My F.r.i.e.n.d.s

Ahad, 10 Julai 2011

Subhanallah...Patutlah susu mak banyak...!!!

Salam,
Erm..pernah dengar citer orang dulu2 tak...Diorang citer, orang dulu2 kalau bersalin, tak de yang 'operate'. 'Nani' (panggilan nenek bg org pakistan) cik hubby aku, anak 13, semua bersalin normal. Orang dulu2 kalau mengandung lebih 40 minggu pun, tak de operate, mak bidan kata budak lum nak keluar lagi. Bila tiba masa mesti keluar jugak. Tapi, kita sekarang ni, senang sangat nak kena 'operate'. Baby besarlah...Takut baby lemaslah..dan sebagainya. Maybe sebab faktor pemakanan dan 'lifestyle' orang zaman sekarang tak macam dulu2. Kita banyak sangat makan makanan2 yg mengandungi bahan kimia N pelbagai lagi 'racun' yang banyak beri kesan pada baby dalam perut N ibunya. Mungkin itu yg menyebabkan, mummy sekarang ni, kalau bersalin mudah sangat operate. ( Termasuk aku ni, sampai sekarang aku takut. Walaupun 2-2 anak sebelum ni bersalin normal, yg berikutnya, tak pasti lagi. Semua ketentuan Allah...)

Ok, sekarang aku nak "share' pengalaman aku berbual2 ngan mak (mak mertua @ aku sayang macam mak sendiri). Mak beritau, susu mak banyak. Mak makan semua. Tak de pantang-pantang. Sebab mak tak pernah fikir langsung pasal tak de susu. Tak de dalam kamus hidup mak. Sebab mak cakap, mak ingat, kalau dah beranak, semua kena menyusu badan. Sebab nani (mak kpd mak) pun gitu. Semua anak-anak disusukan. Mak nampak itu. Jadi mak ikut je.

Percaya tak, mak kuat minum kopi. Tapi, susu tak pernah kurang. Mak makan pun, makan je semua benda yg boleh dimakan. Tak de pantang langsung. (Nampak tak kat sini, sebenarnya, memang benar, susu ibu amat bergantung benar dengan MIND ibu. Rangsangan susu memang dari otak. So, bermula sekarang, mesti yakin susu kita cukup untuk anak. Yakin pada Allah. Bukan pada benda2 ngan orang lain)

Satu lagi, mak cakap, setiap kali lepas nyusu, mak mesti perah keluar susu yang lebih. Mak buang habis. Sebab mak cakap, buat apa simpan-simpan susu tu. Buat bengkak je nanti. (Nampak tak, mak sebenarnya tak sedar, tindakan mak asik buang keluar susu tu sebenarnya, secara tidak langsung, mak dah rangsang susu tu supaya keluar lagi. Mak nyusu, mak buang... More demand=more supply kan. ) Patutlah susu mak banyak......Cik hubby nyusu sampai 5 tahun tau dengan mak. Pastu, semua anak-anak mak, ketujuh-tujuhnya mak susu kan dengan susu mak.

Alhamdulillah, aku suka tengok, adik-beradik hubby sangat bersatu-padu. Malah, sangat sayangkan mak mereka. Mungkin itulah hikmah menyusu badan. Walau mak susah-payah membesarkan anak2 dia, (dgn nakalnya, dgn karenah anak yg mcm2), tapi alhamdulillah...semua anak2 mak berjaya, serta taat kepada ibubapanya.

Apa yang ditetapkan di dalam al-quran, pasti ada hikmah yang besar di sebaliknya. Allah Maha Mengetahui tiap-tiap sesuatu. Mudah-mudahan anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah. Mummy2 yang menyusu, jangan lupa urusan kita dengan Allah, mudahan setiap titis susu kita berkat dan mendapat rahmat dariNya. (Peringatan untuk diri sendiri, serta sahabat2 yang dikasihi...)

