My F.r.i.e.n.d.s

Memaparkan catatan dengan label Susu Banyak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Susu Banyak. Papar semua catatan

Selasa, 13 Januari 2015

Petua banyakkan susu ibu

Bismillahirrahmanirrahim

Salam sayang kepada semua pembaca setia blog ini dan mummy jelita yang masih meneruskan perjuangan breastfeed. Semoga urusan kalian serta kita semua sentiasa dipermudahkanNya.

Maaf atas kelewatan update blog, kerana saya masih meneruskan perjuangan menjalankan sesi personal coach bersama beberapa mummy pada setiap hari. Jadual agak padat, disebabkan mummy pun, beri soalan berperingkat (tak hantar sekaligus). Tetapi memang saya benarkan, sebab maybe mereka nak shortlisted soalan penting sahaja yang patut ditanya. Manakala soalan lain, maybe mummy nak google sendiri kot. 

Untuk mummy yang bertanyakan soalan dan masih belum mendapat respon, saya masih berusaha membalasnya secara berperingkat. Ada yang email, PM di facebook, PM di page yang masih belum berbalas, harap bersabar ya. Saya sedang usahakan membalasnya. Insyaallah saya sedang usaha jawab satu2 (walaupun serius rasa cam nak nangis, kalau boleh taknak tidur n jawab terus on the spot soalan dari mummy semua  ... ). Saya memberi keutamaan kepada mummy yang join personal coach bersama saya. Jika mummy berminat, jangan lepaskan peluang untuk menyertainya, untuk maklumat lanjut boleh rujuk link ini. Insyaallah saya akan usaha memberikan maklumbalas terbaik.

Ok, entri kali ini, saya nak kupas tajuk PETUA BANYAKKAN SUSU IBU. Memandangkan soalan ini paling banyak ditanya. Jemput baca ya. Mudahan bermanfaat. :)

petua
Hasil pam susu di ofis (3 kali pam)

PETUA BANYAKKAN SUSU IBU
1. Kerapkan direct feeding + teknik lekapan bayi betul + payudara dikosongkan sepenuhnya
2. Pam susu secara konsisten untuk kekalkan demand
3. Makan makanan berkhasiat + air mencukupi dalam badan
4. Latih kemahiran mewujudkan kehadiran LDR + kerapkan kehadirannya pada setiap kali penyusuan/ pengepaman
5. Kerapkan penyusuan pada waktu malam
6. Elakkan stress dan gangguan emosi 
7. Bercuti jika ibu jatuh sakit/ tidak sihat

Ringkasannya seperti di atas dan di bawah ialah penjelasan lanjutnya. Oh ya, kenapa ek pada kali ini petua banyakkan susu ibu ni saya bukan berikan senarai pemakanan yang membantu meningkatkan susu ibu, Sebabnya, petua-petua tersebut mummy dah boleh google. Banyak dah page lain dah kongsikan senarai tersebut. Cumanya, saya nak highlight juga, bahawa bukan sahaja pemakanan yang membantu meningkatkan penghasilan susu ibu. Banyak lagi faktor lain yang perlu diambil kira dan dijalankan secara seiring.

Perlu diingatkan juga, bahawa setiap ibu adalah unik dan berbeza. Penerimaan dan tahap penyerapan badan kita semua tidak sama. Tahap metabolisma, jenis darah, cara pemakanan, amalan kehidupan setiap kita semua berbeza. Jadinya, mummy jangan sedih atau panik jika mummy makan makanan tertentu, tiada sebarang kesan peningkatan susu, sedangkan mummy lain ada terkesan. Cari lagi dan kenalpasti milk booster kita. Catatkan supaya tidak lupa n boleh juga tengok, top 5 milk booster kita, yang mana satu paling berkesan dan paling banyak menghasilkan susu. So, makanlah ia ketika saat diperlukan (time susu merudum, mummy jatuh sakit, period dan sebagainya).

Milk booster ni, namanya pun dah penggalak susu ibu. tidak perlu dimakan hari-hari sebenarnya. Sama macam kita minum kopi, lama-lama ia pun boleh jadi immune. Sebab jangan lupa, hasil susu kita juga berkait rapat dengan demand bayi atau kekerapan mengepam. Jika kita makan penggalak susu ibu, kitaran permintaan maintain, ia tetap juga akan hasilkan susu ikut permintaan.

