My F.r.i.e.n.d.s

Sabtu, 6 Disember 2014

PROMOSI BEST!!! Breastpump Package :)

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam all mummy... Camana hari minggu ni? Mesti u alls tengah berjalan2 ataupun istirehat di rumah kan... :) Apalagi, ambil peluang ni untuk kerapkan direct feeding n nikmati saat penyusuan terindah ini. Didoakan semoga susu kita semua sentiasa mencukupi buat anak tersayang dengan izin Allah... :)

Hari ni saya cuma nak share sikit, kalau2 masih ada mummy2 yang tercari2 pakej breastpump yang hampir complete, inilah masanya. Pam ni pun kira antara yang terlaris n banyak permintaan juga, maybe disebabkan penambahbaikan dari komplen mummy2 sebelum ni yang dok kelek pam SPECTRA 3 yang berat tu kan..(Saya lah tu salah sorangnya). Tapi seriusla, tu memang pam kesayangan. Banyak sentimental value kottt... :)

So, kalau ada mana2 mummy nak berminat nak dapatkan pakej ni, sila baca berita selanjutnya di bawah: 

breastfeeding

Anda ibu menyusu yang akan bekerja ?
Mencari breastpump yang mampu milik dan menghasilkan susu lebih banyak? 
Mudah digunakan di mana-mana sahaja dan ringan ?
Lebih senyap dan menjimatkan masa ?


Kini dengan harga Promosi..selagi stok masih ada! 


Eve Love LILY Breastpump Package


Dengan nilai pakej RM663.30 harga pasaran, kini hanya RM575 SAHAJA!!!

Kami ulang hanya RM575 SAHAJA!

Anda jimat RM88.30!!

…………………………………………………………………………
PERCUMA!!!


1. Eve Love 2 in 1 Cooler Bag bernilai RM89.90
2. Eve Love Ice Bricks x 3 pc (150g each) bernilai RM30.00
3. Eve Love Storage Bottles (5 oz) x 6 pc bernilai RM29.90
4. Eve Love Storage Bag (7 oz) x 25 pc bernilai RM14.90
…………………………………………………………………………….
Ciri-ciri Istimewa:
1. Double Pumping: Merangsang Tahap Prolaktin tinggi dan membantu menghasilkan lebih banyak susu dalam masa sekejap!
2. Padat & Ringan: Berat motor kurang daripada 500g. Mudah untuk di bawa kemana-mana.
3. Rangsangan Dwi-Fasa : Rangsangan Fasa pertama ialah merangsang aliran susu diikuti oleh Fasa Kedua dengan sedutan lebih dalam. Irama menghisap semulajadi sama seperti bayi.
4. Silicon Breastshields: Untuk Keselesaan maksimum semasa mengepam.
5. Tahap Sedutan Pelbagai (4 Tahap): Untuk memberikan keselesaan ibu semasa mengepam dan keberkesanan mengosongkan payudara ibu.
6. Ciri Menarik dengan Mod Butang KEKERAPAN yang memberikan peningkatan segera 30% dalam frekuensi (kadar sedutan & pelepasan dalam kitaran seminit) bagi meningkatkan hasil sedutan yang efektif.
7. Built-in Mekanisma Anti-aliran balik susu ke dalam Motor untuk menghalang pengaliran balik susu dan mengekalkan kebersihan pam.
     Kit anti-aliran balik tambahan luaran disediakan untuk ibu-ibu yang memerlukannya.
     NOTA:** Penggunaan kit anti-aliran balik luaran mungkin mengurangkan kuasa sedutan sehingga 20% berbanding tanpa menggunakannya **
8. LCD Display - paparan masa dan tahap sedutan untuk maklumat pengguna.
9. Bunyi motor lebih senyap: Ibu dapat menggunakan pam dengan selesa di mana-mana sahaja dan boleh pam tanpa mengganggu tidur bayi yang sedang lena.
10. Ciri-ciri Keselamatan: Pam akan berhenti secara automatik selepas tempoh masa yang tertentu untuk memastikan keselamatan penggunaannya.
11. Pelbagai pilihan Sumber Kuasa: Adaptor, Bateri  & Line USB yang disediakan.
Penggunaan Bateri biasa : Boleh menggunakan bateri biasa 1.5 V Bateri AA X 6 pcs
** BPA-Free **
** CE & RoHS Certified **
** Jaminan 1 Tahun untuk Motor seperti yang dinyatakan dalam Kad Waranti **
------------------------------------------------------------------------

Cara mudah untuk order:

SMS/WhatsApp “BPPLOVE” ke 017-3318548
SMS/WhatsApp “BPPLOVE” ke 017-3318548
SMS/WhatsApp “BPPLOVE” ke 017-3318548



BERTINDAK SEKARANG! 5 Pembeli Pertama layak menikmati FREE SHIPPING

BERTINDAK SEKARANG! 5 Pembeli Pertama layak menikmati FREE SHIPPING
BERTINDAK SEKARANG! 5 Pembeli Pertama layak menikmati FREE SHIPPING


Ok, take care u alls, have a nice weekend.

May Allah bless u all.

~ menyusu itu indah ~

Salam sayang,

Atia

Jumaat, 5 Disember 2014

Persediaan penyusuan ketika kursus, travel atau outstation :)

Bismillahirrahmanirrahim....

