My F.r.i.e.n.d.s

Jumaat, 27 Mei 2011

Bagaimana susu ibu terhasil?

Salam jumaat ibu2 sekalian...
Hari ni, aku nak share citer tentang bagaimana susu ibu terhasil. Berdasarkan pengalaman2 yg telah aku lalui dan cerita2 dari ibu2 lain yg telah berjaya, apa yg aku dapat nampak sekarang ialah, kebanyakan ibu2 belum kenal lagi breast masing2. N tak study secara detail bagaimana susu ibu terhasil. Aku rasa, kita kena kembali kepada perkara asas, iaitu kenali breast kita terlebih dahulu. Supaya bila kita dah kenal N faham tentang breast kita, insyaallah, perjalanan breastfeeding akan menjadi lebih mudah....

 Ok, jom kita tengok pada struktur gambarajah di bawah....


Apa yg aku leh rumuskan di sini, kita dapat lihat dengan jelas, bahawa susu ibu terhasil, apabila terdapatnya rangsangan dari bayi. Otak yg merangsang kilang2 susu supaya menghasilkan susu. Berbeza dengan susu tepung; air panas, air masak, susu tepung, botol susu dan yg sewaktu dengannya, telah terhidang di depan mata. Penat ke, stress ke, baby tetap leh disusukan. Walaupun ayahnya, yg takde susu pun leh tolong susukan baby. Hatta orang gaji indon pun leh tolong susukan anak korang, bagi yg minum susu formula.

Sebab tu, permulaan penyusuan terutama bagi ibu2 yang bersalin sulung (tiada pengalaman) seringkali gagal dalam proses breatfeeding ni.Sebabnya, susu tu bila dipicit baru keluar. Itupun, cam menitik aje. Kemudian bila perah kadang2 tak keluar. So, tak nampak hasilnya, ibu2 pun risau dan mudah terpengaruh dgn cakap org2 tua, bila diorg start buka mulut kata susu kita tak cukup. Ibu akan bertambah down, terus baby pun melalak! Sebabnya, si ibu tadi dah hantar signal yg salah kat otak bahawa susu dia tak cukup. So, macamana kilang dia nak proses susu.

Teknik yg betul ialah, FIRST SEKALI SET DALAM MINDA BAHAWA TIADA MAKANAN LAIN SELAIN SUSU IBU UNTUK ANAK KITA PADA 6 BULAN PERTAMA. (Cuba set dalam minda, kalau aku tak nyusukan anak aku ni, nanti dia akan sakit. Nanti dia tiada antibody, susu formula mengandungi bahan kimia yg berbahaya pada bayi, susu formula bukan susu semula jadi. ) Sebab tu, klinik kerajaan mengambil tindakan yg betul, sebab tidak membenarkan ibu2 membawa botol susu masuk ke dalam klinik @hospital. Supaya, ibu2 yg baru saja melahirkan, tidak sewenang2nya, set dalam fikiran, kalau tiada susu, susu tepung setin, dah ada kat tepi nih! Tak yah la aku nak risau. Dah.....nampakkan, korang dah hantar lagi sekali signal yg salah pada otak korang, bahawa, anak korang tak semestinya kena minum susu korang. So, kilang tu pun berehat seketika @berehat buat selama2nya, bila tiada rangsangan dari baby.

Korang ingat aku tak tahu eh, bila korang tengah nyusukan anak korang, dalam hati korang berkata2, ada ke susu aku nih? Aku tengok raut muka korang pun dah leh baca. Muka terkerut2 bagi susu kat anak. Tak sampai 5 minit terus cakap, "dahla bang, bancuh jela susu tu, susu tipah takde la bang. Tak mau keluar!"
Dah...kalau korang cakap gitu, walau kitorang nasihat banyak2 kali pun tak guna jugak. Sebab minda korang dah set begitu. So kilang susu korang tutup kedai la...Lainla, kalau otak korang leh bluetooth dengan aku ni, aku akan cakap, "susu aku banyak...Insyaallah, susu aku banyak...Insyaallah, Allah itu Maha Pemurah...Insyaallah, rezeki anak aku ada..." (Ini sebenarnya apa yg setiap ibu harus lakukan dalam minda korang)

Kemudian, bila korang dah berjaya beri kolostrum tu, kadang2 breast kita amik masa beberapa hari untuk membengkak, mengeluarkan susu yang matang. (Ibu baru kena faham, mula2 breast kita memang lembut, seolah2 macam tiada susu, bila perah pun adala dapat sesudu. Itu perkara normal dan biasa. Ok!)
Bila picit nipple pun, yg keluar cecair jernih kekuningan. Itulah kolostrum yg bernilai EMAS buat baby kita. Itu penting untuk antibodi si dia (si kecil tersayang).

