My F.r.i.e.n.d.s

Khamis, 28 April 2011

Cara prepare stok susu ibu @EBM ketika time "emergency"!

Salam,
Wah lama giler tak update blog. Hmm..bila dah naik ofis memg jadual waktu aku sibuk giler...Sbb camana pun, walau kita breastfeed anak, harap itu tak menjadi alasan utk kita tidak menjalankan tugas sebagai isteri yg solehah serta ibu yg mithali...(ceh..iye2 je aku ni..mudah2an...niat tu penting...hehe..)

Ok, entri kali ni, aku nak tekankan pada ibu2 yg dah ter 'naik ofis, tp stok susu dia ckup2 makan, atau bak kata aku, kais pagi makan pagi...kais petang makan petang...Maknanya, time dah naik ofis, baru sibuk nak perah susu, selama dok berpantang langsung tak buat stok..Kalau ada pun, alahai..adala 2-3 botol..cukupla utk back up, time tak de ngan baby dalam 1/2 hari...Kononnya, takpela..susu aku banyak...no problem punyer nanti...(especially ibu2 yg beranak sulung nih..lum ada pengalaman handle stok susu ibu bila dah naik ofis...termasuk aku ler tuh..dulu2 nyer citer)

Ok, pada sape2 yg dah naik ofis, tp stok susu tak de,jangan risau..jgn tergopoh-gapah terus nak bagi susu formula..ada masa lagi...Caranya gini:-

1. Persediaan nak naik ofis, seminggu sebelum..

-Kosongkan rak paling atas sekali untuk fridge yang kat bahagian bawah (bukan tempat beku). Kalau boleh jangan letak susu dekat pintu fridge, sebab kita banyak kali buka tutup pintu tu. So, udara sejuk peti ais tak maintain. Bukak je, kuar semua hawa sejuk tu. So, tmpt yg paling terbaik ialah rak yg paling atas sekali dan kat bhgn dalam tu. Rasionalnya aku suh kosongkan rak atas tu, sebab kalau boleh janganlah letak susu tu, bercampur ngan makanan yg berbau. Nanti bau tu lekat kat susu kita. Cuba letak bawang ke, lauk rebung lebih2 masak semalam tu ke, letak sebelah susu perah korang. Tak caya korang cuba cium. Tak best kan..Bau tak fresh. Kalau fridge tu kecik, korang nak guna gak space yg atas tu, bubuhla, apa2 barang yg tak meninggalkan bau. Macam, susu pekat ke, lauk2 lebih semalam tapi balut dengan plastik wrapping ke..camtu boleh gak..Asalkan semua benda yg korang nak letak sebelah susu dah tutup rapat2 n tak berbau, boleh je...

-k, next..contohnya, isnin depan korang naik ofis. Kalau leh, seminggu sebelum tu pun dah leh buat stok.Sbg contoh,kita amik yg paling minimum punya hasil. Supaya nanti takde yg patah semangat. Semua tu perkara biasa. Biasanya ada yg leh dpt lebih, ada yg kurang. Kan stp org lain2 hasilnya. Yg penting korang kena ingat, bukan hasil susu tu yg korang nak sibuk bersaing siapa paling banyak. Sebab stp susu, insyaallah cukup untuk anak masing2. Yang kita patut bersaing ialah, siapa yg paling lama menyusukan anak. Tu baru betul ok.! :)

Katalah kalau sekali pam dapat 1oz sebelah breast. Campur 2-2 tu adala 2oz. Untuk botol yg sukatannya 5oz. Mungkin boleh dapat dalam 2 botol sehari . . (10 oz), kalau 5 kali pam. Kalau 7 hari dah ada 70 oz.
Korang taukan, susu perah tu leh dicampur dalam masa 24 jam. Sebab tu aku kata, kena kosongkan rak tu dulu. Sebab yg ni, korang kena guna space banyak nak letak botol susu. PASTIKAN KEDUA2 SUSU TU SAMA SEJUK BARU BOLEH DISATUKAN. Tak pe, letak je susu 2oz tadi dalam peti. Pastu pas 2 jam perah lagi, dapat 2oz, simpan sebelah botol tadi dulu. Nanti perah yg kali ke 3 dpt 2oz, letak lagi sebelah botol tadi. Begitulah seterusnya..Kalau agak2 yg 2-2 botol sebelum tu dah sama sejuk, dah boleh campur dah. Tapi, kalau tak sure tunggu sikit jam lagi. Yelah, kalau tak, banyak pulak botol nak pakai nanti.

