My F.r.i.e.n.d.s

Selasa, 17 Mei 2011

Menyusu tidak SEMUDAH yg disangka dan tidak SESUKAR yg disangka!

Bismillahirrahmanirrahim....

Salam, kepada semua hot mummy yg solehah serta mithali (mudah2an)...

Entri kali ni, aku dapat ilham, coz tiba2 teringat kat beberapa sahabat tersayang yg beriya2 nak breastfeed anak2 mereka, tapi ter'brek' di tengah jalan. Frust tak dengar? Aku lagi frust sebab, diorg dapat ilmu breastfeed, dari sebelum bersalin lagi. Yg aku ni, dahla takde ilmu, cuma dapat nasihat dari idola aku (kak shaza) N nasihat serta pesan dari mak N kakak ipar aku time pregnant (tupun pesan gitu2 je). Totally "zero knowledge". Kata2 diorg yg aku ingat ni hah; "atia, sok bersalin nyusu badan tau!." Kalau nak tau citer lanjut, sila rujuk entri lama aku " BILA JATUH CINTA PADA BREASTFEED" dalam label IDOLA BREASTFEEDING.

Yg sahabat aku ni,punyalah beriya aku bagi nasihat macam2, n aku cakap kat dia, dia untung dari aku, sebab dapat ilmu pasal breastfeeding awal2 pregnant lagi. Yg aku ni, dah bersalin, baru terhegeh2 merangkak, cari ilmu sana-sini. (huh...cukup hebat cabaran aku, kalau tak kuat, susu formula la jawabnya). Syukur alhamdulillah...berjaya juga! :)...

KENAPA MENYUSU TIDAK SEMUDAH YG DISANGKA:
(berdasarkan pengalaman aku yg zero knowledge tentang breastfeeding, N baru bersalin sulung)

1. Susu aku ni, ada ke tidak? Dah bersalin breast tak bengkak pun. Tapi, bila picit nipple, adala kuar kuning2 tu. (kolostrum)
2. Mama & arwah babah datang hari ke2 pas bersalin, suh top up susu formula, sebab katanya budak tak kenyang. (Mama cakap,keturunan kita kurang susu. )
3. Kawan2 datang melawat kat hospital, suh ajar bagi anak susu formula. Sebab nanti dah naik ofis takut masalah, budak memilih susu. Lagipun, susu kita akan kurang bila naik ofis. (kata diorg)
4. Makcik2 N sedara husband (tak semua), suh top up gak susu formula, sebab takut budak tak kenyang. Memang puji niat aku nak breastfeed, tapi suh top up gak sikit. Sebab, citer,pengalaman diorg yg nyusu badan, tapi top up gak ngan susu formula sikit. Diorg kata biasalah tu.
5. Mula2 nak sesuaikan diri, adjust cara selak baju, macamana gaya nak nyusu anak (last2 aku jadi wanita yg paling seksi dalam bilik, setiap kali nak breastfeed, tanggalkan semua <baju & bra> ).
6. Bila ada org yg datang melawat suh top up susu formula, semangat jatuh. Down giler. Susu seolah2 macam tak nak keluar. Depan "org2 tu" lak tu. Lagila,mengiyakan pasal susu aku tak cukup. (Rupanya, kalau kita stress memang effect). Bila aku bawa diri, masuk dalam bilik, minta excuse nyusu anak jap, terus susu mencurah2.
7. Start keluar gi jalan2 kat shopping mall, punyalah menggelabah, cari tempat untuk menyusu. Sebab, tak pandai adjust cara selak baju depan orang ramai.
8. Mula naik ofis, start pam kat ofis, kena sound ngan beberapa org akak yg kurang senang tengok aku asyik ngepam je. (pada ketika tu, status "fully breastfeed" ni masih dianggap pelik.) Aku dilabel, orang yg paling degil kat ofis.
9. Kena sound kat ofis gak, pasal nape tak pam siap2 kat umah. Sebab, seolah2 aku ngepam kat ofis tu, macam mengganggu tugas aku.
10. Mula2 pam, kawan2 kerumun, susu terus stop. Sebab ada org tegur, nape susu cair? Padahal, susu ibu, mula2 keluar, memang air, kemudian baru susu yg pekat & lemak yg akan mengenyangkan baby.
11. Susu aku pam, kadang2 banyak, kadang2 sikit. (Rupanya itu perkara biasa. Tak semestinya, sekali pam dapat 5oz, setiap sesi kita akan dapat banyak tu. Yg penting, lagi kerap kita pam,lagi banyak susu akan "produce").
12. Stok susu tak cukup, time kena gi kursus. (Padan muka, siapa suruh tak kumpul stok banyak2 masa
berpantang).
13. Bila stress N sakit susu kurang.
14. Ada makcik husband pesan suh beri air masak pada baby, kononnya badan kita perlukan 70% air,(masa tu baby bawah 6 bulan), aku jawab tak perlu. Last2 kena marah ngan makcik tu sebab dia kata nurse tu tak betul! Masa tu, tak de ilmu lagi, cuma ikut nasihat nurse saja. Sekarang dah tahu jawapannya kenapa tak perlu, sebab susu ibu mengandungi 80% air.
15. Bila breast bengkak, biar je. Konon sayang susu nak buang, nak tunggu sampai rumah baru pam. Kebetulan ada function N terlupa bawak aksoseri pam. Rupanya, kalau dah terdesak, lebih baik perah keluar susu tu. Sebabnya, takut bila bengkak, akan menyebabkan demam, seterusnya jadi mastitis atau terkena jangkitan kuman. Lagipun, effect susu berkurang. Sebab,tiada permintaan pada kilang susu.
16. Nipple kena cuci setiap kali pas menyusu. Penatla weh kalau gitu, buatnya nyusu dalam keta, nipple lum cuci lagi, terpaksa kasi anak susu formula jap. Makcik nih, silap beri nasihat kat aku la...(nurse yg agak berusia di Hosp Batu Pahat, hish,nak kena babab nih!). Rupanya, nipple kita mempunyai sebum yg mengeluarkan agen antibakteria la..
16. Cabaran2 pertama kali breastfeed, kalau tak dengar masalah N cabaran ibu2 yg berjaya..mungkin agak susah laluan yg perlu kita tempuhi.
17. Kalau tersilap pilih kawan, bertanya pada ibu yang gagal breastfeed, kita akan gagal juga.
18. Dan lain2 lagi yg aku mungkin terlupa nak citer........


