My F.r.i.e.n.d.s

Rabu, 10 Disember 2014

SUSU IBU TIADA LANGSUNG!

Bismillahirrahmanirrahim

Salam all mummies. Apa khabar anda hari ini? Harapnya ceria selalu dan semoga urusan penyusuan sentiasa dipermudahkan Allah. Thanks kerana sudi singgah di sini lagi. Saya 'appreciate' sangat.Thank you guys! ;D

Dan Insyaallah selagi terdapat ramai sokongan dari rakan seperjuangan, saya akan terus kekalkan usaha untuk berkongsi lebih banyak lagi ilmu penyusuan. Semoga dengan asbab itu, kita semua semakin bertambah ilmu, pengalaman dan semakin kuat untuk berjuang dalam dunia 'breastfeeding' nih!...

Ayat...haih..cam nak pi berperang je kan. Hihi...Tu time cabaran mendatang, time sweet moment dalam penyusuan ni sebenarnya lagi.......banyak....kan... So, nikmatilah saat terindah ini ya.

U all pernah terfikir tak atau tercari-cari 'breastfeeding personal coach'? Sebenarnya suatu masa dulu memang pernah terlintas di fikiran. Sebabnya, saya selalu hadiri kursus penyusuan (yang PERCUMA la...di klinik kerajaan) kebiasaanya, jarang dapat bertanyakan soalan yang lebih tertumpu kepada masalah penyusuan kita sendiri. Kebanyakan yang dikongsi lebih kepada asas dan terlalu umum. N lagi pulak, saya yang malu2 miow ni, memang tak terbuka mulut la untuk bertanya. Padahal macam2 nak tanya. Tapi tah, kadang cam segan. (Nyampah je kan...memang pun...) :p

Kemudian saya mulalah mencari dan menjalankan siasatan sendiri menerusi google, atau refer kepada sifu saya a.k.a IDOLA saya SHAZA SHAMSUDDIN dan juga belajar dari pengalaman kakak2 ipar saya (semuanya menyusu badan), mak (mertua) yang super hebat (menyusukan ketujuh2 anak) dan rakan2 seperjuangan lain. Tak lupa juga, saya pernah refer dengan Puan Kamariah (pakar laktasi yang friendly n responsive) dan juga pakar laktasi di KPJ (yang ni berbayar naa...). Pastu siap study kat library KKM (semasa bekerja di Kementerian Kesihatan Malaysia) , mentang buku tentang penyusuan banyak...Ngeee :D

Pastu join kelab penyusuan di Putrajaya n macam2 lagilah. Punyalah minat sangat dengan penyusuan ni.

Kenapa passion saya terlalu tinggi pada breastfeeding nih? Sebabnya, cabaran saya untuk memulakan breastfeeding ni (anak first), sangatlah hebatnya. (perasan! takla...ada lagi yang lebih teruk).

Akibat dari itu, disebabkan saya berjaya mengharunginya, saya pernah memasang niat bahawa, setiap ibu dengan izin Allah pasti mampu menyusukan anaknya dan harus berikan sokongan pada mereka.

Antara pengalaman pahit yang pernah dilalui ialah SAYA TIADA SUSU. Ya, sebenarnya susu saya masih belum terhasil lagi selepas bersalin. Ada sesetengah ibu yang bertuah, memang susu dia terus ada sebaik selepas melahirkan. Tetapi saya tiada. Ini ialah rahsia sebenar yang telah lama saya simpan. (macam poyo je kan, tapi memang benar. Allah tahu apa yang saya lalui.)

pain
SUMBER: pama.karangkraf.com

Setelah sekian lama saya simpan, hari ni boleh terdetik pulak saya nak dedahkan. Serius, even suami pun tak tahu sebenarnya. Kenapa poyo sangat saya rahsiakan? PERTAMA, sebab kalau nak diceritakan pun rasa macam dah basi (anak dah tiga. Nyampah je nak dengar...). KEDUA, saya masih simpan rahsia tu terlalu lama kerana pada awalnya saya pun tidak pasti samaada saya akan mampu meneruskan penyusuan anak pertama saya sehingga 2 tahun kerana pada ketika tu, pregnant pulak. dan saya risau saya akan hentikan penyusuan anak saya sebelum sampai usianya 2 tahun (alhamdulillah berjaya dengan izin Allah setelah pelbagai peristiwa pahit getir dilalui) dan sehinggalah saya diuji dengan situasi getir semasa anak ketiga yang secara tidak langsung telah memberikan pengalaman baru dan berbeza buat saya.

