My F.r.i.e.n.d.s

Khamis, 11 Ogos 2011

Anak lelaki kuat menyusu. Minum susu ibu saja tak kenyang!

Salam,
Jom kita baca pengalaman mummy ni. (Bukan pengalaman aku.) Saja nak share kat sini, coz nak kita sama2 bayangkan, bagaimana perasaan mummy ni, bila org sekeliling tak support breastfeeding secara "fully". Tapi alhamdulillah....ending dia....:) (baca dulu baru tau!)

 >>>>>>>
nak citer sikit pengalaman sy...ms ngandungkan yg sulong sy n suami x pernah berbincang atau berfikir nak susukan baby samada susu tin or susu dada. Yg kami doa & harap hanyalah agar sy dapat bersalin dgn mudah & selamat. Bila baby lahir, dr apa yg sy baca kat majalah misi akan ltk baby kat dada kita dulu lepas siap segala dia akan berikan baby kat kita utk disusukan dgn susu dada.

Tapi itu tak terjadi pada sy. Sebaik baby dilahirkan, mmg baby diberikan sekejap pd sy utk didakap tp kemudian diambil misi. Ianya berlaku krn masa tu wad penuh & semalaman sy tido di dewan bersalin.

Keesokan ptg tu baru sy dihantar ke wad. Depan katil sy ada sorang kakak yg baik hati. Dia tgk sy terkial2 nak susukan baby, baby pulak tak henti2 menangis & merengek. Dia pun dtg kat sy. Dia minta keizinan utk merasa breast sy samada ada susu atau tidak. Ada isi dan berat katanya, maknanya sy punya susu.

Tapi kenapa baby tak nak tido walaupun setelah berjam2 lamanya menyusu? Semalaman sy nyusu baby tanpa henti, asal sy letak jer dia nangis. Bila balik kerumah mak pun cenggitu. Sekali tu kakak sy dtg melawat bersama rakannya seorang. Bila dia tgk baby asyik nangis jer dia pun cakap, “baby tak kenyang kot, ko tak de susu tu...”

Sy pun perah guna tangan, memancut keluar, tambah lagi masa tu baru lepas berurut. Tak de susu apanya sekali perah terus memancut sy kata. Kakak sy tetap bertegas yg baby sy tak leh tido sbb tak kenyang. Kebetulan rakannya tu pulak punyai 4org anak lelaki, jd kakak sy jadikan dia sebagai panduan. Katanya anak lelaki mmg kuat nyusu mmg takkan cukup dengan susu badan shj. Maknanya mesti kena support dengan susu tin.

Sy fikir mungkin yer lah kot, sy pun masa tu tak mengexplore sgt pasal susu badan ni...tp krn suami takde disisi sepanjang sy berpantang, duit belanja pun berapa sen jer dia bagi, sy pun takdelah nak gi beli susu tin. Sy senyap jerlah. Nak pinjam dgn mak malu, kedai dgn umah pun jauh, nak kena tunggu abah balik keje ntah kul bape baru leh gi kedai. Abah sy keje bawak limo jadi waktu balik keje tak menentu.

Jd sy terus menyusukan dengan susu badan. Nak beli susu tin pun sy tak cukup duit inikan lagi nak beli produk tambah susu. Breast sy pulak kerap bengkak penuh susu. Masa tu bodoh alam lg, tak tau yg kalo baby kerap nyusu lagi byk susu produce.

Mak saya pulak membesarkan anak2nya dgn susu tin. Jadi mula2 mmg mak bising. Pendek kata sy memang tak dpt sokongan langsung. Suami pulak keje jauh tiada disisi. Sy cuma makan benda2 biasa jer, tp sayur mesti ada. Seminggu mak sy ambil cuti menjaga sy yg baru bersalin ni. Lepas seminggu mak sy pun mula kerja semula. Tinggallah sy dan baby berdua siang hari. Alhamdulillah, senang pulak sy jaga baby. Elok jer dia tido.

Alkisahnya, anak sy yg sulong ni perangainya kalo tido mmg tak leh bising langsung. Telinganya over sensitif. Padanlah kat spital dia tak leh tido dek baby2 yg lain nangis, ngan misi jalan berborak2, tolak troli lg. Kat umah mak pun cenggitu jugak, sbb sy tido kat depan tv, dekat pulak ngan dapur. Kalo mak wat keje kat dapur mesti dia jaga. Sampaikan susah sy nak letak dia tido ditempatnya sendiri, sbb kalo sy gerak nak bgn mesti dia sedar. Haiqal ni jenis yg mudah terjaga dan terus menangis. Mungkin dia dah terbiasa masa dlm perut lagi dgn senyap sunyi sbb masa mengandungkan dia sy memang tak suka bising langsung. Tgk tv pun seperlahan yg boleh. Perangainya yg tido tak leh bising itu terbawa2 hampir ke usianya 2thn.

