My F.r.i.e.n.d.s

Rabu, 13 Julai 2011

Cara kumpul dan "maintain" stok susu ibu.

Salam,
Actually aku nak dedicate entri ni khas untuk Mrs Y. Sebab aku excited sangat nak bantu ibu muda ni, yang berniat nak fully breastfeed anak dia yg kedua. Sebab anak yang first tak berjaya. Aku sangat berkobar2 nih... Sebelum tu, mari kita sama2 berdoa untuk diri kita dan kawan2 kita agar kita dan mereka semua berjaya "fully breastfeed' anak2 hingga genap 2 tahun. Insyaallah...

Ni antara perbualan kami tadi (melalui sms), " Tq kak...Sy baru je abis berpantang. Alhamdulillah semua selamat. Saya 'full breastfeed' lagi. Tapi, susu tak banyak sangatlah kak...Siang ari saya masukkan dalam botol N malam saya bagi terus.. Macamana nak banyak susu kak? Risaulah time puasa nanti susu kurang..."
************************************************************
Ok, firstly, aku nak TEGASKAN pada korang, camana pun, kerja (ibu bekerjaya) atau tak kerja (surirumah), mesti kena buat stok. Just in case, takut susu berkurang. Yang sebenarnya, kebiasaannya, ketika berpuasa susu lebih banyak. Ini namanya kuasa Allah. Tapi, WAJIB bersahur ye.. Stok kurma jangan lupa. 3 biji ketika bersahur, 3 biji ketika berbuka....Amalkan selalu, insyaallah berkat dan banyak susu.

Cuma yang menyebabkan susu berkurang tu, kebiasaannya, si ibu ni PENAT. Nak buat itu, nak buat ini. Kadang2 penat tu yg menyumbang kepada susu berkurang nih. Kemudian, STRESS pulak. Dok pikir nak kerja lagi, nak siapkan makanan berbuka lagi, nak nyusu anak lagi... Lagi pulak, kalau anak dah 2,3,4,5,6,7...hah...masing2 ngan ragam masing2...Kalau kita dah expert handle tak pe. Tapi, kalau masih dalam proses belajar menguruskan karenah rumahtangga ni, ada baiknya buat stok.

Niat nak "fully breastfeed" tu dah bagus...Tapi, kalau boleh, jangan setakat BERNIAT sahaja. Kalau boleh, biarlah disertai dengan tindakan sekali. Iaitu aku TEGASKAN SEKALI LAGI, SILA BUAT STOK!!!...Sediakan payung sebelum hujan. Ni kadang2, dah cantik dah "fully breastfeed", tapi time RAMADHAN terpaksa lak campur ngan susu formula. Alangkah ruginya... Takpun, dah elok2 tak period (sebab fully breastfeed), boleh berpuasa penuh...Dah tak larat nak puasa, N terpaksa lak nak menggantinya. Hah..bilalah masa nak mengganti tuh...Mau agaknya tak ganti puasa. Yelah, niat nak breastfeed 2 tahun. dah tu, kalau dah tak puasa tahun ni, kena ganti sebelum next ramadhan tiba kan... Dah tu, bila nak ganti..?Pas 2 tahun...? So, kita sendiri tahu jawapannya kan... :)
(pesanan & peringatan untuk diri sendiri yg sebenarnya)

Ok, firstly: Perah susu setiap kali lepas menyusu baby. Sebab, setiap kali kita menyusu, breast yang sebelah lagi, akan produce susu serentak dengan yang baby minum tu. So, keluarkan susu yang ada. Dan simpan. Tak kisah walau dapat 1 oz ke, 2 oz ke. Yang penting, kalau 5 kali  buat, dah dapat 2 botol 5 oz =10 oz.
Kalau sehari 10 oz, 7 hari dah 70 oz kan. Banyak la tu... Sebagai back up je. Bila ada back up, fikiran tenang je. Percayalah... Kalau tak de stok, yang susah, tension dan penat, kita gak yang tanggung sendiri. So, sila ambil iktibar. (Sebab, aku dah merasa.)

Kedua: Mrs Y ni, kalau korang nak tahu. Rupanya, siang hari, dia tak nyusukan anak dia direct. Dia bagi susu yang perah tu. Sebaiknya, kalau baby ada bersama kita, lebih baik kita direct feed, sebab rangsangan dari anak adalah yang terbaik. Tapi, tak pela, kalau dia perah susu tu. (Alasannya, sebab anak dia gusi tajam, so bila nyusu, nipple dia melecet sampai luka2. Sian gak... ) Dalam hal sebegini, rasanya, better tengok sama ada, cara 'latching'  (baby hisap) tu salah ke, atau dia suka perah susu dulu sampai breast kosong, pastu baru beri baby minum...
Hmm..yg ni, memang la baby ngamuk. Sebabnya, susu kita kan ambil masa untuk refill semula. So, sebab tulah, aku pesan, perah susu, lepas baby menyusu.