Ok, untuk pengetahuan korang, atau kalau korang perasan (bg ibu yg 1st time, biasa tak tahu lagi..), kalau korang cuti bersalin 2 bulan (60 hari) atau 3 bulan (90 hari), bayi masih minum 2oz sekali minum. Dan biasanya masih minum setiap 2 jam atau 3 jam. Jadi, kalau boleh, simpan susu 2oz je dulu setiap botol. Nanti, kalau permintaan bayi dah meningkat, minta kerjasama dari baby sitter(pengasuh) supaya beritau kita, nak kena packing setiap botol 2oz ke@ 2.5oz ke atau 3 oz ke...OK! Kita manelah tahu, sebab balik rumah bg direct je kan..

Biasanya, mula2 aku akan hantar 10 oz pada pengasuh anak aku. Maknanya setiap botol ada 2oz susu.

2. Yang nak naik ofis, ada back up malam tadi perah. Dapatla sebotol 4oz atau 5 oz. (contoh je ni..)

Nampaknya kes yg ni, korang kena balik hantar susu atau nyusukan anak tengahari. Yg ni agak penat sikit. (Tula..sape suruh tak buat stok awal2...Tp, takpe, masih ada masa lg..Jangan patah semangat..Masih boleh buat stok lagi, walaupun dah naik ofis.)

Yg ni, korang memg wajib perah susu kat ofis. Kalau sempat sebelum gi kerja nak pam sikit pun boleh. Tapi, takut kang kelam kabut lambat sampai ofis, takpela, perah je kat ofis pun boleh..

Ada org bhgikan setiap 2 jam pam susu. Kalau korang banyak masa bolehla buat gitu. Tapi, aku susah sikit nak pam setiap 2 jam. Jadi nak senang, ikut jelah cam aku ni. Sebelum gi keje, direct feed anak sikit. Kalau tak sempat, takdelah..Tapi, biasanya nyusukan anak dulu. Supaya kalau terlambat pam kat ofis, takdelah effect breast bengkak. Pastu, aku set masa untuk memerah susu:-

Sesi pertama: jam 9 pagi
Sesi kedua: jam 12 tghari
Sesi ketiga: jam 3 ptg
Sesi keempat: jam 6 ptg (aku awalkan sikit jam 5 ptg)

mesti pam susu. Sepatutnya, klu nak senang 6 ptg, tp bila dah kat rumah, aku dah sibuk nak uruskan hal rumahtangga pulak. Waktu kerja aku habis 5.30ptg,sbb tu aku pam kul 5 ptg, gantikan yg utk 6 ptg punya sesi. Aku setkan utk diri aku mesti pam, minimum 3 @ 4 kali semasa kat ofis @ semasa bayi tiada di sisi. Supaya production susu kita maintain.
Ingat ye, bengkak tak bengkak, perah je ikut masa korang. Kalau contoh aku terlambat pam pg tadi, sepatutnya kul 9 pagi, (disebabkan ada hal2 lain yg menghalang tanpa dirancang), bila dah ada masa, aku akan curik masa gak utk pam wpun jam dah dkat kul 10pagi. Pastu, camanapun, kul 12 tghari aku tetap akan pam jugak. Dulu2 aku tak tahu, pas pam kul 8.30 sbg contoh, pas 3 jam baru aku perah lagi. Cam payah je nak adjust masa. Senang amik yg genap je 9,12,3,6. Senang kan. Pastu, jangan amalkan sikap bertangguh, kita tak tahu, apa yg akan terjadi pada setiap minit. Kdg2 tiba2 bos panggil meeting ke, kena siapkan kertas kerja urgent ke..(dlm hati berkata2, tau tadi aku pam dulu kejap. Nyesal bersembang ngan peah ni, terlama la pulak.)..So, jaga masa pumping korang ok! :) hehe...