Pastu pulak, kalau nak update di blog, rasa cam risau orang jemu nak baca, panjang lebar karangan macamlah kita ni penglipur lara. Tetapi, memandangkan ramai mummy2 yang bagi good support n maklumkan u all suka sangat baca blog saya. (ngee...perasannya...:p) Hamik...kali ni panjang sikit. (Penat baca, sambung tido..Tak marah pun... ;) )

Especially saya nak tujukan kepada adik SHIMA (semoga Allah limpahkan susu yang banyak buat adik ini. Really appreciate your support dear.:)). Beliau merupakan salah seorang mummy yang terlibat dengan kempen yang saya jalankan sekarang ni, iaitu "Anda Bertanya, Saya Menjawab". Then, bila berkenalan dengan dia, macam lebih kurang sama pula kisah kami ni. Hehe... Perangai dia cam banyak mulut nak tau itu ini pun, sebijik cam saya... Haha... :D

Oklah, sambung semula, lepas bersalin anak pertama (WAFIY), nurse terus letak kat dada. Subhanallah...hilang terus kesakitan meneran tadi. Tapi tak sampai seminit terus diambil semula, maybe untuk proses seterusnya, timbang berat baby, pasang nametag kat tangan baby dan sebagainya. Tak sempat nyusukan terus...(Sebenarnya rangsangan terbaik ialah menyusukan sebaik lepas melahirkan).

Dah lepas beberapa jam, kemudian barulah dapat baby tadi. Pengalaman pertama kali menyusukan bayi, masya Allah...susah nak digambarkan dengan kata-kata (bergenang airmata syahdu kan..maklumla pertama kali jadi ibu...poyo lagi..K, abaikan).

Masa baby pertama kali sedut tu, ada rasa cam pedih kat nipple. Terus terdetik di minda, alamak..aku takde susu ke ni? Apsal cam sakit je. Pastu cam baby tak telan apa2 pun. Kemudian terus panggil nurse, mohon bantuan. Nurse datang picit nipple n cakap, "tu ada susu tu". Time tu, adala setitik keluar kat satu lubang je. Oklah, tenangkan diri dan terus sambung nyusu, walaupun sakit (serius, rasa baby cam sedut angin, susu cam tak terhasil lagi). Tapi, excited nyer pasal, tarik nafas dalam2 (konon nak kontrol sakit tu), kasi jelah baby minum.

Jiran sebelah tu, dahla baru bersalin dari kita. Baby dia minum, bunyi siap berdecit2 lagi, susu macam bertakung dalam mulut. Pelik gak, mulut saya pun rajin bertanya. "Banyaknya susu awak. Sampai sini saya dengar. Saya risaula, saya macam takde susu je".

"Oh...keturunan saya memang banyak susu, adik-beradik saya semua nyusu dada"...balas dia. (Pap...tetiba rasa cam orang tepuk dahi saya). Ok, keturunan dia banyak susu... Adoi, camanalah aku ni, mama selalu cakap keturunan kita takde susu. (berkata saya dalam hati).

Agak down tetiba n itulah punca utama saya rasa susu saya tidak mampu terhasil sampai beberapa jam (nampak tak mindset saya, asyik risau susu kurang). Kalau tak silap WAFIY keluar waktu subuh. Sampai nak dekat magrib jugalah, saya menanggung seksa SUSU TIADA, tiap kali baby nyusu, nipple pedih. (cara latch on baby dah betul dah, sebab nurse memang bantu kita masa mula2 nak menyusukan bayi tu). Dan...bermulalah kisah, nipple melecet la pulak, siap terkeluar darah sikit. :,( Sakit n pedihnya Allah saja yang tahu.