Salam all beloved mummy. Bagaimana anda hari ini? Harap ceria-ceria saja. Jika tengah down, sabar ya. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. U r a strong woman! Mummy-mummy yang menyusu ni biasanya HEBAT-HEBAT belaka! Survival team orang kata... Yer...yerr...je...Eh, betul lah tu kann. Insyaallah... :)

Ok, kali ni nak throwback sikit. (Mentanglah tadi rajin nak ngemas isi dalam 'laptop', last2 terjumpa lak gambar2 lama). Nak kenangkan kembali zaman-zaman kerja kerajaan dulu. Amboi...kerap sangat berkursusnya. Setahun adalah 14 kali, Tapi yang bestnya, bila kerap berkursus ni sebenarnya meningkatkan produktiviti kerja kita. Sebab setiap kali berkursus banyak ilmu baru yang dijana. (Hee...tapi ada gak yang amik kesempatan asyik nak berkursus sebab nak ngelat buat kerja...Jeng..jeng..jeng.. :D . Tapi tak semua...Segelintir saja ya...)

K lah. Apa kelengkapan yang perlu mummy bawa time kursus? Sebagai contoh, aritu saya berkursus di Bukit Gambang, Pahang. 3 hari 2 malam kalau tak silap.

Antaranya ialah:

1. Milk storage bag. Anggaran 20-50 pcs (WAJIB: Taknak galakkan u all bawak botol susu lebih daripada 5 pcs. Lecehla plak nak mencucinya nanti. Oh ya, jangan lupa 'rubber band' untuk ikat plastik, jika perlu.).
2. Berus botol susu. (Bawaklah yang kecik je.)
3. Marker pen. (Untuk tanda tarikh pam susu).
4. Coleman box. (Beli yang kecik aje. Ala yang biasa orang buat isi ikan/ air tin bagai tu kan...Ni untuk persediaan bawa bekalan stok susu yang banyak nanti.)
5. Ice pack. (Bagus bawak lebih dalam 3-6 pcs. Icepack tahan cair lebih lama dari ais batu biasa. Beli yang murah2 dalam 3 pcs RM15 pun ada kot).
6. Botol susu. (Biasa botol 5 oz. Sebab lebih pendek, praktikal untuk disembunyikan dalam poket jika keadaan memerlukan. Lagipun jimat space kalau nak simpan dalam peti ais hotel yang biasanya 'mini bar' je)
7. Pam susu. (WAJIB. kecuali kalau dah expert perah guna tangan. Takde hal!. :) )
8. Cooler bag. (WAJIB bawa bersama. Sebab lawakla pulak, kalau nak usung tong 'coleman' tu kulu kilir dalam kelas nanti).
9. Milk booster. (Segala minuman 3 in 1 atau makanan yang sedap2 yang time kita makan leh wat kita happy n secara tak langsung stimulate hormon prolaktin yang leh pancutkan susu banyakkk skit..)

breastfeeding
Gambar sumber: www.etsy.com
breastfeeding
Gambar sumber: www.babyumishop.com

Ok, sedikit penerangan ringkas untuk kemudahan u ols ialah kenapa saya suh bawa coleman box tu? Sebabnya, saya nak u ols jaga sesi pam yang konsisten iaitu jangan lebih selang 3 jam okeh! Kalau skip, jangan salahkan makcik sebelah rumah if susu kalian berkurang. Tu basic hokeh! Kemudian, tu juga digunakan untuk bawak balik stok susu kalian yang dah banyak nanti. Yerlah...3 hari kan.. Lagi satu, coleman ni sangat tahan untuk travelling yang jauh... Kadang kalau aircond kereta atau van atau bas kursus yang bawa kalian tu sejuk sampai ke tulang actually lagi bagus. Tahap kesejukan tu sebenarnya lagi membantu untuk maintainkan kesejukan stok susu tadi.

Pastu PENTING sangat, waktu malam pls pls pls...Jangan selesaaa... sangat nak lelapkan mata. Sila bangun sat untuk pam susu. Paling malas, pam 5 minit pun tak pe. Yang penting DEMAND DEMAND DEMAND...(bayangkan saya cakap kat bukit ala2...suara cam bergema...biar kalian ingat sikit! :) ) Consistent maintain your demand so your supply will be maintained...

Then, kenapa suh guna botol susu 5 oz ja, sebab botol tu biasanya lebih pendek dan lebih jimat space. Lagi satu, kalau kebetulan dapat 'fasilitator' yang ala2 strict... Pls standby simpan botol susu kosong 1-2 botol dalam poket blazer atau kot u all. Untuk kita curi2 keluar perah susu (trick ke toilet). Biasanya jika saya sedang apply teknik ini, saya akan pastikan tak lebih 7-10 minit n perah guna tangan ja (senang nak selit kat bilik2 kursus yang kosong atau dok celah meja mana2. Kejap je.. Dapat sikit takpe, yang penting jaga demand n waktu pam tu. Pastu, susu fresh tadi tu tahan 4 jam. Biar dalam poket je pun takpe, kalau takut kantoi, nanti ada masa transfer dalam cooler bag.

Pastu nape kena bawak breastmilk storage bag lak? Sebabnya senang nak manage n susun dalam box tadi. Plastik leh penyek2 sikit supaya leh dimuatkan dalam coleman box tu. Kalau botol, limited space. Keras kejung lonjong gitu gak..So susah sikit nak adjust.

