My F.r.i.e.n.d.s

Sabtu, 12 Mac 2011

Mengandung masih boleh menyusukan anak..Betul ke ni?



Ni gambar aku tengah sarat mengandung 9 bulan..Siap leh gi bercuti jalan2 kat Port Dickson lagi.


Ni gambar aku dengan anak aku yg berumur 1 tahun 9 bulan.

Ok, skrg ni,aku nak share cite pegalaman aku menyusukan anak aku semasa mengandung. Kenapa aku buat keputusan ni? Sebab aku dah berjanji dengan diri aku, aku nak menyusukan anak aku hingga genap 2 tahun. Start dari aku positif hamil, aku masih teruskan penyusuan aku kepada Wafiy. Aku berani buat sebab aku pernah dengar istilah "tandem nursing @ penyusuan berganda". Tapi, penyusuan ni kita leh teruskan hanya jika kita;

1. Tiada masalah sejarah keguguran dan kelahiran bayi pramatang.
-Sebabnya semasa kita menyusukan anak,akan berlaku sedikit kontraksi.Kalau rahim tak kuat,berkemungkinan boleh berlaku keguguran dan bayi lahir awal dari yg sepatutnya.

2.Ibu dan bayi dalam keadaan sihat. Telah mendapat nasihat doktor.Doktor kata korg OK jika susukan anak ketika hamil.Kandungan korg juga OK. Maka teruskanlah..

3.Mendapatkan nasihat Kaunselor laktasi.Kaunselor laktasi juga kata OK…berdasarkan pertemuan korg dengannya ataupun berbual secara online ataupun ikut apa LC anda katakan la.

4.Bayi@anak korg itu memang masih hendak menyusu(sebab kalau hamil susu kita akan rasa lain sikit iaitu masin..…ini semua kerana perubahan hormon

** ada doktor atau gynea yang kurang friendly bab breastfeeding..maka dapatkanlah opinion kedua ketiga dan sebagainya daripada gynea yang lain. kadang kadang ada juga yang tak berapa nak berani nak kata OK…maka dapatkan pendapat 2-3 orang gynea yang lain. Sebab aku sendiri pernah mengalaminya. Doktor tu siap kata apa, "Mana boleh menyusu ketika mengandung? anak awak dlm kandungan perlukan zat. Nanti takut janin awak kurang zat". Lahh..patah semangat aku. Tu,doktor kat KKM sendiri tu..Tapi aku tak puas hati,gi klinik lain. Doktor tu kata,"Kalau puan masih nak meneruskan penyusuan setakat ini saya rasa takde masalah,sebab puan sihat,kandungan pun ok. Cuma bykkan makan pelbagai makanan berkhasiat" Aik...yg ni kata boleh pulak..So,kesimpulannya ialah, buatlah keputusan sendiri setelah kita buat routine check up mengandung kalau doktor kata kita N baby dalam kandungan sihat, pastu kita sendiri pun rasa diri kuat dan sihat, maka teruskanlah penyusuan kpd anak kita hingga sebaik2nya genap 2 tahun.



** pakar laktasi anda pasti ada banyak info tentang ini..maka kerapkan diri anda menghubungi mereka. Oh ya,yg lbih meyakinkan aku utk teruskan menyusu ketika mengandung ialah atas jasa baik Pn Kamariah, salah seorang pakar laktasi yg glamer d kalangan ibu2. Aku call dia,N dia memberikan pendapat yg positif. So,aku rasa lebih yakin.




* mitos menyatakan..kalau hamil dan menyusukan anak..nanti bayi di dalam perut tak cukup zat..salah..sebab apa??sebab zat susu dan zat janin perlukan adalah datang daripada tubuh badan ibu…maka badan ibu SAHAJA yang kena kerja kuat…kerana badan ibu kena ‘supply’ makanan kepada 3 orang…bayi di luar dan bayi di dalam rahim dan ibu itu sendiri.. penghasilan susu ibu tidak akan mencuri zat yang janin di dalam rahim perlukan…tetapi akan mengambilnya daripada tubuh badan ibu …besarkan pengorbanan ibu..maka jika korg hamil dan menyusukan anak..amalkan pemakanan seimbang kerana..korg kini terbahagi kepada 3….

