My F.r.i.e.n.d.s

Sabtu, 14 Mei 2011

Susu ibu perlu dipanaskan ke?

Salam, entri aku kali ni soalan dia cam tah pape kan. Ish...tak baik tau..Masalahnya ada ibu yg cari jawapan untuk ini..So, aku merasa senang hati nak menjawabnya...

Susu ibu yang baru saja diperah (fresh dari ladang...hehe..)...Boleh digunakan dalam masa 4 jam jika dibiarkan pada suhu bilik. Untuk situasi gini, TAK PERLU dipanaskan. Susu tu boleh diberi terus kepada bayi bila dia nak minum. Tapi, dalam masa 4 jam saja. Lebih dari itu, dah kena buang. Susu tu dah tak selamat untuk diminum lagi.

PERLUNYA susu tu DIPANASKAN ialah bila susu tu telah disejukkan. Takkan korang nak kasi minum sejuk2 kat baby. Sian dia...Kembung nanti.

Kalau nak panaskan susu ibu yang dah cair atau yg sejuk, cuma gunakan warmer N set suhu 40 darjah saja. Kalau takde warmer takpe, panaskan saja guna air suam. Masukkan air panas suam ke dalam mug, kemudian masukkan botol susu. Biar rendam dalam 10 minit. Test (titis susu) pada belakang tapak tangan dulu, cek suhu ok, baru beri baby minum.

Kalau nak panaskan susu ibu yang beku, cairkan terlebih dahulu. Caranya, amik stok susu yg beku tu tadi, kemudian letak ke dalam peti ais bahagian bawah. Letak rak paling atas dan dalam. Suhu dalam lebih maintain. Biasanya susu tu akan mencair dalam  6 jam (tengok peti ais jugak, ada yg set suhu tak sejuk sangat, lagi cepat susu tu cair). Bila susu dah CAIR SAHAJA BARU BOLEH DIPANASKAN.

***p/s:
1. Susu ibu bukan seperti susu formula, nak kena beri panas suam pada baby. Asalkan tak disejukkan boleh beri terus.
2. Susu ibu yang telah diminum oleh baby perlu dibuang dalam masa sejam. TAK BOLEH DIPANASKAN SEMULA. Ada setengah ibu, nak jimat, susu tu ada lagi baki separuh, dia simpan dalam peti ais kemudian panaskan lagi beri minum pada baby. Tak boleh ye! Bila baby dah minum, bakteria dari mulut baby tu, dah multiple kat dalam susu tu.

Boleh ke hasil perahan susu ibu kiri dan kanan dicampur sekali?

Salam,
entri kali ni adalah jawapan untuk seorang mummy yg sudi bertanya dan sedang mencari jawapan. Aku percaya mummy ni mesti sedang melalui pengalaman pertama untuk menyusukan anaknya.

Ok, untuk soalan ini, jawapannya...BOLEH. Malah kesemua hasil susu perahan boleh dicampur sekali dalam masa 24 jam. Ini semua aku dah citer dalam entri yg bertajuk:

Cara prepare stok susu ibu @EBM ketika time "emergency"!

Apa beza hasil susu kiri dan kanan? Sama je. Malah,kalau anak menyusu di sebelah breast, breast yg sebelah lagi pun hasilkan susu yg sama. Atau adakah korang pun terkena macam aku juga, dinasihati oleh orang2 tua supaya banyakkan beri breast yg KANAN, sebab yg kanan itu NASI, yg KIRI itu AIR?
Kenyataan ini SALAH benar. Tidak berdasarkan fakta langsung, sekadar gosip orang2 tua dahulu kala yg tiada ilmu tentang breastfeeding. Ini bukan salah mereka. Sebab pada zaman mereka, masih tak ramai lagi yg tahu tentang kelebihan susu ibu ni. Malah, mana yg miskin2, susah2 dan tak de duit tulah yg menyusu badan. Tapi, yg banyak duit sikit, siap bertanding beli SUSU FORMULA mana yg paling mahal dan terbaik kononnya. Sebab tu dulu2 menyusu badan dianggap org2 kampung. Astaghfirullah...sedangkan menyusu itu suatu fitrah...Tuntutan kehidupan.