Logikkah kita makan milk booster, hari-hari susu melimpah sampai basah baju semua, dah kelam-kabut pula asyik-asyik nak mengepam n simpan jadikan stok. Tu, bolehla kita jadi kilang susu sekali dah alang-alang boleh susukan anak-anak jiran sekali. Hehe...gurau je... :)

Kemudian, mummy juga harus kenalpasti, berapa jumlah hasil susu yang mummy nak sebenarnya. Jika hari-hari mummy mampu bekalkan susu yang mencukupi kepada bayi alhamdulillah. Cuma kadangkala merudum tu, perkara biasa. Kita bukan selalu happy, bukan selalu sihat. Pasti ada kitarannya. Cuma mummy jangan panik! Lagi panik, lagi tertekan emosi dan perasaan mummy. 

Tips nak back up, jika hari ini kurang 3-5 oz hasil susu. Tidak mengapa, set target, gandakan sesi pam atau penyusuan pada waktu malam nanti untuk cover semula susu yang kurang. Elakkan bertangguh. Terus target dan bertindak pada hari yang sama. Kerana jika kita berusaha melakukan daily review, insyaallah sempat nak kejar atau cover semula mana yang kurang secara daily juga. Sebabnya, bila jumlah perbezaan yang kurang tu tak terlalu tinggi, insyaallah mummy tidak akan berasa terlalu tertekan n tak sengaja berasa lebih tenang. Dan biasanya akan lebih cepat cover semula. Walau apapun, nak pesan pada mummy, jangan sesekali panik. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.

Lagi satu nak pesan, jika hari esoknya pun masih kurang. Kalau stok susu ngam-ngam sangat, better ambil cuti. Itu lebih baik. Sebab mummy akan lebih tenang bila nampak stok susu depan mata masih berbaki lagi daripada kita guna stok susu tu, esok tak tahu apa cerita, mana nak tinggal anak dengan pengasuh, mana nak pi kerja lagi. Better ambil cuti dan direct feeding saja. 

Kes di atas, rata-ratanya dilalui oleh mummy yang first time breastfeed, nanti bila kalian dah expert, kalian lak yang gelak je baca entri ni. Percayalah! Sebab makin berpengalaman, makin kita expert nanti, insyaallah.

Ops! Terlebih cerita sudah. Padahal nak explain detail maklumat di bawah. Sori.. :) Camana saya menaip, camni jugaklah jika saya berbicara. So, siap sedialah mummy jika saya dah start buat personal coach face to face nanti. Hehe.. :D

PETUA BANYAKKAN SUSU IBU
1. Kerapkan direct feeding + teknik lekapan bayi betul + payudara dikosongkan sepenuhnya
Wajib menyusukan bayi secara kerap, n pastikan mulut baby melekap dengan betul (aerola dimasukkan sepenuhnya ke dalam mulut bayi) dan payudara kiri dan kanan dikosongkan sepenuhnya. Pastikan gilirannya ya, kalau tak mahu breast besar sebelah. Hihi.. :) Lebih bagus, masa akhir penyusuan atau pengepaman, urut-urut sikit setiap urat susu tu ke arah keluar, supaya segala lemak-lemak susu yang saki-baki tu pun keluar habis sehabis-habisnya.

2. Pam susu secara konsisten untuk kekalkan demand
Pam susu wajib konsisten. Ramai mummy menyatakan susu makin kurang, bila saya semak jadual pam, ada yang tak cukup sesi. Contoh tinggalkan anak 8 jam, pam susu cuma waktu rehat sahaja, dengan alasan tak sempat. Patutlah, susu beliau makin kurang, sebelum ni biasa dapat 15 oz (sebab pam 3-4 kali). Sekarang sempat 2 kali atau sekali sahaja. Cuba mummy cek balik sesi pam mummy ya.