3. Stok langsung tiada.
-Dahla hari 1st nak naik ofis, stok takde pulak...Jangan kasi susu formula dulu. Sebelum bertolak ke ofis, perah sikit. Bagi kat pengasuh. (2oz tu cukupla smpi tgahri kot..sebab sblum gi kerja dah nyusu tadi..)

Sampai ofis, breakfast sikit. Pastu, pam je susu. (Tak yah tunggu bengkak2 der..Perah je..Banyak ke sikit, setiap titis susu tu berharga. Dah perah, nanti susu produce lagi..Takkan habisnyer..) Tgahri korang terpaksa balik jap. Bagi susu yg ada sikit tu (yg dah pam tadi) , kat pengasuh, untuk backup sampai 3 ptg ke..Time balik tgahri tu, jgn bg susu yg pam tadi. Tu utk back up sampai 3 ptg lbh kurg. Korang bagi direct je, tengahari tu..

Balik ofis, pam lagi..Kul 3 ptg lebih kurg, korg kena hantar stok susu pam tadi tu. Takut baby dah haus nak susu.

Kalau nasib korg baik, korg pam tadi dapat banyak, dalam 4oz, boleh backup sampai korg balik kerja.. Tak pyh balik umah htr susu kul 3 ptg.

Hah..penat tak tengok gelagat ibu yg ke 3 ni...Penat giler kan..So, iktibar nyer, mesti buat stok time pantang, kalau korg betul2 niat nak fully breastfeed...Mesti buat..Wajib. Insyaallah, korang akan senang d kemudian hari..

***p/s: Kalau susu kurang lancar masa balik tghari tu, minum air masak banyak2 sebelum menyusu dan selepas, untuk melancarkan pengeluaran susu tadi tu. Pastu, kena happy2 je, memang penat N stress, tp puas hati tgk anak menyusu. Senyum je, tataplah wajah anak tu semasa dia menyusu, insyaallah...laju susu kita keluar..Sebab perasaan keibuan yg tinggi merangsang hormon prolaktin utk produce susu..

Entri ni, khas untuk ibu2 yg dah terlanjur tak prepare stok EBM time pantang...Mana2 yg masih berpantang N tgh dok umah goyang kaki tu..Sila2 lah buat stok sebanyak yg mungkin...Kita tak tahu halangan yg mendatang..Mana tahu kita sakit ke, kita terpaksa berpisah dgn anak sementara atas tuntutan kerja ke...dan sbgnya..So, pam lah selagi ada masa terluang...

Ok, sekian untuk kali ini..Happy breastfeeding to all my frens... : )

21 ulasan:

Mrs. Asida berkata...

rajinnya.. good luck.. untuk anak2 jugak kan..

zahirah zainal berkata...

mrs asida~ demi anak2...:)

slumber berkata...

suka sangat kat blog awak ni...coz sekarang ni, saya pun breastfeeding..tgh fikir byk kan susu masa bulan posa nanti..dan nak start keje balik bulan 8..

zahirah zainal berkata...

slumber~thanks...jemputlah singgah lgi..sy memang excited bila dpt jumpa geng ibu menyusu ni..:)
ni smtara tgh cuti..rajin2kan diri perah susu k..insyaallah senang di kemudian hari..

Reyha berkata...

berharganya entry ni. nasib baik terjumpa. sy xtau pun susuboleh campur dlm masa 24jam. maklom la sy ni termasuk golongan ibu anak sulung yang berazam nak bf anak. hehe. selalu sy pam klu dapat sikit pun letak botol asing. nanti bila nak bg anak minum saya panaskan satu2 pas2 campur dlm 1 botol. bleh ke mcm 2? my daughter minum byk la. baru umo 2 bln da minum 4oz

zahirah zainal berkata...

reyha~ Tahniah tau, coz baru anak first tapi dah berusaha untuk breastfeed anak. Semoga berjaya serta dimudahkanNya!
Susu perahan memang boleh dicampur dalam masa 24 jam, bila semua susu2 yg nak dicampur tu dah sama suhu sejuknya.
So, takdelah banyak botol susu yg kita guna bila nak bekukan susu tu kan. Sekurang2nya jimat 'space' peti ais..hehe..:)

delie berkata...

waa banyak info:saya pun tak tahu susu kene campur sama suhu..slama nie saya campur je..hik2..saya pun anak sulung gak nie, baru blaja..:0..anak saya sebulan lebih pun da minum dekat 4 oz sekali minum..boleh ke bayi sebulan lebih minum 4 oz?

aeyla berkata...

