My F.r.i.e.n.d.s

Khamis, 7 Julai 2011

Dari breastfeed + formula milk tukar kepada FULLY BREASTFEED.

Salam..

Camne nak change dr breastfeed + formula milk ke fully breastfeed?..

Anak saya baru 2 minggu, tapi sgt kerap minum smpai 1 masa tu da xde susu yg kuar nak bg.. dia melalk sekuat ati.. tpakse saya berikan FM *dgn sedih hati. menangis juga la tgk anak minum FM*

Skg ni saya nekad nak tukar balik, nak bg fully BF.. help.. bg tips..

young mummy~ salam...
Thanks sebab sudi bertanya kat sini. Mudahan dapat kita share sama2 pengalaman ni. Setiap ibu, cabaran breastfeed yang dilalui lain2 kan.. :)

Ok, berkenaan soalan Ty, camana cara nak fully breastfeed semula, sebab dah campur. Penyelesaiannya adalah bagaimana cara nak rangsang susu, supaya susu sentiasa mencukupi untuk anak.

SEbenarnya, rangsangan yang terbaik ialah baby kita sendiri, (breastfeed on demand). Setiap kali baby minta nak menyusu tu, sebenarnya, nak membantu kita tingkatkan production susu. Tapi, takpe, since dah ter'campur' dgn susu formula. Sementara anak minum susu botol tu, mummy leh bawa diri ke tempat yg tenang sikit (masuk dalam bilik lain ke, duk kat ruang tamu ke). Cuba perah sementara dia minum susu botol tu. (sebelum nak perah, minum sedikit susu atau makan kurma ke, atau biskut sikit, supaya dpt lancarkan susu nak keluar nanti.)

Mummy jangan sedih2 tau... Allah tahu niat ikhlas kita tu. Cuma kadang2 bila kita 'down' (hati tak rela beri anak susu formula), sebenarnya sedikit sebanyak effect pada susu kita. Kita tak perasan, secara tak langsung sebenarnya, emosi kita sudah terganggu. Kalau boleh, masa anak menyusu botol tu, Jangan tengok. Jangan mummy yg beri sendiri. Biar org lain yg kasi. (supaya ibu sempat tenangkan diri dan rangsang otak supaya produce susu lagi). TAPI, JANGAN SESEKALI FIKIR susu tak cukup! MESTI YAKIN SUSU CUKUP UNTUK ANAK. (cuma anggap, oh, susu aku ni banyak, cuma lambat sikit flow dia nak keluar)

Sebenarnya, mummy kena faham, susu kita memang sentiasa ada, cuma, kdg2 ambil sedikit masa untuk refill semula. Sebab tu, kalau boleh, minum air, setiap kali sebelum dan selepas menyusu. Ibu menyusu perlu lebih banyak cecair, baru susu tu akan lancar keluar. Makan pun, kena makan makanan berkhasiat.

Cara nak rangsang susu semula senang je...

Pertama> Setiap kali semasa baby menyusu botol (susu formula), dalam masa yang sama mummy kena perah keluar susu. Biar yg keluar tu sikit. Walaupun tak sampai 1 oz, yang penting, nak hantar signal pada otak supaya produce susu lagi.

Kedua> Jangan sesekali mummy yang beri susu botol tu. Biar org lain yg tolong kasi. Supaya, anak tahu, bila ada mummy dia, cara menyusu, hanya melalui breast mummy (direct feed). Lagipun, supaya otak mummy akan hantar signal yang betul, tiada cara lain nak menyusu, melainkan dengan cara menyusu badan.

Ketiga> Stok susu yang dah diperah tu, simpan, sebagai back up untuk mummy, bila flow susu lambat keluar, lebih baik beri susu perahan, daripada beri susu formula. Maknanya, kalau anak melalak pun, anak masih minum SUSU IBU, bukan SUSU FORMULA. (sebaiknya, perah waktu malam, pada ketika itu, hormon prolaktin sangat tinggi, dan hasil perahan biasanya lebih banyak.)

Keempat> Bila dah perah susu, dan ada stok, gunakan susu ibu yang dah diperah @ dipam sahaja, jangan beri langsung SUSU FORMULA! (Semakin hari, hasil susu akan meningkat) Mula2 perah dapat sikit, itu perkara biasa. NORMAL. Jangan risau dan stress. Hasil tu, akan meningkat sedikit demi sedikit.

Ikut saja cara ni, insyaallah, lepas ni takkan ada masalah lagi, malah susu terlebih2 pulak.

Harap ty faham jawapan saya. Kalau tak faham, sila bertanya lagi. Saya berbesar hati membantu.

Wallahualam...Mudahan kita sama2 dapat manfaat...

Selamat menyusu, jangan sedih2 tau mummy!!! Cheer up!!!

(cabaran menyusu memang ada, tapi untuk permulaan sahaja, ia akan berlalu seiiring dgn masa yg berlalu. Percayalah, suatu masa nanti, pengalaman pahit ni, akan menjadi kenangan terindah buat kita! )


Lupa lak nak pesan, sementara kalau hasil perahan tu tak berapa banyak, nak tak nak terpaksa guna susu formula, masih boleh guna, tapi dalam masa yg sama perah susu (semasa anak menyusu botol), perah susu bila waktu malam, atau setiap kali lepas baby menyusu. Bila dah ada stok susu ibu, jangan beri susu formula lagi. Kurangkan pengunaan susu formula sedikit demi sedikit. 
(Penggunaan susu formula adalah JALAN TERAKHIR sekiranya emosi mummy betul2 sedang terganggu, dah cuba perah tapi susu tak keluar.)


