My F.r.i.e.n.d.s

Isnin, 4 Julai 2011

Bila nak perah susu kalau baby asyik menyusu?

Salam,
Kali ni, ada mummy yg bertanya, bila masa nak perah susu (buat stok) kalau baby asyik menyusu je? Memang bagi mummy yg baru berjinak2 dengan dunia breastfeeding ni, pasti akan merasa susah N tiada masa nak buat stok. Memang, ketika waktu berpantang baby akan kerap menyusu. Sebenarnya, kekerapan baby menyusu tu, sangat membantu kita untuk produce LEBIH BANYAK SUSU. Sebabnya, konsep susu ibu ni, MORE DEMAND = MORE SUPPLY. So, lagi banyak permintaan akan lagi banyak susu kita dihasilkan.

Mummy jangan risau, setiap kali lepas baby menyusu, memang susu kita seolah2 dah habis. Sebab, bila baby dah hisap breast akan rasa ringan, dan bila cuba perah, susu keluar sikit je. Sebabnya, susu kita pun macam "flush toilet" gak. Bila dah kosong, mestila ambil masa sedikit nak 'refill' semula. Sebaiknya, kalau baby menyusu sebelah breast. Yg sebelah lagi, kita perah terus. Sebab setiap kali, baby menyusu, kilang susu akan serentak bekerja untuk menghasilkan susu sama banyak dengan yg sebelah lagi breast. Sebab tu, kalau kita buat double pumping, kita leh nampak, breast yang baby baru minum tadi, amaun yg keluar agak sikit berbanding dengan yang sebelah lagi. Begitulah seterusnya. Sebab tu, kalau nak elak breast dari besar sebelah, kena balance kan, beri susu melalui kedua2 breast. Mesti kosongkan breast sepenuhnya, baru berikan yang sebelah lagi untuk penyusuan seterusnya.

Kalau tak pasti dah betul2 kosong ke tak, cuba ikut cara aku ni. Aku punya stail, aku suka pam susu, sebaik je lepas nyusukan baby. Sebabnya, dah belajar dari kesilapan yang lalu. (masa anak first, stok susu tak banyak cam sekarang). So, secara tak langsung, kedua2 breast aku, memang 'automatik' dah dikosongkan sepenuhnya. Betul tak?...Sebab, pas nyusu baby, terus je aku perah, kiri ngan kanan. So, kalau ada balance pun yang baby minum tadi, dah aku keluarkan dengan cara mengepam. Senang kan...

Oh ya, satu lagi 'rahsia' aku, yang aku nak share, aku sekarang ni, suka steril siap2 botol susu aku. Supaya, anytime aku nak perah, just amik perkakas pam N botol susu yg dah steril tu, duduk pam je terus. Tak yah lagi nak gi dapur, rendam air panas jap. Tunggu botol kering, baru perah. Cam leceh je kan...Senang tak...Hah..aku dah kasi tips ni. So, jangan malas2 k! Mari kita rancakkan proses memerah @ mengepam. Supaya, stok susu dapat dikumpul sebanyak mungkin. Ingat ye, the more demand, becomes more supply. Lagi banyak susu dikeluarkan, lagi banyak susu yang akan dihasilkan... Sebabnya, otak secara automatik akan menerima arahan dari kilang susu, supaya produce  banyakkkkkk lagi susu..

Mari aktifkan diri memerah...
supaya susu bertambah MERIAH!!!....

Chaiyok2 mommies.... ;)

Salam sayang...

