My F.r.i.e.n.d.s

Ahad, 6 Februari 2011

Cabaran breastfeed

  1. Masa mula2 memang mencabar..Start daripada hari pertama. Ada antara kawan2 yg melawat di hospital, ”susu untuk wafiy dah beli..?” tanya somebody ni. ”Tak kak, atia nak breastfeed.” balasku. ”erm, takpela, mula2 time pantang memang banyak susu, pas naik ofis nanti akan ada masalah susu tak cukup, kena beli jugak, bagi anak cuba minum..” Dengan nada yg lemah, ”yelah..insya Allah kak. Tengoklah nanti.”

  1. Balik rumah, mak dan ayahku datang menjenguk. Nak jadi cerita, kebetulan pulak, time Wafiy terjaga, aku terus nyusukan wafiy. Elok2 je anak aku melalak...Aku suakan breast, dia hisap, pastu lepaskan, melalak lagi. Ish apa ni??? Terus je mak aku bersuara, ” Eh, ada ke susu kau tu? Laki ko ada belikan susu tak ? ”  Jawabku simple, «Takde ». Anakku tgh melalak lagi. Aduhai, buat hal plak, selama ni takde pun. 

Mak aku ni betul2 menambahkan panik situasi time tuh. ”Abg, cepat pergi belikan anak si tia ni susu. Kesian budak ni kelaparan. Takpun, saiful, pergilah beli, kesian budak tu. Eh, tia, kalau anak ko pendek umur aku tak tahu ye. Jangan kata aku tak nasihat...” bertalu2 mak aku bersuara.

Ya Allah, tergamak betul. Aku pun jawab, ”agaknya dia tak biasa lagi dok umah ni panas, Semalam dok hospital sedaplah, aircond.” Hmm..dan2 mak aku sibuk2 ajak ayah aku balik. ”Dahla bang, Peningla. Jom balikla, Tak sanggup tengok budak ni menangis kelaparan.”

Elok je mak aku balik, keadaan dah tenang sikit. Tapi, anakku masih menangis lagi. Tiba2 aku tergerak nak tgk diapers anak aku. Ek eleh...rupanya dah berak. Lahai, patutla dia nangis. Elok je aku dah bersihkan. Pastu, terus nyusu dia...Hah..lena dia tido.

Kesilapan ibuku satu. Sepatutnya, suhla aku cek diapers baby. Aku ni baru 1st time beranak. Mana la terfikir. Belum biasa lagi. Ni terus2 cakap aku takde susu...Memang down giler time tuh...At that time, syukurla aku punya suami yg support aku. Siap cakap lagi susu aku banyak. Dan sentiasa beri sokongan padaku...

  1. Kemudian, hari ke3, aku balik berpantang di rumah mak mertua aku kat Johor. Alhamdulillah kat situ, ramai yang support breastfeed. Jadi aku tak de masalah. Cumanya, ada satu hari time aku tgh mandi tu, aku tak perasan anak aku menangis nak susu. Aku mandi agak lama gakla. Kak ipar aku bagi air masak kat dia. Hm..aku agak frust sedikit, sebab, fully breastfeed tak perlukan air masak dan makanan tambahan lain. Susu ibu semata. Tapi, dia cakap kena bagi air masak gak sikit. Supaya tak panas. ( Mana ada, klu susu ibu fully, tak payah bagi air masak, kandungan air dalam susu tu, dah cukup untuk keperluan badan anak especially untuk usus dia yg time tu kecik giler, baru besar biji guli. Takkan nak kasi isi dgn air masak, rugila. Baik kita penuhkan dgn susu ibu yg kaya dgn khasiat)

  1. Mak cik aku sebelah suami aku pula, suh campur. Dia kata kena bagi susu tepung juga, sebab susu perah tak fresh. Dia kata dia pun breastfeed, tapi waktu ada kat umah je. Pastu kena bagi air masak, sebab badan kita perlukan 70% air. Hmm..ni pun satu, kurg ilmu ttg breasfeed, klu susu badan penuh tak perlukan semua tu ye kengkawan...Mak cik dia memang kena bagi air masak, sebab anak dia dah minum susu tepung. Kalau situasi ini, memang yer. Once kita dah bagi makan benda lain, kena beri air masak, kalau tak sembelit. Kandungan air dalam badan bayi tak cukup untuk hadamkan susu tepung yang penuh lemak tu.Hmm...lecehkan...Fully breastfeed gak yg senang dan mudah...

  1. Time berpantang di rumah sendiri (2 minggu je dok johor, aku rindu hubby aku di putrajaya...ehehe..). Kawan2 pun mula datang menziarah.. Ada akak ni, tanya aku dah bagi susu tepung belum, ni dah nak naik ofis dah, susah nanti, kalau budak memilih susu. Aku cakap nak breastfeed gak. Dia kata memang breastfeed, tapi campurla. Nanti dah kerja, susu sikit. (Aku dah mula yakin pasal kebolehan ku utk breastfeed, jadi aku dgn yakinnya menjawab, TIDAK. Say NO to cow’s milk!)