Selamat menyusu...Semoga setiap titis susu kita, mendekatkan diri kita kepada Allah (menjadi orang yang sentiasa bersyukur) serta dikurniakan anak yang soleh dan solehah (berkat menyusu badan diiringi doa yang tidak putus-putus kepada Allah s.w.t)

Wallahualam... ;)

Iklhlas dan penuh kasih sayang...
~atiyah zahirah zainal abidin~

6 ulasan:

Shaza Shamsuddin berkata...

ehmm kenapalah akak tak sekuat mak long dan ibu2 lain yg begitu kuat menyusukan anak lebih 2 tahun. afra masih lagik nyusu ngan akak, tp akak tetapkan syarat pagi je. maksudnya dia minum susu akak sekali sehari. akak x mampu dari segi mental. huhuh :( tapi syukur janji akak utk 2 tahun pada dia dah tertunai.

zahirah zainal berkata...

shaza~alhamdulillah n TAHNIAH..!!!!
...apa pun, yg penting, akak dah nyusukan hingga 2 tahun, bermakna dah lengkap tempoh penyusuan afra.
Tentang nak continue lagi, itu terpulang pada akak N afra. Camana cara nak cerai susu tu, (huhu...sedihnya ngenangkan wafiy, dia yg nak cerai sendiri, so, tak sempat genap 2 tahun menyusu, kiranya dia nyusu 1 tahun 10 bulan je), biarlah dia nak bercerai susu dengan sendirinya...Supaya 2-2 (mummy N anak) tak terluka hati.
Tu, akak dah tetapkan pagi je nyusu, bolehla kot...Janji lepas gian dia nak nyusu. Hmm..patutla, susu akak melimpah ruah..Kira tandem nursing gak la ni..Sebab susu akak, lebih dari permintaan baby suri..hehe... :)

Azrina Mohd Tajul Ariffin berkata...

Sukanya entri ini boleh tak nak 'curi' dan share kat blog saya. BETUL....kita kena set di MINDA yang kita boleh menyusukan dan susu yang Allah dah anugerah cukup berkhasiat untuk anak2 kita.

*kirim salam kat Mak ye!

Qaseh berkata...

terima kasih...sharing, sy br start bf anak sy 2bulan lebih,,,kdg2 stress juga bilasusu xde...betul la yg penting mind ibu yg menyusu ni kena +ve

zahirah zainal berkata...

azrina~boleh je..silakan..sharing is caring...mudah2an kita semua dapat manfaat.. :)
Insyaallah sy sampaikan nanti..mak kat kampung..hehe..
Qaseh~ hehe..jgn stress2...kalau stress tengok je muka anak tu...mesti perasaan keibuan datang...terus susu mencurah2...insyaallah...(tapi memang pun, menyusu bukan semudah yang disangka...banyak cabarannya..)

MrsCantikManis berkata...

mmg pon.. byk beno cabaran nye.. cam CM, ayah tiap2 ari ckp suro bg fm kat baby sbb baby nmpk cam lapo je, jap2 nk nyusu.. everyday kne tegas kn ckp, xmo nk bf gak.. (mase stay umah parents, hubby outstation)...kdg jd stress jga. hubby pon cm2.. tp hubby skg da paham skit sbb CM bdegil skit nk bf baby.. hehe..

bout ayah..CM kuat kn mind je, nk teruskn jga bf at least smpai baby umo 2 taun (b4 this mase awl2 dlu, ingat kn mmg susu da xde -sbb penat sgt- hubby n sume suro gune fm, CM pon follow je la -almaklum la 1st baby,ikut je ckp org2 tua -mase 2 x t'pk nk search dlm internet bout bf ni)

now CM da 3 bln 1/2 fully bf baby.. huhu.. bahagia! (baby da 5 months, mase lahir mmg fully but after a week kat umah, cmpur fm -ralat sgt time 2 smpai skg rase ralat 2)

utk mommies out there, jom kuat kn semangat n mind kite, fully bf our babies!!! :)

~tgh pump smbil bace blog u.. hihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...