Dan lagi satu, memang NORMAL dan BIASA bila baby, pada beberapa hari@ minggu pertama kerap menangis nak susu. Ada yg setiap 1 jam, malah setiap 30 minit (macam aku) pun ada. Ini mula2. Sekadar beberapa selang waktu, untuk ibu dan bayi menyesuaikan diri N penghantaran signal pada kilang susu supaya produce susu yang mencukupi untuk baby. (Jangan terpengaruh dengan mana2 mak bedah, cakap seolah2 susu korang tak cukup N baby tak kenyang. Itu gosip girl@ gosip makcik2 semata2. Berdasarkan fakta yg sebenar, susu ibu adalah makanan yg mudah dihadam oleh bayi. Sebab tu, baby cepat lapar. Sebab ia mengandungi gula ringkas dan zat2 lain yg mudah dicernakan oleh perut bayi. Compare dengan
susu formula, yg korang ingat baby tidur lama sebab kenyang...Maaf cakap, fakta yg sebenarnya, perut baby sedang bekerja keras pada ketika itu, demi untuk menghadamkan satu ramuan asing yg telah dimasukkan ke dalam perut dia.

Kemudian, untuk kes2 tertentu, bagi baby yg ada masalah sehingga memerlukan ibu untuk memerah susu di hospital. Mula2 memang hasilnya sesudu dua. Susu tu cukup untuk mengenyangkan baby. Amalkan setiap kali sebelum N selepas mengepam@menyusu minum air suam sekurang2nya segelas. Supaya flow susu berjalan lancar. Jangan simply mudah2 dengar cakap mak bedah, tak elok minum air banyak, nanti peranakan berair dan sebagainya. Percaya tak, mana2 ibu yang menyusukan badan anaknya (secara fully bukan campur dgn susu formula), walau dia berisi, gebu, gemuk atau kurus, badan dia tetap ada shape. Sebab, menyusu mempercepatkan proses rahim kembali mengecut.

K, sekian untuk kali ini. Maybe kalau ada masa aku akan sambung lagi lepas ni.

"Breastfeeding bukanlah semudah yang disangka, tetapi bila kita dah laluinya, ia adalah pengalaman yg paling indah dan pengurusannya lebih mudah dari menguruskan susu formula."

***Just follow blog aku, insyaallah semoga kita sama2 dapat manfaatnya...

Mengandung, melahirkan dan menyusu itu FITRAH seorang WANITA.

"Selamat menyusu" :)

5 ulasan:

sharhanah berkata...

tq bg i smangat!!

zahirah zainal berkata...

sharhanah~ welcome N all the best!

E-sihat.com berkata...

Selamat breastfeeding =)

Tips tambah susu badan di sini

Unknown berkata...

Mak saya tiap kali selak nak bagi baby minum asyik tanya ada susu ker..macam kempis jer. Paksa bagi minum air. Tu pon dah menyanyi 4 bulan nak bagi nestum. Sampai saya decide cuba berpantang sendiri walaupon ceazer. Tak nak peristiwa masa bersalin anak pertama berulang. Alhamdulillah dah 35 hari berjaya susukan anak. Walaupon masih jauh perjalanan tapi banyak improve dari anak pertama..

MaMa iMa berkata...

Assalam sis..sya pon ade mslh xade support dr org sekeliling..anak sya hny nk direct BF ngan sya hnya 3 hari then die kena tahan wad sebab kuning..lps tu anak sya lgsg xnk nipple sya..sedih sgt sbb mmg dh niat nk BF anak smpai 2thn..tp sya kuatkn jugak smgat..sya perah susu n bg gn botol..alhamdulillah anak nk minum..cuma mak mertua sya kate smpai bile sya nk pam n bg anak. utk pgthuan sis alhamdulillah susu sya ade..sya sdh sbb xdpt direct nyusu baby plus ngan xade support dr family..bantu sya sis..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...