~atiyah zahirah zainal abidin ~

7 ulasan:

Qaseh Suhaida berkata...

yahhh..sambil blogwalking pun boleh pam susu ...chayokk ibu2 semua.

zahirah zainal berkata...

qaseh~wah...ini lagi hebat...walaupun tgh blogwalking, sesi memerah tetap tak dilupa...chaiyok2... :)

Naa Anilzah berkata...

zahirah..
saya masih lagi ragu2.. saya takut nak pam lepas anak menyusu..saya takut xde susu atau susu lambat penuh.. takut bila baby nak minum susu ada sikitje.. nak wat mcmana ni..ke ni mindset saya je?? tolong..

zahirah zainal berkata...

naa anilzah~haa....
apa yg awk lalui, sama ngan apa yg pernah sy lalui masa anak pertama dulu....:)
Kak shaza (sifu a.k.a my idola), pesan sy supaya kerap pam susu. Tapi, sy asyik mengelak, sebab takut bila time anak nak nyusu, susu kurang atau lambat refill.
Sebab itu, masa anak yang first, susu saya cukup makan aje, berbanding dgn anak yg no 2, susu sy melimpah ruah...(alhamdulillah...)

Ada org cakap lagi ramai anak, susu makin banyak, tp ada juga, yg lg ramai anak, dia kata susu dia makin kering. (kononnya, si abang ngan kakak dah minum banyak sgt, smpi susu utk adik dia dah takde). Ni semua, sekadar cakap2 kosong yg bukan berasaskan fakta sains. So, ignore aje...
Sekarang, belajar dari pengalaman yg lalu, sy betul2 jaga "mind set" saya.
Iaitu,
1. Keyakinan kita kepada rezeki Allah, dan menyusu itu fitrah seorang ibu.
2. Sy pegang prinsip MORE DEMAND = MORE SUPPLY.

Lagi kerap menyusu dan pam, lagi banyak susu kita. (Biar mula2 perah dapat sikit, atau susu lambat refill. Hanya utk beberapa ketika atau hari saja, lepas tu, insyaallah, susu akan bertambah sedikit demi sedikit.

Cuba praktikkan apa yg sy pesan ni. Insyaallah berjaya. Mesti yakin pada diri ok!

Semoga berjaya!...:)

Lis berkata...

Salam Zahirah. Nak tanye, if sterilkan pam+botol dgn air panas, brp lama boleh thn ? kena simpan kat mana ye ? Selama ni sy steril n tggu kerimg setiap kali b4 pam, leceh plak rase. hee.

zahirah zainal berkata...

lis~wslm...
pasal steril, sy pernah terbaca tahan sehingga 24 jam. Tp, ada gak terbaca sehingga 3 jam. Bila sy baca dan try cari maklumat, apa yg dapat sy temukan ialah, tempoh steril, bergantung juga pada usia baby. Sebabnya, semakin meningkat usia dia, semakin tinggi antibodi dia..
Cadangan sy, tempoh steril botol susu bagi bayi bawah 3 bulan, ialah selama 1-3 jam.
Untuk usia 3-6 bulan, tahan 3-6 jam. 6 bulan ke atas tahan sehingga 24 jam.

**Penting: Jangan lupa, setiap anak tahap antibodi masing2 berbeza, sebagai ibu, kita tahu tahap kesihatan anak kita sendiri. Jadi, pandai2lah adjust tempoh steril tu ikut kesesuaian anak kita.

Macam sy, start usia anak 6 bulan, sy steril botol2 tu waktu malam sebelum tido. Esok pagi, tinggal bawak je semua tu.

Steril botol susu dengan air panas, tak perlu tunggu kering. Camana nak terangkan ek...Biasa sy lepas steril, renjis (hayun @ goncang keluar) je botol susu tu, sampai sekering boleh. Kemudian terus guna. Tapi, pastikan guna botol tu nak perah susu, bila suhu botol tu dah normal. Jangan botol susu tu panas meleding, terus perah susu dalam tu. Nanti, sian bakteria baik...mati melecur...hehe...:)

Harap penjelasan tak seberapa ini membantu...

Suzana berkata...

Salam puan...
saya nak tanya susu yang kite perah waktu pejabat esok paginyer bagi pada pengasuh dan kalo ader baki susu yang belum digunakan boleh tak susu tue tetap disimpan dlm peti sejuk dan digunakan keesokan harinyer sebab susu yang disimpan dlm peti sejuk bahagian bawah bukan beku boleh tahan 3 atau 5 hari....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...