  1. Lagi 2 minggu nak naik ofis, aku mulakan sesi memerah, dapat sikit je. Mula2 dapat adala 1 sudu. Sebab tak reti perah guna tangan, selebihya, tumpah kat atas kain batikku. Meleleh kat tangan. Pastu guna pump manual (atas ehsan my dear sis Shaza), dapatla dalam 1 oz. Hari esok adala 1.5oz, pastu, breast cam cepat penuh, n meningkat kepada 3oz. Bagi aku dah hepi tu.

Hmm..adala satu hari tu, makcik hubby aku call tanya kaba...lama punya sembang, terbuka citer pasal perah susu dapat berapa oz. Dia pun btau aku, dulu dia dapat sekali perah dalam 8oz, aku terus down, rasa cam kerdil jer.. Rasa cam susu tak cukup tuk anak klu balik ofis nanti. Dia yg dapat banyak itu pun campur, ini pulak aku yg setakat dapat paling banyak 3oz. ( Pls...jgn down kengkawan...Jangan lupa, setiap ibu, memang mampu menyusukan anak2nya. Susu kita cukup utk anak kita. La...Wafiy masa tu, baru umur 2 bulan. Memang dia minum banyak tu jer..Kadang2 kurang lagi. Susu akan meningkat ikut demand okay! Pls remember..Lagi banyak anak hisap, lagi banyak dia akan produce.)

  1. Naik ofis, aku mulakan aktiviti memerah. Buat permulaan, memang payah. Ada sorg akak ni, ”eh, berapa kali ko nak perah, perah siap2 kat umahla...” jawabku, ”mana boleh kak, kat ofis kena perah, time anak tak de dengan kita, memang kena perah, kalau tak susu berkurang.” balasnya, ”ah, merepek lah kau. Aku ada je susu.” (Memang ada, tapi banyak ke?? Lagi satu, kita tak sama, aku fully breastfeed, ulang lagi, FULLY BREASTFEED. Kalau campur tak kisah lah kot. Susu yg aku perah di ofis pada hari ni, akan kugunakan utk esoknya..Pls kengkawan, klu hadapi situasi yg sama jangan lemah, OK! Mesti fight utk hak anak dan kita. Kerajaan sokong breastfeed ni. Lagi pulak sekarang dah ada persatuan ibu2 menyusu.)

  1. Masa tengah stress n terlalu penat, susu kurang. Emosi terganggu pun susu kurang. Time sakit lagila, susu kurang, bukan takder, tapi kurang. Jangan sesekali fikir alternatif utk bagi susu tepung. Anggapkan tiada susu lain selain susu ibu. Tapi, yg penting kita mesti makan. Kesian pada anak, kalau tak makan, mana nak proses susu. Paling teruk pun, makanla roti kosong ke ngan minum milo, makan apa saja yg kita leh makan, janji jangan bagi perut kosong. Aritu demam, tak lalu nak makan, dahla muntah2. Makan je muntah. Bila susukan anak, dia menangis, mungkin flow susu lambat. Jadi para suami haruslah memainkan peranan, membantu isteri dalam keadaan begini. Cik abang kenala tolong buatkan air ke, sediakan makanan ke, pujuk anak jap, sementara cik adik tenangkan diri untuk proses susu. Kita dah banyak tolong pe, jimatkan poket hubby kita dalam RM200 lebih tuk beli susu tepung. Hehe.. ; )

  1. Arghh...stok susu tak cukup!!! Kalau alami situasi cani, jangan panik. Aku pun pernah mengalami perkara yang sama. Hmm..dalam keadaan cani, memang kena berpenat sikit, untuk capai target, fully breastfeed. Sebagai contoh, Wafiy perlukan dalam 15-16oz susu ketika di rumah pengasuh dari jam 8.00am-6.00pm. Time perah kat ofis, kebetulan tengah stress n penat, baru dapat dalam 10oz. Stok peti ais langsung takder. Jadi, caner nak buat? Balik rumah haruslah perah sampai dapat amaun yang mencukupi. Contohnya, pas anak dah nyusu, kalu perah kadang2 baru dapat 1oz, dua2 belah. Takper. Jangan give up. Bukan ke kalau 5 kali perah, dapat 5oz. Kan ke leh kumpul sikit2. Perahla sejam sekali ke...Kalau kita rajin perah, kuantiti susu gerenti meningkat.