Tentang alasan tak sempat, ada taktik dia. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Insyaallah. Untuk kes yang nilah perlukan nasihat peribadi. Sebabnya setiap situasi mummy berbeza, So, jom join my personal coach. :)

3. Makan makanan berkhasiat + air mencukupi dalam badan
Walaupun mummy sedang berpantang, makanlah makanan berkhasiat, elakkan juga makanan gatal dan yang sejuk-sejuk tu. Cuma buah-buahan, ayam, daging, ikan dan apa saja yang boleh dimakan, makan ja. Air pun pastikan diminum dengan mencukupi. Tak perlu juga minum secara berlebihan, sampai ada mummy kembung perut minum air terlampau banyak sangat, cuma bila signal tekak dah inform haus pada setiap kali tu, mummy wajib minum tau. Tak kisahlah air masak ke, jus buah, susu dan sebagainya. Lagipun cecair 
bagus untuk detox. :)

Jika nak try segala milk booster pun boleh. Cumanya, pastikan ia dimakan ketika diperlukan sahaja ya. Cuma makanan sunnah, memang bagus jika diamalkan secara harian (kurma, susu dll).

4. Latih kemahiran mewujudkan kehadiran LDR + kerapkan kehadirannya pada setiap kali penyusuan/ pengepaman
Seperti biasa, LDR (Let Down Reflex) ni sangat penting semasa aktiviti menyusu dan mengepam. Sebabnya, dengan kehadiran LDR atau pancutan susu ni, akan membantu menghasilkan atau memancutkan susu di antara 0.5 oz-2 oz atau lebih sekali pancut untuk beberapa saat. Dan hasil pancutan ini yang akan membantu mengenyangkan baby.

Selain daripada itu, dengan wujudnya LDR ini dan jika mummy faham tentang konsep LDR ini, sekaligus dapat menafikan kenyataan mummy yang sering mengatakan breast mereka kosong atau tidak bengkak n menyebabkan mereka tidak mahu mengepam sebab risau hasil susu keluar sikit. 

Sedangkan susu sentiasa dihasilkan setiap saat. Jika kita biarkan dalam 10 minit, kalau mummy cuba test pam susu lagi sekali, dalam 5-10 minit, jika datang LDR mampu juga dapat 0.5 oz -2 oz (campur kiri dan kanan) untuk sekali pancutan. Bagaimanapun, untuk rangsang LDR ini, memang memerlukan latihan ya. Tidak semudah yang disangka, tetapi once dah dapat momentum tu, memang senanglah sesi menyusu n pam nanti. :D

Satu contoh mummy yang anda boleh ikuti atau jadikan idola, ialah salah seorang mummy yang Personal Coach dengan saya baru-baru ini. Saya sebutkan sebagai mummy IQA sahaja. Beliau sangat enjoy dengan breastfeeding session, sehinggakan mampu menghasilkan sehingga 3 kali LDR pada setiap sesi menyusu atau mengepam. Kagum jugak dengan mummy ni, since ini merupakan pengalaman pertama beliau, sedangkan saya pun pada awalnya dulu (anak first) hanya mampu merasakan sekali sahaja LDR walaupun dah pam sampai dekat 30 minit. Time tu masih zero knowledge, and masih tiada pengalaman lagi. Memang dia sangat enjoy dengan breastfeeding nih, n mampu menghasilkan susu yang lebih dari demand babynya. 

5. Kerapkan penyusuan pada waktu malam
Waktu malam ialah waktu terbaik untuk create demand kerana paras hormon prolaktin sangat tinggi pada waktu ini. Anggaran waktu dalam 12 malam dan ke atas. Jika malas nak bangun pam susu, kerapkan penyusuan direct. Tapi jika baby dah terlalu kenyang pun, kesian juga. Nanti muntah susu pula. Takpela kot, mummy bangun jap pam susu.

Tips mudahkan pengepaman waktu malam, sediakan cooler bag di sebelah katil n segala alatan pam. Jadi mummy tak perlu ke dapur untuk aktiviti mengepam. Cuma bangun sekejap, dan ambil masa pam 5 minit. Kemudian simpan semula corong n botol susu tadi terus ke dalam cooler bag yang mengandungi ice pack. Kalau rajin bangun dua-tiga kali pun ok juga. Kan pam n botol susu tu boleh diguna berkali-kali sehingga 24 jam (pastikan di simpan di tempat yang sejuk). Untuk permulaan, cuba buat sekali pada setiap hari n lihat hasilnya. 