Kemudian, dalam satu hari tu (time kursus), pam saja susu dalam botol. Nanti malam dah habis kelas (time semua susu pun dah sama sejuk), barulah transit ke dalam plastik k! Pastu cuci n steril siap2 botol n peralatan pam tu semua pada malam atau subuhnya supaya esoknya kita dah jimat masa. Tinggal duduk n guna je. (Cam biasa takyah cuci corong tu setiap kali, sebab selagi simpan sejuk ia leh digunakan dalam masa 24 jam. Senangkan! :D )

Harapnya entri kali ni membantu mummy2 yang bz dengan kursus. All the best ya! 

*Actually sedih gak, gambar banyak tak save. Dah hilang semua gambar yang excited giler nak share kat blog. Maybe ter'delete' kot. Apa yang ada sajalah ya... :)


bukit gambang resort
Fokus lah sangat dalam kelas!

breastfeeding
Ni rasanya time citer pasal penampilan diri kot!

bukit gambang resort
Mini bar dalam resort

breastfeeding
Atas tu hasil perahan semalam, bawah yang hari ni
Sekian untuk kali ini.

~Menyusu itu indah~

Salam sayang,

Atia

Khamis, 4 Disember 2014

Kenapa yuran kaunselor laktasi mahal?

breastfeeding
Gambar sumber: zaleha-mustapha.blogspot.com
Bismillahirrahmanirrahim...

Salam all mommies. Jumpa lagi kita untuk entri berikutnya. :)

Pernah tak u all tertanya2, kenapa yuran kaunselor laktasi mahal? Biasanya antara RM50-RM100 per  sesi dan ada yang lebih tinggi? Sebabnya, untuk mereka mendapatkan gelaran tersebut bukan mudah ya. Banyak kursus dan program yang perlu mereka sertai bagi melayakkan mereka mendapat gelaran dan ditauliahkan sesuai dengan pengalaman dan kursus yang mereka perlu lalui. Semua tu bukan murah tau! Beribu2 ringgit.... So, layak lah mereka diberikan bayaran yang sepatutnya. Dan seharusnya kita semua jelas dan faham, bahawa itu juga adalah merupakan harta pencarian mereka. So, sila PASTIKAN sebelum nak jumpa dengan diorang, u all dah siap2 list down soalan-soalan cepumas yang nak ditanya. Kalau tak...tak berbaloi weh...datang dari jauh, sesak2 jammed tu, tanya soalan seketul jek....(Saya lah tu dulu2...) hee...:)

Isu ini timbul tetiba (ceh...boleh plak...), sebab terkenangkan masa zaman zero knowledge dulu. Sangat2 down n perlukan support, memang susah juga nak dapatkan ilmu sepertimana sekarang. Sebab sejak2 akhir ni je, kesedaran menyusu sudah semakin meningkat dengan kempen agresif yang telah dijalankan oleh kerajaan. (TAHNIAH!!! ). Dulu mana aderr... Kalau tak pandai google, memang tak jumpa. Kalau salah bertanya (dengan org yg tak sepatutnya), lagi buat kita down... Kannnn...Sape pernah lalui zaman tu...???Angkat tangan....Heee...(Ok2...ramai2, sila turun tangan sekarang). :D

So, jika anda ada duit lebih n paling best kalau MR. HUBBY pun supportive, pada yang telah pregnant, lehla start cari kursus tentang penyusuan susu ibu ni. Banyakkkk dah...leh google je.

Ada yang RM80-RM250 untuk sepasang atau RM50 untuk individu. Boleh start survey gunakan jari anda. :)

Pastu, hati2 juga jika mendapatkan khidmat nasihat dari mana-mana klinik termasuk kerajaan. Jika ada jawapan ala2 tak support breastfeed tu, sila dapatkan pengesahan atau khidmat nasihat dari pihak laktasi kalau boleh lagi 2-3 orang then baru u all buat keputusan. Kalau tak...Nampaknya risiko gagal menyusu di tengah jalan bakal terjadi. Even saya sendiri pernah experience.

Kisahnya bermula begini, time anak pertama, saya kerap sangat nyusukan baby...(agaknya adalah sejam -2 jam sekali kot...Tak kisah, asal dia nak...sumbat je...) Rupanya, kekerapan tu menyebabkan susu kita produce lebih banyak. (MORE DEMAND =MORE SUPPLY).

Dah tu...mencungapla si anak ni minum, sebab time LDR (Let Down Reflex) tiba dalam 2-3 minit time baby 'suck' tu, haa...amik ko, memancut2 susu dengan banyaknya. Sampai saya pi jumpa doktor swasta, cuma nak tanya bab tu je. "NAPE SUSU SAYA MEMANCUT2 SAMPAI MENCUNGAP ANAK NAK MINUM?".

Doktor cakap, susu saya dah terlebih2. Setiap kali sebelum nyusu kena pam dulu. Haa... apa ke halnya kalau tengah berjalan jauh2 nak balik kampung ke atau nak pi bandar ke, perlu ke bawa pam susu setiap kali...(Terus tercetus di fikiran, adoi...susah gak nyusu badan ni eh...) Dalam tak puas hati tu, saya tanya doktor tu balik, "Doktor boleh saya bertanya? Doktor nyusukan anak tak?" Dia jawab, "NO, i tak nyusu bcoz of my career. I bz n tak sempat". Ehhh...Once dia kasi jawapan tu, saya pun terdiam. Oh...ok, jawapan dia saya takmo pakai sebab dia sendiri pun takde pengalaman, camana leh advise gitu. Tapi takpela, at least dia bagi jawapan yang logik juga sekadar pengetahuan dia.