Huh...BEST giler bila dapat tambah sebotol lagi 5oz kat umah. Ehem2, time ni, cik abang kenala bagi excuse isteri rehat sikit. Tak yah masak N wat keje2 umah buat beberapa waktu. Sementara nak cukupkan susu dalam seminggu dua. Belanja la makan best2 sikit. Bila cik adik makan banyak, susu pun banyak...hehe..Aritu pernah susu dapat hantar sebotol je (5oz) kat pengasuh. Disebabkan itu, aku terpaksa balik rumah waktu lunch utk hantar susu yg dah diperah pagi tadi. Waktu tgahri nyer perahan, terpaksa hantar kul 3 ptg. Memang penat giler. Waktu balik, balik cepat2, supaya dapat nyusukan dia. Adui, nak pengsan dibuatnya.

K, kalau situasi cani, confirm susu utk esok cuma dapat sebotol je kan. (5 oz perahan waktu kul 5 ptg). Buat sementara ni memang penat. Balik umah, wat lagi stok susu, cuba perah setiap sejam. Leh gak dapat dalam 5-8oz kalau rajin. Jadi rajin2kanlah diri demi anak. T bila dah expert, Walau tak cukup susu, Insya Allah akan cukup. Cuma nak dengan taknak jer..( Ingat tau, susu yang diperah dan dah disimpan dalam peti hanya boleh dicampur, bila kedua2nya dah sama2 sejuk. Supaya susu tak rosak.)

  1. Hmm..ni satu lagi, ada sorg akak n abg ni suh aku campur bagi susu tepung. Budak tak kenyang kalau minum susu ibu katanya. Aku cakap, ”Insya Allah kenyang”. Pastu dia balas, ”Mana tau budak kenyang?” Ish...time tu aku tak dapat nak balas. Sebab tak tau nak jawab caner. Ilmu breastfeed lum cukup lagi. Sekarang ni aku dah tau nak jawab caner, ” Mana abang ngan akak tahu budak tu lapar? Tau tak kelebihan susu ibu ni cane? Memang budak akan nyusu setiap 2 jam. Sebab susu ibu sangat mudah untuk dihadam, berbanding susu tepung, kesian perut budak. Jenuh nak hadam susu tepung, tu yang nampak cam kenyang lama. Padahal, perutnyer terseksa giler. Kadang2 kalau kurang minum air masak, sampai sembelit2 budak tu...”Hehe..bagus tak jawapan?

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tq, bny maklumat yang beguna setelah membaca blog saudari. susu ibu terbaik

zahirah zainal berkata...

Wcome...harap sudi singgah selalu...SUSU IBU IALAH SUSU YANG TERBAIK...memang tiada tandingan... :)

Natch Amethyst berkata...

assalam kak,
sy skg preg 39 weeks 2nd baby.. betul la kakak ckp kalau kurang ilmu sebelum bermula usaha BF ni mmg bikin kita rasa kurang yakin.. hasilnya 1st baby x sempat pun 2 bulan fully BF.. sedih jg la.. anyway with this 2nd baby sy berazam utk tangkis semua tohmahan dan cabaran BF ni dan sy jg berdoa agar dpt kejayaan fully BF sehingga 2 thn.. (even berniat utk feed ebm to 1st baby yg skg 16 bln tu).. :)

mayangsayang berkata...

yup mmg betul2 menguji kesabaran .. saya masih bf utk anak saya yg ke 3 dan 4 tp anak ke tiga mencecah 2 thn lebih dia sendiri x mo susu .. so sekarang ni masih meneruskan susu ibu untuk si adik yg telah berumur 6 bln .. masa dia kecik2 betul2 dugaan sbb sya kena susukan anak no 3 & 4 disamping membekalkan susu ke anak buah yg tak cukup bulan (dlm perut mak dia baru 5 bln dah bersalin) tp mmg bb miracle masih lagi hidup dan sangat2 sihat sekarang (agak2 tembam gak le) dan x de simptom yg sepatutnya ada selepas bb x cukup bulan kuar sepital ... saya rasa berkat susu ibu saya yg di bekal kan kepada ibunya... mmg dia sihat sangat..(ibu dia x dpt bekalkan susu sebaik mungkin dan saya rasa mungkin sbb stress kot..)

mayangsayang berkata...

silap lak anak yg kecik tu sekarang dah 1 thn 6 bln ....

noulie noh berkata...

Salam , terima kasih diatas info2
berguna ttg breastfeeding .
Info anda sedikit sebanyak telah membantu saya dalam menjayakan
"fully breastfeeding " nih...
Tq so much . Nanti klu ada kemusykilan boleh ler saya merujuk
di blog ni lg (huhuhu....)

sara athira berkata...

bru terjumpa blog ni..hehe..best baca..Alhamdullilah bjaya full bf ank sy..n mmg byk sgt cabaran dr family,pengasuh,kawan2 opis..mcm yg dicerita kn tuh..tp alah bisa tegal biasa..lma2 bila dh expert ada je rezki nk kumpul stok ebm..yg pnting yakin pd diri sndiri n kuat semangat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...