My F.r.i.e.n.d.s

Selasa, 24 Mei 2011

Susu ibu yang bengkak BASI, harus dibuang N tak boleh beri pada baby....!!! Betul ke?

Salam,
Pernah dengar tak statement ni?..Aku tiba2 teringat kisah ni, sebab ada sorang mummy pagi tadi, citer pasal isu ni lah. Breast dia bengkak, dia perah, buang semuanya, sebab ada orang tua2 pesan kat dia, susu tu dah basi N tak boleh beri pada baby.

Maafla, aku kalau teringatkan statement ni, seriously aku rasa bengang je dalam hati ni. Bukan pe, terkenangkan dulu2, aku tertipu dengan statement ni, percaya lak tu bulat2. Kalau tak, sure la, masa pantang, stok susu aku banyak, sampai beratus2 botol.

Citernya bermula gini, time aku berpantang, aku berurut. N makcik urut tu, nampak breast aku bengkak, terus pesan kat aku supaya perah N buang susu tu. Sebab susu tu dah basi katanya. Kalau beri pada anak, nanti kembung N sakit perut jadinya. Sedih aku, dekat 2 botol aku perah, aku terus buang kat sinki. Padahal, anak aku, dah melalak2 nak menyusu. Tapi, takut basi N anak sakit perut, aku buang dulu. Pastu, aku minum air suam segelas, baru nyusukan baby. Sayang giler...banyak susu aku terbuang. Setiap kali bengkak, aku kosongkan, buang terus. Tapi, lama2 aku jadi sangsi juga, so aku siasat, tanya pada mak(mertua), dia jawab, "mana boleh susu dalam badan ni, basi nak." Aku fikir, betul juga, kalau semua dalam badan ni boleh basi, apa citer? Hari2 kena tukar darah, buang darah lama, tukar darah baru.

Pastu, time aku ada check up kat klinik, aku pun tanya pada nurse. Nurse tu pun, gelakkan aku. Dia kata, siapa la, bagi ajaran yg salah ni. Hai...rugi je...Tapi, bila fikir hikmahnya, bila kita dah faham, so kita ada satu ilmu baru. Betul tak?

Pastu, PASAL SUSU KOLOSTRUM pun, (susu yg 3 hari pertama selepas melahirkan, yg berwarna kuning keemasan), ada kawan pesan suh perah dan buang. Sebab, tu susu basi katanya. Dah ada dalam breast, time kita mengandung. So, buang susu kuning tu, pastu, bila susu dah putih, baru beri pada anak. Oh..syukurlah, aku tidak sebodoh itu, untuk senang2 je membuang susu kolostrum yg bernilai emas itu. Susu tu, mengandungi antibodi penting untuk anak. Siapa2 yg dah buang tu. Ruginya...tapi takpe, kita belajar dari kesilapan. So, pengajarannya, jangan mendengar dari satu mulut sahaja, cari fakta dan maklumat yg tepat, kemudian baru buat keputusan. Ok!!!...

Kesimpulannya, fakta yg tepat ialah, TIADA ISTILAH SUSU BASI dalam badan ibu.

Selamat menyusu...:)

Wassalam

8 ulasan:

Azrina berkata...

Hahahah..ramai ibu2 baru ni tak gali betul2..tak korek tak cangkul ilmu penyusuan betul *sprt kata kak OGY gi AF9...gali..cangkul semua potensi diri*

Saya kena mastitis sampai susu jadi pekat,likat, kekuningan still susukan bayi tapi still ada perasaan cuak masa berurut sbb dia kata dah ada kuman. Kalau camtu susu masih boleh diminum cuma ia sedikit masin kerana terkumpulnya garam galian di susu kita....ingat2 lupa fakta tu tapi lebeh kurang gitu. Kalau basi pon kita pasti boleh tahu dan baby juga. Percayalah dgn kata hati kita as a mother.

zahirah zainal berkata...

Azrina~ Thanks 4 the information. Memang betul, kalau ibu terkena mastitis (breast bengkak, & terkena jangkitan), susu tu memang masih boleh & selamat untuk diminum.
Hmm..tapi memang setuju la ngan kata2 ina, yg kebanyakan ibu2 tak nak dptkan maklumat yg tepat dulu sebelum buat keputusan. Ikut je cakap siapa2, yg tah kadang2 bagi maklumat yg salah...Lepas tu, berhentikan penyusuan badan...sayangkan... :(

Yu Aiza berkata...

hikkhik..xperlah belajar dari kesilapan dari kesilapan itu nanti kita boleh jadi lebih bagus. buang membuang tu ok lagi..zahirah pernah dengar stetment nie tak "eii ko bf baby ker? fully? weii ko tak takut breast ko jatuh ker? dalam hati nak gelak sakan tau..

zahirah zainal berkata...

nieza~ yelah...bila kita belajar dari kesilapan, sebenarnya dpt mempertingkatkan lagi pengetahuan kita kan...hehe...

Breast jatuh???? mana ada..Thanks..beri idea nih..nak wat entri baru. hehehe... :)

Tanpa Nama berkata...

Trima ksh ats info...nsb aku xperah n buang ms dh bgkak ...huhu xsbr nk nyusukn bby..

Unknown berkata...

Nk tnya.sy bru beljr nk perh susu n frozen kn..jd sy x pasti nk bgi baby samaada susu tu still ok atau x..sy ad letak susu dkt bhgian chill..then bile 2 hari susu tu cair ..tpi ad mcm warna pekat2 dkt dlm plastik tu..then bile rs ad sikit masin..sy risau tpi yakin susu tu masih ok...setakat ni baby minum x de problem...cuma nk tau yg pekat2 dkt susu tu ap?

Dilla berkata...

Sy punya pun sama. Ada sedikit masin selepas dipanaskan. Normal ke?

Unknown berkata...

Boleh ke susu badan kita (dlm badan ) yang anak tak minum dalam 3ke 4 hari diminum semula.. kononnye nak berhentikan anak menyusu .. dah 4 hari dia tak menyusu tapi malam tak boleh tidur laa. Pastu kesian pulak . Nak bagi balik bolwh ke

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...