My F.r.i.e.n.d.s
Khamis, 19 Mei 2011
Thermos EBM? Apa tu?
Salam,
Tajuk apa ni? Siapa yg bertanya soalan ni? Ibu mana yg bertanya? Relax...jgn peduli semua tu. Apa yg aku nak sampaikan di sini, mudahan bermanfaat kepada semua ibu2 di luar sana. Bagus juga ada ibu yg cari maklumat tentang ini.
Tapi, maafla, sebenarnya aku kurang jelas dengan keyword ni. Ada 2 kemungkinan yg aku nampak di sini.
Situasi 1:
Adakah ibu ini sedang mencari thermos untuk simpan EBM dalam masa sejam setelah dipanaskan? Tapi untuk apa, kalau dalam sejam, biasanya susu tu memang boleh habis. Kecuali kalau dia panaskan susu lebih dari amaun yg baby perlukan, so, berbaki lagi. Sebenarnya tak boleh uruskan EBM cara macam ni. Sebaiknya siap2 isikan susu dalam 2oz (lebih kurang=ikut amaun anak minum banyak mana) setiap botol. Supaya setiap kali minum, susu tu dah habis. Dan untuk next feeding, panaskan susu yg baru. Kalau tak, dikuatiri, susu yg dah diminum tu, kita simpan baki dia, sama ada bakteria dari mulut baby sudah membiak dalam botol susu tu atau pun susu tu kemungkinan dah hilang nutrien atau dah basi.
Situasi 2: (pernah terjadi kepada aku masa anak yg 1st)
Atau mungkinkah pengasuh si ibu tadi yg mintak thermos ni? Aku pernah kena situasi gini. Sebabnya, dia nak mudahkan kerja dia. Semua susu2 aku tu, yg 10oz tu dia nak panaskan sekaligus. Sebab dia kata, ibu2 lain pun buat gitu boleh je. Aku yg tak tahu apa2 pada ketika itu, bersetuju saja. Tapi, syukur alhamdulillah...aku tak sempat hantar anak aku pada dia. Sebab ada masalah lain yg tak dapat dielakkan. So, INGAT...jangan izinkan pengasuh PANASKAN SUSU SEKALIGUS dan MASUKKAN DALAM THERMOS!!!... Susu yang telah dipanaskan hanya bertahan lebih kurang sejam sahaja. Kemudian perlu dibuang ok!.
Sekian untuk kali ini. Harap jawapan ini membantu si ibu tadi.
Happy breastfeeding...! :)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
if kita simpan dalam botol 5oz, bila nak bagi baby minum susu kita tuang dalam botol ikut berapa oz yg di perlukan utk kita panaskan lebih tu kita simpan semula?
nieza~ Boleh gak...Apa yg nat buat tu betul la. Tuang banyak mana yg kita perlukan saja, kemudian lebih tu simpan terus dalam peti ais. Bukan pe, just nak jaga susu tu supaya fresh sentiasa.
Nat, memang kalau boleh kita nak simpan 5oz satu botol (sebab jimat botol kan)...Bila dah bawak balik rumah semua susu perah tu, better nat simpan siap2 (berapa oz anak minum), supaya tugas pengasuh pun jadi lebih mudah. Tak payah dah nak bahagi2kan susu tu. Buatnya, baby kita dah melalak, tengah asing2 susu tu. Yg lebih tadi dia terlupa simpan peti ais, tertinggal kat luar dah dekat sejam. Dah tak leh guna dah susu tu kan..Mbazir pulak.
Asingkan je, cth setiap botol 2oz (sekali minum), nanti dah panas susu tu, pengasuh cuma tambah puting je kat botol. Kan senang.
Just beri pandangan je...:) TQ...
ha'ah macam tulah... bagus betul pn zahirah, bagi detail explaination.. chaiyok!!!
citra~tq...just sharing mana yg mampu je..supaya kita semua berjaya berikan yg terbaik buat anak2...:)
Jika kita dah panaskan susu dalam warmer berapa lama susu tu boleh bertahan atau berapa lama boleh dibiarkan susu dalam warmer...
Catat Ulasan