Untuk aktiviti ini, jika mummy yang dah bekerja perlu ada ice pack sekurang-kurang 6 pack. Sebab jika 3 ice pack diguna untuk malam tadi, adalagi 3 ice pack yang beku untuk kegunaan hari bekerja esoknya.

6. Elakkan stress dan gangguan emosi 
Jika mummy sedang stress tentang kerja dan sebagainya, surely hasil susu akan effect sedikit. Sebab mummy secara tak sengaja mem'bz'kan otak mummy untuk memikirkan hal tersebut berbanding menghantar signal ke otak supaya menghasilkan susu lagi.

Lagi pula, jika sedang stress, paksa diri untuk pam nampak hasil susu berkurang lagi bertambah triple plus stressnya. Untuk kurangkan masalah ini, jika mummy sedang stress, cuba ambil masa untuk tenangkan diri kemudian baru pam susu. Lari sedikit waktu pam tidak mengapa, dari mummy melakukan sesi mengepam secara paksa, risau keadaan menjadi lebih teruk. Cuma pastikan, jika sesi pam terskip satu kali pada waktu siang, terus gantikan pada waktu malamnya untuk maintainkan demand.

7. Bercuti jika ibu jatuh sakit/ tidak sihat
Satu lagi, tidak dinafikan, jika mummy sedang sakit, hasil susu akan sedikit berkurang. Tetapi biasanya tidak lama dan akan kembali semula selepas beberapa hari.

Jika stok susu terlalu ngam-ngam, better ambil cuti dan lakukan direct feeding. Elakkan guna stok tersebut. Supaya mummy tidak terlalu tertekan untuk mengganti stok semula.


Oklah, sekian dulu untuk kali ini. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat.

Jumpa lagi kita di lain masa. Insyaallah. :)

~menyusu itu indah~

Salam sayang,

atia


*P/S: Dibenarkan untuk share link ini sebagai manfaat kepada rakan lain yang memerlukan. Semoga mereka juga berjaya dalam dunia breastfeeding nih! Insyaallah. Amin... :)


Selasa, 19 November 2013

Banyakkan susu: Tips mudahkan setiap perkara


Salam sayang kepada semua pembaca blog yang dikasihi... Moga dirahmati Allah SWT sentiasa walau di mana jua kalian berada...

Ok, pada kali ni, saya nak kongsikan tips untuk banyakkan susu. Caranya, salah satu ialah kita memudahkan setiap perkara yang berkaitan dengannya.

Lagi satu, tentang perkogsian nih,walaupun cam bercampur2 sikit tips tu, takpe. Ni namanya 'all in one'....hehe... Semua yang dikongsikan, ialah berdasarkan pengalaman yang saya lalui dulu (masa anak first N zero knowledge pasal 'breastfeeding' nih..)

Kebiasaannya, terutama mummy2 yang pertama kali 'involved' dengan 'breastfeeding' nih, mesti akan terasa sangat kerenyahan 'breastfeed' nih. Walhal sebenarnya tidak begitu. Bila banyak sangat protokol nak dijaga, memang renyahla...kalau yang dah mula terasa rimas tu, mulalah nak 'give up'.

Please jangan sesekali 'give up' ya my dear. Didoakan kalian semoga tabah n kuat selalu dalam menghadapi cabaran penyusuan ni. Kemanisannya menanti di masa hadapan nanti. Insyaallah...

Ok, tibalah masa ke perkongsian tips simple ni. Mana2 mummy yang dah tahu, shhh...dok diam2 je naaa.... Ni saya nak share pada yang masih belum tahu... Mudahan selepas ini, mereka akan lebih bersemangat nak 'breastfeed' anak... Amin...