Tapi yang ni, saya tak ceritakan pada sesiapa pun. Even kepada kawan2 yang datang masa melawat saya di hospital. Kenapa? Biarlah ia menjadi rahsia saya. Sebab saya dikelilingi dengan ramai sahabat yang tidak support breastfeeding. Bukan tidak support, mereka tidak menghalang, tetapi mereka galakkan saya untuk campur dengan susu formula (saya tak menyalahkan mereka, cuma saya yang takut saya down). Sebab risau bayi tidak kenyang. N pada zaman tu pun tahun 2009, kesedaran eksklusif breastfeeding masih belum meluas lagi. Macam satu kepelikan pula, bayi hanya diberikan susu ibu tanpa setitik pun air masak dan makanan tambahan selama 6 bulan. Ramai yang tak boleh terima. Kemudian, kepada hubby pun saya rahsiakan, sebab ada ketika juga dia agak goyang dengan cabaran kata2 orang sekeliling yang suh kami top up susu ibu dengan susu formula.

KISAH ALLAH SELAMATKAN SAYA.....

Kelebihan saya semasa SUSU MASIH TIADA ialah, anak saya tidak melalak. Ya, dia kuat tidur. (Kenapa dia kuat tidur? Ia adalah kesan dari gas 'apatah lupa plak namanya', yang doktor beri kebenaran ibu sedut bila merasa sakit. Kesannya bayi saya asyik tidur saja, sebab saya sedut dengan banyaknya.) PERCAYALAH, jika tidak kerana dia kuat tidur, kemungkinan besar jika dia asyik melalak, mungkin akan menarik perhatian nurse, lantas anak saya akan di top up dengan susu formula atau husband saya panik, mungkin akan terpaksa rela beli susu formula.

Kemudian, ALLAH SELAMATKAN SAYA LAGI untuk discaj bayi perlu kencing dan buang air besar bukan? Bagi memastikan sistem perkumuhan bayi tiada masalah. Saya kena tahan dua hari sebab 24 jam anak masih belum kencing dan buang air besar. (Rahsianya ialah disebabkan saya MASIH BELUM ADA SUSU). Setiap kali doktor dan nurse yang meronda datang, tanya "susu puan bagaimana?". Saya senyum sambil jawab, "Ok doktor, banyak je..." (menipulah tu...Takpe, kata2 kan suatu doa) . Esoknya alhamdulillah anak saya ada buang air besar (najis warna hitam) dan kencing sikit je. (Saya tertanya juga, haih takde susu pun boleh kencing n buang air besar? Kemudian barulah saya tahu, najis yang ada tu ialah hasil makanan baby masa dalam perut ibu lagi. So, bukanlah dari susu saya. )

So, saya berjaya discaj keluar hospital dengan selamatnya. Alhamdulillah. (Saya tetap masih berusaha keras ingin menghasilkan susu yang banyak, kerapkan 'direct feed').Tetapi ketika di rumah, saya perasan anak saya kurang kencing dan tidak buang air besar langsung. Nasiblah bila bertanya dengan nurse, mereka maklumkan, jika anak hanya brestfeed sahaja, kadang2 tidak membuang air besar lebih 3 hari masih perkara biasa. So, ALLAH SELAMATKAN SAYA LAGI. (Saya menggunakan alasan, anak tidak buang air besar beberapa hari, perkara biasa bagi baby yang breastfeed untuk melindungi rahsia bahawa saya ketika itu saya masih kurang/ tiada susu badan.).

Sampailah anak saya kena kuning yang tinggi (jaundis) hari ketiga, doktor suh kerapkan penyusuan supaya kuning tu dapat dibuang keluar melalui najis. Dari pengamatan saya, susu sudah mula ada, tapi ciput sangat. Pampers pun jimat sebab anak kurang kencing. Bila sampai di hospital, perkara pertama doktor tanya, "susu ibu cukup tak?". Dengan selambanya saya jawab, "insyaallah cukup doktor". (Padahal dalam hati cuak giler, hanya Allah yang tahu.)

Dan mulalah saya dalam dilema, macamana ni, nak beritahu susu tengah tak cukup nanti takut lebih down kalau ada yang suh top up dengan susu formula. Suami pun leh pulak tanya, "Susu sebenarnya cukup tak?"..."Cukup bang, insyaallah. Siap memancut2 lagi" balas saya (Wahh..sedapnya reka cerita...takpe mudahan doa makbul).