Struktur dalam breast kita,pada sebelah kiri dan kanan,sama sahaja. Tiada beza. Korang boleh rujuk gambar salur2 susu dalam breast kita dgn klik pada link ni;

http://www.google.com.my/imglanding?q=breast+milk&um=1&hl=en&sa=N&tbm=isch&tbnid=zzcoyBso3x4iyM:&imgrefurl=http://www.umm.edu/pregnancy/000115.htm&imgurl=http://www.umm.edu/graphics/images/en/19741.jpg&w=400&h=320&ei=M_vNTb2-NIPyrQe29bjCCg&zoom=1&iact=hc&page=1&tbnh=130&tbnw=154&start=0&ndsp=22&ved=1t:429,r:21,s:0&biw=1259&bih=591

So, dengan ini,aku harap korang lebih faham tentang penyusuan badan ni. Ia sangat mudah dan praktikal. Kita je yg kdg2 malas nak bertanya,baru dengar gosip2 sikit dari org2 yg tak berkenaan terus gerun. Aku harap, korang cari ilmu yg tepat serta berdasarkan fakta. Aku sarankan, rajin2 bertanya dan merujuk kepada pakar laktasi. Jangan bertanya pada ibu yg gagal breastfeed anak2 mereka...dikhuatiri,korang akan menyusul. Lebih baik bertanya pada ibu2 yg berjaya breastfeed anak2 mereka...

Semoga berjaya...HAPPY BREASTFEEDING...!
Wassalam...:)

Selasa, 10 Mei 2011

Persediaan untuk ibu2 yang bakal menyusukan bayi (ibu2 yg berniat untuk “fully breastfeed anak2 mereka).


            Dari segi minda:-

  1. Ilmu breastfeed. Banyakkan membaca ilmu2 tentang breastfeeding ni.
  2. Set dalam minda bahawa setiap ibu yang MAMPU MELAHIRKAN ANAK, INSYAALLAH PASTI BOLEH MENYUSUKAN ANAKNYA.
  3. Bersiap-sedia dgn apa jua bentuk cabaran yg mendatang. Sbg contoh:-

-Cabaran dari ibu @ ibu mertua/ makcik2/ sedara2/ kawan2 yg tiada ilmu tentang breastfeeding. Mesti akan suh korang top up susu formula gak. Padahal tak perlu walau setitis pun bendasing lain SELAIN DARI SUSU IBU.
            - Cabaran dari rakan taulan yg datang melawat ketika berpantang.
- Cerita2 ngeri @ negatif tentang penyusuan yg bermasalah. Padahal senang, mudah N happy je..menyusukan anak ni sebenarnya.
- Kata2 atau ugutan dari ibu2 atau orang tua kita tentang perkara2 yg selama ni mereka buat, (tapi sebenarnya salah.) Manusia tu biasalah, sukar menerima perubahan. Dalam konteks ni, kita harus kuat dan positif.
- Suami yg tak support isteri breastfeed, bila isteri diuji dengan soalan & nasihat bertubi2 dari sedara2 dia, suami tak back up. Kita yg kena tabah.
- 3 hari pertama susu memang kurang, tapi kita perlu rangsangan dari baby, perlu kerap menyusu. Memang agak penat pada mulanya, tapi selepas itu, semua perkara akan menjadi semakin mudah.
- Over confident, yakin sangat susu banyak dan anggap menyusu itu mudah. Tu yg senang gagal di tengah jalan. Dlm hal begini, kita kena dengar pengalaman2 susah senang dan cabaran2 ibu yg lain, supaya kita lebih bersiap sedia sekiranya menghadapi masalah yg sama.

  1. Yakin bahawa susu kita cukup untuk anak kita.
  2. Tahu dan faham bahawa SUSU IBU ADALAH YG TERBAIK SERTA TIADA TANDINGAN. Susu ibu dicipta memang khusus untuk anak kita, ciptaan yg sempurna dari Allah swt. Manusia masih tidak dapat meniru kualiti susu ibu yg mengandungi zat2 penting untuk tubuh dan otak bayi. Malah kandungan susu ibu berubah mengikut keperluan usia bayi.