Tips mudah 'breastfeeding':
1. Susukan anak setiap kali tak perlu cuci 'nipple'
2. Menyusu boleh 'anytime' N banyak kali, ikut 'demand' anak
3. Baju boleh pakai apa saja, tak semestinya baju menyusu
4. Nak buat stok susu, pam susu setiap kali lepas menyusu
5. Makan dan minum apa saja (asalkan yang berkhasiat)
6. Tak semestinya perlu makan supplemen tambah susu
7. Flexible kan waktu pam anda
8. Menyusu atau pam di mana sahaja
9. Tak perlu cuci peralatan pam dalam masa 24 jam diguna
10. Mudahkan proses steril peralatan menyusu
11. Masa pam 5 minit pun dah cukup

Ok, yang di atas itu sahaja yang saya nak 'highlight' setakat nih. Penjelasannya di bawah ini ya.... Selamat membaca... :)

Tips mudah 'breastfeeding':
1. Susukan anak setiap kali tak perlu cuci 'nipple'
Masih ada lagi 'nurse' yang pesan n suruh kita cuci nipple setiap kali menyusu. Adoi..renyahla kalau gitu, kalau tengah nyusu kat tengah jalan, mana nak cari air nak cuci nipple tu.

Actually, susu ibu nih..Masya Allah...sangat sempurna.. Susu kita ni, dah ada antibakteria yang terkandung di dalamnya. Dari kita basuh nipple dengan air paip, baik kita cuci ngan air susu kita sendiri. Itupun, rasanya lepas tau pasal benda nih, tak pernah lak saya nak cuci nipple setiap kali nyusu. Pas nyusu, dahla...tutup jela..

Tapi, kalau rasa nak cuci gak...Caranya, picit keluar susu kita sikit, then ratakan di sekeliling nipple kita. Dah bersih lagi murni.. Pastu biarkan kering atau lap ngan kain bersih pun ok. Insyaallah... Tips ni juga, boleh digunakan untuk kalian bila nipple melecet. Dari kita guna cream macam2 tu, baik guna susu kita sahaja. Insyaallah cepat sembuh...

2. Menyusu boleh 'anytime' N banyak kali, ikut 'demand' anak
Ok, dulu2 masa anak first. Saya gap kan menyusu, 2-3 jam sekali. Sebab takut anak terlebih menyusu. Sebab susu memancut2 dengan banyaknya.. Sampai mencungap si anak nak minum.

Jumpa doktor, dia suh pam dulu sikit sebelum susu kan anak. Alahai..kalau kita tengah dalam kereta, mana lah pulak masa nak ngepamnya kan.. Lagipun, cam renyah je...Doktor nipun, kadang salah bagi ajaran.

So, itulah keperluan saya bawa napkin setiap kali ke mana. Time memancut tu (terutama time berpantang, susu banyak betul..), susu tu biarkan meleleh sikit kat napkin tu. Ala..kejap je pun.. Sebab time tu, tengah 'let down reflex' je.. Adala beberapa saat. Bila dah reda sikit, sambungla menyusu anak...

Pastu, kalau tadi dia dah nyusu, baby minta lagi, kalian jangan ingat dia nyusu tak kenyang pula. Sila ambil maklum bahawa susu ibu cepat N mudah dihadam. Baguslah tu. Maksudnya, usus dia sihat. Dia nak minum lagi, sebab nak bina daging kat badan dia. Bagi je. Tak perlu sekat2 permintaan dia. Dia tahu keperluan dia.

Kalau susu formula, minum lama sikit baby baru lapar, bukan bermakna dia kenyang ya. Sebab susu formula, memang mengambil sedikit masa untuk dihadam oleh baby.

3. Baju boleh pakai apa saja, tak semestinya baju menyusu
Pakai je baju apa pun. Takyahla disebabkan nyusu ni, kalian rasa susah. Tambah lak baju nyusu ni, agak mahal sikit.

Tips nak cover body kita ialah:
a) Pakai nursing bra (WAJIB). Lagipun untuk jaga breast kita dari jatuh. Yang bagus, beli buka dari atas. Supaya time nyusu, yang bawah tu still ada support.
b) Pakai 'tube' atau apa saja, 'girdle' ke...bengkung ke..untuk cover perut atau badan kita.
c) Standby napkin atau apa saja kain. Baby ni bukan leh caya.. Kadang2 tengah sedap nyusu, tangan dia pun meracau2 kang tau2 terselak je kang...
d) TERBAIK ialah tudung yang labuh... Insyaallah aurat kita terpelihara...

