My F.r.i.e.n.d.s

Khamis, 10 Mac 2011

Pengalaman penyusuan utk si kembar secara eksklusif (susu badan penuh)

Ini wajah kembar kesayangan kami sekeluarga.. Mereka berusia 7 bulan setengah dan ini bermakna mereka juga telah menyusu susu ibu sepenuhnya selama 7 bulan setengah..



Nama kembar : Wan Elly Hakim & Wan Emmy Hakim
Pasangan kembar : Puan Uda dan Tuan Hakim
Tempoh penyusuan : 7 bulan setengah
Umur kembar : 7 bulan setengah



Wajah kesayangan yang membesar dengan setiap titis susu mama


Semasa disahkan mengandung saya telah menanam azam untuk menyusu badan sepenuhnya.. walaupun pada masa itu saya tidak mengetahui yang saya sedang kandungkan anak kembar.. Apabila ujian ultrasound dilakukan, doktor mengesahkan bahawa saya mengandung anak kembar.. pada masa itu saya rasakan bagai bermimpi.. selama ini perasaan untuk mendapatkan anak kembar hanyalah satu keinginan naluri saya sebagai seorang ibu .. tapi tiba-tiba ianya telah menjadi kenyataan berkat Rahmat dari Nya..

Maka pada masa itu keazaman saya untuk menyusu badan semakin membuak-buak.. dengan mencari pelbagai info mengenai susu ibu di pamplet, majalah, blog, forum dan sebagainya. Saya juga mengambil makanan yang berkhasiat kaya dengan protein dan kalsium serta makanan tambahan yang disarankan oleh doktor bagi menyumbang kepada pengeluaran susu ibu.

Saat yang dinantikan telah tiba.. genap saja minggu ke38 saya diberi ubat induce untuk bersalin dan tanggal 19 ogos 2009 saya selamat melahirkan sepasang kembar perempuan secara normal.. yang masing-masing seberat 1.69kg dan 1.88kg...

Hari kedua semasa dihospital Putrajaya.. saya telah diberi urutan buah dada untuk melancarkan pengaliran air susu oleh pihak rumah perbidanan yang bekerjasama dengan pihak hospital untuk menjayakan kempen susu ibu. Pada waktu itu susu tidak dapat keluar dan buah dada menjadi sangat tegang.. kesakitannya makin terasa..

Hari ketiga saya dan kembar dibenarkan pulang kerumah.. dan bermula episod airmata serta kegoyahan semangat untuk menyusu badan.. Sepanjang malam itu saya tidak dapat berbaring kerana perlu menyusu kedua-duanya.. Kakak dan adik asyik menanggis kerana terlalu lapar dan dahaga.. dan susu saya tidak keluar hanya ada air jernih sahaja.. dan kesakitan terus mencengkam.. Bila si adik menanggis saya terpaksa letakkan si kakak walaupun waktu itu dia sedang mengisap kemudian susukan si adik.. dan sebaliknya.

Tetapi bila kedua-duanya menanggis secara serentak.. kekuatan saya semakin goyah.. airmata mula berderai.. bukan lagi kerana sakit pada buah dada.. tapi tak sanggup melihat wajah kelaparan mereka.. bibir yang kering cuba menelan air susu.. tapi apakan daya.. susu belum mahu keluar.. Dengan keadaan badan yang masih terasa bisa-bisa senggal.. saya menggunakan seluruh kekuatan yang ada mengangkat satu persatu sebelah tangan untuk menyusu kiri dan kanan.. mujur mereka tidak berat dan tidak memberikan kesukaran untuk saya menyusu.. seksi??.. hehehe saya lah insan yang terseksi pada masa itu..

Apabila hampir subuh.. suara azan pun berkumandang.. sikembar sudah tidur.. tidur dalam kelaparan dan keletihan menanggis.. dan saya pun baru dapat berbaring.. rasa bagaikan sudah kematu.. Sambil baring saya merenung pada wajah sikembar.. mata mereka sudah bengkak kerana banyak menanggis dan bibir pula kering... Tak dapat saya bendung perasaan ketika tu.. airmata pun mula jatuh berjujuran.."maafkan mama sayang.. kerana tak terdaya menyusu dan kamu tidur dalam kelaparan"... Sepanjang subuh saya tidak dapat melelapkan mata dan sentiasa risaukan akan kelaparan mereka.. hanya airmata yang menjadi peneman sehingga saya pun terlelap akibat keletihan..


Wajah tanggisan yang tidur dalam kelaparan dahagakan susu mama


Keesokkan harinya saya dan suami terus bertolak dari Putrajaya ke Perlis untuk proses bepantang.. Alhamdullillah.. dalam perjalanan sikembar banyak tidur dan buah dada mula mengeluarkan susu secara perlahan-lahan... seperti mata air yang baru ditemui..

Ps..
Cerita pengalaman ini hanya berkisar pada perasaan saya pada masa itu dan sebenarnya suami serta mertua juga turut membantu.. tapi tidak dinyatakan.. Tanpa sokongan mereka tak mungkin saya dapat menempuh cubaan ini..
***************************************************************************
di copy n paste dari;
http://coretanuda.blogspot.com/2010/04/contest-pengalaman-menyusukan-anak.html

Aku tertarik dengan artikel n blog dia ni coz,ibu ni antara moms yg telah berjaya menyusu anak kembar secara eksklusif tanpa susu formula..Untuk para ibu yang ada baby kembar,leh refer blog dia. Byk info2 berharga dari pengalamannya untuk korg jadikan sbg pembakar smgt utk berjaya dalam fully@eksklusif breastfeed ni. Aku sdiri pun merasa kagum pada ibu2 yg mempunyai kembar,tetapi berjaya juga utk fully breastfeed.

Minta maaf tuan punya blog,sebab aku copy paste post ni. Mudahan post yg bermanfaat ni dpt mbantu ibu2 lain supaya berjaya. Kalau nak baca post2 lain yg menarik,nanti korg cuba lawati blog ni ok!

*ps, imej gambar tiada,nak tgk detail, sila ke blog tuan tanah ok. (Cam melampau la plak,copy paste siap ngn gmbr sekalikan.....;) )

5 ulasan:

Elly & Emmy berkata...

salam
tak pa.. copy paste saja entri tu.. kalau entri itu dpt menyuntik semangat para ibu utk fully BF.. saya pun tumpang gembira..:)

Tina Othman berkata...

salam kenal..tahniah kerana berjaya menyusukan baby sebab tak ramai yg berjaya termasuk lah saya huhuhu..tak kuat semangat

zahirah zainal berkata...

emmy, wslm. Tq beri izin..Only 1 post je,yg lain2 hrp diorg akan direct view tmpt awk..tq...:)

zahirah zainal berkata...

tina, jangan kata gitu..mana tahu lpas ni. Insyaallah,selagi ada niat,Allah akan permudahkan..Manusia belajar dari kesilapan kan..Apepun, smoga bjaya in everything u do,ok..:)

Tanpa Nama berkata...

Si kembar saya bru 23 hari kini..nk full bf tp byk btol cabaran dan dugaan.ckp2 org sekeliling mgatakn x ckup susu apalagi 2 bb boy.ank ke2 bjya full bf shgga 1y4m..dn skg isau susu drop sbb da cmpur fm.da kerap skip msa direct bf.seolah2 kdg tu myusu tp bb x kenyang puas.dlm dilema ..... :(

::puan S::

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...