Hi zahirah.thanx for the info..n usaha awak sgt bagus.i ni dh anak ke3 baru betul2 rase nk fully bf.b4 ni utk 2 hero tu mmg nk bf jugak.tapi susu i tak brape byk cam ibu2 lain yg melimpah ruah.hurmmm i dh pk gtu sejak dlm pantang.so utk 1st bb dpt susu kan dia smpi 6 bln lebih kueang plus fm n yg 2nd smpi 3 bln jek..so walaupun dh byk bace pasal bf still tak berjaya.but yg ke3 nih gigih nk bf.n skrg dlm pantang tgh buat stok.tp tak smpi pun abus pantang kot dh abis kena minum dek bb.sbb dia kuat nyusu.n kalo direct bf dia tak puas ati x laju cam minum dr botol. Lagik skli thanx for the info.utk susu2 tu i campur jek hari ni n smlm.tp suhu dh sama la.boleh ke?

Baya Musa berkata...

salam,
camne nk tahu suhu kedua2 botol dh sama sejuk sblm di satukan? or agak2 dlm brapa jam ?

thanks ya

Tanpa Nama berkata...

info sgt membantu.sgt teruja dgn blog ni.sy trgolong dlm situasi entri ni.brp minit ye setp kali pumping session? 10 minit termasuk dua2 breast ke?

fizanur berkata...

saya skang ni dlm pertimbangan nak beli deep freezer ke tak...

Kerana saya minat, bukan rajin

Nadia Adam berkata...

Salam.. saya masih baru dalam ebm walaupun sedang peknen anak ke 3. sebelum ni saya tk cukup ilmu dan anak pertama sempat df 3 hari dan anak kedua df setahun.
kali ni mmg nak bf 3rd baby ni selama yang mungkin.
kalau puan zahirah sudi, bule tak bgtau saya bila waktu yg sesuai saya mula menyimpan ebm dan soalan paling penting skali... bila saya bule mula ajar baby botol.
Saya akan bercuti bersalin 90 hari
qishahnariedia@gmail.com

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
:: k i z u chomel :: berkata...

Very informative article :)

Tanpa Nama berkata...

Arwah adik sy buat stok EBM penuh deep freezer. Arwah meninggal masa baby dia umur 9 bulan. So, guna stok yang ada utk bg baby minum. Sedih sangat bila tgk stok EBM arwah.

NaZiRaH @ Ezyra berkata...

Thanx share..nk tnya..klu kite letak kt tempat beku boleh tak pindah ke tempat biasa..sbb klu dh beku camna nk campurkan dengan susu yg baru perah

ruzie mustapah berkata...

Thanks for sharing:)

Tanpa Nama berkata...

Mcamana nk buat anak saya baru nk masuk 2bulan tp minum smpai 4oz. 2minggu lagi nk masuk kerja... Baru ada stok 4botol.. Huhu

fatimah mis berkata...

salam..saya ada buat stok EBM..tapi saya letakkan terus dalam ruang sejuk beku walaupun botol separuh penuh masa tu...bila saya mengepam kali kedua untuk hari trsbut,saya terus campurkan susu yang baru di perah ke dalam stok EBM yg botolnya blum penuh tadi...bahaya x kalo baby saya minum?

Amalina Ismail berkata...

Zahirah..boleh tak nk tnya..klo bby tak tggal dgn kita(cthnye dlm sebulan), tp kita tetap pam utk stock bby, bby boleh lupa tak utk direct feeding? Susu boleh jd kurang tak kalo bby xde dgn kita?

irni suhana berkata...

thanks for ur tips...ok,x nak give up kumpul stok emergency..thank u for ur words..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...