4. Nak buat stok susu, pam susu setiap kali lepas menyusu
Sebenarnya, production kilang susu kita ni berjalan dengan serentak kiri dan kanan. Lepas nyusu yang sebelah, pam terus yang sebelah lagi. Biar mula2 dapat sikit. Lama2 mesti meningkat. Sebab, bila ada demand akan ada supply.

Ada lak yang kata, lepas pam susu macam kurang. Nanti anak nak nyusu, susu tu tak banyak. Ok, selagi kalian berfikir gitu. Memang dia akan jadi begitu. Ingat ya, penyusuan susu ibu ni, sangat berkait rapat dengan minda dan keyakinan kita. (Lagipun, lagi kerap breast kosong, lagi banyak susu terhasil. Memang lepas nyusu, breast rasa cam kosong, tapi bila 'let down reflex' datang, susu tu tetiba akan memancut..akan mengalir dengan banyaknya..So, silalah kerapkan penyusuan atau waktu pam)

Kadang kita tak sengaja terlintas, sambil pegang2 breast, mentang tak bengkak, kata susu kurang. Maaf ya..Kalian sebenarnya silap. Sejak anak second n sampailah yang ketiga ni, breast saya tak pernah bengkak. Adakah patut saya merasakan susu saya kurang dari kalian?

Sebenarnya, membiarkan breast yang bengkak, adalah memberikan 'signal' kepada otak supaya berhentikan penghasilan susu atau kurangkan dia.

Sebab tu, walau bengkak camana pun, dia akan stop pada satu tahap. Kalau tak, mungkin breast kita leh meletup cam belon kot... Itulah kerja si protein FIL tu. (sila google kalau rajin). Membenarkan penghasilan FIL tu, ialah memberikan isyarat pada otak dan kilang supaya kurangkan penghasilan susu. So, berhati2 ya kawan...

5. Makan dan minum apa saja (asalkan yang berkhasiat)
Makanlah apa saja makanan yang berkhasiat dan sedap. Minumlah apa saja. Asalkan kalian suka. Ingat ya, yang berkhasiat saja. Yang tak berkhasiat tu boleh, tapi sila kurangkan.

Dah makan banyak tu, pam pun kenalah banyak kali. Barulah lemak tu pi kat si anak. Ni makan sedap, pastu nyusukan atau pam keluar susu tu kurang dari pemakanan, silap2 ibu yang sihat nanti...:)

6. Tak semestinya perlu makan supplemen tambah susu
Yang ni, lagi simple. Masa anak first je saya makan supplemen tambah susu ibu. Itupun masa mula2 je.. Macam2 teh herba dah minum. Sekarang tidak lagi...(Ceh..cam iklan lah pulak...hehe..)Tapi susu sekarang lagi banyak dari dulu.

Kalau makan supplemen, tapi waktu pam kalian skip atau tak sempat pam, sebenarnya lagi merbahaya. Silap2 susu makin kurang. Sebab mungkin kali pertama dia akan bengkak. N kalian tunggu time bengkak baru pam, sebab best tengok, sekali pam dapat banyak... Sebenarnya..tak yah tunggu bengkak. Jaga waktu pam tu je.. Yang penting total amaun kita nak bawak balik nanti, bukan sekali pam dapat berapa.

Dalam 3 kali pam di ofis (buat masa ini), kebiasaan hasil pam saya ialah begini:
Sesi pertama: 6-10 oz
Sesi kedua: 3-5 oz
Sesi ketiga: 6-10 oz

Jadi, adakah bila saya pam keluar dapat 3 oz saja, susu saya nak dianggap sikit...? Contoh ayat ifa, "Eh, sikitnya susu kak Tia..." hehe..(Dia tak tahu pagi tadi saya dah pam dapat berapa banyak..)

So, mesti WAJIB pam dan tak semestinya kena makan supplemen.

7. Flexible kan waktu pam anda
Waktu pam harus flexible. Contoh tadi terlepas pam sesi pertama jam 9 pagi. Anggapkan yang kalian pam waktu sekarang kul 11 pagi, ialah untuk sesi pertama tadi.

Means, sesi kedua, wajib pam jugak jam 12 tengahari (tak kisahla baru beberapa minit berselang), sebab itu ialah waktu sesi kedua. Supaya kita hantar signal kat otak, seolah2 begini..."by the time jam 12 tengahari, mesti sediakan 12 oz untuk aku.". Hah...gitulah lebih kurang...