Ketiga: Dah perah susu tu, simpanla. (bagi housewife). Jangan guna dulu, kalau tak mendesak. Selagi ada dengan baby, breastfeed direct je. So, kita ada stok back up. Ni, ada lak yg dah perah, guna...perah lagi, guna.. Bila nak ada stok...???
Untuk ibu yang bekerja, pastikan stok susu lebih. Jangan short. Kalau hasil perahan ada negatif, maksudnya, perah dapat 10 oz, tapi guna 12 oz, so ada short 2 oz kan. Kalau boleh, ganti balik. (Perah waktu malam sikit, dapatkan balik berapa oz yang kita short tu) supaya, stok susu yang kita kumpul, sentiasa maintain. Tak berkurang...dan takde yang expired. Mesti amalkan cara menguruskan EBM (expressed breast milk @susu perahan), dengan PRINSIP FIRST IN, FIRST OUT. Mana yang kita perah dulu, itu yang kita guna dulu ok.

Sekian dulu untuk kali ini....

Happy breastfeeding...! :)

********************************************************************
Just nak share, stok susu MEI - JUN 2011 (walau tak berapa banyak macam ibu2 lain, tapi, insyaallah cukup untuk ILMAN. Ini bukan pertandingan siapa simpan stok susu paling banyak, tapi, kita sama2 perjuangkan, siapa yang berjaya menyusu hingga genap 2 tahun. Ok! Selamat menyusu... Sayang selalu.... ;)



12 ulasan:

shaliza berkata...

insyaAllah..kita sama2 doa ya...

zahirah zainal berkata...

shaliza...amin... :)

Qaseh berkata...

byknyee stok akak...w,pun sy surirumah tp sy still pump utk simpan susu gak..
tq..sharing

zahirah zainal berkata...

qaseh~bgusnya...wpun surirumah tp tetap pam...akak memang respect sgt!!!... :)

Tanpa Nama berkata...

sy buat stok, BF direct bl bby ader dng kite... problem skarang, sy cuba utk biasakn bby minum EBM,disamping utk 'biasa'kn bby dengan puting botol, tp bby xnk. sy risau.. da nk start keja nie...

zahirah zainal berkata...

Mummy tanpa nama~
Salam, tq sudi bertanya...
Satu soalan yg bagus utk kita share sama2...

mummy tak yah risau pasal ajar anak minum botol ni... Biasanya baby lebih bijak untuk membuat pilihan. Kalau mummy nak ajar anak minum botol, boleh. Tapi, jgn sesekali mummy sendiri yg beri susu botol tu. Lebih baik org lain yg berikan. Supaya nanti, bila menyusu, baby tahu, kalau nak menyusu dengan mummy nya, hanya melalui breast, N kalau dgn org lain, melalui botol. (Baby kenal bau ibunya)

Ini juga dapat elak baby dari keliru puting. (Penerangan tentang sebab bayi keliru puting akan sy jelaskan untuk entri akan datang)

So, nasihat sy tak yah risau. Kemungkinan, baby 'reject' botol tu, sebab mummy dia yg beri. ("Eh...mummy ni, ada susu kat situ, watpe aku nak minum botol nih..." Ha...tula bisikan hati baby tau!...hehe..)

K, mummy happy2 je...jangan susah hati tau! Banyakkan berdoa, agar urusan menyusu sentiasa dipermudahkan Allah...

Selamat menyusu... :)

Naa Anilzah berkata...

awak..nak tanya, tak rosak ke ebm tak kat luar mcm tu?

zahirah zainal berkata...

naa anilzah~insyaallah tak..Proses sy susun susu ni biasanya sy buat waktu malam, time suhu tgh rendah...Susun dlm kadar yg cepat, supaya tiada susu yg rosak...

aeyla berkata...

Wah.terujanya tgk stok ebm.hurmmmmm.cane nk ade banyak cam awak punya neh?hehehhe..bagus tol blog awak neh.sgt teruja membacanye.awak keje gomen.i pun.kalo awak boleh buat.nape tdk i pun buat jugak.hurmmm,doakan i pun berjaya simpan stok banyak cam awak yerk

Tanpa Nama berkata...

salam..
boleh ke campurkan perahan kiri dan kanan dalam satu masa?Berapa lama masa yg diperlukan untuk memerah susu..Thanks

Tanpa Nama berkata...

Salam..sy are_are..nk tanya..kalo ms 1st pump kite hanya dpt 1 oz shj, bole ke kita campurkan hasil pam seterusnya bg memenuhkan botol kite tu? emm..senang ckp bole ke kite campurkan susu yg 1st pam dgn 2nd pam dlm botol/ plastic storage yg sama?mungkin jarak masa antara 1st pam dgn 2nd pam dlm sejam..

Mama Al Amin berkata...

boleh campur...just make sure suhu sama..biasanya letak dulu both dlm fridge, dh sama sejuk bolehla campurkan. Biasa sy bt utk perahan dlm hari yg sama.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...