My F.r.i.e.n.d.s

Sabtu, 15 Ogos 2015

I didn't know breastfeeding would be so hard!



Bismillahirrahmanirrahim
Salam sayang to all pretty breastfeeding n G.O.J.E.S mummy smile emoticon
Semoga sentiasa dilindungiNya serta sentiasa ceria menyusu bayi tercinta.
Menyusu itu semulajadi tetapi bukan mudah sebenarnya jika TANPA ILMU walaupun anda ialah seorang ibu yang tidak bekerja.
Menyusu itu bukan secara tiba-tiba ia keluar menjadi susu sebaik melahirkan bayi, tetapi perlu DIRANGSANG dan kerap diberi sehingga kolustrum bertukar menjadi susu matang.
Menyusu itu bukan menggunakan kaedah 'standard' bagi setiap ibu untuk memastikan penyusuan mereka berjaya, melainkan kaedah UNIK mengikut permasalahan ibu dan bayi.
Menyusu itu bukan menjanjikan HASIL perahannya KONSISTEN, tetapi bergantung kepada bagaimana ibu menjaga DEMAND dan SUPPLY.
Menyusu itu sebenarnya, bukan MUDAH, bukan SENANG, bukan DIKURNIAKAN dengan BANYAK secara tiba-tiba dan juga tiada kena-mengena dengan faktor keturunan. Ianya perlu dirangsang, dilatih dan diberikan sokongan terutama dari segi emosi.
Kadang perahan hari ini banyak, kadang esok turun merudum.
Malam hari ibu bersengkang mata mengepam susu demi menyediakan bekalan stok untuk hari seterusnya.
"Breastfeeding mummy" LALI dengan penat lelah mengumpul stok.
"Breastfeeding mummy" LALI dengan luka dan melecet pada 'nipple'.
"Breastfeeding mummy" LALI dengan luka hati serta emosi yang dihadapinya.
SEMUANYA demi harga titisan emas buat anak tercinta.
*terdapat masalah penyusuan;
>tukang urut bukanlah penentu susu sang ibu tiada
>doktor biasa bukanlah penentu susu ibu tidak berkualiti
>ibu dan ibu mertua bukanlah penentu bayi ibu tidak kenyang
PASTIKAN jika terdapat masalah, merujuklah kepada Pakar Laktasi ataupun Doktor yang 'breastfeeding friendly'.
Mohon dibaca dengan hati serta minda yang lapang serta positif. smile emoticon
Tiada istilah ibu menyusu itu riak kerana bukanlah akibat itu mereka menjadi JUTAWAN.
Tiada istilah membangga diri kerana bukanlah akibat itu mereka menjadi POPULAR.
Tahniah kepada anda semua ibu menyusu eksklusif, ibu menyusu campur dan juga yang berniat menyusu tetapi tidak KESAMPAIAN.
Asalkan anda mempunyai niat dan telah berusaha habis-habisan, kami tahu penat lelah itu. Tetapi untuk apa? Yang penting ALLAH lebih tahu kan usaha kita.
Percaya pada 'Kun fayakun'? Percaya pada 'Man jadda wa jadda'?
Jika ya, jangan pernah putus berharap untuk menyusu walaupun baru nak dimulakan untuk anak KELIMA.
Tiada istilah terlewat.
*tiada paksaan untuk menyusu, anda berhak memilih. Pilihan di tangan anda.
NOTA ini bertujuan memberi harapan serta sokongan kepada ibu yang masih mahu menyusukan.

Salam sayang,

atia


6 ulasan:

dorsett pink berkata...

betulll.. bukan sesenang macam kacang walaupun menyusu itu proses semulajadi... sangat mencabar

ainniah berkata...

breastfeeding tak mudah, tapi tak mustahil.
breastfeeding mungkin perit, tapi hasilnya sangat3 berbaloi.
tak sabar nak breastfeeding balik lepas bersalin ni. :)

Hanie berkata...

bagi saya, breastfeeding mencabar dan memerlukan pengorbanan. ianya juga seperti kita berjihad fisabilillah. Kesedaran sy mula timbul apabila sy mengandung anak kedua. alhamdulillah.. ye betul tiada istilah terlewat.

Adinda Surie berkata...

betul tu kan.
semua orang fikir menyusu anak ni semudah selak baju jer.

sebab tu ramai jugak yg kecundang tak tahan dengan dugaan.

Alhamdulillah.Allah beri sy kekuatan utk terus menyusukan anak walaupun sy br pertama kali jadi ibu. sy sgt2 bersyukur.

adindasurie.blogspot.com

king size bedspreads berkata...

Good sharing, MyNutriBaby is an online community education programme and led by Nutrition Society Malaysia (NSM) and supported by Philips Avent Malaysia, is running a campaign that focuses on the importance of supporting breastfeeding mothers at their workplaces. For detail visit:
http://kidbuxblog.com/mynutribaby-is-a-workplace-for-working-mothers-who-are-still-breastfeeding/





Best Regards,
Split Queen Box Springs or split queen box spring

Nourulle berkata...

Ya setuju tu sis, bagi saya rajin2 la pergi class, seminar laktasi, tapi make sure yang pakar nya tu btol2 pakar, dan telah berjaya membantu ibu-ibu lain. Kelengkapan untuk menyusu pun kena ready dah, mcm breastpump, Baju Khas untuk Menyusu, semua ni penting untuk menjadikan kita lebih semangat untuk menyusukan bayi dan takde la nanti nak jadikan alasan malas sbb susah nak pump dekat office etc.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...