8. Menyusu atau pam di mana sahaja
Mudahkan proses nak menyusu n pam.. Kalau takde power point untuk guna pam elektrik, perah guna tangan. Yang penting perlu maintain demand. Selagi kita maintain demand production susu kita, Insyaallah susu akan tetap maintain banyak atau akan jadi bertambah banyak. (Fahami konsep penyusuan, the more demand, the more will be the supply)

9. Tak perlu cuci peralatan pam dalam masa 24 jam diguna
Lepas pam je, terus masukkan dalam peti ais atau cooler bag, peralatan pam kita tadi (boleh digunapakai dalam masa 24 jam). Sebabnya, susu kita sendiri terkandung agen antibakteria di dalamnya. Bagaimanapun, wajib menjaga kebersihan semasa pengendalian pam susu dan yang sewaktu dengannya, bagi mengelakkan susu ibu yang berkhasiat ini, tercemar dengan kuman2 tak sepatutnya.

10. Mudahkan proses steril peralatan menyusu
Malam-malam tu, siap2lah cuci peralatan mengepam tadi (dan rendam air panas untuk matikan kuman). Kalau stail saya, siap session pertama tu, dah siap pasang corong pada botol susu, dan penutupnya masuk dalam plastik. Maksudnya, saya dah pasang siap2 corong pam tu pada botol susu, nanti sampai ofis, tinggal duduk kat pam, dan masukkan corong tu terus. Selalu fikir ke arah jimatkan (masa) proses nak start pam tu. Supaya, kita leh spend time mengepam dengan aman dan hati tenang. (Sebab tak pakai banyak masa..hehe..). Lagipun lebih mudahkan bila semua botol susu dah siap steril time kat ofis (tinggal pakai saja).

11. Masa pam 5 minit pun dah cukup
Sebenarnya, pam susu 5 minit pun dah cukup. Sejak anak ketiga, baru saya dapat nikmati sesi mengepam yang cepat dan praktikal ini. Sebabnya, dulu-dulu pun, saya pam sampai 10-15 minit baru berjaya dapat sebotol.*

Tapi, untuk yang ni perlukan latihan. Sebabnya, kita kena 'feel' betul2 time pam susu tu, N cuba 'track' saat ke berapa kalian punya 'let down reflex' tiba. Saya punya LDR datang ketika saat ke 28-37. (Barulah terasa, pam 'rumble tuff' ini sangat bermakna, sebab ada digital time kat display screen dia).

Yang buat botol susu cepat penuh tu, ialah bantuan MR LDR kita. So, kalau breast penuh camana pun, kalau LDR tak function, susu tak keluar sepenuhnya. Percaya tak, pada ketika saya dah pam tadi (contoh pam session pertama dah terlepas jam 9.00 pagi, saya baru start pam jam 10.45 pagi. Pada ketika jam 12.00 tengahari sudah tiba masa untuk sesi kedua. Jarak tu tak sampai 3 jam pun. Breast terasa masih kosong lagi. Saya pam juga, walau pada ketika tu tak banyak cam biasa, yang penting kita jaga demand tu, supaya demand susu tu tetap maintain).

*PENTING: Tak semestinya setiap kali pam perlu penuhkan sebotol. Amaun susu yang kita dapat tidak sekata. Adakalanya, sesi pertama dapat sikit (sebab pagi tadi baru lepas nyusu). Ada ketika tengahari lebih banyak, sebab baru lepas makan. Dan petang pula dapat biasa saja. Itu NORMAL. So, sila jaga waktu pam anda. Selagi mana anda menjaga waktu pam, Insyaallah susu takkan berkurang. Samaada ia maintain, atau makin banyak. (Tak perlu pun makan supplemen).

Tak guna makan supplemen andai waktu pam tidak dijaga. Sebab kalian harus ingat, konsep menyusu ini sangat mudah, JIKA ADA DEMAND = ADA SUPPLY. Itu sahaja.

Sekian,

Menyusu itu indah

Salam sayang,

atia




Ahad, 10 Julai 2011

Subhanallah...Patutlah susu mak banyak...!!!

