jaga sesi pam yang konsisten iaitu jangan lebih selang 3 jam okeh! Kalau skip, jangan salahkan makcik sebelah rumah if susu kalian berkurang. Tu basic hokeh! Kemudian, tu juga digunakan untuk bawak balik stok susu kalian yang dah banyak nanti. Yerlah...3 hari kan.. Lagi satu, coleman ni sangat tahan untuk travelling yang jauh... Kadang kalau aircond kereta atau van atau bas kursus yang bawa kalian tu sejuk sampai ke tulang actually lagi bagus. Tahap kesejukan tu sebenarnya lagi membantu untuk maintainkan kesejukan stok susu tadi.

Pastu PENTING sangat, waktu malam pls pls pls...Jangan selesaaa... sangat nak lelapkan mata. Sila bangun sat untuk pam susu. Paling malas, pam 5 minit pun tak pe. Yang penting DEMAND DEMAND DEMAND...(bayangkan saya cakap kat bukit ala2...suara cam bergema...biar kalian ingat sikit! :) ) Consistent maintain your demand so your supply will be maintained...

Then, kenapa suh guna botol susu 5 oz ja, sebab botol tu biasanya lebih pendek dan lebih jimat space. Lagi satu, kalau kebetulan dapat 'fasilitator' yang ala2 strict... Pls standby simpan botol susu kosong 1-2 botol dalam poket blazer atau kot u all. Untuk kita curi2 keluar perah susu (trick ke toilet). Biasanya jika saya sedang apply teknik ini, saya akan pastikan tak lebih 7-10 minit n perah guna tangan ja (senang nak selit kat bilik2 kursus yang kosong atau dok celah meja mana2. Kejap je.. Dapat sikit takpe, yang penting jaga demand n waktu pam tu. Pastu, susu fresh tadi tu tahan 4 jam. Biar dalam poket je pun takpe, kalau takut kantoi, nanti ada masa transfer dalam cooler bag.

Pastu nape kena bawak breastmilk storage bag lak? Sebabnya senang nak manage n susun dalam box tadi. Plastik leh penyek2 sikit supaya leh dimuatkan dalam coleman box tu. Kalau botol, limited space. Keras kejung lonjong gitu gak..So susah sikit nak adjust.

Kemudian, dalam satu hari tu (time kursus), pam saja susu dalam botol. Nanti malam dah habis kelas (time semua susu pun dah sama sejuk), barulah transit ke dalam plastik k! Pastu cuci n steril siap2 botol n peralatan pam tu semua pada malam atau subuhnya supaya esoknya kita dah jimat masa. Tinggal duduk n guna je. (Cam biasa takyah cuci corong tu setiap kali, sebab selagi simpan sejuk ia leh digunakan dalam masa 24 jam. Senangkan! :D )

Harapnya entri kali ni membantu mummy2 yang bz dengan kursus. All the best ya! 

*Actually sedih gak, gambar banyak tak save. Dah hilang semua gambar yang excited giler nak share kat blog. Maybe ter'delete' kot. Apa yang ada sajalah ya... :)


bukit gambang resort
Fokus lah sangat dalam kelas!

breastfeeding
Ni rasanya time citer pasal penampilan diri kot!

bukit gambang resort
Mini bar dalam resort

breastfeeding
Atas tu hasil perahan semalam, bawah yang hari ni
Sekian untuk kali ini.

~Menyusu itu indah~

Salam sayang,

Atia

1 ulasan:

suhailey berkata...

perasan tak, bila pergi kursus, ibu menyusu bawak paling banyak bag :)
bag pam, bag aksesori penyusuan. container lagi..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...