Jadi kesimpulannya, bknlah dia tak cukup susu, cuma dia tak leh tido kalau bising. & tempat yg paling selamat baginya masa itu adalah berada dekat di dada ibunya:)


**************TAMAT*******************

Kesimpulan aku pulak, nampak tak, kebanyakan yg berlaku, bila ibu tiada pilihan lain, leh pulak "fully breastfeed". Tapi, aku memang 'salute' la mummy ni. Dalam pada dia takde ilmu pasal breastfeeding ni, kalau mummy2 semua nak tahu, dia sekarang berjaya menyusukan ketiga2 anak dia secara sepenuhnya. Best kan! Syukurlah, nasib baik dia tak terpengaruh dgn cakap2 org sekeliling. Allah selamatkan dia dgn cara, dia tiada pilihan lain selain dari "breastfeeding" anak2 dia.

Mungkin situasi kita berbeza, ada mummy yg punya banyak pilihan, samada nak breastfeed atau beri susu formula (sebab duit dah terlampau banyak ataupun tekanan dari org sekeliling.) Harapan aku, mummy di luar sana, jadikan pengalaman mummy ni, sbg pedoman utk kita, jika berhadapan dgn situasi yg seumpama ini. Semoga kalian tabah menghadapinya dan berjaya menyusukan anak2 dgn jayanya hingga 2 tahun.

So, pada mummy2 yg niat nak fully breastfeed, kena keraskan hati, kalau ada org2 yg 'down'kan semangat kita. Kita mesti yakin pada diri, dan percaya pada rezeki Allah. jangan, simply2 dengar cakap org. Cari maklumat yg tepat dan fakta yang benar. Bukan khabar angin, cakap org2 tua, atau gosip2 dan sebagainya. Untuk kepastian, lebih baik rujuk dengan pakar laktasi, bukan pakar men'down'kan semangat!

Berbincang dgn org yg betul, insyaallah, perjalanan breastfeeding akan menjadi mudah.

Selamat menyusu,
Menyusu itu INDAH.... ;)

salam sayang,
atia a.k.a zahirahzainal 



17 ulasan:

AIN NAZRI berkata...

bila terdesak semuanya boleh kan kak.. ain tak tahu laa ain mampu buat ke tak.. si kecik nie x kuar lagi dari perot.. hopefully semuanya ok dan ain berjaya..

zahirah zainal berkata...

ain...tgh menunggu hari ke? selamat bersalin, semoga selamat semuanya...
Pasal breastfeed, ain tak yah nak risau2, ni semua semulajadi N fitrah manusia, cuma nanti kena keras hati dan kuat semangat sikit, bila ada cabaran dari org keliling...
Ok, semoga berjaya...amin... :)

Cinnamoroll berkata...

begitulah atiyah ceritanya, masa tu hidup sy dikelilingi dgn orang yg tak bf ngan org yg bf+susu formula or air masak...tak de geng nak berbincang atau tukar pandangan, sehinggalah kak shaza dapat baby(afra) baru ada geng bf...bila masuk anak no.2, mmg dah tak layan lgsg org nak kata apa...yg sy tau sy seronok bfkan anak sy tanpa rasa terbeban atau leceh pun:)

zahirah zainal berkata...

cinnamorol~ itulah...tahniah diucapkan kerana wpun dikelilingi dgn persekitaran yg tak support breastfeeding, tp, nad mampu berjaya "FULLY BREASTFEEDING" anak, dengan jayanya! (walaupun baru melahirkan anak yg pertama)

Patut bersyukur tau, berbanding dgn ibu2 lain, yg baru start breastfeeding, kepada anak yg 2nd, 3rd dan seterusnya. Kiranya, anak nad semuanya (tiga2) berjaya fully breastfeeding.

Syukur alhamdulillah, N tahniah sekali lagi!