Salam,
Erm..pernah dengar citer orang dulu2 tak...Diorang citer, orang dulu2 kalau bersalin, tak de yang 'operate'. 'Nani' (panggilan nenek bg org pakistan) cik hubby aku, anak 13, semua bersalin normal. Orang dulu2 kalau mengandung lebih 40 minggu pun, tak de operate, mak bidan kata budak lum nak keluar lagi. Bila tiba masa mesti keluar jugak. Tapi, kita sekarang ni, senang sangat nak kena 'operate'. Baby besarlah...Takut baby lemaslah..dan sebagainya. Maybe sebab faktor pemakanan dan 'lifestyle' orang zaman sekarang tak macam dulu2. Kita banyak sangat makan makanan2 yg mengandungi bahan kimia N pelbagai lagi 'racun' yang banyak beri kesan pada baby dalam perut N ibunya. Mungkin itu yg menyebabkan, mummy sekarang ni, kalau bersalin mudah sangat operate. ( Termasuk aku ni, sampai sekarang aku takut. Walaupun 2-2 anak sebelum ni bersalin normal, yg berikutnya, tak pasti lagi. Semua ketentuan Allah...)

Ok, sekarang aku nak "share' pengalaman aku berbual2 ngan mak (mak mertua @ aku sayang macam mak sendiri). Mak beritau, susu mak banyak. Mak makan semua. Tak de pantang-pantang. Sebab mak tak pernah fikir langsung pasal tak de susu. Tak de dalam kamus hidup mak. Sebab mak cakap, mak ingat, kalau dah beranak, semua kena menyusu badan. Sebab nani (mak kpd mak) pun gitu. Semua anak-anak disusukan. Mak nampak itu. Jadi mak ikut je.

Percaya tak, mak kuat minum kopi. Tapi, susu tak pernah kurang. Mak makan pun, makan je semua benda yg boleh dimakan. Tak de pantang langsung. (Nampak tak kat sini, sebenarnya, memang benar, susu ibu amat bergantung benar dengan MIND ibu. Rangsangan susu memang dari otak. So, bermula sekarang, mesti yakin susu kita cukup untuk anak. Yakin pada Allah. Bukan pada benda2 ngan orang lain)

Satu lagi, mak cakap, setiap kali lepas nyusu, mak mesti perah keluar susu yang lebih. Mak buang habis. Sebab mak cakap, buat apa simpan-simpan susu tu. Buat bengkak je nanti. (Nampak tak, mak sebenarnya tak sedar, tindakan mak asik buang keluar susu tu sebenarnya, secara tidak langsung, mak dah rangsang susu tu supaya keluar lagi. Mak nyusu, mak buang... More demand=more supply kan. ) Patutlah susu mak banyak......Cik hubby nyusu sampai 5 tahun tau dengan mak. Pastu, semua anak-anak mak, ketujuh-tujuhnya mak susu kan dengan susu mak.

Alhamdulillah, aku suka tengok, adik-beradik hubby sangat bersatu-padu. Malah, sangat sayangkan mak mereka. Mungkin itulah hikmah menyusu badan. Walau mak susah-payah membesarkan anak2 dia, (dgn nakalnya, dgn karenah anak yg mcm2), tapi alhamdulillah...semua anak2 mak berjaya, serta taat kepada ibubapanya.

Apa yang ditetapkan di dalam al-quran, pasti ada hikmah yang besar di sebaliknya. Allah Maha Mengetahui tiap-tiap sesuatu. Mudah-mudahan anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah. Mummy2 yang menyusu, jangan lupa urusan kita dengan Allah, mudahan setiap titis susu kita berkat dan mendapat rahmat dariNya. (Peringatan untuk diri sendiri, serta sahabat2 yang dikasihi...)

Selamat menyusu...Semoga setiap titis susu kita, mendekatkan diri kita kepada Allah (menjadi orang yang sentiasa bersyukur) serta dikurniakan anak yang soleh dan solehah (berkat menyusu badan diiringi doa yang tidak putus-putus kepada Allah s.w.t)

Wallahualam... ;)

Iklhlas dan penuh kasih sayang...
~atiyah zahirah zainal abidin~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...