So, next time, be prepared dengan jawapan dari pihak kesihatan yang kadang2 leh wat u all terkujat juga! Think twice n analysed semula ok. U know better what u are going through kan.. :)

Dengan ini juga, saya nak kongsikan, yang mana setakat ni belum ada lagi kot, ala2 "personal coach" cam personal talk ala2 heart to heart gitu. Idea ni datang maybe disebabkan saya sendiri kadang2 lebih sukakan privacy n kadang2 soalan tu rasanya cam segan nak tanya depan semua orang...atau kalau dah pemalu sangat segan juga nak bertanya face to face depan kaunselor laktasi tu sendiri. Tah kadang2 rasa segan n malu2 miow ada juga terkeluar sikit...Hehe... Nyampah je kann... :D

So, pada ibu2 yang masih terdapat kemusykilan n inginkan penjelasan berkaitan penyusuan sila lihat di bawah:

Saya ATIYAH ZAHIRAH ZAINAL ABIDIN pemilik syarikat QASHRINA BOUTIQUE: Breastfeeding Support| Mummy & Baby Boutique ( sementara ini di bawah pengurusan syarikat berdaftar SSM: Warisan Setia Resources: 001947708-U).

Kepakaran saya adalah di dalam bidang penyusuan susu ibu dengan menyediakan konsultansi serta penyelesaian bagi sebarang keraguan berkaitan susu ibu untuk membantu ibu-ibu hamil agar lebih bersedia dengan cabaran dan perjalanan penyusuan, ibu bekerjaya lebih mudah untuk mengendalikan pengurusan susu ibu serta ibu yang stress dapat menangani cabaran ketika ujian mendatang.

Masalahnya ialah ramai ibu-ibu yang tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam penyusuan gagal meneruskan penyusuan susu ibu, ibu bekerjaya merasakan pengurusan susu ibu sangat sukar dan berhenti mengepam sehingga akhirnya menyebabkan susu kering dengan sendirinya dan ibu yang stress terus berputus asa dan ada yang terbawa-bawa sehinggakan tiada niat untuk meneruskan penyusuan untuk anak berikutnya akibat segala cabaran yang terpaksa dilalui tadi.

Oleh itu, dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam bidang penyusuan dan kejayaan meneruskan penyusuan ketiga-tiga anak sehingga 2 tahun serta telah membantu lebih daripada 100 orang rakan seperjuangan penyusuan seluruh Malaysia melalui blog, email dan PM di facebook dan alhamdulillah dengan izin Allah kebanyakannya telah berjaya meneruskan penyusuan sehingga 2 tahun.

MAKLUMBALAS MUMMY2 YANG SANGAT SAYA HARGAI:

Puan Zahirah,
Terima kasih atas tunjuk ajar selama ini. Alhamdulillah, atas bantuan puan saya berjaya menyusukan anak sehingga kini sudah 1 tahun 7 bulan, tinggal 3 bulan lagi genap 2 tahun. Walaupun anak pertama saya pernah gagal, tetapi saya percaya atas semangat dan keyakinan yang diberi dan yang paling utama atas izinNya saya berjaya hingga kini.
MRS. H

Alhamdulillah, dgn izin Allah n guidance from atia sy still bf my son , nw 1 y 10 mnths...
Semoga Allah memberkati hidup atia sekeluarga...insyaallah
MRS. B

Salam u, masih ingat i lagi? Syukur alhamdulillah, sedar tak sedar i dah berjaya completekan penyusuan sehingga 2 tahun. 2 tahun lama juga, tapi percayalah, happy sangat bila dah berjaya harungi cabaran yang ada. Hanya kita2 je tau camana rasa tu. Thanks atia. Semoga Allah balas segala usaha awak ni!
MRS. K

Salam Zahirah,
Sebagai nurse, saya banyak diajar tentang teori berkenaan penyusuan. Tapi bila ada anak sendiri, tambahan pula first time mommy, rupanya bukan mudah utk harungi jika kita tiada pengalaman. Apa yang awak share n info2 sebelum ni banyak membantu saya shingga kini, sedar tak sedar saya dah berjaya meneruskan penyusuan anak saya hingga 2 tahun 3 bulan. Thx!N Keep in touch ya!
MRS.NI

Salam , terima kasih diatas info2 
berguna ttg breastfeeding .
Info anda sedikit sebanyak telah membantu saya dalam menjayakan
"fully breastfeeding " nih...
MRS. NN

KATA-KATA SEMANGAT DARI RAKAN SEPERJUANGAN YANG SAYA KASIHI:
(kerana mereka saya teruskan semangat untuk aktif semula. Semoga u all berjaya menyusukan anak dengan cemerlangnya. Amin.. :) )