*Semoga semangat nad jadi contoh kpd ibu2 lain.* :)

Tanpa Nama berkata...

salam,

saya terjumpa blog nih dan sgt seronok membaca penulisan pn pasal breastfeeding. actually sy juga baru melahirkan bayi lelaki hujung bulan ogos yg lalu dan alhamdulillah anak saya sudah menjangkau 2 bulan lebih. masa diawal kelahiran sepanjang tempoh berpantang mmg sy takde masalah nak bagi penusuan badan. setelah start bekerja saya ada pump susu diopis tp tidak mencukupi disebabkan majikan disini tidak memahami bertapa pentingnya penyusuan susu ibu. jadi kami suami isteri berpakat mmberi susu fm juga kepada baby. yg membuat saya sgt frust dan terkilan apabila akhir2 ini baby saya tidak mahu menyusu secara direct kepada saya. paling menyedihkan apabila ibu mertua saya (sebulan selepas blk kesini saya menumpang dirumah mertua sebelum masuk rumah baru) tidak beberapa menyokong bf dan sering menyuruh sy mmberi susu fm setiap kali baby menangis dan sering juga mengeluarkan ayat yg baby mmg tidak mahu menyusu badan. situation ini benar2 buat saya sedih dan tertekan serta tidak sabar hendak keluar dr rumah itu. persoalan yg bermain diminda saya skrg..bolehkan saya menyusukan baby saya semula seperti sebelum ini even dia sudah terbiasa diberi botol skrg. pls advise ~ mama adam

Tanpa Nama berkata...

sy jg ad mslah.skrg bby da 2bln lebih,nk masuk 3bln.tp sy bg bf stgh bln je.skg die mnm susu tin je.bole tak sy nk bg susu bdn blik walopn da 2bln die mnm susu tin?adakah sdah telambt?

Tanpa Nama berkata...

Mmg bgus pkongsian awak ni tapi kdg2 bila bace byk kali nmpk mcm awk ni emo sgt dan pndg rendah pd mommies yg bg susu fm...kami yg x sebertuah awk ni bkn saje2 tank bg susubdn..klu bole nk susu tu melimpah2..ingt kami ni x jeles ke tgok geng2 ibu yg meriah susunya duk tayang susu yg blambak2 dlm freezer dorang?mcm riak pun ada...ingt sikit bila2 je Tuhan bole tarik balik nikmat tu so mommies mcm u yg bg full bf ni takpyhla pndg kami ni mcm hina sgt..mcm susu fm tu benda haram pulak!tlg phm setiap org ada sebab dia knp tak bg susubdn..bkn saje2 je.kami pun ada otak dan kami sedar ttg kpntingan susubdn pd anak.sekian......

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama 5 Februari 2013 1:55 PTG.. sy rasa takpayah la nak emo.. buat pengetahuan saya tgh preggie 5 bulan.. n saya pun rasa nervous boleh ke saya bagi breastfeed kat anak nnt.. tp apa pun fikiran kena positif. kena fikir positif yg akan ada rezeki untuk anak. bagi saya blogger tak riak pun, perkongsian dia membuatkan saya lagi2 la bersemangat untuk bagi anak saya yg terbaik.. walau pun mungkin takde la semeriah berguni2 plastik dalam freezer. apa pun saya akan usahakan n think positive. insyaalllah. thanks blogger sbbbg encouragement cenggini pd mommy and mommy to be. :)

Tanpa Nama berkata...

hadoi la...benda cmni pun nak emo..blogger ni bukan nak riak pun, dia berkongsi pengalaman je pon..bila saya tengok stok EBM yg dia buat, sy pun jadi semangat nak buat jagak..kalau tidak memberikan inspirasi kepada awak, maybe untuk ibu2 lain. dia tidak cakap pun FM tu haram. terpulanglah dengan pendapat masing-masing mana yang terbaik untuk anak.berfikiran positif la sikit.

Tanpa Nama berkata...

Assalmualaikum akak..bloq akak bnyak bg smngat kat sy nk bf..sy nak mnta izin nak kongsi pd kwan2 blh?

Tanpa Nama berkata...

Blogger ni bkn nk riak pn,sekadar brkongsikn pengalaman,tahu x penyusuan susu ibu tu penting,dr segi hukum pn klu awak tahu pn awk akn fhm knape,klu ibu x dpt berikn susunye maka suami kne cr kn ibu susuan utk ank nye..,krn susu dr bdn ibu itu adalah hak ank itu,klu sebenarnye boleh di beri tpi sengaja x diberi hukum di akhirat esk akn d cabit2kn buah dadanye,dr apa yg sye google itu lah ilmu penyusuan yg sye dpt,dn klu boleh sye x nk ckp bnda cm ni,tpi klu dh tahu sye kne ckp jge.

Unknown berkata...

Salam..entry yg sangat best..adaa ade 3 heroes..n yes..memang kuat menyusu..n yes..anak2 adaa semua jenis takleh hiruk piruk sgt..mase adaa pregnant pon samalah tgk cerita yg ade subtitles je..sbb xnk pasang volume kuat2..hehe sbb adaa sendiri xleh tahan bunyi kuat2..sebenarnya insyaAllah..rezeki anak2 tu ade..cuma kita kene kuat semangat..nice..