Masya Allah, bila kenang kembali, memang saya bersyukur sangat. Kalau tak tabah hati ni, mau saya campur juga dengan susu formula. Pada ketika tu ada rasa kejam juga dalam diri sebagai ibu, sebab seolah sengaja biarkan anak kurang minum susu. Semata2 nak fully breastfeed. Pada ketika ini, ALLAH SELAMATKAN SAYA LAGI BUAT KESEKIAN KALINYA, anak saya masih kerap tidur walaupun susu saya kurang, sebab dia JAUNDIS.

Dalam hati saya pada ketika itu kesal, sedih, rasa kejam dan sebagainya, kerana pentingkan diri, konon nak berikan yang terbaik pada anak. Anak saya terseksa kena ambil darah beberapa kali sehari untuk doktor tengok tahap jaundis dia. Mungkin kerana saya banyak menangis dan berdoa sengsorang pada malam hari (lagi pedih dan berat nak tanggung, sebab pendam sensorang n hanya saya yang menanggung beban tu, sebab rahsiakan dari semua orang dan saya sepenuhnya bergantung dan mengadu pada ALLAH 200%), mohon Allah limpahkan susu yang cukup buat anak saya. Akhirnya, terhasil juga susu saya, itupun setelah beberapa hari. Subhanallah...

Sehingga kini saya bersyukur sangat, kerana menjadi ibu terpilih berjaya menyusukan anak sejak dari lahir sehinggalah dua tahun (dan masih menyusu ketika hamil).

Sejak dari itu, memang saya sangat mudah melenting bila ada ibu yang maklumkan dia tiada susu. Sebab bila berbual dengan mereka sebahagiannya, kisah peritnya, tidaklah seperit yang saya lalui. Maksudnya usaha mereka tidak sepenuhnya. Dan belum sempat saya nak berkongsi pengalaman (saya nak advise mereka rujuk pakar laktasi), kadangkala kata-kata saya di STOP kan dengan, "takpelah...rezeki masing2. Dah tuah badan ko susu banyak" (Saya tidak mengatakan semua. Dan tujuan saya menceritakan kisah ini, ialah sekadar ingin berkongsi kepada MUMMY yang memang niat nak breastfeed, dalami ilmu ini dan bertanyalah pada yang BERJAYA. )

Memang menyusu itu merupakan pilihan kepada ibubapa. Jika mereka tidak ingin melakukannya, usah desak mereka. Saya cuma ingin selamatkan mereka yang mempunyai SEMANGAT seperti saya. Saya tahu di antara kalian ada yang menangis, merintih di waktu malam, bermonolog seorang diri tatkala diuji dengan pelbagai cabaran penyusuan. Insyaallah, bertabahlah wahai sahabat. Cabaran ini akan berlalu seiring dengan waktu. Dan pada pengalaman pertama sahaja yang perlu kita tempuh. Dan insyaallah untuk anak berikutnya, anda pula akan menjadi idola kepada mummy yang lain. Insyaallah.

Terdapat juga pengalaman semasa anak ketiga saya TIADA SUSU. (Ishh...ingat dah anak ketiga tiada masalah lagi pasal penyusuan ni, konon dah expert :P...hehe..gurau je..Nyampah kan.. ) Rupanya ALLAH nak tambah ilmu dan pengalaman saya. Subhanallah, terima kasih Allah. *tears

Saya tergolong dalam kategori ini (highlight merah):

Antara penyebab ibu-ibu mengalami kekurangan/kekeringan/ketiadaan susu badan (tanpa mengabaikan rangsangan dari hisapan bayi & pam) semasa awal kelahiran:
  • Anemia
  • Ketidakseimbangan hormon tiroid
  • Hypopituitarism
  • Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS)
  • Gestational ovarian theca lutein cyst (keadaan ni sangat jarang berlaku)
  • Menghidap kencing manis & bergantung pada insulin
  • Tak cukup tisu glandular (IGT)
  • Pernah jalani pembedahan payudara
  • Plasenta tak keluar lagi/tak keluar habis
  • Sindrom Sheehan, apabila pituitari kekurangan darah disebabkan oleh pendarahan semasa melahirkan, so ia tidak menghasilkan hormon mencukupi utk laktasi.
  • Obesiti.
  • Tekanan semasa melahirkan, kehilangan darah etc. 
  • Pengambilan drug Pitocin semasa proses kelahiran
  • Penggunaan pil perancang yang mengandungi estrogen dan progestron.
  • Edema disebabkan oleh IV.
  • Pengambilan ubat-ubatan tertentu.
  • Pengambilan herba/jamu yang mengandungi sifat anti-laktogenik.