KENAPA MENYUSU TIDAK SESUKAR YG DISANGKA:

1. Sebab, anak aku yg 1st dah berusia 2 tahun 2 bulan, dan dah diberi minum susu tepung dutch lady 123. Penatnya nak bawak air panas, ngan susu N segala perkakas menyusu botol nih.
2. Kalau dah expert menyusu badan nih, nyusu dimana2 pun takpe.
3. Tak payah bangun malam dari tempat tidur untuk bancuh susu. Cuma selak je baju.
4. Boleh menyusu dimana2, tak kira masa. Sebab susu sentiasa tersedia. Takde istilah tak cukup susu. Insyaallah...(Tak payah nak cuci2 botol susu, bancuh susu dsbnya.)
5. Kalau dah faham diri kita, kenali struktur breast kita, kita akan merasakan, tugas menyusu ni, adalah perkara yg paling MUDAH serta MEMBAHAGIAKAN kedua2 ibu dan bayi.

Dengan rendah hatinya aku nak share dengan korang bahawa aku telah menyusukan:-
1. Muhammad Amir Wafiy (12/3/2009)

- secara exclusive (hanya susu ibu semata2), tanpa sebarang bendasing lain (termasuk air masak) selama 6 bulan
-diteruskan menyusu secara penuh tanpa setitik pun susu formula, tetapi dengan makanan tambahan (spt bubur nasi dll) dari 6 bulan sehingga 1 tahun 3 bulan
-masih menyusu badan 1 tahun 4 bulan, tetapi campur dengan sedikit susu formula (sebab pregnant, susu masih ada, tapi aku tak mampu perah sebab nipple sakit, cuma direct feed shj), terus menyusu sehingga bersalin anak kedua.

2. Muhammad Ilman (10/1/2011)

-sedang menyusu secara eksklusif tanpa susu formula, air masak dan bendasing lain...

So, kesimpulannnya, berdasarkan apa yg aku lalui, takkan sama dgn apa yg korg bakal dan telah lalui, yg penting...rajin2kan diri mendengar serta berkawan dgn ibu2 yg BERJAYA menyusu ni. Semoga kita semua menjadi sumber inspirasi kepada anak2 keturunan kita untuk turut menyusukan badan. Dan paling utama, semoga setiap titis susu yg mengalir ke dalam perut anak kita, menjadikan anak2 kita anak2 yg soleh dan solehah serta mendengar kata kedua ibubapanya...amin....