Dari segi alatan:-

  1. Buku “Panduan Penyusuan Ibu Bagi Ibu Bekerjaya”
  2. Botol susu (cadangan aku beli je botol yg 5oz, klu beli yg 2oz tu rugi je. Sebab nanti bila dah naik ofis, korang nak simpan susu yg diperah tu, takkan dalam botol kecik2 banyak2 tu, semakkan “cooler bag” korang je nanti. Pastu, nanti dah 4 bulan kadang2 ada setengah bayi dah minum 3oz sekali minum. )
  3. Plastik beg untuk simpan susu. Plastic Linear @ bottle storage pun boleh. Ikut keselesaan dan kemampuan masing2. Tapi, kalau fikir nak buat stok, tolongla jangan beli botol susu banyak2, nanti buat semak almari je. Bila jatuh bergelimpangan, bunyi botol tu, bisingnya lahai...Sila rujuk post entri aku” Cara paling jimat ruang simpan stok susu ibu atau EBM.”
  4. Breastpump. Ini ikut keperluan, kalau tak mampu tak payah beli. Kalau mudah terkujat pun, tak yah beli. Nanti wat membazir je. Kang jadi tempat main nyorok2 anak lipas ngan cicak kat stor lak. Sebelum beli, test dulu semua breastpump yg ada ikut kesesuaian korang. Tapi, cadangan aku yg paling terbaik N simple ialah breastpump SPECTRA 3, sebab suction dia leh control ikut keselesaan kita. Ada setengah ibu suka breastpump manual. Sebab senang, dalam keta pun boleh pam. Sebenarnya, spectra 3 pun boleh. Cuma kena beli adapter yg ada untuk keta tu. Oh, lagi satu pam manual boleh di mana2, walaupun ketika soket elektrik tiada.
  5. Cooler bag. Untuk simpan susu, supaya kekal sejuk N fresh sehingga selamat sampai ke rumah.
  6. Warmer. Untuk panaskan susu. Warmer ni, suhu dia maintain 40 darjah. So, susu kita memang suam je. Kalau tak mampu beli warmer ni,janganla sedih,masih ada cara lain lagi. (aku beli pun, bila dah kuar anak yg kedua ni)Caranya, rendam je botol susu dalam air panas yg dimasukkan dalam mug.
  7. Deep Freezer. Kalau ada perancangan nak anak ramai N niat nak menyusukan setiap kali lepas melahirkan, bolehla mula kumpul duit sikit2 time tgh pregnant tu, supaya dapat beli sebuah deep freeze macam aku ni. Bila ada deep freezer ni, semangat lagi menjulang2 tinggi nak buat stok susu.

Teknik memerah @ mengepam:-

  1. Breastpump elektrik
  2. Manual breastpump
  3. Teknik marmet. (Memerah guna tangan)
-          Kaedah ni paling jimat kos, paling terbaik untuk kosongkan breast N lancarkan pengeluaran susu. Kakak ipar aku yg sulung memang terer guna kaedah ni. Sekarang aku pun dah semakin mahir. Syukur alhamdulillah, rupanya bila kita perah guna tangan, breast rasa lebih ringan N kita dapat rasa dia betul2 kosong, compare dgn pam guna breastpump. Susu pun lebih banyak sikit dari biasa. So, camanapun kena belajar juga teknik ni. Sebab pas pam guna breastpump, yg hujung2 baki susu tu (yg pekat & lemak manis), aku perah guna tangan. Biasa dapat dalam 1/2oz atau 1-2oz. Padahal kalau pam, dah kuar angin je tu..Tula, korg belajar k cara perah guna tangan ni.

K, sekian untuk kali ini. Sayang korang semua. Semoga berjaya!
Happy breastfeeding!!!....
Wassalam... J

Jangan biar breast bengkak, nanti susu ibu berkurang!