Saya menangis pada ketika itu (sorang2 di hospital), 24 jam tiada susu. Tidak keluar LANGSUNG walau setelah dipict pada nipple, setitik pun tiada. Saya merayu pada Allah supaya limpahkan susu saya. Saya istighfar banyak2, mungkin saya telah melukakan hati sesiapa. Dan saya juga tertanya2, kenapa Allah uji saya dengan ketiadaan susu. Sedangkan pada fikiran saya, saya sudah hampir matang dalam dunia penyusuan ini.

Masya Allah. Untuk kesekian kalinya, saya bersujud syukur pada Allah. Mungkin saya merupakan insan terpilih, yang berjaya membuktikan bahawa susu ibu tetap milik anak tercinta. Allah nak tunjuk, setiap ibu mampu menyusukan anaknya. Dan Allah nak tunjukkan, setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.

Sebab ada MUMMY yang kurang ilmu tentang breastfeeding, tidak merujuk kepada yang pakar (pakar laktasi) lantas bertanya pada MUMMY yang gagal. Memang akan tiada usaha selanjutnya yang dilakukan. Ada mummy yang share senarai sebab masalah susu tiada, tetapi tidak lengkap dengan langkah penyelesaiannya. Insyaallah, setiap masalah pasti akan ada jalan penyelesaiannya.

Pada ketika itu, saya menyusukan dalam keadaan nipple berdarah. SUSU LANGSUNG TIADA. Tapi saya tetap beri anak hisap, sebab nak create demand. Saya minum air dengan banyak (kot2 kurang air dalam badan). SUSU TIADA JUGA. KERING!

Kemudian nak dijadikan cerita pada tengah malam tersebut, perut saya sakit yang amat. Saya mengadu pada nurse dan nurse minta bersabar tunggu esok hari baru doktor pakar ada. Saya terpaksa menahan sakit sepanjang malam, dan teruskan menyusu walaupun tiada susu. Esoknya saya dipanggil masuk untuk scan perut (buat ultrasound scan).

Masya Allah, rupa2nya plasenta saya belum habis di keluarkan. Ada saki baki terlekat2 di dinding rahim saya. Patutlah saya mengalami sakit perut yang amat pada malam sebelumnya. Kemudian setelah dicuci keluar, tidak lama beberapa jam kemudian barulah terhasil susu saya walaupun teramat sikit. (Keluar air mata kesyukuran...poyo lagikan...abaikan..).

Jadi, jika pelbagai usaha telah dilakukan, tetapi gagal, cuba ambil sedikit masa merujuk kepada pakar laktasi. Dapatkan khidmat nasihat mereka. Insyaallah setiap masalah pasti akan ada penyelesaiannya dengan izin Allah. Sama2 kita berusaha dan sama2 kita berdoa agar kita tidak diuji dengan perkara2 yang tidak mampu kita tanggung.

Oh ya, siapa di antara kita ketika terdapat masalah penyusuan merujuk kepada yang pakar (pakar laktasi)? Ramai tak kuasakan. Saya pun malas. Hehe.. Tapi, jika sayalah insan terpilih yang patut kongsikan kisah perit saya kepada anda, nah terimalah cerita saya yang tidak seberapa ini. Kongsikan kepada yang lain jika anda rasa ia bermanfaat. Saya halalkan dan saya memang nak create awareness ni kepada mummy2 di luar sana yang memang ada niat nak breastfeed supaya jangan berputus asa!

Pesanan saya, menyusu bukan mudah pada permulaannya, perlukan latihan dan pemahaman. Akan ada cabaran yang perlu ditempuh. Tetapi semua itu hanya sementara. PERCAYALAH, tiada kata2 yang dapat menggambarkan indahnya saat penyusuan ini.