* mitos juga menyatakan..kalau hamil dan menyusu anak nanti akan berlaku keguguran..Jangan sesekali lupa minta bantuan Allah..berdoa dan pohon supaya dipermudahkan segalanya,dari segi penyusuan dan pembesaran janin di dalam perut...Jika benarlah hamil dan menyusukan akan memudaratkan janin di dalam rahim pasti ada disebut hukumnya dengan jelas..haram atau harus atau makruh …Tiada disebut..hanya disebut PENDAPAT orang itu dan orang ini..maka semua itu mitos dan tanggapan semata mata…



* mitos juga menyatakan..jika hamil dan menyusukan..si abang/kakak minum hak adik..janin di dalam rahim tak perlukan pun susu..dia ada cara dia untuk hidup di dalam rahim..alam dunia dan alam janin adalah alam yang berbeza.wallahualam..


kesimpulannya..

Kita BOLEH meneruskan penyusuan ketika hamil selagi TIDAK MEMUDARATKAN mana2 pihak..ibu atau anak yang disusukan ataupun bayi yang di dalam rahim ibu…Syukur alhamdulillah, aku berjaya menyusukan wafiy sehingga usianya 1 tahun 10 bulan, walaupun ketika itu aku sedang mengandung sehinggalah bersalin. (Cumanya, dia sendiri yg reject susu aku lepas bersalin, sebab maybe kolostrum tu rasa pelik kot. Kalau tak, mungkin aku akan teruskan lagi sehingga dia genap 2 tahun. 2 bulan je lagi..hajat tak kesampaian...:( )


Terdapat hadis di dalam soheh Muslim di mana Rasulullah s.a.w. bersabda; “Aku pada mulanya berhasrat menegah al-Ghilah hinggalah diberitahu kepadaku bahawa orang-orang Rom dan Parsi melakukannya dan tidak ada kesan mudarat pada anak-anak mereka (maka aku tidak jadi menegahnya)” (HR Imam Muslim dari Judamah binti Wahab al-Asadiyyah r.a.). Menurut ulamak, al-Gilah mempunyai dua maksud; (maksud pertama mensetubuhi isteri ketika ia sedang menyusukan anak (dibimbangi ia akan mengandung pula dan memudaratkan anak yang sedang disusui). (Maksud kedua seorang wanita menyusui anak ketika ia sedang hamil/mengandung. Hasrat Nabi s.a.w. menegah perbuatan tersebut ialah kerana dibimbangi perbuatan tersebut akan memudaratkan bayi yang sedang menyusu. Menurut tabib-tabib Arab di zaman Nabi; susu wanita hamil adalah penyakit dan orang-orang Arab tidak menyukainya dan mereka akan menjauhkan anak-anak mereka darinya. Kerana itu, Nabi berhasrat melarangnya. Namun apabila Nabi mendapati orang-orang Rom dan Parsi telah biasa melakukannya dan tidak ada sebarang kesan tidak elok pada anak-anak mereka, maka baginda menarik semula hasrat baginda. Imam an-Nawawi menegaskan; “Di dalam hadis ini terdapat keharusan al-Ghilah kerana Nabi tidak menegahnya dan baginda menjelaskan sebabnya” (Lihat; Syarah Soheh Muslim, juz. 10, kitab an-Nikah, bab Jawaz al-Ghilah…)

Renung2kan..Pilihan di tangan anda..:)

22 ulasan:

Cinnamoroll berkata...

