My F.r.i.e.n.d.s

Selasa, 26 Julai 2011

Pengakuan: Saya tak pernah pegang botol susu untuk susukan anak, hanya "BREASTFEEDING".

Salam,
Lama sangat tak update blog. Sampai ada beberapa org mummy yg bertanya. Terlalu sibuk, sampai tak sempat tengok FB pun, apalagi nak update blog...
Sebabnya, si kecil itu masuk hospital. Dan lebih seminggu sibuk menjaga dan melayan ragam si baby yang sedang sakit... Huhu... :(

So, sekarang saya nak citer pasal entri ni, bcoz of seorg mummy yg sangat2 risau pasal anak tak nak minum melalui botol.

Nak tahu pengakuan ikhlas saya? Selama saya menjadi ibu, saya tak pernah menyusukan anak sendiri menggunakan botol susu. TAK PERNAH!!! Sebab prinsip hidup saya sejak pertama kali bergelar ibu, menyusukan anak hanyalah melalui "breastfeeding" sahaja. (walaupun, saya pernah melalui saat getir, time "berpantang", saya jatuh sakit. Kemudian bila nak susukan anak, macam tak keluar. Mujur suami mengambil peranan untuk memujuk bayi. Sementara tu, saya minum horlicks, makan kurma dan biskut sikit.

Ambil masa jugak. Dalam 30 minit, saya dah mula rasa tenang, baru saya ambil bayi saya, kemudian, menyusukannya. Alhamdulillah, lepas tu, keluar susu agak lancar berbanding tadi.

Nampak tak, menyusu ni, bukan mudah sebenarnya. Bukan niat nak menakutkan. Just, take it, 'positively' la. Saya cakap ni, just nak share pengalaman saya, yang saya pun pernah alami situasi "down" gak. Situasi kurang susu. Bukan kurang, tapi 'lambattt' sikit nak 'refill' balik. Kalau yang jenis pandang dari sudut negatif, mesti akan cakap, " Kan aku dah cakap, menyusu ni kan leceh..." (Ni, cakap mummy2 yang tak berjaya. Jangan ikut ok. )

Selama saya dok berpantang kat rumah, dan berjalan (keluar ke mana2) ketika waktu berpantang, saya menyusukan anak direct je. Tak pernah beri melalui botol. Mungkin sebab tu susu saya cukup kot. Rangsangan banyak dari anak sendiri. Nama pun breastfeeding, time nilah nak buktikan breastfeeding tu mudah. Leh menyusu kat mana2, dan bila2 masa saja. Kalau keluar, nak kena beri susu perah, dah nampak leceh pulak breastfeed ni nanti. (Masih ada lagi mummy yg segan NIP "Nursing In Public', sanggup beri anak susu perahan daripada nyusukan direct) Kan leceh tu...

Satu lagi, tentang nak ajar anak menyusu botol. Yelah, sebab kita nak naik ofis kan. Kalau tak ajar anak nyusu botol, nanti payah pulak pengasuh dia kan. Takkan nak nyusukan anak kita melalui cawan atau picagari. Biasanya pengasuh tak sanggup!.

So, cara saya ialah, semasa awal kelahiran, menyusukan anak secara 'direct' sahaja. Teruskan menyusu selama sebulan. (Aktiviti mengepam sudah boleh dimulakan seawal seminggu kelahiran). Dah cukup sebulan 'direct feed;, kemudian, latih anak minum melalui botol, dengan pertolongan suami/ mak/ mak mertua/ pembantu.(Jangan kita sendiri yg berikan.) Sebab, baby kenal bau ibunya. Ini juga bagi mengelakkan anak keliru puting. (Bagi ibu yang susu dia flow perlahan, ada kemungkinan akan alami masalah anak 'reject' susu melalui breast. Sebab, baby yang sudah minum melalui botol, (susu keluar lebih laju), akan menyebabkan baby malas berusaha untuk hisap susu ibunya. Lama-kelamaan baby akan secara sendirinya 'reject' "breastfeeding". Sebab tu, jangan mummy yang ajar sendiri, supaya bila kita ada, baby tahu, susu ibunya di mana.... :) Dan dengan cara itu, walau baby dah menyusu melalui botol, tapi bila 'mummy'nya ada, dia tetap mahukan breastfeeding.