Trm ksh n tahniah krn kmbali aktif berblog.sy sering melawat blog pn dr sy preggy sampai skrg.sejujurnya kata2 berbentuk "paksaan" dr pn lah yg mmbakar smangat sy utk terus berjuang mnyusukan bby sy wpun pd 1 ketika sy hampir mnyerah kalah bila susu drop tiap x period ditambah plak ayat2 pedih org sekeliling.trm ksh sekali lg krn sampai saat ini sy msh fully breastfeed my bby. 
MRS. J

Alhamdulillah...
sebulan lepas masa tgh stress pam susu utk buat stok yg keluar hanya sesudu dua trjmpa blog nie. perghhh start dr time tu semangat mmg brkobar kobar nk breastfeed ank sepenuhnya. 
terimakasih sbb kongsikn byk info & ilmu dlm blog nie. 
yup. more demand more supply. dr sesudu dua naik ke 1 oz 2 oz skrg sebotol dua bila pam. 
Alhamdulillah syukur pd Allah & terima kasih sekali lg ats prkongsian ilmu breastfeed ni. 
MRS. A

hai puan.. sy follow blog lama puan masa sy tengah nak give up utk breastfeed anak sy. Penulisan puan terkesan di hati sy. Terima kasih. 
Alhamdulillah dgn izin Allah, sy masih breastfeed anak sy pada usianya setahun 4 bulan
MRS. H

Ya Allah syukur kwn suggest baca blog ni..thanks kak tia byk ilmu baru sy dapat kat blog akak.
MRS. AN

Puan,saya sgt kagum dgn puan.puan layak jadik lactation consultant and bleh buat talk supaya mummy baru motivated utk menyusukan anak.Ya Allah byk tu pahala puan klu byk ibu bersemangat menyusu anak mereka.Saya sgt salute puan.Plsssss update blog puan selalu.
Thanks 
MRS. ANN

Salam ta'ruf...
Bagus perkongsian tentang penyusuan ibu. Moga diberkati dan pastinya awak akan dapat pahala berganda2 selagi pengunjung maya memanfaat segala ilmu yg dikongsi....
Saya suka baca semua entry dlm blog ni.
MRS. U

thanks for sharing..bila baca ni, baru rasa calm and relax..betul awak cakap, kadang pam dapat 5oz, kadang dapat 3oz..tu semua tak penting, yang penting rutin kita..thanks again
MRS. N

ya allah.. bestnyer baca blog nie.. terima kasih atas ilmu yg dicurah kn ni.. ianya sgt bermanfaat buat saya
MRS. T

alhamdulilah syukur sgt2 jumpe blog ni..x penah lagi la saya bookmark blog yg saya jumpe kat google melainkan yang ni..mmg rase bersemangat nak truskan bf bila rase down.. puan x terlalu stress kan sgt tapi lebih pada santai..good job!!
MRS. ANY

Salam Puan,
saya cukup berbangga dengan pencapaian puan dalam menyusukan anak-anak. hingga terdorong untuk saya fully BF anak kedua dalam kandungan ini. Yang bestnya saya dah khatam blog puan berkali-kali untuk menambah ilmu mengenai BF. 
MRS. N

***************************TAMAT*************************************

So, kepada sesiapa yang malas nak pi jumpa pakar laktasi buat sementara waktu ni, atau sedang berpantang di rumah n tiada kenderaan nak keluar rumah atau kepada anda yang inginkan privacy nak bertanya tapi segan bolehla buat 'personal coach' dengan saya sementara saya sedang FREE minggu ini.

Urusan 'personal coach' boleh secara email pada ketika ini, insyaallah next kita upgrade kepada version lain pula ...:).

Email: menyusuituindah@gmail.com (maklumbalas 24-48 jam)
Kempen DISEMBER 2014: Sesi anda bertanya, saya menjawab. :)

Kelebihan:
1. Sesi pertanyaan dan soal jawab lebih privasi dan insyaallah segala persoalan bakal terjawab.
2. Boleh listkan sampai 10- 15 soalan. So, mana2 yang dah lama bersarang di kepala tu, bolehla dikeluarkan. Dan pertanyaan akan lebih teratur dan tersusun bila kita listkan.
3. FREE 1 X sesi susulan @follow up. iaitu minggu berikutnya saya akan bertanyakan progress anda.

NOTA: Saya akan berikan jawapan berdasarkan pengalaman saya dan kajian daripada pengalaman ibu2 lain serta rujukan daripada pakar laktasi yang pernah saya jumpa.

Siapa yang perlu sertai?
1. Mummy yang pemalu nak bertanya pelbagai soalan secara berkumpulan.
2. Mummy yang sedang berpantang dan perlukan maklumbalas segera.
3. Mummy yang sukar nak keluar rumah plus tiada kenderaan.
4. Mummy yang tak kuasa nak 'google' jawapan sendiri dan buat 'research' untuk mencari jawapan.
5. Mummy yang nak lalui jalan pintas (tak nak lalui pengalaman jatuh dan gagal seperti saya dan mummy lain pernah lalui sebelum ni) untuk berjaya dalam penyusuan.

Insyaallah, segalanya dengan izin Allah jua dan usaha kita dalam memperjuangkan dunia 'breastfeeding' nih... :)

Syarat penyertaan: 
1. Bayaran RM20 sahaja.
(Memang murah sangat dan insyaallah berbaloi-baloi. :) Sila ambil kira masa yang saya luangkan untuk menjawab soalan cepumas anda dan pengalaman jatuh bangun saya serta hasil sengkang mata saya selama 5 tahun ini.)