Jemput ke blog adaa juga ye utk info kesihatan n my story lak hehe

Www.adaa-inspiration.com

butikbengkungmoden berkata...

salam perkenalan. terima kasih atas perkongsian pengalaman dan tips dgn pembaca.

Tanpa Nama berkata...

Salam.entry yg sangat menarik. Tp berbeza dgn saya. Saya kekurangan darah semasa melahirkan anak. Jd awal2 lg anak sy dh dberi susu fm. Selepas tambah darah baru doktor benarkan bf anak sy tp xblh kerap sehingga sy stabil. Skrg dh 5bln bf+fm sbb kadang2 xmampu nk fully bf isau pitam tiba2..

SillyGirlP berkata...

Sy nak tanye pendapat. Sy br melahirkan anak kedua & anak pertama sy br je berusia staun 6 bulan.. Sy berniat utk fully bf my 2nd daughter nie.. Tp start dr last week sy xde tdo lgsg.. Ade pon nap kjp2 je. Naik pening pale sy.. Pas tue kite nie tgh brpantang lg.. Xde mase nak jage diri sndr lg.. Ms awl2 ade la ibu ngn mak mrtua jage tp skg sy kene jg 2 org anak nie sorg2 je.. Sy da mule trase penat yg tramat sgt skrg nie. Sy pon ade trfikir gak nak campurkan fm skali tuk baby supaya die mudah tdo sbp skrg nie xmau die tdo lgsg.. Kalau la tdo pon x smpai sejam pon.. Sy xde ms nak makan, da tue nak kne msk lg.. Nak layan anak 1st lg.. So ok x rs2 nye utk sy decide utk cmpr kan susu.

Mira Hamzah berkata...

Saya lak anak kuning dari day 1 lg. Admitted day 3 dok.bwh lampu..huhu sedih tgok anak bogel..kulit kering dan.kesejukan.
Doc dah advice utk topup ngan fm sbb susu saya belum kelua. Rupanya breast sy 'membatu'. Kata bidan susu dah berkumpul tp 'nipple buta' so thts y susu xkeluar. Bila dah diurut ada susu keluar. Itu dah day 5. Anak makin kuning so tpksa suh hubby beli fm sblum dia naik kerja semula. Doc suh baby kenc***g n be*ak byk2 utk 'flush' kuning.

But bila tgok baby lama2 idung tersumbat rasa kesian lak. Sy kurangkan susu fm tp byk bf baby n pump. Alhamdulillah susu makin ada baby turun sikit kuningnya.

Pglmn sy bila baby kuning dia nak tidoooooo je kan. Xnak nyusu walau diletakkan nen*n kt dia. So pump.dlm botol kerap2 n bagi susu dlm botol tu kt baby..alhamdulillah kuning makin turun.
Sbg ibu yg bf mmg tak cukup tido. Sbb time malam la paling kritikal body kita nk produce susu. Tats y anak kita kerap bgun malam.nk susu. Ikut ht mmg nk sumbat botol with fm je sbb kita nak tido.. tp setiap kali nak wat camtu teringat anak selsema makin menjadi. So tak jadi nk wag fm...bangun gak nyusu bby.Sy mmg jage waktu malam. Husb lak xde, keje jaoh.

Betul kata kwn2...Ubat penawar pling mujarab adalah susu kita sendiri... tp nk wat cane kalu dah xde or kurang susu kene usaha cara lain tp jgn dilepaskan bf..kalau tak kita nyesal nt kt baby bila dia dah besa. Beza sgt rasa perasaan ni bila kita sua botol dgn fm; sua botol dgn EBM dan direct bf.

Yg pasti bila direct bf..anak rasa selesa..hubungan kasih kita n bby erat sgt..

Doa saya supaya susu sy mkin byk sbb nak kene wat stok sblum masuk keje; hanya message n nasihat yg positif je yg masuk dlm kepala. Moga Allah agar ditemukan saya dgn insan2 yg berjaya bf anak2 dan dipermudahkan segala urusan. Ameen

=)

puan suria mama 3 berkata...

assalam tuan blog.. best baca ni..byk info dpt..sy pun dpt fully bf anak 3 org .alhamdulillah sgt..hihi..memg kdg ade time susu ckit dn kdg byk..tp syukurla dpt juge smpai 2 thun lebih.. btw..sy agen cuckoo kl..kalau ade mak mak berhajat nak pasang penapis air bersuhu tu..mehla pm sy bole tgok fb sy "suria usahawan" yer..jomla chat.. nak wsp 011-16930576..senang klau pakai tu tk penat sgt nak masak air slalu kan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...