Kemudian, teruskan menyusu secara direct. Ajar anak hisap melalui botol tak perlu tiap2 hari. Cukup sekali 2 saja. Cakap kat dia dan pesan pada baby, "bila mama kerja nanti, baby kena minum susu mama melalui botol tau! Mama tak de.... Mama gi keja.... Kalau tak nanti, sian baby lapar..." (Cam lawak je kan pesanan saya ni, tapi cubalah, insyaallah berjaya. Anak kita faham apa yg kita cakap. )

Kemudian, baby dah masuk 2 bulan, ajar lagi sekali. (Supaya dia tak lupa). Nak dekat naik ofis ajar lagi. (Ingat tau, bukan mummy sendiri yg beri susu botol tu.)

Insyaallah, baby akan minum susu melalui botol secara sendirinya. Tak perlu kita tergesa2 sangat nak ajar anak menyusu melalui botol. Ni ada sesetengah mummy, terlampau risau, (sebab dengar cakap kawan2/ makcik2/ mak2, suh ajar botol), masih awal berpantang lagi, dah sibuk2 nak kasi botol. Teruskan menyusu anak dengan tenang. Banyakkan berdoa pada Allah, agar dimudahkan segala urusan menyusu. Insyaallah berjaya! So, mummy2 jangan risau ok!

Sekian untuk kali ini. Selamat menyusu!!! :)

7 ulasan:

siti berkata...

salam.. info yg sgt berguna utk saya as a housewife...

akak, ada tips tak utk housewife mcm saya ?? saya kna buat stok jugak ke ?? sebab baby saya baru 3 mths, n saya hanya direct breastfeeding my baby.....

zahirah zainal berkata...

Wslm siti...tahniah sebab memilih untuk breastfeeding...! :)

Pasal stok susu, sebenarnya ibu2 yg tidak bekerja, tak delah ditekankan sangat. Cuma, kalau kita rajin perah keluar susu, akan meningkatkan hasil susu kita. Tapi, kalau kita dah perah pastu buang macam sayang je kan...Better simpan, sebagai bekalan, mana tau ada emergency, nak lawat org sakit @ nak tinggalkan anak kejap atas urusan yg penting. At least dah ada stok susu perahan. Sekurang2nya, untuk situasi begini, anak tetap minum susu ibu. Bukan susu formula. :)....

Selamat menyusu dan semoga berjaya...! :)

baya berkata...

salam...firstly begitu excited follow ur blog...

saya skrg tgh pregnant 8 bulan...memang niat nk breastfeed baby nanti...tapi tak terfikir plan dan cabaran yg ada...luckily terjumpa your blog masa tgh survey breastpump...

cuma nak tanya:

1) kalau sy dah start perah susu utk stok , mcmana saya nak keep fresh susu tu dari kg ke KL ( dlm 8 jam)....nak isi susu dlm apa?

2) botol susu utk simpan susu - plg min berapa..sbb package yg saya order tu just provide 4 bottles...i pun follow u ..beli spectra 3...nak beli madela over budget la pulak/....

terima kasih.

siti berkata...

So informative la akak ni..ape yg sy nk tanye,seme akak dah tulis kat blog akak..especially pasal bg baby minum botol tu.skrg sy lebih yakin.thanks!

srahmah87 berkata...

berjaya eh wat camtu?dulu baby saya pandai guna botol...tapi mase saya seseme susu xbyk so saya xpam n xbg botol..terus die xnak da sampai skang...naseb baik xkije...ade niat nak kije ni...agak2 baby da 8 bulan die nak ke guna botol?

INSANTERKILAN berkata...

salm semua ibu2 yg bjya bf...sya mnyusu ank sya sapaiumur 2 thun...sekrg SUSAH nk cerai susu dgn ank sya...ad sape2 tolng bntu..sya nk bkerja semula...plzzz

mama58 berkata...

Bestnyer dgr ibu2 yg blh bf kat ank..jeles sya..sya da cbe pelbagai cara..urut..nk mcm2 sya mkn..tp xde rezeki ank gaknye..dlm pntang pun da abis susu..blh bg bby skali aje shari..pastu esok nyer bru ade lg..lme klmaan..susu tu hlg sndri..10 hr dlm pntang da xde..sedih sgt..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...