Wallahualam.

"Setiap ibu adalah unik dan untuk berjaya dalam penyusuan perlu pendekatan berbeza."

~Menyusu itu indah~

Salam sayang dan dengan rendah hatinya dari saya, :)

Atia



13 ulasan:

H♥H berkata...

mohon share sis.. sy pon ade pengalaman yng sama tapi sis cukup kuat... sy mmg koyah abis xde kekuatan disbbkan orang keliling x support.. dan saya x dapat nk lari mane time 2.. sedih sgt2...

Unknown berkata...

Salam MRS. H. Firstly, thanx for your support!Really appreciate it!:D

Silakan share. Saya memang nak tingkatkan awareness kepada semua MUMMY yang memang ada niat nak BREASTFEED insyaallah boleh! N nak yakinkan semua MUMMY bahawa setiap ibu adalah unik dan setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.

Kegagalan hari ini, tidak bermakna gagal untuk selama-lamanya. Boleh teruskan niat untuk anak seterusnya.
Semoga Allah memudahkan urusan anda di dalam penyusuan nanti. Amin...Insyaallah. :)

Zai Zamree berkata...

Nice sharing sis...

sy adalah antara ibu yg kurang susu.Mak sy pon ckp dia smpt nyusu smpai 2 bln ja utk kami 6 beradik.

sy juga tgolong dlm kategori penghidap kencing manis & bgantung pd insulin.

lps ja Aqil lahir Alhamdulillah sy trus boleh menyusu dlm OT room dibantu oleh nurse yg btugas.Sminggu gak la sy fully BF tp lps sminggu tu Aqil kena jundice & di tahan ni wad.

3 hr sy jaga sndiri Aqil di wad & dia juga seorg baby yg aktif x mcm baby lain.Sejam skali di poo poo & bgn utk menyusu.

Dan disebabkn letih,x cukup tdo, stress, sakit czer yg blm kering btl lg maka susu sy drop trus.

Pngalaman ptama bl susu drop sy pam pam dan pam x bhenti tp susu x kuar byk.1oz pon x dpt.sy menangis wktu tu.Option terakhir sy tpksa bg FM kt Aqil.

Lps brapa hr kuar wad,berurut & sy pon dh btenang br la susu kmbali bcambah.Meleleh2 tnpa di pinta.Alhamdulillah...cumanya sy sempat nyusukn Aqil smpai 8 bln ja.

Insyaallah...klau ada diberi rezeki anak ke-2 sy hrp dpt fully BF smpai 2 thn.Itu niat sy.Moga Allah makbulkn...amin

ily♥ berkata...

Assalamualaikum..
sisi, bila baca kisah sisi ni, teringat pengalaman breastfeed anak sulung.