masa mengandungkan zara,anak kedua...haiqal baru 6bulan tapi alhamdulillah disebabkan mengandungkan zara ni tak de alahan langsung jadi badan tak terasa kurang apa2,susu pun keluar macam biasa. Haiqal terus menyusu badan sampailah adik dia keluar. Umur haiqal masa zara lahir 1tahun 2bulan...n keep continue sampailah umur dia 2tahun setengah. Kiranya saya ni menyusu sekali 2org. Alhamdulillah, cita2 nak menyusukan haiqal sampai 2thn tercapai. Cuma zara jer tak sempat...dia berhenti nyusu masa umur 1tahun 5bln...sbb...saya mengandung lagi...kali ni badan tak berapa kuat...ada alahan yg agak teruk jugak pd trimester pertama. Tak larat nak nyusu haiqal,zara ngan membawa baby dlm kandungan lagi...Disebabkan saya kurang makan,tak sihat,amik vitamin pun keluar balik...susu pun mula kering dengan sendirinya.

Masa saya mengandungkan zara sambil menyusukan haiqal ramai dikalangan org2 tua suruh cerai susu haiqal, tapi saya ni jenis yg buat dunno jer...senyum jerlah bila org cakap. Menambah tidak menolak pun tidak, sbb kebetulan masa tu saya dah dapat penerangan/forum melalui TV tentang kes begini. Jadi keyakinan tu tinggi jugalah jadinya.
Itulah serba sedikit pengalaman saya yg boleh dikongsi bersama.

zahirah zainal berkata...

Salam,thanks coz sudi share pgalaman kat cni..Mudahan leh jadi sumber inspirasi dan smgt kpd ibu2 lain..Ni nad kan,cousin ipul..Actually, nad lah sumber inspirasi atia utk menyusu semasa pregnant, sbb tgk haiqal membesar dgn sihat, n adiknya pun keluar sihat sejahtera. Comel lak tu!:) Bila kwn2 ofis bg nasihat suh benti nyusukan wafiy, tapi tetap kuatkan semangat,lawan kata2 negatif, teruskan jua..Alhamdulillah...berjaya...!!

Cinnamoroll berkata...

Yer saya lerr...:-)

Riz berkata...

2 tahun menyusukan anak adalah tempoh yang disarankan Allah sendiri..pasti ada hikmahnya...tahniah kerana berjaya menyusukan anak hingga 2 tahun...

zahirah zainal berkata...

riz~ tq..beri sokongan..alhamdulillah.. :)

su_elly83 berkata...

menarik u share.. su pn ade cita2 nk wat cm 2.... :)

zahirah zainal berkata...

su_elly~ thanks...semoga berjaya...jaga baby dalam perut elok2...mudahan jadi anak yg soleh @solehah...amin... :)

su_elly83 berkata...

mekacih.. amin...

Hidayati berkata...

salam...saya mmg selalu mbc blog zahira...mudah2an sy akn bpeluang tuk ank yg ke dua nnt..tp biler agaknye ek...nk tny ckit?? ms ank 1st zahira bhenti bff 1thn 9bln kn?? maknenye slps tu ank dh x myusu ker?? atau u bg susu fomula?? tQ...

Mama Amzar berkata...

salam....saya baru terbaca blog ni...hmm...mmg byk info yang berguna...hmm...saya skang fully bfeed my baby..my baby baru nak masuk setahun...skang saya baru 2 bulan hamil...dan niat saya mmg nak bfeed sampai 2 tahun....cuma bile time nk antar pengasuh tu....saya stil duk pam lagi...sbg bekalan d rumah pengasuh...tapi saya ade jumpa doc n dia nasihatkan boleh bfeed ...tapi direct jer...jangan pam...sbb takut rahim kite tak kuat...risiko keguguran...huhu....camne ar?kalau boleh tanak campur susu fm lagi...sbb dia baru setahun....

Nadhirah berkata...

Mohon share yea..sbb saya pun ingin meneruskan seperti yang puan lalui..anak blum 2 thn tp mamanya dah ngandung lagi..tp niat tetap nak teruskan..bila ramai yg tahu saya masih menyusukan anak dan dlm masa yg sama saya dah pregnant ramai juga tak suka, dan tak setuju. jadi saya mohon share supaya mereka dapat membaca info ini dan dpt merubah pandangan mereka tentang hal ini..terima kasih sangat2..saya amat teruja dgn kehamilan dan penyusuan pada anak..:D

Tanpa Nama berkata...