Perkara yang sepatutnya dilakukan ketika mummy dalam tempoh berpantang:-
1. Percaya pada kemampuan diri, sekiranya kita mampu mengandung dan melahirkan, pasti jua mampu MENYUSUKAN. (kecuali breast kita terbukti bermasalah dari segi perubatan, atau menyusu boleh menyebabkan jangkitan pada bayi dan sebagainya)


2. Menyusukan anak dalam keadaan yang tenang. Sekiranya mummy dikelilingi dengan "surrounding" yang anti-breastfeeding, atau orang2 yang kurang ilmu pasal breastfeeding, bawa diri keluar dari tempat tersebut. (Minta excuse menyusukan anak dalam bilik atau tempat lain.)


3. Selagi anak di sisi mummy, (mummy belum bekerja), tiada alasan langsung untuk beri susu formula. Bayi yang berusia bawah 6 bulan, perutnya masih kecil, malah sekecil guli. Perutnya hanya memerlukan susu ibu sahaja. Susu ibu yang kaya dengan antibodi, khasiat, zat, hormon, anti-allergy dan sebagainya. Bukan susu formula, air masak dan lain2.


4. Bayi menangis tidak semestinya menandakan dia lapar. Ada kemungkinan, kerana perut kembung, tidak selesa sebab kepanasan, diapers dll, merasa tidak selamat dan sebagainya. Cuba pujuk bayi. Dan kalau mummy merasa emosi mula terganggu, berikan bayi pada suami, ibu atau orang lain (untuk membantu memujuk bayi yg sedang menangis).
~nasihat:- Jangan ambil mudah berikan anak minum susu formula, kemudian bayi tidur lebih lama. Sebenarnya, perut bayi sedang bertungkus-lumus menghadam susu formula. Kadang2, sekiranya susu tidak sesuai, hingga menyebabkan sembelit. SUSU IBU TETAP YANG TERBAIK serta TIADA TANDINGAN.


Susu ibu adalah rezeki dari Allah s.w.t .... Bukan manusia yang menentukannya.. Mesti percaya dan yakin pada Allah. Saya hanya mampu membantu dari segi memberikan nasihat serta pandangan. Tetapi, terpulang pada mummy itu sendiri, sama ada nak breastfeed atau tidak.


Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, sehingga manusia itu sendiri merubahnya.


Breastfeeding, siapa yang tentukan???...Kita sendiri yang memilih. 


Wallahualam...

6 ulasan:

YoungMummy berkata...

ty so much.. i'll try my best.. huhu.. semangat skit bile da dpt tips cmni.. smOge baby akn dpt fully BF..

*Allah s.w.t. sentiasa berikan yg terbaik utk diri kita*

~so far i da kurg kan FM, sejak minum air pegaga.. da ok sket flow susu ni.. *happy*

zahirah zainal berkata...

y.mummy~ sy gembira sgt dpt tahu ttg pkembgn positif ni...
alhamdulillah...tahniah...!!!
semoga berjaya sehingga 2 tahun yer...amin...

Shaza Shamsuddin berkata...

teringat kisah akak sendiri. betul2 bertekad nak susukan afra sepenuhnya dgn breastmilk. lepas pantang cecepat balik SK. biar Afra bergantung selama mana dia nak. sampai sejam pun penah. dia nangis ke melalak ke, no choice, breast mama je ada. malam dia melalak, tak puas minum susu, akak wat dek. abg harith offer buat susu pun akak wat dek. abg harith ckp, susu sket kot tuh, pun akak wat dek. biar kan, biarkan. dan alhamdulillah, dgn keras hati itulah afra dan akak akhirnya berjaya. syukur alhamdulillah.

Tanpa Nama berkata...

Slm. Terima kasih atas blog yg sgt informatif. Sy ada satu soalan, susu sy mmg byk, alhamdulillah. Kalau bg anak minum tu mmg bole dgr dia telan byk sgt. Cumanya bila pump tu keluar skit sgt, x dpt nk buat stok. Sy risau sbb akan kembali bekerja dlm tiga minggu lagi. Skrg ni sy gunakan medela swing, kalau ada rezki anak dptla tiga auns, tp selalunya kurang dr tu. Sekali minum pun rs mcm x kenyang ja anak. Sedih rs. Ada x cara bagaimana nk tambahkan hasil susu perahan? Thanks byk2 ye. -shiela-

anasul berkata...

Mkn lobakputih , bykkan minum susu.. sy mkn jugk jamu mak saya buat .. alhamdulillah susu meriah.. byk cabaran nk fully BF.. tambah2 sy tinggal baby di kg...selagi boleh akan bagi baby BM, klu dah xde stok baru bagi FM.. walau BM yg frozen, tp khasiatnye lebih baik dr FM.. ;)

wHite roSe berkata...

bace citer ni teringat masa mula2 baby sayf lahir...baby sayf lgsg xmo direct feed n marah sebab susu xde...tp sib baik x putus asa...drpd fully FM kepada fully BF sekarang.... alhamdulillah.... berkat pam cara/teknik yg betul dan jaga pemakanan..itu jee.... https://www.facebook.com/mummysayf

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...