2. Terbuka kepada 10 mummy sahaja (setakat ini).
(Sebab jadual saya penuh, takut tak sempat nak berikan maklumbalas pada semua.)

Langkah penyertaan: 
1. Bank in RM20 ke akaun bank yang dinyatakan.
2. Sms/ Whatsapp bukti bayaran ke 0173318548 beserta NAMA/ EMAIL/ NO. IC.
3. Hantar email soalan anda ke menyusuituindah@gmail.com. (Respon insyaallah dalam masa 24-48 jam)
4. FREE 1 X Follow Up. (saya akan email anda pada minggu berikutnya).

Berminat, boleh sms/ whatsApp: 0173318548
Berminat, boleh sms/ whatsApp: 0173318548
Berminat, boleh sms/ whatsApp: 0173318548

Bayaran bank in ke akaun MAYBANK
NUR ATIYAH ZAHIRAH ZAINAL ABIDIN
162795054455
(untuk bank lain, lebih jimat guna IBG transfer, caj RM0.10 dikenakan).

Bertindak sekarang! Siapa cepat dia dapat!!! Sebab insyaallah pada tahun 2015 nanti (jika diizinkan Allah) saya akan mengikuti kursus "Kaunselor Laktasi". Dan mungkin saya tidak akan mempunyai masa untuk sesi 'personal coach' macam ni lagi. Sebab saya akan bz di tempat lain.... :(

Jazakallah n All the best mummy semua. Semoga berjaya dalam perjuangan murni ini. Chaiyok! Chaiyok! :)

~ Menyusu itu indah~

Salam sayang,

Atia

*Mohon share info ini pada kenalan lain, mana tahu mereka juga memerlukannya. :)


Susu sikit!

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam all dearest mommies...Harapnya semua dalam keadaan sihat, happy n susu sentiasa mencukupi buat anakanda tersayang... :)

Macam biasa, isu susu sikit nih memanglah isu terhangat di pasaran. Bukan sekali sekala, memang sentiasa ada...Kadang-kadang arini jadi kat kita, esok ngan kawan kita pulak, lusa kat jiran sebelah...tulat mummy taman sebelah sana plak... Pendek kata, hampir hari-hari ada isu ni tapi, biasanya ia akan berakhir juga dengan cara kita menanganinya. So, u alls tak usah panik-panik k... Relaks ja. Naik turun bekalan susu tu perkara BIASA... :D

Dengan cabaran yang mendatang ni semua, insyaallah suatu hari akan menjadikan kekuatan buat kita pula. Meningkatkan kesabaran, ketabahan hati dan produktiviti serta kreativiti otak mummy kerana secara tak langsung, cabaran ini telah melatih kita supaya FIGHT FIGHT FIGHT demi anak tercinta! N kita akan lebih kreatif dan tangkas dalam menangani sesuatu perkara! :D

Percaya tak, kajian menunjukkan, ibu2 yang menyusukan bayi ni, kebiasaannya, mereka mempunyai KEKUATAN LUAR BIASA dan KETABAHAN HATI yang lebih tinggi. Sebab banyak sangat pengorbanan EMOSI, JIWA, CINTA dan KASIH SAYANG yang terpaksa diperjuangkan.

Tak percaya??? Kaji dan bandingkan dengan rakan sekeliling. (bandingkan secara diam di dalam hati n panjatkan rasa syukur k!). Bukan nak suh bermegah. Tu berdosa, nanti saya pun dapat sahamnya. Saya nak u alls tahu bahawa u alls antara insan terpilih yang berjuang demi untuk anak tersayang. Walaupun kesedaran menyusu sekarang sudah meningkat di kalangan ibu dan masyarakat luar, tetapi masih ada mummy2 yang dikelilingi dengan ujian dan cabaran2 yang lebih teruk dan menyakitkan (baby sitter tak support, mak dan adik atau ipar tak support). Tetapi mereka tetap BERJAYA dengan perjuangan mereka!

So, rewardlah diri anda dengan apa saja. Jadikan semua ni sebagai kenangan terindah sepanjang zaman. Insyaallah setiap pengorbanan akan ada ganjarannya. PERCAYALAH!

So, sebagai jawapan kepada pertanyaan mummy X (bukan nama sebenar), saya dah carikan link terbaik untuk ada rujuk k! All the best!!!Baca dan cuba fahamkan. Link sumber turut disertakan di bawah. Selamat membaca u alls! :)

~Menyusu itu indah~

Salam sayang,

atia

Bekalan susu yang rendah

Hampir semua ibu yang baru menyusukan bayi akan melalui satu tempoh masa di mana mereka meragui sama ada bekalan susu mereka mencukupi atau tidak. Apabila ibu-ibu ditanya apa sebabnya mereka tidak menyusukan anak atau hanya memberi susu badan bagi jangka masa yang pendek, mereka memberikan sebab utama sebagai, "Saya fikirkan bekalan susu saya tidak mencukupi". Sebenarnya, menurut sebilangan besar pakar, jarang berlaku situasi di mana ibu tidak mempunyai susu yang mencukupi. 

Kebanyakan wanita merasakan bekalan susu mereka adalah rendah walaupun sebenarnya ianya tidak. Kekurangan mungkin ada jika ibu tidak lagi mengalami refleks susu terkeluar dengan tiba-tiba atau tidak lagi ada perasaan buah dada penuh atau susu tidak lagi bocor dari puting.