Ingat, MENYUSU ITU FITRAH SEMULAJADI SEORANG IBU. Bagaimana kamu mampu mengandung seterusnya melahirkan, pastinya kamu mampu jua menyusukan...

Happy breastfeeding! :)

16 ulasan:

Azrina Mohd Tajul Ariffin berkata...

Teruskan berkongsi di blog....seronok baca pengalaman zahirah. Kita sebagai ibu yang dah rasai nikmat menyusu boleh share dengan rakan2 lain tapi jika mereka menolak tidak apa kerana petunjuk dan hidayah tidak sama.

zhafris berkata...

saya suka...seronok bila kita tengok anak2 hasil susu badan sendiri. saya pun masih menyusukan si kcik sekarnag umur 2 tahun 3 bulan.

zahirah zainal berkata...

azrina~nikmat menyusu memang sukar nak digambarkan walau dengan kata2. Betapa indahnya perasaan itu...Saya pun tak tahu sama ada, segala citer yg saya kongsikan ni, ibu2 dapat rasa perasaan yg saya rasa...(esp. ibu2 baru...) Mudah2an niat kita untuk bagi perangsang pada ibu2 lain supaya menyusu badan termakbul!...amin... :)

zahirah zainal berkata...

zhafris~ wah, tahniah!!!...sedar tak sedar dah menyusu 2 tahun lebih dah ye...Seronok dengar! ...:)

Faidzul berkata...

Tahniah ;)

zahirah zainal berkata...

faidzul~terima kasih...:)

molliesa berkata...

fuhh! semangat baca blog ni!!

zahirah zainal berkata...

molliesa~ terima kasih...teruskan follow blog sy...N happy breastfeeding!!!... :)

Nieza Adam berkata...

i hope i tak tertinggal keretapi ek.. actually bf nie memang lah senang.. Alhamdulillah rayyan dah nak masuk 8 bulan masih lagi bf..nak gie maner2 pun senang.. hanya perlu nursing cover jerk lepas tu terus bagi dia kopek.. pernah bawak dia sambil berjalan sambil dia kopek.. kelakar giler..

zahirah zainal berkata...

nieza~ wah...cayalah...sambil berjalan, sambil menyusukan anak...Sweetnya...!!!

fiza berkata...

suka follow blog ni best sngat beri inspirasi untuk breastfeed bby. walupun hasil hnya1-2oz, kuatkn gak semngt ni

JarikuBerkata berkata...

sukanya baca...thanks coz rajin share...1st baby xbrjaya smpi 2thn...sedih sgt...now, my 2nd baby (almost 3months)tgh fully bf...hopefully berjaya...=)

Jeff berkata...

jgn bagi susu pada anak yg melebihi umur 2 tahun... itu je limit utk bagi susu badan kat anak..

Tanpa Nama berkata...

jeff, xde limit untuk bagi susu badan. xde kemudaratan pon. after 2tahun depend on ibu,kalau rasa da xmampu nak teruskan boleh stop. kalau rasa kuat boleh teruskan ;)

siti natrah berkata...

Assalam.bila bc jer artikel ni rasa suka..sukalah..hahaha...memng bila kita nk breastfeeding...memng bnyak rintngan..dan kita kena kuatkan semangat..saya ada 3 hero..ke tiga tiga bff..lhamdulillah..tak susah punkan..yyg penting jgn fikir negatif..jom jln2 kt blog saya..sy suka share pasal breasfeeding gak..salam perkenalan..natrah4ever.blogspot.com

Nur Amalina berkata...

salam..cabaran pumpu susu di opis: dekat opis saya sume bangsa asing..majoriti cina dan bujang2 belaka..baru nie bersalin dan mula masuk keje..mereka nie bagus siap tanya " u x pump susu ke"
so sy agak terkejut apabila di tanya begitu..ms tu mmg sy xpump susu sbb sy berulang bf anak sy..jadi sy terpikir sbb byk sgt "org melayu" yg suruh ajar anak minum susu fm..maka sbnrnye bangsa kite mmg suke bg susu fm pd anak. sdgkan ofismate sy tak bertanya pun soal susu fm..yg mereka yakin sy mmg fully bf anak sy. jadi sy lega dan selesa nk pump susu di opis sbb ade kwn yg memahami.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...