My F.r.i.e.n.d.s

Isnin, 30 Mei 2011

Susu ibu tak boleh dipanaskan berulangkali.

Salam,
Kali ni, ada ibu yg nak tahu pasal susu ibu ni, samada leh dipanaskan berulangkali atau tidak?

Firstly, aku nak korang ingat dan faham, bahawa SUSU IBU mengandungi, nutrien-nutrien penting untuk bayi. Termasuk antibodi dan sel-sel hidup yang lain. Kesemua sel-sel hidup ni akan mati apabila dipanaskan melebihi suhu 40 darjah. Kalau dah mati kesemua sel-sel hidup tu, dan selama-lamanya korang amalkan begitu, jadi jangan terkejut la kalau anak korang senang terkena jangkitan dan sebagainya sama seperti kanak-kanak yang minum susu formula. Sebab pengendalian stok susu ibu yang salah, dah merosakkan kesemua nutrien tu. Sayangkan...So, cara pengendalian yang betul korang perlu ambil tahu. Ini untuk memastikan supaya, susu ibu sentiasa segar dan terjamin khasiatnya.

Kenapa ada ibu yang bertanya soalan ni? Boleh ke susu ibu dipanaskan berulang kali? Sebelum tu aku nak tanya, kenapa susu ibu (yg dah dipanaskan) tu nak dipanaskan lagi? Buat apa?
Aku yakin, yang tanya ni mesti ibu baru bersalin sulung atau baru nak berjinak-jinak dengan dunia breastfeeding.

Ada beberapa situasi yg menyebabkan ibu tadi ni terfikir nak memanaskan semula susu ibu:-
1. Susu ibu dah dipanaskan, tapi baby rupanya dah kenyang @ tak mahu menyusu. Kalau situasinya gini, susu tu tak perlu dipanaskan lagi, cuma biar je kat suhu bilik. Susu ni tahan dalam masa sejam (dari waktu ia dipanaskan).
2. Susu ibu dah dipanaskan, dan baby dah minum sikit. Lebihnya disimpan (simpan kat luar je, pada suhu bilik ), untuk diberi lagi pada baby. Boleh juga, tapi dalam masa sejam sahaja. Lepas tu sila buang ye. Sayangkan perut anak daripada sayang susu tu. Susu tu, nanti boleh perah lagi. Daripada baby sakit terkena jangkitan bakteria, lagi kesian. Sebab bila baby dah minum, kemungkinan bakteria dari mulut baby membiak.

So, ingat, susu ibu yang dah dipanaskan atau lebihan susu baby minum tak habis, Jangan simpan dalam peti ais dan panaskan semula!

Kenapa tak boleh? Sebabnya, awal2 tadi aku dah beritahu, pasal nutrien-nutrien penting dalam susu ibu tu. Sebab tu susu ibu tak boleh dipanaskan berulang-kali dan disimpan semula dalam peti sejuk untuk dipanaskan lagi.

So, harap korang faham dan ingat. Rajin-rajin bertanya pada ibu-ibu yang dah berpengalaman tentang breastfeeding. Kalau tak pasti boleh tanya pada pakar laktasi. Sebab kadang-kadang ada ibu yang ada pengalaman tapi cara dia uruskan stok susu ibu tu salah. (bukan semua betul, termasuk aku. So, kalau ada kesilapan, sama-samalah kita tegur-menegur, supaya dapat betulkan mana-mana yang salah. Cuma kebanyakan fakta yang aku beri ni, adalah dari rujukan aku dari buku-buku dan pertanyaan aku pada pakar laktasi.)
Wallahualam...

Oh ada lagi pesanan aku, kalau boleh @ sebenarnya apa yg harus korang buat, ialah pack kan susu tu, siap-siap sekadar yg baby minum. Kalau baru habis berpantang (2-3 bulan) N si ibu dah start kerja, biasanya baby minum dalam 2oz sekali minum. Sediakan 5 botol x 2oz untuk 5 sesi minum, anggaran 2 jam setiap kali minum. Faham tak? Kalau tak faham, silalah bertanya @ letak soalan kat ruang komen di bawah. Sekian, terima kasih...:)

9 ulasan:

zhafris berkata...

betul tu....selalunya pengasuh tak tahu secara details bagaimana nak handle ebm nie..kalau boleh time sgm boleh bawa mereka sendiri supaya mereka akan rasa handling ebm bukanlah sesusah mana pun...

zahirah zainal berkata...

zhafris~ hm...memang betul tu. Kadang2 cara pengendalian EBM yg salah, beri kesan pada baby. Memang kalau boleh, time SGM, mana2 yg ada maid tu, bolehla bawak sekali. Macam sy ni, hantar anak kat rumah orang, kena ajar & tunjuk pengasuh sikit2. Tapi, syukurlah setakat ni, kesemua pengasuh yg pernah jaga anak, semua ikut arahan & berikan kerjasama. Syukur alhamdulillah, semua tu pun rezeki drp Allah jua...(jumpakan kita dgn org yg baik2.) :)...

baya berkata...

salam,

nk tanya pasal botol susu BPA free tu? yg botol susu kaca tu kan? brand apa yg elok dan beli utk brapa auns utk baby yg lps pantang?

TQ

zahirah zainal berkata...

baya~botol susu BPA free bukan yg kaca..Dia botol plastik gak, cuma warna botol BPA free tak jernih macam botol biasa, warna dia agak keruh macam berkabus...
Kalau mampu beli yg kaca, bagus gak...Cuma yg kaca tu agak mahal, N senang pecah kalau tak pandai jaga...

Untuk permulaan, beli botol susu yg 5 oz dulu...

SElamat menyusu...Semoga berjaya hingga 2 tahun... :)

baya berkata...

gain, thanks for sharing

zahirah zainal berkata...

baya~ welcome...:)

Tanpa Nama berkata...

pertama sekali saya ucapkan bebanyak2 terima kasih atas blog yang amat membri faedah kepada ibu2 menyusu...nak tanya kalau panaskan lama2 susu ibu dalam warmer boleh ker? zie

Suzana berkata...

Salam puan...
saya nak tanya la kalo dah simpan stok susu 4 oz dalam bekas boleh tak bila nak bagi kat baby cuma tuangkan separuh jer susu tu dlm botol utk dipanaskan dan separuh lagi baki 2 oz simpan balik dlm peti sejuk sb baby menyusu hanya dlm 2 oz jer sekali penyususn sedangkan saya dah simpan stok susu dlm kuantiti 4 oz dlm satu bekas.

Amin Zainal abidin berkata...

kalau biarkan susu dalam warmer yg kekal suhu 40'c xpe ke?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...