Salam, arini aku nak cite pasal entri ni sebab terkenangkan semalam aku jadi Emcee untuk satu event (5 Mei 2011). Jadi Emcee, kalau ada function, payah gak kan. Dalam kes gini, kenala pandai2 curi masa untuk mengepam @ memerah susu. Hmm,utk kes semalam,pam spectra3 kesayangan aku, aku sengaja tinggalkan. Sebab aku naik keta ofis. Bayangkan, semua lelaki weh..Aku sorg je pompuan dlm keta tuh. Punyala segan. Tp, takpela. Demi urusan kerja. Lagipun, semua  tu org yg aku biasa dan kenal.
Ok, program aku semalam, start kul 6.30 pagi,N dijangka habis dalam kul 11 pagi. Apa yg aku lakukan ketika time ngepam aku dah tiba? Kul 9 pagi, peserta larian dah bergerak, so aku ada masa tuk pam susu. Tp, port tak de lak. Nasib, aku bitau kat En Nazril N En Helmi, diorg cadangkan perah dalam keta. Syukurlah…Dapat kunci keta, bestnya. Aku mulakan aktiviti memerah. Nasib aku ada bawak botol susu (dah siap2 steril). So, apelagi, bahagianya dapat keluarkan susu. Walaupun aku kurang mahir nak memerah guna tangan, tapi syukur alhamdulillah, dapat sebotol gak.
Tupun, aku cuma lambat 15 minit je,(biasa waktu pam aku kul 9 pagi) ,kul 9.15 pagi susu aku dah kuar. Breast aku pun dah bengkak. Biasa kalau pam ikut waktu,jarang breast bengkak. Tapi, maybe sebab aku kuar rumah awal, so aku dah terskip masa menyusu anak aku yg kul 7 pagi punya. Tulah, yang wat bengkak agaknya.
So, pengajaran yg aku nak cite kat sini, sebelum ni, masa ank yg 1st dulu, time aku jadi MC kat Hotel mana dah lupa, untuk satu function. Leh pulak, aku biar je bengkak tu, sampai function tu habis. Hmm..balik rumah memang syok sebab sekali pam dapat 14.5 oz tu. Dekat 3 botol 5oz. Best kan! Tapi, esoknya susu macam berkurang sedikit dari biasa. Rupanya aku ada terbaca suatu maklumat tentang breast yg dibiarkan bengkak lama, nanti dia akan keluarkan suatu cecair yang berwarna kuning, aku dah lupa apa nama sainsnya. Cecair tu akan tutup salur2 susu kita, supaya stop jap dari menghasilkan susu. Bukan stop yang maksudnya susu tu terus berhenti. Tapi dia akan suh kilang2 susu tu berehat seketika. Sebab tu,kalau korang perasan. Breast korang yang tengah bengkak tu, kalau korang biar lama2, atau hari2, sengaja tak pam atau keluarkan susu tu, lama2 susu kita makin berkurang N akhirnya mengering. Sebab tu,biasa kalau korang dengar citer,ibu2 yg naik ofis, time pantang banyak susu, tp bila naik ofis susu semakin sikit N last sekali kering. Sebab diorang tak pam. Camana nak produce susu yang banyak kalau rangsangan N permintaan tiada. Jangan lupa, susu ibu ni, adalah berdasarkan konsep, MORE DEMAND=MORE SUPPLY. Ingat tu,ok!!! …. ;)
Kesan @ keburukan kalau biar breast bengkak:-
1.      Boleh menyebabkan demam, seterusnya jangkitan pada salur susu.
2.      Susu berkurang, sebab tiada demand (permintaan).
3.      Kalau terlalu bengkak, susah nak keluarkan susu tu, sebab breast akan jadi terlampau keras, nak kena tuam dulu bagi lembut sikit baru perah. (tapi memang payah N seksa)
4.      Mungkin boleh menyumbang kepada salur susu menjadi tersumbat.


Lebih baik:-

In case, botol susu dan pam tiada ketika waktu memerah tiba @ kesuntukan masa untuk mengepam.
Cth: ketika ada function @meeting, baik gi toilet.Kita perah susu, kasi keluar je susu yg ada, supaya kilang akan hantar signal supaya produce lagi susu. Daripada, kita sayang susu tu, tunggu sampai habis meeting, breast dah bengkak macam batu, badan dah menggigil rasa nak demam,baju basah susu tumpah, baru terhegeh2 nak pam. Esok tengoklah, susu kita akn berkurang. Sebab signal hantar pada otak supaya jangan produce susu lagi. Susu tiada permintaan. Kalau sekali-sekala tak pela. Esoknya, ganti balik pam 2 kali ganda untuk maintain production susu. Tapi, kalau hari2 biarkan gitu, makin lama SUSU MEMANG AKAN BERKURANG!

OK sahabat…., semoga berjaya aku doakan pada kalian. Semoga BERJAYA MENYUSUKAN ANAK DENGAN JAYANYA. Semoga anak2 kita menjadi anak2 yg mendengar kata serta soleh dan solehah. Banyakkan berdoa semasa menyusu. Semoga setiap titis susu yg mengalir, menjadi darah daging yg sempurna pada anak2 kita dengan izin Allah, menjadikan mereka hamba2 yg takut kepada Allah serta menjauhi perkara2 yg dilarangNya.

Sebabnya, kita merasa sangat bahagia ketika mereka masih naïf dan kecil. Masih kanak2 yg tidak tahu2 apa2. Masih suci dan bersih. Alangkah bahagianya menatap wajah anak2 yg comel serta manja itu.

Tapi, malangnya, bila mereka dewasa, melawan pula kata2 kita serta melakukan perkara maksiat serta perkara2 mungkar yg lain yg mana bisa melukakan hati2 kita. Kerana, setelah mereka keluar dari rumah kita, jauh dari pandangan kita,kita tak bisa lagi mengawasi setiap gerak-geri mereka, hanya doa yg mengiringi…

Untuk itu, betulkan diri kita terlebih dahulu, muhasabah diri selalu, semoga kita saling menjadi contoh serta ingat mengingati sesama yg lain.

(pesanan & peringatan untuk diriku sendiri sebagai seorang wanita, isteri, ibu, anak, kakak, adik serta saudara sesama islam)

Peace…. J

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...