My F.r.i.e.n.d.s

Khamis, 20 November 2014

SEBAB SUSU KURANG !

susu kurang

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam sayang to all breastfeeding mommies... Semoga happy selalu dan susu melimpah ruah hendaknya. :)

Jika susu sedang merudum, harap u alls tak perlu risau sangat. Tenang-tenang saja dan cuba kenalpasti punca penyebab susu kurang tuh... Insyaallah, esok lusa atau seminggu dua production akan meningkat semula.

Kalau kita terlalu risau sangat, secara tidak langsung dan dengan tidak disengajakan, susu lebih berkurang, sebab hormon stress tu pulak lebih tinggi daripada hormon prolaktin (hormon pencetus susu ibu) kita. So, jangan 'drag' lama-lama sangat kerisauan tu.

Macam kilang biasa juga (tak kiralah kilang roti, kilang mee dan lain-lain), kalau pihak pengurusan dan bahagian operasi terlalu memikirkan tentang masalah kecil contoh staf tak datang kerja, atau bil elektrik naik dan lain-lain...Manalah kecekapan pengeluaran, kualiti dan lain-lain dapat difokuskan lagi.

Camtu jugaklah kiranya kilang susu kita. Dok sibuk risau susu kurang je...Tak cuba atasi dengan kenalpasti masalah tu, makan makanan berkhasiat, berehat n lain-lain...Memang tak sempatlah nak hantar 'signal' ke otak supaya tingkatkan pengeluaran susu ibu.

So, tenang2 saja ya. Banyakkan berdoa kepada Allah, agar dicukupkan penghasilan susu ibu.

Hasil stok susu yang banyak, hasil pam sebotol penuh sebenarnya tidak menjamin kejayaan penyusuan hingga 2 tahun ya. Ada ibu yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang (pam susu hari ini untuk esok atau kegunaan sekejap lagi contohnya), berjaya menyusu sepenuhnya lagi. (Memang sangat 'respect' dengan kecekalan dan ketabahan hati mereka. Kalau leh kasi pingat "Jasa Negara" dah kasi dah wehh...) Hehe... :D

Apapun, all the best to u mommies... Didoakan kita semua berjaya menyusukan anak-anak sehingga 2 tahun. Amin...

~ Menyusu Itu Indah ~

Salam kasih sayang penuh cinta,

Atia


2 ulasan:

ainniah berkata...

terima kasih atas support puan.
saya juga sangat menyokong breastfeeding. :)

ainniah.com

jua berkata...

Btul la tu..ada antara 10 sbb tu mmg mnyebabkan susu sy drop.plg mmberi kesan bila period.n dah tentu2 la punca utama stress dgn keje.apa pun trm ksh utk n3 ni

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...