Anak sy g6pd. So memang kena tahan wad at least 5 hr utk doc monitor since anak2 g6pd ni, kalau kena jaundice, kadar bilirubin akan naik dgn mendadak. Saya pulak tiada susu sejurus selepas melahirkan. Tapi saya paksakan diri jugak bf anak. Sy bersalin 3 pg. Seharian sy fikir susu ada, sy bg je baby bf. Bila menjelang malam, baby asyik nangis. Rupanya perut kembung. Nurse dtg cek, susu ada. Tapi belum byk. Sepanjang lm sy berjaga. Anak tak boleh tido. Kejap2 menangis. Setiap kali menangis, saya cuba bf. Paksa dia minum. Sapu minyak kat perut n kaki. Sy mmg tak boleh tdo. Kadang menyusu sampai tersengguk-sengguk. Hari kedua masih takde lagi. Anak dah mula kuning. Allahu..Risaunya saya. Risau kalau bacaan naik mendadak, susu pulak tak cukup. Ada suara2 suruh bagi minum mcm2 dekat anak. Tapi sebab sy dekat wad, org lain tak boleh nak masuk jenguk, jd saya boleh ignore je. Sebab org just boleh cakap through phone atau sampaikan melalui husband sy. Kalau husband sy bwk air apa-apa pun, sy tak bg pd anak. Kdg2 sy ckp je sy dah bagi. Tapi sbnrnya, sy simpan je. Husband faham. sebab sy dah ckp dgn dia sy nak bf anak. Malam hari kedua, anak masih kembung dan menangis tak henti. Saya pulak tak cukup tidur. Walaupun belah siang, bila husband dtg melawat, sy pas anak kat husband dan cuba untuk tidur..Tapi tetap tak dpt nak tidur secukupnya sbb tetap perlu bangun unutk menyusu anak..Tambahan pula susu kurang, jadi kerap lah dia nak menyusu..Malam tu nurse dtg lg. Sy terdetik minta susu kat nurse. Awalnya nurse suruh sy usaha je bf anak. Sy tetap usaha. Tapi bila anak still menangis, kembung perut, tak boleh tidur, sy kasihan tgk anak, Sy sendiri pun tak mampu bertahan tak tidur..Lepas sejam, nurse dtg balik bwk susu, mungkin sbb dgr anak sy menangis tak henti2. Tapi dia tetap remind sy utk bf. Allahu..Tapi Allah tolong sy..Anak taknak susu formula. Sy titikkan dlm mulut pakai syringe, dia luahkan balik semua. Sy akur. Sy paksa juga diri berjaga demi anak. Hari ketiga...anak dah kena duduk bawah lampu.. Dan doc kata baby kurang air sbb nmpk lekuk ketara kat ubun2. doc suruh top up dgn formula. bagi cukupkan blk air, takut anak sy dehydrated. sedih sgt dgr masa tu. Dengan bacaan jaundice yg agak tinggi, susu belum byk, air dlm badan pun kurang..sy mampu menangis je..risau dan kasihankan anak..Takut bacaan bilirubin makin naik sekelip mata..Dlm hati mmg tak henti berdoa mtk Allah murahkan rezeki anak sy, mudahkan urusan penyusuan..Sejam dua selepas doc dtg tu, tiba-tiba sy rasa engorge. Allahuakbar. tak semena-mena baju sy basah lencun dek susu. Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar. Belum sempat pun saya bagi fm kepada anak. Syukran Ya Allah atas rezeki yang diberikan untuk anak saya.

Walaupun saya tak dapat bf anak-anak cukup 2 tahun, both pun ada kisah tersendiri, tapi saya rasa bersyukur sgt atas nikmat yang Allah beri. Mudah2an kalau ada rezeki anak yang seterusnya, moga murah juga rezeki anak-anak dan dapat sempurnakan penyusuan 2 tahun hendaknya. InsyaAllah..

Unknown berkata...

pengalaman kita hampir serupa. lagi2 sebab anak first, memang tak de pengalaman langsung. anak kedua ni dah 'pandai' skit da. hehe..

Alhamdulillah, masih breastfeeding sampai sekarang, anak dah setahun. :)

Jemput ke blog ain jugak, ain pun suka share pasal breastfeeding dan nak tolong ibu2 breastfeeding. :)

ainniah.com

Tanpa Nama berkata...

Salam sis, sy aira, mengalami mslh pcos tp alhamdulillah dgn sikit usaha sy berjaya pregnant dgn bantuan clomid dan skrg pregnant 29 weeks. Sy mengalami mslh inverted nipple sblh kiri (puting berbiji ssh nak tarik keluar) dan flat nipple sblh kanan (sng sikit utk tarik keluar). Spnjg pregnant tak pnh keluar kolostrum atau susu lps tu puting selalu skt, sy risau susu takde lgsg. Sy berniat nak bf baby sampai 2 thn dan mmg bersemangat utk bf baby. Ada ke peluang utk sy bf baby? Apa yg perlu sy buat? Thanks sis.

Unknown berkata...

Hurmmm...saya msuk hari ke 11.. Still xde susu...bla dipicit keluar setitis dua..saya Cuba Pam.. Pon ttp sma!! Tiada... Ank sya terpaksa menumpang susu adk saya..n susu formula. Mcm2 saya Dh buat untk bnykkan susu..setiap Kali suapkan susu botol mesti saya akn menangis seolah saya seorang ibu yg xberguna. Saya buntu..

Unknown berkata...