Sebenarnya, semua tanda-tanda ini adalah tanda-tanda biasa yang menunjukkan bahawa badan anda sudahpun menyesuaikan diri dengan keperluan penyusuan bayi anda. Juga, bayi yang sedang membesar akan memerlukan lebih banyak susu, dan, oleh itu, memang merupakan perkara biasa jika anda meragui sama ada bekalan susu anda memadai. Sesetengah bayi pula lebih cepat dan efisien dalam penyusuan dan memerlukan sedikit masa sahaja untuk habis menyusu, dan ini juga boleh menyebabkan anda bimbang yang bekalan susu anda tidak mencukupi.

Mungkin ada masa-masanya sesetengah ibu tidak menghasilkan susu yang ke tahap yang maksimum, tetapi, sekiranya mereka betul-betul memahami proses penyusuan, itu akan membantu mereka mengatasi masalah ini. Hanya kira-kira dua peratus ibu sahaja, atas sebab-sebab fizikal, yang tidak boleh menghasilkan susu secukupnya.

Apakah puncanya?

Bagi kebanyakan wanita, masalah sebenarnya ialah penghantaran, bukan penghasilan. Mereka menghasilkan susu yang banyak tetapi disebabkan bayi mereka tidak dapat melekap dengan baik dan tidak menyusu dengan efektif, bayi tidak memperolehi susu yang secukupnya.

Buah dada dicipta untuk menghasilkan susu bagi memenuhi keperluan bayi anda. Lebih banyak bayi anda menyusu, lebih banyak susu yang anda akan hasilkan. Sekiranya bekalan susu anda menurun pada satu-satu masa, beberapa perkara akan dapat dikesan, iaitu, anda akan:
  • mengalami puting yang pedih dan mengalami kesakitan semasa menyusukan ; atau,
  • mempunyai bayi yang mengantuk dan perlu dirangsang untuk menyusu;
  • bayi anda kerap menggunakan puting, dan ini akan mengurangkan jumlah masa dia menyusu; atau
  • terlalu terikat kepada rutin menyusu empat jam sekali dan ini akan mengakibatkan pengurangan susu anda. Anda harus sedar yang anda hanya perlu menyusukan bayi anda apabila dia minta untuk menyusu, dan elok tidak mengikut rutin.

Bagi beberapa wanita, masalah biologi atau fizikal seperti ketidakseimbangan hormon atau terdapat kecederaan buah dada atau pembedahan boleh menyebabkan bekalan susu mereka berkurangan. Walau bagaimanapun, oleh sebab penghasilan susu merupakan satu perlakuan yang penting, kebanyakan ibu yang mempunyai keadaan seperti ini mendapati mereka masih boleh menghasilkan susu yang cukup untuk menyusukan bayi mereka.

Apakah yang perlu saya lakukan?

Pertama, jangan risau sangat tentang bekalan susu anda. Adalah perkara mudah bagi anda mengetahui sama ada bayi anda ada mendapat jumlah susu yang secukupnya atau tidak.

Penambahan berat badan adalah cara terbaik untuk menentukan sama ada bayi anda mendapat susu yang secukupnya. Bayi baru lahir selalunya mengalami penurunan berat kelahiran mereka antara lima hingga 10 peratus semasa beberapa hari pertama, tetapi selepas itu, bayi anda sepatutnya mula menambah berat badannya. Jika bayi ditimbang semula semasa berusia antara seminggu hingga 10 hari, anda akan dapati bahawa dia sudah mula membesar dan bertambah berat badan.

Jika anda menjawab ya bagi soalan-soalan berikut, ini bermakna bayi anda sudah mendapat susu badan yang secukupnya, justeru, anda menghasilkan susu yang mencukupi.
  • Adakah dia kencing lima hingga lapan kali sehari?
  • Adakah dia kelihatan sihat dan aktif?
  • Adakah najisnya berwarna kuning mustard? Najis bayi yang menyusu badan akan bertukar dari warna hijau pekat atau hitam pekat yang dikatakan mekonium, kepada warna kuning mustard pada hari kelima selepas kelahiran. Najis bayi anda: Apa yang normal dan apa yang tidak.

Bacalah artikel kami mengenai tanda-tanda yang menunjukkan bahawa bayi anda mendapat susu secukupnya untuk maklumat lanjut.

Jika anda merasakan yang anda tidak menghasilkan susu secukupnya seperti yang anda (dan bayi) mahukan, ajarkan bayi anda cara melekap seberapa baik yang boleh. Nasihat khusus dari kaunselor penyusuan boleh anda dapatkan. Mintalah pakar ginekologi, guru antenatal atau doktor keluarga anda untuk mencadangkan kaunselor atau anda juga boleh merujuk sumber direktori organisasi penyusuan kami untuk nasihat.

