My F.r.i.e.n.d.s

Ahad, 6 Februari 2011

Pengalaman pertama kali “breastfeeding”




Perasaan pertama kali breasfeed, sukar utk digambarkan…Ketika mula2 menatap wajah anak...Perasaan gembira bercampur baur dgn rasa tak percaya, eh...aku dah ada anak, hehe...dah jadi ibu dah..Lupa dan hilang segala kesakitan yg kutanggung sepanjang proses bersalin...

Muhammad Amir Wafiy selamat dilahirkan pada 12 Mac 2009, pada jam 3.06 pagi dengan berat 3.36kg di Hospital Putrajaya…

Selepas selamat proses bersalin, anakku diambil oleh nurse utk dimandikan..Sementara menunggu anakku dimandikan, doktor meneruskan kerjanya yg terakhir, iaitu mengeluarkan uri.

Kemudian, aku dikejutkan oleh nurse utk menyusukan wafiy…Tgk jam dah pukul 6.30 pagi…Ish..lamanya aku terlelap..mgkin terlalu penat masa neran tadi…Masa ni, baru aku berpeluang menyusukan anak buat pertama kali..Dah rugi masa sebenarnya...Tapi, masalahnya masa tu aku tak tahu sangat pasal breastfeed ni N masih jahil sangat. Kalaulah aku tahu pasal menyusukan anak seharusnya dalam masa sejam selepas bersalin, mesti aku akan buat. Takpe, kita belajar dari kesilapan. Insya Allah, anak kedua nanti aku akan pastikan saat penting tu tidak terlepas.. ( Kat sini, klu nak tau..sepatutnya kita harus menyusukan bayi sebaik melahirkan atau selepas satu jam melahirkan. Kerana KOLOSTRUM yg baik dan sangat penting utk bayi tersayang sudah tersedia untuk diminum..Dan paling UTAMA masa ni, hormone prolaktin berada pada tahap yg sangat tinggi. Jadi pada ibu2 yg dah plan nak wat stok susu banyak2 sebelum start keje, seawal inilah sepatutnya kita dah kena mulakan..)

Menyusukan anak buat pertama kali, terasa satu perasaan syahdu atau terharu campur gembira terbit dari dalam hati ni..Tgk anak tercari2 dan baru nak belajar sesuatu yg baru, iaitu memulakan pemakanan melalui mulut, seronok sangat..Hurm...susah nak gambarkan perasaan ni, hanya ibu2 yang dah melaluinya tahu pe yg aku cuba nak gambarkan. Ish..best sesgt!!!... ; )

1 ulasan:

Hanie berkata...

thankss.. sebab bg info yang sangat berguna.. tapi adakah kolostrom itu berwarna, kwn sy susu pertama nya berwarna hijau mcm nanah pula.. die takut nak bg pada bb...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...