Hurmmm...saya msuk hari ke 11.. Still xde susu...bla dipicit keluar setitis dua..saya Cuba Pam.. Pon ttp sma!! Tiada... Ank sya terpaksa menumpang susu adk saya..n susu formula. Mcm2 saya Dh buat untk bnykkan susu..setiap Kali suapkan susu botol mesti saya akn menangis seolah saya seorang ibu yg xberguna. Saya buntu..

Unknown berkata...

Salam sis..sungguh memberikan inspirasi buat saya.sekarang saya tengah melalui masalah yang sama.sy bersalin czer 18hb 03 2016 da ari ke 8 susu saya masih blm keluar.nak dijdkn cerita sy da mula nyusu slps nurse serahkn bby slps pmbedahan..msk ari ke 2 sy di serang sakit kepala yg teruk dan brlarutan slma 4ari..slma 4ari tu lah sy cba mnyusukn bby sy tp ssu langsung xada..
Dokt bekalkn sy domperidone ubat utk tmbh ssu bdn tp xbrkesan..smlm bby sy warded sbb jaundis..
Suami sy dah belikn ssu fm pd hari ke 3 kluar hospital..sy rsa down sgt2.nk nangis rsa gagal mnyusukn bby sy..
Smp skrg pn ssu msh blm kluar lg..
Plan nk jpa pakar latch kt kpj sikit masa lg..harap sgt2 suami sy beri keizinan utk keluarkn sedikit peruntukan utk sy dptkn khidmat nasihat pakar..
Sekarang cuma mngharapkan kata2 semangat dn dorongan dr rakan2 dn kenalan fb je spy sy lbih tabah, sabar dan kuat mngharungi semua ni..
Perasaan ketika ni menitik air mata..tp sy kena positif dan jaga pemikiran spy tifak berputus asa..
Doakn saya sis..

cetot berkata...

Nice sharing.
Sama juga saya masa anak pertama tahun 2005 x banyak lagi info2 pasal breastfeeding di internet , dan masa tu kat kg pon xde internet. BF awareness pon kurang. Anak pertama gagal , ilmu kurang, selamat la formula dan air kosong kekeke.. tapi xper saya perbaiki untuk anak kedua ketiga dan ke empat. Alhamdulillah.

Unknown berkata...

assalalm..just nak share..adik ipar saya LANGSUNG tiada susu smpi anaknya kini 2 tahun..da cuba mcm2 tp setitik pn tak keluar, sy pn pelik, pergi mengurut bidan ckp breast cam anak dara, xde susu

Unknown berkata...

assalam..boleh bantu sy x,anak saya mesti merengek kalau disusukan..sy tahu dia haus,tp menangis n menolak pulak..risau sy nie,susu dlm btol pun xnk..kalau menetek,kdg sbelah je..sbelah kanan yg byk susu nie mst die xnk..kdg² kiri pun xnk..baring xnk,dduk pun xnk...knp agknye bby sy nk msuk 4bln..

FEZA berkata...

Assalammualaikum, feza ade mengalami masalah breastfeed jugak. Masa bulan pertama dan sebelum masuk bulan ke dua. Feza bg breast feed fully. Tapi bila baby genap 2 bulan, feza stop sbb feza rasa bazir masa pump2. Anak pulak x nk minum direct dkt breast. Feza jd stress sbb ank x nk minum direct dan feza rasa pump2 ni membazir waktu sbb tu feza biar kan x pump. Nak ckp meleleh tu memang ade masa seminggu jer feza tekap dgn kain dlm bra. Lps tu x pump dan x picit, susu dah tak meleleh. Feza pkir x de masalah ape, ok lah.. Last2 baby nak masuk 3 bulan husband ckp baik awak pump atau keluarkan susu balik nanti susu lama jd basi dan blok saluran penyusuan saya. Saya jd takut, bila saya pump susu saya warna kuning mcm mula2 dulu saya bg dkt baby saya. Husband ckp tu susu lama yg x dikeluarkan dah basi. Dia suruh saya pump balik sampai susu warna putih balik baru bg dkt anak. Boleh saya tanya pendapat sis dkt sini? Btl ke kalaw kite x pump susu dkt sebulan, lps tu nak beri balik susu badan kena buang susu lama dalam breast tu. Bila dah putih, baru bg balik susu dkt baby sbb susu kuning tu susu basi/lama.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...