Untuk meningkatkan bekalan susu anda:
  • Biarkan bayi anda menyusu seberapa kerap yang dia mahu, dan berapa lama yang dia mahu, dan berikan kedua-dua buah dada anda setiap kali anda menyusukan.
  • Berikan dia hanya susu badan sahaja dan elakkan daripada menggunakan puting sebab ini akan mengurangkan masa dia menyusu.
  • Jangan cari jalan mudah dengan mengisi penuh dengan susu formula (ini dikatakan "melengkapkan"). Bekalan susu anda akan selaras apabila badan anda menyesuaikan diri dengan permintaan bayi anda. Jika anda mengenyangkan dia dengan susu formula, bayi anda tidak akan membuat permintaan susu yang banyak dan bekalan susu anda akan menurun.
  • Dalam masa anda mencuba memperbaiki cara pelekapan bayi anda, anda juga boleh cuba memerah susu anda selepas setiap penyusuan. Memerah keluar baki susu seberapa yang boleh akan membantu merangsang bekalan susu anda. Jika anda menyimpan susu ini dalam peti ais atau penyejuk beku, anda boleh menggunakan susu badan anda sendiri untuk memberi susu tambahan kepada bayi anda pada masa dia berasa amat lapar, mungkin pada waktu petang.
  • Sesetengah herba (seperti halba) dikatakan boleh menambahkan bekalan susu ibu - ia dikenali sebagai galactagogues, atau perangsang penghasilan susu. Tetapi, tidak terdapat bukti dari mana-mana kajian untuk menyokong penggunaannya. Begitu juga, betik muda dan sup ikan tidak pernah dibuktikan secara saintifik dapat menambah bekalan susu, namun begitu, generasi tua dan pengasuh pantang tradisional Cina (pui yuet) menaruh penuh kepercayaan kepadanya. Anda harus maklum bahawa kebanyakan ahli farmasi dan farmakologi akan menasihatkan anda supaya tidak menggunakan ubatan herba semasa kehamilan dan penyusuan.

Satu kumpulan ubat yang dinamakan antagonis dopamin menyebabkan kesan sampingan iaitu meningkatkan tahap prolaktin dalam darah, iaitu hormon yang berfungsi mencetuskan penghasilan susu dan mengekalkannya pada hari-hari awal. Walau bagaimanapun, kebanyakan ubat ini juga mempunyai kesan sampingan, yang berpotensi untuk menimbulkan masalah lain. Domperidone terkecuali dari ini, dan ianya boleh didapati melalui preskripsi. Kadang-kala, pakar penyusuan mencadangkan ubat ini untuk ibu-ibu jika cara lain untuk meningkatkan bekalan susu tidak menunjukkan kesan yang baik. Walau bagaimanapun, Domperidone bukan diluluskan untuk digunakan untuk tujuan ini dan tidak dinasihatkan sebagai rawatan dalam semua kes yang mana bekalan susu ibu dididapati rendah. Berbincanglah dengan kaunselor penyusuan atau doktor jika anda mahu memperolehi maklumat lanjut.

Dalam beberapa hari pertama selepas kelahiran, adalah baik jika anda mengejutkan bayi jika dia mengantuk dan menggalakkan dia untuk menyusu dengan lebih kerap. Ini akan merangsang buah dada anda untuk menghasilkan lebih banyak susu. Jika bayi anda sukar untuk digerakkan atau tidak dapat menyusu dengan baik, cara untuk mengatasi ini ialah dengan memerah keluar susu anda dan menyuap bayi melalui cara lain (cawan, sudu atau botol); keperluan menyusu bayi dipenuhi dan pada masa yang sama ia akan merangsang peningkatan bekalan susu anda.

Walau bagaimanapun, pada hari-hari yang berikutnya, bayi yang penuh terma adalah lebih terjaga dan aktif. Jika bayi anda masih perlu dirangsang untuk menyusu, ini bermakna sama ada dia tidak dapat melekap dengan betul atau dia kurang sihat dan dengan itu, anda sepatutnya menghubungi doktor.

Sesetengah gangguan kesihatan juga boleh menyebabkan bekalan susu yang rendah:
  • tahap tiroid yang rendah (dan kadang-kala tinggi);
  • kehilangan jumlah darah yang banyak semasa bersalin atau selepas itu (bekalan susu anda akan terjejas sehingga anda sembuh);
  • komplikasi disebabkan sebahagian plasenta masih berada dalam rahimini akan mengganggu penghasilan susu sehingga ia lepas keluar atau ditarik keluar;
  • ubatan (contohnya kombinasi pil pencegah kehamilan dan ubat selesema dengan dekongestan seperti pseudophedrine) mungkin boleh mengurangkan bekalan susu.

Adakah ini menjejaskan bayi saya?

Ya, jika bayi anda sentiasa memerlukan susu lebih daripada apa yang diperolehinya, dia akan gagal untuk berkembang dengan sempurna. Hubungi doktor anda dan buatlah temu janji dengan segera jika berat badan bayi anda tidak bertambah atau didapati menurun. Selalunya memperbaiki teknik penyusuan ibu boleh menyelesaikan masalah ini, tetapi dalam sesetengah kes, penambahan berat badan yang perlahan adalah petanda masalah kesihatan. 

Masihkah saya boleh menyusu?

Ya, terutama sekali jika anda sedang mengalami pengurangan bekalan susu buat sementara waktu. Sebenarnya, memastikan penyusuan yang efektif adalah cara yang paling baik untuk meningkatkan penghasilan susu.


Sumber: http://www.babycenter.com.my/a1036988/bekalan-susu-yang-rendah#ixzz3KtF5vtkR


low milk supply
Gambar sumber: welovesusuibu.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...