Bravo...
Ramai ibu yang nak tandem nursing, tapi sebab ada beberapa orang yang macam U cita, diorang demotivated. Dengan ada sharing macam ni, akan lebih memotivasikan org lain.. :)

shimaku berkata...

alhamdulillah bila baca pengalaman sis ni..sy jadi kuat utk meyusukan anak sy...skg ni sy pregnant 2bln lbh n ank skg 1thn 2bln...cuba jg ajar ank minum fm tp dia reject..dia just nk susu ibu saje...so skg ni sy berserah semoga bby dlm kandungan sihat...

journey of life berkata...

Saya mengandung baru 1st month.. N fully breastfeed.. My baby now 1 year half.. N ada sejarah keguguran sblm ni.. So skrg patutkan cerai susu my baby ni.. Tlg share pendapat.. And if sudi blh x bg cara nak contact puan kamariah

Faridah Yaacob berkata...

comelnyerrrrrrrrrrr.............

aishahlavigne berkata...

Thxs for u post.byk membantu since sy pon sdg lalui situation yg same.sy slalu pegang kate2 ini zaman fakta bkn zaman dgn ckp org semate.insyallah.sy akn cube bf tnpe wean off slg anak sy masih sudi.

azinuj berkata...

thanks sis atas info ni..saya bukan fully bf mom..ank sy minum FM dari umur 3bln lg..tp anak sy masih suka bf sampai skrg..sbb, baru minggu lepas MIL bising suruh stop bf..sbb MIL baru dpt tau sy pregnant lg..skg masuk 6bln..ank sulung dah umur 1thn 8bln..tapi saya rasa susu macam dah takde..sbb pernah picit tp dah tak keluar...harap2..bb dlm kandungan tak pape...dan harap2, anak ke2 ni nak cuba fully bf kalau takde masalah..harap dpt bantu..thanks :)

rahiza berkata...

Suka sangat baca blog ni. banyak informasi berguna. tahun lahir anak² kita kebetulan sama la pulak atia :) dan skg memang tgh mengandung dan menyusu anak kedua. insyaallah mudah-mudahan dimurahkan rezeki oleh Allah. saya doakan awak berjaya dengan misi ni dan semoga menjadi panduan dan tauladan serta semangat untuk saya meneruskan penyusuan susu ibu ini.

niza berkata...

Boley tnya, semasa awak tau awak pregnant yg ke 2 tu, awak dh period tak? sebab sy rs bf smpi anak sy umur 1tahun 6bulan masih blom period..agak2 bley pregnant tak?

Eija berkata...

Blog anda sangat bagus..informative untuk para ibu semua...

Eija berkata...

Untuk pengetahuan anda semua..saya baru lepas bersalin anak ke 3..selepas habis berpantang 44 hari saya terus minum rumpai laut. ramai yg mengatakan ibu yg baru bersalin disarankan ambil rumpai laut selepas anak berusia 3bulan keatas tapi tidak saya... lepas jer 44 hari saya terus makan rumpai laut...alhamdullilah tak ada apa effect tp yg memeranjat kan saya adalah...susu saya makin bertambah!! syukur...padahal selepas 44hari berpantang saya langsung tak makan nasi...tp susu saya banyak..itulah kelebihan Rumpai Laut..disbb kan rumpai laut ni bagus saya terus jadi pembekal rumpai laut..sesiapa yg minat sini saya sertakan harga :-

Gred AAA & AA(unggu & kuning) RM10/100gram = kalau beli 400gram FREE 100Gram.call,whatsappp,sms 0163606632

Unknown berkata...

Terima kasih share cite ni..sy sdng alami sknģ.sume org tegah sy susu kn ank sy sbb yg pregnant..tp ank x mo fm..pnh try nk cerai kn..kesian x smpi hti tgk asik nangis je..tp skng..sy bg je..org nk ckp ape.ckp ler

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...